Imam Syafie merupakan seorang manusia yang hebat. Beliau dilahirkan di Kota Gaza, Palestin. Beliat telah menghafaz Al-Quran sejak umur beliau 9 tahun. Antara kelebihan beliau beliau ialah suaranya yang merdu serta pandai bersyair dan bersajak.  Beliau telah mula mengajar dan memberi fatwa ketika berumur 15 tahun...Hebatnya zaman remaja beliau berbanding zaman remaja masa kini..


bungan, cantik, pesan, imam, syafie, renungan, kuning, islamik, nasihat
Marilah kita bersama renungkan nasihat beliau ini bagi dijadikan panduan hidup kita. InsyaAllah :
  1. Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia dapat menjaga dan membuat kamu cemerlang di dunia dan akhirat.
  2. Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk. Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut dunia.
  3. Pilihlah makanan yang halal kerana ia menjamin kesihatan dan menyebabkan syaitan gerun.
  4. Sabar menghadapi musibah adalah sebesar-besar erti sabar di mana sabar itu sendiri memerlukan kesabaran pula. Bala dan musibah menunjukkan adanya perhatian dan kasih sayang Allah. Oleh itu, bersyukurlah kerana syukur yang demikian itu adalah setinggi-tinggi syukur.
  5. Apabila salah seorang daripada kaum kerabat ataupun jiran dan saudara kamu sakit, kamu perlu ringankan langkah menziarahinya kerana ia disaksikan oleh malaikat dan dicintai Allah.
  6. Marah adalah salah satu antara antara panah-panah syaitan yang mengandungi racun. Oleh itu, hindarilah ia supaya kamu dapat menewaskan syaitan dan bala tenteranya.
  7. Kasihanilah anak yatim kerana Rasulullah juga tergolong sebagai anak yatim dan beliau akan bersama dengan orang yang menyayangi dan mengasihi anak-anak yatim di akhirat.
  8. Berbuat baiklah dan tunjukkan bakti kepada ibubapa tanpa mengenal letih dan lelah sebagaimana mereka berbuat begitu sepanjang hayat mereka. Ia dapat menambah keberkatan pada umur, menambah rezeki dan keampunan atas dosa-dosa kamu.
  9. Banyakkan amal soleh kerana ia adalah pendinding dan perisai orang mukmin dan pelindung daripada serangan Iblis.
  10. Taqwa adalah pakaian kebesaran dan hiasan akhlak Muslim sebenar. Ia ibarat pokok zaitun, minyaknya membawa berkat, ia juga memberi kejayaan dan kemenangan.
  11. Iman mempunyai bentengnya bagi menghalang segala serangan yang cuba merobohkannya. Bagi menguatkan benteng iman, keimanan perlu dibajai dengan  lima perkara yakni  yakin, ikhlas, mengerjakan amalan sunat, istiqamah dan berdisiplin dalam mengerjakan ibadah.
  12. Ingat dan zikir kepada Allah sebanyak-banyaknya kerana ia mengubati penyakit jasmani dan rohani. Ia mencetuskan ketenangan hidup dan qanaah.
  13. Khusyuk secara zahir adalah khusyuknya orang awam, khusyuk secara batin adalah khusyuknya orang pilihan di sisi Allah.
  14. Kubur adalah perhentian sementara bagi membolehkan ke satu perhentian lagi yang penuh dengan soal siasat. Oleh itu, siapkanlah jawapan yang adil dan benar menerusi amal yang benar dan taat kepada al-haq yang tidak berbelah bahagi.
  15. Kite perlu sentiasa memohon perlindungan daripada Allah, sekurang-kurangnya dengan mengucapkan isti'azah. Kita perlu bersabar sekiranya serangan syaitan datang juga bertalu-talu dengan hebat dan menyedari Allah Taala hendak menguji kesabaran kita, hendak melihat ketulenan jihad kita. ketahuilah perang dengan syaitan itu lebih hebat daripada perang sabil.
  16. Sebesar-besar keaiban adalah kamu mengira keburukan orang lain sedangkan keburukan itu terdapat dalam diri kamu sendiri.
  17. Hati adalah raja dalam diri. Oleh itu, lurus dan betulkan ia supaya empayar kerajaan dirimu tegak di atas al-haq yang tidak disertai oleh iring-iringan pasukan kebatilan.
  18. Ketahuilah, istighfar yang diucapkan dengan betul mampu membuat syaitan lari ketakutan dan menggoncang empayar Iblis di istananya.
  19. Ketahuilah sebesar-besar kesenangan di dunia dan akhirat adalah memberi maaf kepada orang lain dan melupakan terus kesalahannya. Allah pasti akan meninggikan darjatnya di sisi manusia.
  20. Tafakurlah sebelum tidur bagi menghisab diri atas salah dan silap semasa aktiviti pada siang hari sebagaimana Saidina Umat menghisab dirinya pada setiap hari.
  21. Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia dapat menjagamu dan membuatmu cemerlang di dunia dan akhirat. Ia juga amaln para nabi dan rasul serta orang soleh.
  22. Sesiapa mahu meninggalkan dunia dengan selamat, dia perlu mengamalkan perkara berikut iaitu mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan bercakap dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.
  23. Kamu seorang manusia yang dijadikan daripada tanah dan kamu juga akan disakiti (dihimpit) dengan tanah.
  24. Sesiapa yang menjalin ukhwah dan menghidupkannya, dia memperoleh banyak kebaikan.
  25. Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka akan ditinggikan darjat dan diberi kemuliaan selagi mereka menunaikan perintah Allah.
hidupbiarbest

Posted on Thursday, May 26, 2011 by hidupbiarbest

No comments

syukur, redha, pasrah, baby, comel, doa, tadah, tangan, alhamdulillah

Masa berganti masa...Hari berganti hari...Jam demi jam berlalu...kini tibalah masanya saya menyambung kembali sesi pembelajaran secara formal setelah lama menternak lemak di rumah...Esok nak masuk U dah...Setelah berehat lama di rumah, akhirnya saya akan belajar kembali seperti biasa...menuntut ilmu. Alhamdulillah aku dapat tawaran ke UITM untuk buat asasi sains...


