doa, terdorong, sentiasa, melakukan, taat, ketaatan,derma, sedekah, duit, solat, pray

اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ فِعْلَ الْخَيْرَاتِ وَتَرْكَ الْمُنْكَرَاتِ وَحُبَّ الْمَسَاكِينِ وَأَنْ تَغْفِرَلِي وَتَرْحَمَنِي وَإِذَا أَرَدْتَ فِتْنَةً فِي قَوْمٍ فَتَوَفَّنِي  إِلَيْكَ وَأَنَا غَيْرُ مَفْتُونٍ اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ حُبَّكَ وَحُبَّ مَنْ يُحِبُّكَ وَحُبًّا يُبَلِّغُنِي حُبَّكَ.

Ya Allah, aku memohon kepadaMu perbuatan yang banyak kebaikan, meninggalkan berbagai kemungkaran, mencintai orang-orang miskin dan aku pohon agar Engkau mengampuniku dan merahmatiku. Jika Engkau hendak menimpakan suatu malapetaka bagi sesetengah orang, maka matikanlah aku dalam keadaan selamat, agar tidak terkena fitnah itu. Aku memohon kepadaMu rasa cinta padaMu, cinta orang-orang yang mencintaiMu dan cinta pada amalan yang akan mendekatkan aku untuk mencintaiMu.

*************
Semoga kita semua menjadi hambaNya yang taat dalam melakukan suruhan Allah dan meninggalkan segala larangannya.

.:Selamat beramal dan istiqamah:.

hidupbiarbest

Posted on Thursday, August 25, 2011 by hidupbiarbest

1 comment

money, wang, properties, harta, boros, bakar, duit, api, Allah, larang, wasting

Dah nak raya. Orang ramai makin sibuk shopping. Kuih raya, pakaian, perabot dan macam-macam lagi. Tapi ingat, dalam keseronokan nak menyambut raya, jangan lupa, elakkan BOROS... Allah telah melarang hambaNya daripada bersifat boros. Berbelanjalah secara sederhana, InsyaAllah diberkati Allah...

*************
BERUSAHA mencari rezeki halal dan membelanjakannya bagi memenuhi keperluan hidup yang selesa dan sempurna adalah antara ibadat yang besar ertinya dalam kehidupan seseorang Muslim.
Kehidupan yang baik dan selesa kadang-kadang dikurniakan Allah sebagai balasan awal terhadap keimanan dan ketaatan hamba-Nya.

Demikian juga penderitaan dan kesengsaraan hidup, kadang-kadang adalah balasan yang disegerakan di dunia bagi membolehkannya menerima nikmat sepenuhnya di akhirat tetapi ada juga penderitaan itu akibat kelemahan iman terhadap kekuasaan Allah dan berleluasanya kemungkaran dalam kehidupannya.

Hakikat ini dijelaskan Allah menerusi firman-Nya yang bermaksud:

"Sesiapa yang mengikuti petunjuk daripada-Ku, nescaya dia tidak akan sesat dan tidak pula akan menderita azab sengsara. Dan sesiapa yang berpaling daripada ingatan dan petunjuk-Ku, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit." 

(Surah Al-Taha: ayat 123-124)


Di samping unsur kerohanian, Islam juga mengakui bahawa kebendaan turut berfungsi memberi keselesaan kepada manusia. Justeru, Islam menghalalkan kita mengambil makan minum yang lazat, memilih tempat dan kediaman yang memenuhi kehendak dan cita rasa, memiliki kenderaan yang cantik dan pasangan hidup yang damai dan tidak mendatangkan masalah.

Dalam sebuah hadis, Rasulullah saw bersabda, maksudnya:

"Empat perkara bakal mendatangkan kebahagiaan: isteri yang solehah, rumah yang luas, jiran yang baik dan kenderaan yang selesa. Empat perkara yang mengundang kekacauan: isteri yang buruk akhlak, jiran yang jahat, kenderaan yang buruk dan rumah yang sempit."

Bagi mengekalkan keselesaan dan kebahagiaan di dunia, Islam juga menolak beberapa tabiat buruk yang boleh mengancam kesejahteraan hidup dan menukarnya dengan sekelip mata daripada senang kepada susah, daripada hidup mewah kepada menderita dan papa kedana.

