Kali ni aku postkan tentang ketinggian darjat wanita dalam Islam. Jika sorot kembali sejarah zaman jahiliah dulu, wanitanya dilayan dengan teruk sekali. sehingga boleh diperlakukan apa sahaja. Tetapi apabila sinar Islam mula memancar, mertabat wanita diangkat tinggi, wanita dilayan dengan baik. Betul lah bahawa Islam itu agama yang syumul.


muslimah, tinggi, darjat, tutup, aurat, kuning, jubah, muslim, woman


KISAH 1... 

A non-Muslim guy asked a Muslim guy:
"Why do ur girls cover up their body & hair?"
Muslim guy smiled & take 2 sweets & thn he open one of d sweet.
D othr one he keep it close
He thrwn both of tht sweets on sand & ask:
..."If I ask u to take one of the sweets which one u will choose then?"
The non-Muslim guy said:
"The covered one"
Thn the Muslim guy said:
"That's why our women cover their aurah"

KISAH 2...

A British man came to a Sheikh and asked, "Why is not permissible in Islam for women to shake hands with a man?" The Sheikh said, "Can you shake hands with Queen Elizabeth?" British man replied, "Of course not, there are only certain people who can shake hands with Queen Elizabeth". Sheikh replied with a smile on his face, "Our Women are Queens and Queens do not shake hands with strange men"

2 kisah diatas sudah cukup untuk menggambarkan para muslimah kita... Mereka ini diibaratkan seperti Ratu dan juga gula-gula yang tertutup rapi dan tidak dicemari dengan kekotoran...

KUASA MUSLIMAH

KUASA LAYANAN PEREMPUAN

Kaum lelaki mudah goyah dan alah dengan layanan yang baik, apa lagi dari perempuan yang sangat dikasihi seperti isteri dan ibu. Layanan baik yang disalurkan kepada orang yang berhak menerimanya, bukan sahaja mendatangkan keredhaan Allah tetapi memungkinkan apa yang diminta akan dipenuhi dengan mudah.

KUASA DOA PEREMPUAN

Doa perempuan lebih makbul dari lelaki kerana sifat penyayangnya lebih kuat dari lelaki. Sebagaimana hadis Rasulullah saw: "Doa ibu itu lebih cepat makbul." Orang bertanya:"Kenapa ya Rasulllah?" Jawab baginda : "Ibu lebih penyayang dari bapa dan doa dari orang yang penyayang tidak akan sia-sia."


muslimah, kuasa, perempuan, taqwa, muslim, woman

KUASA TAQWA PEREMPUAN

Ketaqwaan adalah kuasa paling sempurna dan terbaik dalam menangani apa jua masalah. Orang yang paling bertaqwa adalah orang yang paling dikasihi Allah. Allah tidak akan membiarkan orang yang dikasihiNya melainkan dipelihara serta sentiasa dirahmatiNya.

Kuasa taqwa lebih mudah diperolehi oleh perempuan berbanding lelaki kerana kehalusan budi yang ada pada perempuan adalah merupakan penjara daripada melakukan hal-hal yang mendatangkan dosa. Berbanding lelaki yang sebahagian hidupnya berada di luar rumah serta terdedah kepada pelbagai godaan, cubaan dan ujian.

Kekuasaan taqwa ini pula adalah kemuliaan yang diberikan oleh Allah swt sehingga setiap lelaki pasti memerlukan perempuan untuk menghirupkan udara ini atau dalam perkataan lain setiap lelaki pasti dilahirkan oleh perempuan kecuali Nabi Adam a.s. Sekuat-kuat lelaki, kuat lagi perempuan kerana lelaki itu sendirinya datang dari perut perempuan yang menghamilkannya dan melahirkannya ke dunia, kemudian melatih, mendidik, memelihara dari kecil hingga dewasa.

Kemuliaan perempuan akan lebih nyata, jika ditambah dengan ketaatan kepada kaum lelaki yang berhak atasnya sebagaimana maksud hadis Rasulullah saw: "Perempuan yang taat kepada suaminya, semua burung di udara, ikan di air, malaikat di langit, matahari dan bulan : semuanya beristighfar baginya (isteri) selagi mana ia masih taat kepada suaminya dan diredhainya (serta menjaga solat dan puasanya.)

*Tinggikan kedudukan wanita/muslimah dalam Islam???  Jadi, wahai para muslimah sekalian, berbanggalah anda menjadi muslimah sejati... Jangan dirosakkan iman anda... Mulianya anda kerana iman anda bukan kerana paras rupa rupa anda...

Wahai Muslimah Solehah, Tabahkan dirimu bak Srikandi KHADIJAH, Haluskan Akhlakmu bak FATIMAH AZ-ZAHRA, sampaikan Ilmumu sebijak si Merah AISYAH, Teguhkan Imanmu seteguh SUMAIYAH, Sucikan Hatimu seperti RABIATUL ADAWIYAH, InsyaAllah...
  
*sumber : diolah daripada post di facebook

hidupbiarbest

Posted on Tuesday, April 26, 2011 by hidupbiarbest

1 comment

Assalamualaikum semua....