Baru-baru ni, mase keputusan UPU diumumkan, macam-macam reaksi yang ade daripada kawan-kawan saya. Ada yang suka dan ada yang tak suka dengan U dan bidang yang diorang dapat... Sesungguhnya, itu semua adalah ketetapan Allah, kita harus menerimanya seadanya. Sekurang-kurangnya Allah bagi peluang kepada kita untuk terus melanjutkan pelajaran... Allah sebenarnya dah bagi yang terbaik untuk kita...


Bersyukurlah kerana ramai lagi kawan-kawan kita yang tak dapat apa-apa tawaran pun. Matrikulasi tak dapat. UPU pun tak dapat. Tak ke susah macam tu??? Tapi, itulah hakikat yang mereka perlu terima...Ingat, ape yang Allah bagi, itulah yang terbaik...Mustahil Allah tak nak bagi kite menuntut ilmu sedangkan itu suruhanNya. Mustahil kita tak ada peluang menuntut ilmu kerana ilmu Allah itu sangatlah luas dan kita berhak mengambilnya...Cuma kita perlulah pandai mencari peluang...


Mungkin Allah nak bagi sesuatu yang kite tidak tahu...Orang yang tak dapat mana-mana tawaran, bersusah payah mencari peluang untuk belajar, merayu sana-sini...pastinya mereka akan lebih bersyukur kepada Allah setelah mendapatnya. Pasti mereka akan lebih menghargai ilmu dan berusaha bersungguh-sungguh kerana mereka tahu betapa susahnya mereka berusaha untuk sambung belajar...Betul tak??? Itulah caranya Allah memberi pelajaran kepada kita...


Mungkin ramai lagi diluar sana yang bernasib kurang baik, tidak mendapat sebarang tawaran...Tidak mengapa...Jangan sesekali berputus asa. Teruskan usaha. Pasrah lah dengan keputusanNya. Ramai manusia yang apabila tidak memperoleh apa yang mereka inginkan, pasti mereka berputus asa dan mereka tidak pasrah... Sesungguhnya PUTUS ASA dan PASRAH adalah sesuatu yang berbeza...amat berbeza...Pasrah itu lebih baik daripada berputus asa...Apa bezanya pasarah dan berputus asa???


Apabila seseorang berputus asa, sedarlah bahawa dia sebenarnya telah berputus asa terhadap Allah. Dia seolah-olah telah lupa bahawa Allah sentiasa ada disampingnya...Kenapa harus putus asa sedangkan qadak dan qadar kite telahpun ditetapkan...Allah tahu segala-galanya yang ter'best' untuk kita. Manusia yang berputus asa adalah manusia yang lemah. Imannya belum cukup kuat. Lihatlah junjungan besar Nabi kita. Adakah baginda pernah berputus asa walaupun terpaksa menghadapai pelbagai ujian dan rintangan??? Kalaulah baginda berputus asa, nescaya tidak adalah Islam di muka bumi ini.


Sebaliknya, pasrah itu adalah yang terbaik kerana dengan pasrah, menunjukkan bahawa kita ini redha dengan ketentuan Ilahi. Dan kita yakin bahawa setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya di sebaliknya. Orang yang pasrah adalah seorang yang kuat dan kental hatinya. Dia akan menerima sesuatu ketetapan Allah sebagai ujian malahan ibadatnya akan bertambah dan hubungannya dengan Sang Pencipta semakin erat. Contohilah Nabi kita, disaat getir ketika pertempuran akan berlaku di dalam perang Badar di mana ketika itu bilangan tentera Islam jauh lebih sikit daripada bilangan tentera Musyrikin Mekah, baginda menadah tangan setinggi-tingginya berdoa kepada Allah memohon kemengan bagi pihak Islam. Ada riwayat yang mengatakan bahawa baginda mengangkat tangan berdoa sehingga ternampak tepi badan baginda (nak menunjukkan betapa tingginya harapan baginda agar doa baginda dimakbulkan)...baginda tidak mengalah dan berputus asa kan???