Antara tabiat buruk yang mengancam kesejahteraan umat ialah berfoya-foya dengan kehidupan mewah, boros harta dan membazir ketika berbelanja. Tabiat ini sering disebut dalam al-Quran sebagai punca kehancuran beberapa umat yang terdahulu. Al-Quran mengingatkan manusia dua perkara penting melalui dakwah dan Rasul, iaitu bahaya kehidupan mewah dan tabiat sukakan pembaziran. 

Firman Allah SWT bermaksud:

"Dan orang yang tidak melarang perbuatan mungkar di bumi ini menitik beratkan segala kemewahan yang diberikan kepada mereka dan jadilah mereka orang yang berdosa." 

(Surah Al-Hud: ayat 116)


Dr Yusuf al-Qardawi mengulas mengenai kemewahan, katanya:
"Kemewahan hidup berbeza antara satu zaman dengan zaman yang lain, mungkin mewah pada suatu ketika dahulu, tidak dianggap mewah pada hari ini, kerana perbezaan masa, suasana dan pendapatan menjadikan ukuran kemewahan turut berbeza."

Imam Fakhr al-Razi mengertikan kemewahan yang menjadi punca keruntuhan masyarakat ialah tabiat hidup yang sombong dengan kenikmatan yang dirasai.
(Tafsir Al-Kabir, 18/75)

Kehidupan yang selesa adalah suatu bentuk kehidupan yang dialu-alukan oleh Islam tetapi kehidupan mewah dan sombong adalah suatu cara hidup yang buruk dan dikeji.
Sikap sombong dengan nikmat yang diperoleh, sering membawa manusia melupai Allah SWT dan jauh daripada jalan yang benar. Atas dasar mewah dan sombong inilah, Islam mengharamkan penggunaan peralatan emas dan perak, hamparan sutera dan melarang lelaki memakai pakaian yang diperbuat daripada emas dan sutera.

Selain hidup berfoya-foya dengan kemewahan, al-Quran juga menentang amalan boros dan pembaziran harta ketika berbelanja sehingga melampaui batas kesederhanaan sekali pun barang yang dibelanjakan diperoleh daripada sumber yang halal. Banyak ayat menyentuh mengenai keburukan tabiat ini, antaranya firman Allah SWT bermaksud:

"Sesungguhnya Firaun adalah orang yang sombong takbur lagi terbilang dalam golongan orang yang boros berbelanja." 

(Surah Al-Dukhan: ayat 31)


Membazir dan boros berbelanja diertikan dengan mengguna harta tanpa muslihat dan kepentingan. Amalan ini juga bertentangan dengan prinsip kesederhanaan yang menjadi sifat utama Ibad al-Rahman (hamba-hamba Allah yang maha penyayang) dan dikehendaki Islam sebagaimana firman-Nya bermaksud:

"Hamba-hamba Allah ialah mereka yang apabila membelanjakan hartanya, tidak boros dan tidak kedekut, sebaliknya perbelanjaan mereka adalah sederhana." 

(Surah Al-Furqan: ayat 67)


Al-Quran juga sering menggambarkan keburukan tabiat ini dengan menyatakan beberapa persamaan antara mereka dan syaitan, sebagaimana dijelaskan dalam firman-Nya bermaksud:

"Sesungguhnya orang yang boros adalah saudara syaitan, sedangkan syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya." 

(Surah Al-Israk: ayat 27)


Imam Fakhr al-Razi mengulas erti pembaziran yang diharamkan Islam, iaitu menghabiskan harta pada jalan yang tidak membawa faedah. Ini bermakna jika harta dibelanjakan pada jalan kebaikan dan kepentingan umum, tidak boleh disifatkan sebagai membazir atau boros.
(Tafsir Al-Kabir: 20/195)

Pembazir harta dikira sebagai saudara syaitan kerana ada beberapa persamaan, antaranya ialah sama-sama kufurkan nikmat Allah yang dikurniakan kepadanya dan tidak menggunakan nikmat yang ada untuk faedah umum yang mendatangkan kebajikan.

Pembaziran harta disebut juga dalam hadis Rasulullah dengan Idat al-Mal atau memusnahkan harta benda. Sikap ini termasuk amalan yang dibenci Allah. Dr Yusuf al-Qardawi dalam bukunya "Dawr al-Qiyam Wa al-Akhlak Fi al-Iktisad al-Islami" memberi contoh pembaziran yang berlaku dalam masyarakat sama ada secara disedari atau tidak, seperti mengabaikan ternakan dan tanaman, tidak menjaga makanan sehingga musnah dan tidak boleh dimakan, membiarkan pakaian kotor sehingga cepat luntur, tidak menyelenggara rumah kediaman, kereta dan barang kepunyaan sendiri sehingga cepat rosak.