Saban hari, kita lihat di kaca tv, banyak rancangan berbentuk hiburan yang muncul... AF, Mentor, Idola Kecil, Maharaja Lawak dll...banyak sangat... Kanak-kanak pada hari ni, lebih kenal artis daripada tokoh  Islam... Mereka diajar dengan hiburan secara tidak langsung melalui tv. Macam manalah nasib mereka pada masa akan datang kan??? Amat sayang sekali kalau mereka tidak dididik dengan agama sejak kecil. Bila dah besar nanti, mulalah liat nak belajar agama, lepastu, jahil agama...

Baru-baru ni, rancangan kanak-kanak Adik-adikku musim kedua baru je melabuhkan tirai...saya yakin ramai yang tau, tapi mungkin juga ramai yang tak tahu... Rancangan yang amat bagus skali... melahirkan para daie cilik yang mantap, bahkan lagi mantap daripada kita semua. Sejuk hati bile tengok diorang ni...

adik-adikku, tv1, juara, rancangan, islamik, pidato, menang, best

Di sini, saya nak sertakan video adik-adik kita ni yang memenangi tempat pertama, kedua dan ketiga... Best tengok diorang ni... 



Adik Zaid Najmuddin, tempat ketiga...


Adik Syafiqah Fasiha, tempat kedua...



Adik Munir, Juara Adik-adikku 2

Amacam?? best tak?? Best!!!!!! Sepatutnya kanak-kanak macam inilah yang patut dilahirkan pada masa kini kerana mereka lah nanti yang akan menjadi pejuang agama pada masa hadapan... Beruntung mereka ni, dah jadi daie sejak kecik. Jeles betul lah... Sejuk hati tengok diorang ni. Semoga diorang ni menjadi pejuang agama yang hebat suatu hari nanti... Macam mane pulak dengan kita???

Sedutan kata-kata daripada pidato adik Fasiha :

kita dilahirkan mulia,
maka hidup mulia,
mati juga sebagai mulia.

biar mati sebagai pejuang,
jangan hidup bernafas sebagai petualang.


p/s : saya suke adik Zaid...best...mantop!!!

hidupbiarbest

Posted on Monday, April 25, 2011 by hidupbiarbest

No comments

Saya baru dapat tahu yang seorang kawan saya accident tadi. Saya baru je tau masa bukak FB tadi.

innalillah, ucapan, musibah, kemalangan, mati

Sesungguhnya itulah ucapan yang patut diucapkan tatkala kita ditimpa musibah atau pun mendengar berita seseorang ditimpa musibah... Teruk jugak dia accident sebab die patah tangan kiri dan mulut berjahit...isk isk isk... Dia je lah yang tahu betapa peritnye kesakitan yang ditanggung. (Saya tak penah kene macam tu, so saya tak tau ape rasanya)...


Dengar citer, dia parking kat tempat parking kereta, tetiba ada kereta masuk dan terus langgar... Dengar tu, macam tak teruk, tapi siapa sangka accident macam tu pun sampai patah tangan. Ye lah, kat tempat parking, kerete mesti slow...Itulah kuasa Allah. Kalau Dia kate jadi, maka jadilah...


Sesungguhnya, musibah ini mungkin ujian Allah untuknye. Dengan terjadinya sesuatu musibah, menunjukkan yang Allah sayang kat kite. Sebab ape??? Sebab Dia masih peduli dengan kita... Siapa tahu apa hikmah disebalik kejadian ni... Mungkin Allah nak mengampunkan dosa-dosa nya yang lalu. Mungkin Allah nak mengajar supaya sentiasa berhati - hati walau dimana kite berada. Atau, mungkin juga Allah nak bagi nikmat kepadanya. Nikmat ape??? Nikmat sihat... Ustaz cakap, hanya orang yang pernah merasai kesakitan je yang tahu betapa nikmatnye masa sihat. Betul lah tu.. Atau, mungkin juga Allah nak ingatkan dia supaya ingat kat Allah banyak-banyak. Ye lah, manusia ni, time sihat lupa kat Allah, tapi time dah sakit, mulut tak lekang sebut nama Allah...


berdoa, doa, tadah, tangan, memohon, ampun, taubat, solat, pray

So, kita ni sebagai sahabat dan saudara seagama, marilah kita sama-sama berdoa kepada Allah agar dia cepat sembuh dan kembali sihat seperti biasa. Dan kita juga memohon agar kejadian seperti ini tidak menimpa kita pada masa akan datang. Musibah ini bukan hanya ujian kepada dia semata-mata tetapi juga sebagai pengajaran kepada kita semua. Kite kena ingat, malang tidak berbau. Naib baik dan buruk juga ditangan Allah. So, ingatlah Allah sentiasa dan berdoalah selalu agar kita sentiasa berada di bawah lindunganNya...


Ini lah yang dinamakan kehidupan. Pasti ada pahit dan manis dan masam dan masin dan pedasss... Barulah hidup kita ni best. Bukannya senang nak patah tangan...betul tak??? Hanya orang yang patah tangan je tau macam mana rasanya patah tangan tu...Aku doakan kau cepat sembuh. Insya Allah...

hidupbiarbest

Posted on Sunday, April 24, 2011 by hidupbiarbest

No comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
UA-38342808-1