Kerana itu, ingatlah kamu kepada-Ku niscaya Aku ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu mengingkari (nikmat)-Ku.
(2 : 152)

Jika mereka sungguh-sungguh redha dengan apa yang diberikan Allah dan Rasul-Nya kepada mereka, dan berkata: "Cukuplah Allah bagi kami, Allah akan memberikan kepada kami sebahagian dari karunia-Nya dan demikian (pula) Rasul-Nya, sesungguhnya kami adalah orang-orang yang berharap kepada Allah", (tentulah yang demikian itu lebih baik bagi mereka).
(9:59)

Renungkanlah kata-kata hikmat di bawah ini :

Belajarlah bersyukur ketika mendapat keuntungan dan belajarlah tersenyum ketika menghadapi kerugian

Bersyukur dan berpuas hatilah dengan apa yang anda miliki sekarang.Jangan sekali-kali berfikir bahawa anda akan bergembira setelah memiliki perkara-perkara yang tidak anda miliki sekarang

Syukurlah dengan yang tiada kerana yang tiada itulah sebenar-benarnya ada 

Marilah kite menjadi hambaNya yang bersyukur. Nabi Muhammad sendiri pun solat malam sehingga bengkak kakinya sebagai tanda syukur kepada Allah. Apatah lagi kita, manusia biasa yang sering leka dan lalai daripada mengingati Allah. Semoga kita tak tergolong dalam golongan orang yang sombong dengan Allah.


hidupbiarbest

Posted on Friday, May 20, 2011 by hidupbiarbest

2 comments


muslim, wanted, because, he, is, muslim, islamophobia

muslim, islamophobia, wanted, because, he, is, muslim

wanted, islamophobia, because, he, is, muslim







because, he, is, muslim, quram, koran, attack, islamophobia


wanted, islamophobia, becauuse, he, is, a, muslim



Gambar-gambar di atas ni mendalam maksudnya.... Ini lah yang dikatakan Islamofobia. Diorang (orang kafir) tak faham, lepastu, tuduh Islam macam-macama- Kata Islam macam-macam. Siapa yang nak fahamkan diorang ni? Kitalah. Siapa lagi. Itulah tanggungjawab kita untuk berdakwah kepada diorang, barulah Islam tu dipandang mulia dn dihormati.

Sumber : www.nayzak.deviantart.com
hidupbiarbest

Posted on Wednesday, May 18, 2011 by hidupbiarbest

1 comment

love, teacher, selamat, hari, guru, sayang, cikgu, 16, mei

Selamat hari guru, cikgu!!! Itulah ungkapan mudah yang sering diucapkan oleh anak murid kepada guru mereka masing-masing apabila tibanya 16 Mei setiap tahun. Tapi, bukan semua murid mengucapkannya. Hanya mereka yang ikhlas menghargai guru mereka sahaja yang sudi mengungkapkan kata-kata itu. Pada tanggal ini, para guru mendapat pelbagai hadiah daripada anak murid mereka, tetapi hakikatnya bukanlah hadiah yang mereka mahukan. Ucapan hari guru itu pun sudah memadai. Asalkan pelajar mereka ingat akan mereka, sudah cukup untuk membahagiakan mereka. Mereka cuma mahukan kita menjadi insan yang berguna dan berjaya berjaya di dunia dan akhirat.....Itulah GURU kita....

Saya masih ingat lagi cikgu pertama saya. Masa tu saya berusia 5 tahun. Bersekolah di Tadika Perpaduan di Gombak. Ada dua cikgu, namanya Cikgu Asmah dan Cikgu Laila. Cikgu Asmah baik dengan saya. Sebab apa? Sebab aku ni, masa mula-mula masuk tadika, hari-hari aku nangis. Aku ni memang teruk pun. So, cikgu tu lah yang selalu pujuk saya. Lama-lama saya ok lah. Pada suatu hari, lepas balik sekolah, saya keluar dengan mak, pegi mane entah (tak ingat la, lame sangat). Mase balik rumah, saya terlihat rehal dan senaskhah muqaddam di atas sofa. Sapa pulak yang bagi kan...Rupa-rupanya, itu hadiah dari Cikgu Asmah sempena hari jadi saya...Die masukkan ikut tingkap rumah saya...Baikkan dia??? Itulah kisah aku dengan guru pertama aku. Anda macam mana??

Sungguh besar jasa guru. Walaupun ade yang menganggap ilmu yang diberikan guru tu tak seberapa, tapi pada hakikatnya, nilai ilmu yang dicurahkan kepada kita amat besar nilainya. Saaangat besar...Selagi mana kita mengamalkan ilmu yang diberikan guru, selagi itulah, mereka akan mendapat pahala walaupun mereka telah meninggal dunia...Malangnya, ramai manusia pada hari ini yang tidak mahu menghargai guru mereka. Buat tak tahu je bila berselisih. Bahkan, ade murid zaman sekarang ni yang pukul cikgu, tengking cikgu, cekik cikgu. Ape nak jadi??

Kata Imam Ghazali : " Hak guru lebih agung daripada hak ibu bapa kerana ibu bapa penyebab adanya kita sekarang dan kehidupan yang fana, sementara guru penyebab hidup yang kekal. Kalaulah tidak ada guru, nescaya apa yang dihasilkan dan diarahkan oleh orang tua akan celaka selamanya."

Kata Saidina Ali : "Aku adalah hamba kepada sesiapa yang pernah mengajarku walaupun satu huruf."

Waktu pelajar sakit,
guru menjadi doktor
waktu pelajar buat kes,
guru menjadi polis
waktu pelajar bayar yuran,
guru menjadi akauntan
waktu pelajar berkhemah,
guru menjadi rambo
waktu pelajar keliru,
guru menjadi penunjuk arah
Teruskan perjuangan yang mulia
ikhlaskanlah hati
selamat hari guru

Dengarkanlah lagu ini bersempena dengan hari guru. Lagu bertajuk Terima Kasih Guru daripada Mirwana. Dan hidupbiarbest juga mengucapkan selamat hari guru kepada semua guru diMalaysia terutamanya kepada yang pernah mengajar diri ini...