Membiarkan lampu menyala tanpa sebarang muslihat, membiarkan paip air bocor menyebabkan kerugian terpaksa ditanggung, membuang makanan yang masih boleh dimakan pada hal ada orang miskin yang kelaparan, memusnahkan pakaian yang masih baik dan boleh dipakai semata-mata kerana dianggap ketinggalan zaman pada hal ada orang memerlukannya untuk menutup aurat, menaiki kenderaan bersendirian pada hal masih ada beberapa tempat duduk yang kosong dan ada orang yang memerlukannya untuk menuju ke destinasi yang sama dan makan bersendirian padahal dia boleh dikongsi beberapa orang.

Mensia-siakan harta adalah suatu sikap yang bertentangan dengan budaya Islam, termasuklah membiarkan bumi kosong tanpa ditanam sebarang pokok atau tanpa diambil langkah menghidupkan buminya, perusahaan yang tidak ditingkatkan produktivitinya pada hal ia masih boleh ditingkatkan, haiwan disembelih tetapi banyak bahan yang berfaedah terbuang seperti kulit, bulu dan seumpamanya.

Justeru, pembaziran bertentangan dengan budaya Islam. Rasulullah pernah menegur seorang lelaki yang sedang mengheret bangkai kambing untuk dibuang, sabda baginda:

"Mengapa kamu tidak buang kulitnya terlebih dahulu?"
Jawab mereka:
"Kulit kambing ini bangkai yang tidak berguna lagi."
Sabda baginda:
"Bangkai itu hanya haram dimakan, tetapi kulitnya masih boleh dimanfaatkan."

Justeru, harta benda tidak boleh disia-siakan. Imam al-Bukhari menjudulkan hadis di atas dengan suatu judul yang menarik, iaitu: "Perlukah tempayan arak dipecahkan?"
Maksud beliau ialah jika tempayan arak boleh dibersihkan, tidak ada sebab mengapa ia harus dimusnahkan.

Pemikiran Islam jelas sekali dalam hal ini dan kita percaya hasrat kerajaan supaya mengambil langkah berjimat cermat bagi mengatasi masalah kemelesetan ekonomi akibat kejatuhan nilai ringgit akan tercapai sepenuhnya dalam tempoh terdekat jika ajaran Islam ini dihayati dengan sebaik-baiknya.

(Dipetik dari Berita Harian Online Oktober 18, 1997)

Katakan tak nak kepada BOROS..... Hidupjanganboros


Hidupbiarbest

Posted on Tuesday, August 23, 2011 by hidupbiarbest

No comments

Biasanya kat negara kita ni, bila tibanya bulan Ramadhan, orang Islam memang bersemangat. Sangat bersemangat... Malam pertama terawih memang penuh masjid dan surau. Macam solat Jumaat. Tapi senario macam tu kita boleh tengok dalam minggu pertama je la. Makin lama makin kurang la manusia. Entahlah kenapa. Ada jawapan ?

10, terakhir, ramadhan, puasa,fasting, pecut, qiamullail, ibadah.ten

Mungkin mereka-mereka ni dah penat buat terawih kot, atau dah muak, atau terlalu sibuk, atau 'ter'lupa, atau mereka anggap terawih ni untuk awal bulan Ramadhan je. Entahlah. Aku pun tak tahu. Tapi setakat ni, dekat masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam masih ramai lagi la manusia yang masih setia dan bersemangat nak menunaikan solat terawih. Bolehlaaaa... Takde la ketara sangat kurangnya...

Tapi kan, sepatutnya, makin hari sepatutnya makin bertambahlah jemaah kat masjid dan surau, bukan makin berkurang. Semakin nak habis Ramadhan, sepatutnya kita makin berlumba-lumba nak beribadah sementara Ramadhan masih ada. Bahkan, Rasulullah juga menyuruh kita mencari Lailatul Qadar pada malam 10 terakhir Ramadhan, 10 malam terakhir ni jugak lah yang manusia sibuk nak buat kuih raya, masjid makin sepi, manusia sibuk shopping, nak hias rumah dan sebagainya.