Masih jelas diminda
bisikan suaramu..memanggil
Di situ langkahku bermula
mengejari cita..kau disisi

Lantas ku utuskan
lagu untuk menyatakan
terima kasih guru
kerna hulur tanganmu
ku menghargai setulus jiwaku
bicaramu guru
kan ku ingat selalu
menjadi azimat
hingga ke akhirnya

Guru..ibarat pelita
sentiasa menyinar
kamar hidupku..
Guru..kau pewaris ilmu
mendidik diriku
hinggaku berjaya

Andai diberi peluang
inginku terbang tinggi
di awangan kanku petik
bintang-bintang
ku jadikan hadiah untukmu
moga tuhan merahmatimu
Terima Kasih..

hidupiarbest

Posted on Sunday, May 15, 2011 by hidupbiarbest

1 comment

Setiap manusia ada ujian masing-masing.(bukannya ujian kat sekolah tu) Begitu jugalah dengan saya... Macam-macam ujian yang datang, tapi terpaksalah kita tempuhinya dengan sabar dan redha dan pasrah...

berdoa, pada, Allah, ibu, dan, anak, solat, soleh, muslim

Salah satu cara kita nak tempuhi ujian adalah dengan berdoa... Berdoa, doa dan berdoalah selalu...kerana itulah perintah Allah kepada kita...


Berdoalah kepada Tuhanmu dengan berendah diri dan suara yang lembut
(7 : 55)


Tak susah pun nak berdoa...dimana-mana pun boleh...bila-bila pun boleh...sesiapa pun boleh...mudah kan...tak perlu ada appoinment. Semua hambaNya ada hak untuk berdoa.


Berdoa ni adalah cara kite meminta sesuatu daripada Allah...kita ni memang makhluk yang lemah. Sentiasa bergantung harap pada Allah... Bukannya Allah tidak tahu apa yang kita inginkan, bukannya Allah tak boleh baca fikiran kita, bahkan semuanya telah tertulis di Luh Mahfuz... tetapi dengan berdoalah cara kita menunjukkan pengabdian diri kepada Allah. Dengan berdoa juga, menunjukkan yang kita ini sedang berusaha bersungguh - sungguh. Dengan doa juga, dapat menghubungkan kita dengan Sang Pencipta. Dengan doa, menunjukkan bahawa kita mengagungkan Allah sebagai Yang Maha Berkuasa dan kita ini hanyalah hamba yang serba kekurangan.


Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.
(2 : 186)


Allah telah berjanji bahawaDia akan mengabulkan semua doa hambanya. Cuma kita sebagai hambanya tidak tahu bile doa itu termakbul. Dan Allah juga mungkin menggantikan apa yang kita doakan dengan sesuatu yang lebih baik yang kita tidak tahu. Allahua'lam...


Dan Tuhanmu berfirman: "Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina dina".
(40 : 60)


Janganlah kita jadi hamba yang sombong dan melampaui batas. Apabila berada dalam kesusahan dan ditimpa musibah, baru nak berdoa. Masa senang, lupa Allah...ish ish ish...Berdoalah dengan penuh keikhlasan dan kerendahan hati...dengan sebenar-benar pengharapan dan yakinlah bahawa doa kita itu dimakbulkan Allah...InsyaAllah...


Memohon doa kepada Tuhan adalah laksana samudera yang dapat mencapai setiap sudut pantai keperluan hidup manusia
(kata-kata hikmah)

Di sini, aku sertakan lagu kegemaran aku, daripada Nowseeheart, bertajuk Kerana Doa...Memang best...Lagu hangat di IKIM.FM...


Melangkah jauh tanpa arah dan tujuan
Bumi nan subur ini kurasakan gersang
Di dalam terang kegelapan
Seakan ku hanyut di daratan
Ku ingin pulang ke pangkalan

Pabila mata hati dan minda terbuka
Bertandang keyakinan terhakis curiga
Putaran masa pasti menemukan
Jarak dan ruang bukan sempadan
Tuhanku teramat penyayang

Aku tahu
Kau selalu bersamaku

Tak sesaat Kau biarku keseorangan
Tak sesaat pintaku jadi bebanan

Ku percaya
Kerana doa bertitian tiap waktu
Dengan izinMu
Ku kembali ke pangkalanku

Tak sesaat Kau biarku keseorangan
Tak sesaat pintaku jadi bebanan
Ku percaya diri ini memerlukan
Ku percaya doaku yang mengeratkan


hidupbiarbest

Posted on Thursday, May 12, 2011 by hidupbiarbest

No comments

Nak bunuh diri?? Kenapa?? Pikir dulu... 

larangan, bunuh, diri, nasihat, ayat, dalil, quran, putus, kepala, potong, teddybear

Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesamamu dengan jalan yang batil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan suka sama-suka di antara kamu. Dan janganlah kamu membunuh dirimu; sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepadamu.
(Surah An-Nisaa’ : 29)

Bunuh diri. Kenapa ya?? Tak takut ke?? Eeeiii, kalo saya, takut saya nak bunuh diri, sakiiit, ngeriii, dosaaa!!! Haha… betul tak??

Statistik menunjukkan bahawa Korea Selatan dan Jepun menduduki tangga teratas yang melahirkan ramai pembunuh diri. Nasib baiklah dua negara tu yang duduk ranking teratas. Kalau negara Islam yang naik nama, malu je umat Islam…Kat Malaysia pun ade jugak, orang Islam pulak tu, tapi takde la sebanyak kat Jepun dan Korea Selatan.