Diriwayatkan dari Aisyah ra. Sesungguhnya Rasulullah saw. telah bersabda : Berusahalah untuk mencari lailatul qadar pada sepuluh malam terakhir. 
(H.R : Muslim )

Rasulullah juga telah memperbanyakkan amalan baginda pada 10 malam terakhir Ramadhan. Baginda telah beriktikaf sepanjang 10 malam terakhir Ramadhan. Sepatutnya, kita haruslah mencontohi baginda. Semarakkan hari-hari terakhir Ramadhan seolah-olah kita tidak mahu meninggalkannya.
Diriwayatkan dari Aisyah ra. ia berkata : Adalah Rasulullah saw mengamalkan i'tikaf pada sepuluh hari terakhir pada bulan Ramadhan sampai beliau diwafatkan oleh Allah Azza wa Jalla.  
( H.R : Al-Bukhary dan Muslim )

Mari kita buat satu perumpamaan. Anda pernah melihat atau menonton acara lari berganti-ganti? Strategi yang selalu digunakan ialah pelari terakhir mestilah orang yang paling kuat dan laju lariannya supaya dapat memecut orang yang berada di hadapan. Jika orang yang lari laju diletakkan sebagai pelari pertama, maka pelari seterusnya mungkin mudah untuk dipecut semula oleh lawan dan akhirnya tewas.

Begitu jugalah Ramadhan ini. Sepatutnya kita lebih banyak beramal dan beribadah di malam 10 terakhir Ramadhan. InsyaAllah beroleh kejayaan. Kalau setakat awal-awal je bersemangat, lepas tu hampeh, maka bolehkah kita menjadi hamba Allah yang bertaqwa? Kalau mula-mula je bersemangat, lepas tu hampeh, ada peluang ke nak jumpa Lailatul Qadar? Sama ada Lailatul Qadar sudah lepas ataupun belum, hanya Allah yang tahu. Kita hanya mencari. Kalau Allah kata kita tak jumpa Lailatul Qadar tahun ni, tak apelah, kita cari lagi tahun depan.

Jadi, jomlah kita kekalkan semangat kita untuk terus beribadah dan beramal di hari-hari terakhir Ramadhan yang akan meninggalkan kita tidak lama lagi. Kita ibarat sedang di atas trek Ramadhan. Pada saat entri ini dipublishkan, kita umpama sudah hampir ke garisan penamat. Apa yang perlu kita lakukan... Kita kena pecut sehabis baik, selaju mana yang kita mampu agar kita mencapai kemenangan. InsyaAllah, jika kita berjaya mencapai kemenangan dalam larian ini, kita akan menjadi hambaNya yang bertaqwa.
Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu, moga-moga kamu bertakwa.
(Surah Al-Baqarah : 183)

Jom kita pecut Ramadhan. Kemenangan sedang menunggu di hadapan.

Hidupbiarbest

Posted on Monday, August 22, 2011 by hidupbiarbest

No comments

Hari ini, tanggal 21 Ogos 2011 yang juga bersamaan 21 Ramadhan 1432 H. Setiap tahun, tarikh 21 Ogos dijadikan sebagai Hari Al-Quds. Jangan tak tahu pulak. Hari Al-Quds disambut pada setiap tahun di negara kita. Kenapa 21 Ogos?

al-quds, al-aqsa, palesin, saudara, bantuan, kemanusiaan, dome, rock

Al-Quds, Palestin, Masjid Al-Aqsa berada pada kedudukan yang terhormat di hati kaum Muslimin seluruh dunia. Pada 21 Ogos 1969, Dennis Michael (yahudi Australi) telah membakar Majidil Aqsa. Api yang besar telah membakar ruang-ruang masjid, dinding, tembok dan termasuklah mimbarnya yang bersejarah bagi umat Islam, Mimbar Salahuddin, mimbar yang pernah digunakan oleh Sultan Salahuddin Al-Ayyubi untuk berkhutbah setelah berjaya membebaskan Palestin dari tentera salib. Dengan bantuan Allah, api dapat dipadamkan dan Masjid Al-Aqsa masih dapat dilihat dilihat sehingga ke hari ini.

Mimbar Salahuddin yang terbakar
Masjid Al-Aqsa dibakar
Sudah genap 20 hari kita berpuasa. Bagaimana keadaan saudara-saudara kita disana. Kita disini hidup senang, sedangkan mereka di sana serba kekurangan. Mari kita sama-sama mengingati dan menginsafi keadaan mereka di sana. Bersama kita merebut pahala berlipat ganda di bulan Ramadhan dengan menghulur kan bantuan kepada mereka. Mereka juga saudara kita. Agama mereka juga agama kita. Tuhan mereka juga tuhan kita.