Banyak sebab yang menjadi punca bunuh diri nih. Antaranya putus cinta, tekanan hidup dan masalah kewangan. Dan kebiasaannya yang kita dengar, cara nak bunuh diri ni antaranya terjun bangunan, kelar pergelangan tangan, makan pil berlebihan dos dan pegi duduk kat landasan kereta api. Haih… ntah apa-apa entah diorang nih… agaknya diorang ni pendek akal kot..

Tau tak?? Kalau kita ni seorang Muslim yang sejati, nescaya kita tak bunuh diri. Maksud saya, bukannya kita takut nak bunuh diri, bahkan takkan pernah terlintas difikiran dan di lubuk hati nak bunuh diri.. Betullll…

Cube pikir betul-betul, kalau kita mukmin sejati, putus cinta bukanlah masalah yang terlalu besar sampai nak bunuh diri. Sebabnya, cinta kepada Allah adalah yang terutama bukannya cinta kepada manusia. Jika putus cinta sekalipun, mukmin sejati pasti akan redha dengan ujian Allah tersebut dan menerima hakikat bahawa jodoh di tangan tuhan. Orang yang bunuh diri sebab putus cinta adalah kerana dia merasakan dia dah tak boleh hidup tanpa pasangannya lagi kerana pasangannya adalah segala-galanya. Sedangkan, mukmin sejati, ada Allah yang sentiasa dekat dengan kita. Kasih sayang Allah adalah lebih agung dari kasih sayang manusia. Betul tak??

Seterusnya, orang selalu bunuh diri sebab tekanan hidup. Kononnya dah tak mampu nak tanggung tekanan yang banyak. Ish, kat dunia ni semua orang ada ujian masing-masing yang Allah bagi. Tengok Nabi Muhammad, betapa banyak tekanan dan ujian yang baginda hadapi. Cuba bayangkan kita gantikan tempat baginda. Pasti tak mampu. Kita kena ingat, yang bagi tekanan dan ujian itu adalah Allah, maka kite kenalah kembali kepada pemiliknya juga iaitu Allah. Berdoalah semoga Allah ringankan ujian kita bukannya bunuh diri. Inilah kelebihan mukmin sejati, ada tempat nak bergantung dan mengadu. Yang bunuh diri kat luar sana tu sebab dia rase takde tempat nak bergantung harap la tu. Firman Allah :

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdo`a): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir"
(Surah Al-Baqarah : 286)

Begitu juga dengan masalah kewangan. Haih… Mukmin sejati hidupnya tidak bergantung pada duit semata-mata. So, kalau tak de duit, mereka takkan bunuh diri. Sebab apa?? Duit Allah yang bagi. Allah juga yang menghalang kita daripada dapat duit. Itulah namanya rezeki masing-masing. Duit bukan segala-galanya dalam hidup kita. Lihatlah contoh para sahabat dulu. Abdul Rahman bin Auf sanggup serahkan semua hartanya dijalan Allah. Beliau tak risau pun semua hartanya habis digunakan…. Siapa yang sanggup bunuh diri, itu maksudnya, dia bertuhankan duit. Kita ni bertuhankan Allah dan Allah itu kekal abadi.


Ingatlah wahai sahabat sekalian, bunuh diri tu dosa besar. Apalah gunanya mati dalam keadaan melakukan dosa besar. Bukankah kita mahu pengakhiran yang baik untuk hidup kita ni. Mati bunuh diri ni umpama kita ni ingin mendahului takdir kita sendiri. Kononnya bunuh diri ni mati cepat, tak payah dah nak terus hadapi hidup yang serba tak kena tu. Bukannya mati cepat dengan bunuh diri ni boleh cepat jumpa Allah. Cepat masuk neraka ade la. Tak takut ke dengan azab di akhirat nanti??

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: Sesiapa yang membunuh dirinya dengan benda tajam, maka benda tajam itu akan dipegangnya untuk menikam perutnya di neraka Jahanam. Hal itu akan berlangsung selama-lamanya. Sesiapa yang meminum racun sehingga mati, maka ia akan meminumnya di dalam neraka Jahanam selama-lamanya. Sesiapa yang menjatuhkan diri dari gunung semata-mata untuk membunuh diri, maka ia akan menjatuhkan dirinya ke dalam neraka Jahanam selama-lamanya.
(Riwayat Abu Hurairah)

So, amacam?? Jika kita berpegang teguh dengan agama kita, pasti kita terhindar dari perkara ni (bunuh diri). Senang je cara nak elak bunuh diri. Cuma kembali kepada Islam, berpegang teguh dengannya dan redha dengan ketentuan Ilahi. Mudah kan??

Hidupbiarbest di dunia dan akhirat…


hidupbiarbest

Posted on Tuesday, May 10, 2011 by hidupbiarbest

4 comments

jadilah, lelaki, bertaqwa, soleh, muslim, sejati, trofi, kopiah

Jadilah seorang lelaki yang beriman,
Yang hatinya disalut rasa taqwa kepada Allah,
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam,

Yang sentiasa haus dengan ilmu,
Yang sentiasa dahaga akan pahala,
Yang solatnya adalah maruah dirinya,
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar,
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu,
Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan Allah.

Jadilah seorang lelaki,
Yang menjaga tutur katanya,
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya,
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya,
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang,
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang.