Kini, bumi Palestin yang dahulunya luas terbentang, hanya tinggal sekangkang kera. Berjuta umat Islam telah dihalau keluar dari bumi kelahiran mereka sendiri. Bumi anbia' itu hanya menanti dan menunggu tindakan kita. Adakah kita ambil tahu mengenainya atau buat bodoh je. Saidina Umar dan Sultan Salahuddin Al-Ayyubi telah berusaha keras berjuang membebaskan Palestin. Kenapa tidak kita ?

Sambil tu, jom kita dengar lagu Bebas Palestin yang dinyanyikan oleh artis nasyid negara kita. Semoga Palestin, Al-Quds sentiasa berada di hati kita. Semoga perjuangan membebaskan Palestin dari cengkaman kafirun laknatullah tidak pernah pudar dan padam dari hati kita. Palestin pasti jadi milik kita. Allahuakbar.

*Lagu ni memang best. Favourite aku...

Aku bersyukur padaMu Ya Allah kerana negara ku ini masih lagi aman. Tapi, kebebasan Palestin, tetap akan ku perjuangkan...Kerana Allah kita mara...

Hidupbiarbest

Posted on Sunday, August 21, 2011 by hidupbiarbest

1 comment

Teringat Ramadhan yang lalu kat sekolah. Rindu rasanya nak berbuka puasa dengan kawan-kawan. Best. Makanan yang dewan makan sediakan pun sedap-sedap. Macam-macam ada. Nasi, lauk-pauk, kuih-muih, kurma, air yang bermacam jenis... Kalau rasa nak tambah menu, diorang belilah kat kantin ape yang nak dibeli. Memang meriah Ramadhan kat sekolah...

Ade jugak dorm atau kelas yang buka gerai masing-masing. Nak cari untung di bulan Ramadhan. Kononnya, nanti duit tu boleh guna untuk jamuan akhir tahun kelas atau dorm. hehe... Warden pun bukan main nak berniaga jugak. Ada yang jual air, ikan bakar, taufufa, macam-macam lagilah....memang meriah....

5 minit sebelum berbuka, dewan makan dah penuh dah. Masing-masing mengadap makanan masing-masing. Kitorang selalu gabung-gabung meja. Makan ramai-ramai, lagi best. Suasana dalam dewan makan time tu memang bising. Entah apelah yang budak-budak bicarakan. Tak sabar nak berbuka kot. Bila azan berkumandang je....Allahuma lakasumna, wabika amanna, wa'ala rizkika aftharna, birahmatika ya arhamarrahimin.....apa lagi, melahap la....

Kalau aku, aku makan kurma je dulu, lepas tu solat Maghrib berjemaah kat surau, and then barulah makan nasi. Dah terbiasa, sebab kat rumah pun memang keluarga aku amalkan berbuka macam tu.

Ade jugak satu hari tu, BADAR (badan dakwah) anjurkan majlis berbuka puasa dengan talam. Bukan selalu nak makan dengan talam, kongsi ramai-ramai. Boleh merapatkan ukhwah tau. Best pulak tu...

doa buka puasa tak dilupakan...

suapan kasih sayang

kebulur ke diorang ni.....

tiada batasan antara senior dan junior
Itulah pengalaman aku berbuka puasa kat sekolah tahun lepas. Memang tak boleh rasa kat mane-mane. Rasa macam nak jadi budak sekolah balik je...Rindu Ramadhan kat sekolah tercinta...

Hidupbiarbest

Posted on Tuesday, August 16, 2011 by hidupbiarbest

No comments

Seronok rasanya bertarawih tahun ni. Memang seronok kalau solat tarawih dekat Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam ni. Buat habis 20 rakaat langsung tak rasa penat atau beban. Tenang je. Sebab tu aku suke solat tarawih kat masjid tu.

Ramai orang datang nak solat kat masjid tu. Saat aku sampai je kat masjid tu, muncul rasa tenang di hati. Melihat ramainya manusia yang berpusu-pusu masuk ke masjid. Terasa seolah-olah ada penyatuan yang kuat dalam kalangan umat Islam. Menuju ke satu tempat dengan satu tujuan yang sama. Ingin beribadah bersama, mencari keredhaan Allah.

ramadhan, happy, terawih, puasa, fasting, solat, jemaah

Ada yang berjubah, berbaju melayu, bertshirt, berseluar track suit, berkain pelikat dan sebagainya. Terserlah keindahan Islam itu sendiri. Islam tak pernah menyuruh penganutnya untuk memakai yang pakaian yang khas ketika ingin beribadah. Asalkan tutup aurat dan bersih, sudah memadai. Seronok rasanya berada dalam kalangan mukmin yang bernasib baik, dapat pergi ke masjid. Ada orang kat luar sana yang sedang berdisko, merempit, main mercun.....tapi aku disini...Alhamdulillah

Rasa bersemangat nak habiskan 20 rakaat termasuk witir 3 rakaat. Sambil mendengar bacaan Imam yang merdu dan menusuk jiwa. Tenang hati ini. Dalam keadaan yang cukup damai, terasa seronok betul menunaikan solat tarawih ni. Bukan senang nak rasa cam ni. Kalaulah semua masjid kat Malaysia macam ni, mesti best. Aku harap, aku terus merasai keseronokan tarawih pada tahun ini. Terima kasih Ya Allah, Engkau telah memberikan sakinah kepadaku.....


Hebat orang-orang Mesir ni. Macam ni punya ramai orang buat solat tarawih. Kental sungguh iman diorang ni. Boleh khusyuk walaupun solat di tepi jalan sambil menghayati solat mereka dengan penuh perasaan. Rasa teringin pulak nak rasa solat dalam keadaan macam tu...

Hidupbiarbest

Posted on Sunday, August 14, 2011 by hidupbiarbest

No comments

Ramadhan pun ada sign board jugak. Sekadar untuk peringatan manusia. Bila nampak signboard, kenalah patuhinya. Kalau tak iktu arahan, kena saman.... Tapi signboard-signboard ni semua tak de kat jalan raya. Kalau ada terpacak kat jalan raya pun bagus jugak kan..

sign board, papan, tanda, ramadhan, simbol, nasihat, islamik, muslim, happy, fasting

fasting, sign board, islamik, muslim, ramadhan, papan, tanda, pesan

ramadhan, fasting, islamik, muslim, papan, tanda, simbol, don't, waste, time, music

ramadhan, fasting, puasa, fasting, papan, tanda, sign board

hidupbiarbest

Posted on Friday, August 12, 2011 by hidupbiarbest

No comments

Sekali-sekala, buat post berbentuk video pun best jugak...

Sahur adalah amalan yang utama dalam Bulan Ramadhan. Alhamdulillah, setakat ni tak pernah miss lagi sahur. Bila kita bersahur, barulah bertenaga dan bersemangat untuk menghadapi hari-hari puasa kita ni. Rasulullah pun menyuruh kita untuk bersahur.

Diriwayatkan daripada Al-Miqdam bin Ma'di : Rasulullah s.a.w. bersabda : Hendaklah kamu semua makan sahur kerana sahur adalah makanan yang penuh berkah.
(Hadis riwayat An-Nasa'i)


Berbuka ataupun iftar tentulah sesuatu yang amat dinanti-natikan oleh orang yang berpuasa. Tapi, masalah kebanyakan orang, bila berbuka puasa tu, tak ingat dunia dah. Melantak segala macam makanan. Sampai sakit perut, lepastu, dah tak boleh nak ibadat. Haih... Kan elok kalau berbuka ikut cara Nabi Muhammad s.a.w... Makan secara sederhana dan tidak mengikut nafsu...

Diriwayatkan daripada Anas r.a katanya : Rasulullah s.a.w berbuka dengan makan beberapa rutthab (kurma basah) sebelum solat, kalau tidak ada, maka dengan kurma kering, kalau tidak ada, maka dengan meneguk air beberapa teguk.
(Hadis riwayat Abu Daud dan Al-Hakim)


Berpuasa itu ibadah. Maka jadikanlah sahur dan berbuka itu ibadah yang baik. Ambil peluang untuk dapatkan pahala banyak-banyak time bersahur dan berbuka. Caranya, ikutlah apa yang dijara Rasulullah, jangan ikut apa yang nafsu nak. Barulah dapat pahala berlipat ganda...