Jadilah seorang lelaki,
 Yang menghormati ibu bapanya,
Yang sentiasa berbakti kepada orang tua dan keluarga,
Yang bakal menjaga kerukunan rumahtangga,
Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam,
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan,
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat.

Jadilah seorang lelaki,
Yang sentiasa bersedia untuk menjadi imam,
Yang hidup di bawah naungan al-Quran dan mencontohi sifat-sifat Rasulullah,
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara,
Yang menjaga matanya dari berbelanja,
Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah ke atasnya.

Jadilah seorang lelaki,
Yang tidak pernah membazirkan masa,
Matanya kepenatan kerana membaca al- Quran,
Suaranya lesu kerana penat berzikir,
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan,
Bangunnya Subuh penuh kecergasan,
Kerana sehari lagi usianya bertambah kematangan.

Jadilah seorang lelaki,
Yang sentiasa mengingati mati,
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat,
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga,
Agar berputik tunas yang bakal menjaga baka yang baik,
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian.

Jadilah seorang lelaki,
Yang tidak terpesona dengan buaian dunia,
Kerana dia mengimpikan syurga Allah...buat selamanya



*p/s : bukan karya saya

hidupbiarbest

Posted on Thursday, May 05, 2011 by hidupbiarbest

No comments

Islam agama kita. Betulkah??? Kita mengaku kita Islam, tapi atas dasar apa??? Adakah kita hanya Islam hanya pada IC??? Atau kerana ibu bapa kita Islam??? Secara zahirnya, kita boleh mengaku yang kita ni Islam, tetapi Islamkah kita pada batinnya??? Adakah cara hidup kita berlandaskan Islam???

Semua persoalan ini harus ditanyakan kepada diri kita sendiri. Umat Islam pada hari ini amat…. amat jauh daripada landasan yang yang sebenar…selalu terkandas dan terpesong.... Amat jauh daripada jalan yang lurus…selalu tersalah jalan.... Amat jauh daripada Tuhan kita… amat jauh daripada ajaran Nabi kita… amat jauh . . . . . .aduhai umat Islam…

nasihat, umat, islam, semakin, jauh, amalan, renungan, persoalan, akidah, jalan, lurus

Umat Islam pada hari ini mengabaikan hukum Allah. Mereka tidak  mengendahkan hukum Allah. Hudud dikatakannya sebagai melucukan. Nanti semua orang hilang tangan. Hukum sebat pun ke atas peminum arak pun sama…sebat yang dikenakan pun bukannya 40 kali (berdasarkan hukum Islam sebenar), baru sikit dah bising… sedangkan tuan punya badan pun tak bising… dikatakan melanggar hak asasi manusia. Dikatakan hukuman tersebut kejam. Last-last, sultan juga yang mengampunkan dia, gantikan sebatan dengan kerja amal, boleh pulak sultan ampunkan orang ye… haih…

Janganlah kamu jadikan hukum-hukum Allah sebagai permainan. Dan ingatlah nikmat Allah padamu, dan apa yang telah diturunkan Allah kepadamu yaitu Al Kitab (Al Qur'an) dan Al Hikmah (As Sunah). Allah memberi pengajaran kepadamu dengan apa yang diturunkan-Nya itu. Dan bertakwalah kepada Allah serta ketahuilah bahwasanya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.
(2 : 231)

Rasuah pula menjadi – jadi. Dari pegawai kerajaan sehinggalah ke rakyat biasa yang bawah-bawah ni… tengok duit, terus gelap mata. Hilanglah ketakutan kepada dosa dan neraka. Riba’ lagilah. Memang tak lari dari hidup kita. Nak buat pinjaman lah, nak beli keretelah, nak beli motorlah, semuanya ade riba’… Memang hidup kita pada hari ini seolah-olah tak boleh lari daripada riba’. Normal bagi sebahagian masyarakat… haih…

Orang-orang yang makan (mengambil) riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kemasukan setan lantaran (tekanan) penyakit gila. Keadaan mereka yang demikian itu, adalah disebabkan mereka berkata (berpendapat), sesungguhnya jual beli itu sama dengan riba, padahal Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. Orang-orang yang telah sampai kepadanya larangan dari Tuhannya, lalu terus berhenti (dari mengambil riba), maka baginya apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum datang larangan); dan urusannya (terserah) kepada Allah. Orang yang mengulangi (mengambil riba), maka orang itu adalah penghuni-penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya.
(2 : 275)

Pemimpin pada hari ini amatlah rakus. Rakus memakan harta rakyat  dan negara. Lihatlah berapa banyak harta dikumpulkan oleh bekas pemimpin Tunisia dan Mesir yang digulingkan. Berjuta-juta. Masya Allah. Dalam negara kita pun begitu lah juga. Rakyat ditindas dalam senyap-senyap. Meminta bantuan sana sini demi untuk menyara keluarga. Pemimpin kita di atas goyang kaki berfikir macam mana nak membanyakkan harta mereka. Tiada lagi pemimpin pada hari ini yang sehebat Umar bin Abdul Aziz. Dimana, pada zamannya, tiada siapa pun yang layak menerima zakat. Betapa adilnya beliau… tetapi pada hari ini, berapa banyak rakyat yang amat memerlukan zakat???   Haih…

Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil jadi pemimpinmu, orang-orang yang membuat agamamu jadi buah ejekan dan permainan, (yaitu) di antara orang-orang yang telah diberi Kitab sebelummu, dan orang-orang yang kafir (orang-orang musyrik). Dan bertakwalah kepada Allah jika kamu betul-betul orang-orang yang beriman.
(5 : 57)

Pada hari ini, manusia makin bengong. Anak luar nikah semakin berpusu-pusu dilahirkan. Saban hari, ada saja kes pembuangan bayi di merata- rata. Bawah pokok, tepi jambatan, depan masjid, dalam tong sampah. Adakah bayi tersebut dilahirkan untuk dibuang???  Adakah bayi yang Allah sempurnakan dalam masa 9 bulan di dalam perut ibu itu bertujuan untuk dibunuh??? Kejamnya manusia lebih dari binatang. Pada zaman jahiliah dulu, bayi perempuan dibunuh dengan ditanam hidup-hidup. Kejam… tetapi hari ini, manusia lebih kejam dari itu, bayi lelaki dan perempuan diperlakukan sebegitu. Di mana sifat kemanusia sebagai seorang Islam???  Haih…

Sesungguhnya rugilah orang yang membunuh anak-anak mereka karena kebodohan lagi tidak mengetahui, dan mereka mengharamkan apa yang Allah telah rezekikan kepada mereka dengan semata-mata mengada-adakan terhadap Allah. Sesungguhnya mereka telah sesat dan tidaklah mereka mendapat petunjuk.

(6 : 140)

Institusi keluarga pada hari ini semakin kucar – kacir. Anak bunuh bapak. Suami bunuh isteri. Atuk rogol cucu. Cucu rompak nenek. Anak pukul emak. Adik-beradik berzina. Astaghfirullah…. Apa nak jadi. Dimana kasih sayang kita sebagai manusia??? Dimana kasih sayang anak terhadap ibu bapa. Dimana tanggungjawab ibu bapa terhadap anak??? Kemanakah perginya kasih sayang dalam berkeluarga??? Mereka tidak tahukah yang Nabi kita amat menyayangi ayah dah ibunya dan selalu mendoakan mereka walaupun baginda kehilangan mereka sejak kecil?? Mereka tidak tahukah bagaimana baiknya nabi terhadap anak dan cucunya??...haih

Itulah (karunia) yang (dengan itu) Allah menggembirakan hamba-hamba-Nya yang beriman dan mengerjakan amal saleh. Katakanlah: "Aku tidak meminta kepadamu sesuatu upah pun atas seruanku kecuali kasih sayang dalam kekeluargaan". Dan siapa yang mengerjakan kebaikan akan Kami tambahkan baginya kebaikan pada kebaikannya itu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mensyukuri.

(42 : 23)

Pada hari ini, makanan halal dan haram tiada diambil kisah. Apa saja yang ade di depan mata, terus masuk mulut tanpa kita mengetahuinya halal atau haram. Makanan yang dijual banyak yang menggunakan cop halal tipu, lantas, makanlah umat Islam makanan yang tidak halal itu. Umat Islam hanya percayakan kepada cop JAKIM semata- mata. Bagaimana pula makanan yang bercop halal seperti yang dijual di tepi jalan, kenduri, majlis makan-makan ataupun yang diberi orang. Ade cop halal jugak kah?? Susah kite nak jumpa orang seperti Saidina Abu Bakar yang sentiasa memastikan makanan yang masuk keperutnya halal. Akan ditanyanya kepada tuan punya makanan sumber makanan tersebut. Hatta, kalau beliau tahu makanan yang berada dalam mulut beliau itu dari sumber yang tidak elok, maka beliau akan memuntahkannya kembali. Tapi kalau kite..tak pe la, dah masuk mulut, nak buat camana…..itulah pemikiran manusia masa kini... haih…

Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah setan; karena sesungguhnya setan itu adalah musuh yang nyata bagimu.

(2 : 168)

Anak-anak muda pada hari ini semakin teruk. Didikan agama tidak dititik beratkan. Ilmu agama entah ke mana. Fakta menunjukkan bahawa 60 % peratus perempuan pernah melakukan zina semenjak umurnya sebelum 18 tahun lagi. Masya Allah. Lelaki dan perempuan bebas bergaul. Bangga apabila bercouple sedangkan benda itu haram. Maka, keluarlah alasan couple Islamik. Lelaki dan perempuan tiada malunya lagi, pergaulan mereka tiada batasnya lagi. Bertepuk tampar, bersentuh- sentuhan sana sini. Berpeluk-peluk dikhalayak ramai. Begitu juga di facebook. Menayangkan cinta mereka diseluruh dunia. Comment yang bukan-bukan. Tayang gambar entah apa-apa. Bagi satu dunia tengok. Dimana maruah mereka??? haih...

Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharap keridaan-Nya; dan janganlah kedua matamu berpaling dari mereka (karena) mengharapkan perhiasan kehidupan dunia ini; dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melewati batas.

(18 : 28)

Umat Islam kini semakin jauh dari agama. Islam tidak lagi menjadi cara hidup. Air kencing syaitan sudah menjadi kebiasaan bagi sesetengah Muslim. Solat pula entah kemana. Lambat dan lalai selalu. Bahkan ada yang tidak tahu macam mane nak bersolat. Kalau solat pun terabai, apatah lagi ibadat lain. Ilmu agama cetek sekali. Dosa dan pahala tidat dapat nak dibezakan. Al-Quran dibiarkan berhabuk di rak. Hanya menanti masa untuk dibaca. Zikir-zikir, lagilah tak tau. Mereka kini lagi mengenal artis dan selebriti daripada ustaz-ustaz dan alim ulama. Mereka lebih suka baca gossip artis daripada baca Al-Quran. Manusia sibuk mencari harta di dunia sehingga terlupa yang mereka juga perlu mencari harta dan bekalan akhirat….haih….

Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliah) bermusuh musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu karena nikmat Allah orang-orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk.

(3 : 103)

Inilah sebahagian daripada senario kehidupan umat Islam diseluruh dunia pada hari ini terutamanya di Malaysia. Senario ini berlaku di sekeliling kita atau mungkin juga berlaku pada diri kita sendiri. Sedarlah wahai rakan dan sahabatku sekalian. Allah itu sentiasa dekat dengan kita tetapi kita yang menjauhkan diri dari Nya. Islam itu sepatutnya di hati kita tetapi kita membuangnya jauh-jauh. Ayuhlah kite berubah demi kedaulatan Islam dan juga untuk kesejahteraan diri kita sendiri sama ada di dunia mahupun akhirat.

Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah setan. Sesungguhnya setan itu musuh yang nyata bagimu.
(2 : 208)

Allahua’lam…

Hidupbiarbest dalam beragama
Hidupbiarbest dalam bertuhan
Hidupbiarbest dalam berjuang

hidupbiarbest

Posted on Monday, May 02, 2011 by hidupbiarbest

No comments

Macam pelik pulak tetiba je tanye siapa kita? Tak kan la kita sendiri tak tahu siapa kita? Sebenarnya kita tahu siapa diri kita, tapi kita tak SEDAR...tak percaya? Percayalah...


who, siapa, lelaki, kita, misteri, sombong, islamik, cerita

Siapakah orang yang sombong?
Orang yang sombong adalah orang yang diberi penghidupan tapi tidak mahu sujud pada yang menjadikan kehidupan itu iaitu Allah Rabbul Alaamin, Tuhan sekalian alam. Maka bertasbihlah segala apa yang ada di bumi dan langit pada TuhanNya kecuali jin dan manusia yang sombong diri.

Siapakah orang yang telah mati hatinya?

Orang yang telah mati hatinya adalah orang yang diberi petunjuk melalui ayat-ayat Qur'an, Hadith dan cerita-cerita kebaikan namun merasa tidak ada apa-apa kesan di dalam jiwa untuk bertaubat.

Siapakah orang dungu kepala otaknya?

Orang yang dungu kepala otaknya adalah orang yang tidak mahu lakukan ibadat tapi menyangka bahawa Tuhan tidak akan menyiksanya dengan kelalaiannya itu dan sering merasa tenang dengan kemaksiatannya.

Siapakah orang yang kuat?

Orang yang kuat adalah orang yang dapat menahan kemarahannya ketika ia dalam kemarahan.

Siapakah orang yang lemah?

Orang yang lemah adalah orang yang melihat akan kemaksiatan di depan matanya tidak sedikit pun ada kebencian di dalam hatinya akan kemungkaran itu.

Siapakah orang yang bakhil?

Orang yang bakhil lagi kedekut adalah orang yang berat lidahnya untuk membaca selawat keatas junjungan Rasulullah SallAllahu Alaihi Wasallam.

Siapakah orang yang buta?

Orang yang buta adalah orang yang tidak mahu membaca dan meneliti akan kebesaran Al Qur'an dan tidak mahu mengambil pelajaran daripadanya.

Siapakah orang yang tuli?

Orang yang tuli adalah orang yang di beri nasihat dan pengajaran yang baik namun tidak diendahkannya.

Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman Alaihissalaam.

Siapakah orang yang manis senyumannya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia berkata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang menangis airmata mutiara?
Orang yang menangis airmata mutiara adalah orang-orang yang sedang bersendiri lalu mengingat akan kebesaran Tuhan dan menyesal akan dosa-dosanya lalu mengalir airmatanya.

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak loba akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang pandai?

Orang yang pandai adalah orang yang bersiap siap untuk hari kematiannya kerana dunia ini berusia pendek sedang akhirat kekal abadi.

Siapakah orang yang bodoh?

Orang yang bodoh adalah orang yang beriya-iya berusaha sekuat tenaga untuk dunianya sedangkan akhiratnya diabaikan.

Siapakah orang yang maju dalam hidupnya?
Orang yang maju dalam hidupnya adalah orang-orang yang senantiasa mempertingkat ilmu agamanya.

Siapakah orang-orang yang mundur hidupnya?
Orang yang mundur dalam hidupnya adalah orang yang tidak memperdulikan akan halal dan haramnya akan sesuatu perkara itu.

Siapakah orang yang gila itu?
Orang yang gila itu adalah orang yang tidak sembahyang kerana hanya dua syarat saja yang memperbolehkan akan seorang itu meninggalkan sembahyang, pertama sekiranya ia haid dan kedua ketika ia tidak siuman akalnya.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikkan.

Siapakah orang yang selalu ditipu?
Orang yang selalu di tipu adalah orang muda yang menyangka bahawa kematian itu berlaku hanya pada orang tua.

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?

Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan diperluas saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?

Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.


Dah baca dah? So, kita ni ada kat kategori yang mana? 

Sama-sama kita renungkan...
hidupbiarbest

Posted on Sunday, May 01, 2011 by hidupbiarbest

2 comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
UA-38342808-1