Hidupbiarbest

Posted on Tuesday, August 09, 2011 by hidupbiarbest

No comments

Aku tak rasa yang semua orang kenal diri diorang sedalam-dalamnya. Macam tu jugak dengan aku. Kita memang la akan kata: diri sendiri, takkan tak kenal kot. Tapi, hakikatnya, ramai yang masih belum kenal rapat dengan diri masing-masing.

Bulan Ramadhan ni lah kesempatan aku nak kenal diri aku sendiri. Ya. Bulan suai kenal dengan diri aku. Iinilah salah satu kelebihan Ramadhan untuk umat Islam.

Selama ni, yang aku tahu, orang yang membuat maksiat, mesti dipengaruhi oleh nafsu dan syaitan. Kalau tak kerana nafsu yang kuat, ataupun syaitan yang hasut. Tapi, kalau bulan Ramadhan? Syaitan dah dibelenggu. Tinggallah nafsu bekerja sendirian. Kesepian dan keseorangan. Walaubagaimanapun, nafsu tetap ada dalam diri manusia.

ramadhan, bulan, kenal, diri, syaitan, leaving, coming, nasihat

Katakanlah ada orang buat maksiat dalam bulan Ramadhan ni, komfem-komfemlah nafsu punya kerja. Syaitan dah tak boleh nak menghasut. Begitu juga, kalau aku masih mencuri dalam bulan Ramadhan ni, tentulah aku terikut-ikut kehendak nafsu durjana ni, bukan salah syaitan yang menghasut. Begitulah juga dengan perkara maksiat lain pun.

So, bila kita membuat sesuatu maksiat ataupun dosa di bulan Ramadhan, kita akan dapat tahu yang selama ni, nafsulah punca kita sering melakukan maksiat tersebut. Jadi, ambillah peluang, didik nafsu kita ni, lawan nafsu yang degil ni dalam masa bulan Ramadhan sebelum nafsu kita tu berkerjasama semula dengan syaitan nanti. Bila nafsu dah terdidik, InsyaAllah, segala maksiat yang berlaku kerana nafsu kita, kita dah tak buat dah lepas ni.

A student asked his teacher: "If the syaitan (devil) is locked up during Ramadan, why do people still do bad things?"
Teacher answered: "What happens when you stir a cup of coffee for a long time? After you take the spoon out the coffee continues to stir on its own, right? Syaitan is that stirrer and we are his coffee. Our bad habits continue to stir even when he is away."
ramadhan, lawan, nafsu, nasihat, muslim, islamik, best, hidup, kungfu, panda

Kesimpulannya, lepas Ramadhan berakhir nanti, berkuranglah perkara maksiat yang kita lakukan. Seterusnya, kita berpeluang untuk meningkatkan taqwa kita. Kita sebagai manusia yang berakal, kitalah yang kena kawal nafsu, bukan nafsu kawal kita. Memang aku nak berjihad sungguh-sungguh bulan ni. Jihad yang terbesar kan jihad melawan nafsu. Semoga aku berjaya. Engkau bantulah aku Ya Allah. Amin...

Hahaha.... inilah salah satu kebaikan Ramadhan untuk kita.

Hidupbiarbest

Posted on Saturday, August 06, 2011 by hidupbiarbest

No comments

Kat Facebook pun rancak kawan-kawan aku ni nak menyambut Ramadhan. Bagusla tu... Semangat Ramadhan lah katakan... Semoga Ramadhan bukan hanya di facebook, tapi juga di hati kita semua. kurangkan juadah, tingkatkan ibadah...

ucapan, ramadhan, quote, islamik, muslim

ramadhan, quote, ucapan, islamik, muslim

ramadhan, quote, ucapan, islamik, muslim

quote, ramadhan, ucapan, islamik, muslim

ramadhan, quote, ucapan, universiti, muslim, islamik

Aku tak reti nak buat ayat-ayat menarik sempena Bulan Ramadhan yang mulia ni. Tak pe lah. Yang penting, jadikan Ramadhan tahun ni, Ramadhan yang menarik dan terbaik untuk diri aku dan kita semua. InsyaAllah...

Hidupbiarbest

Posted on Wednesday, August 03, 2011 by hidupbiarbest

No comments

Assalamualaikum semua...Ramadhan Karim...Ramadhan tiba lagi...Syukur kerana kita diberi kesempatan berjumpa lagi dengan bulan yang penuh dengan keberkatan dan kemuliaan ini...Marilah kita sama-sama menghayati khutbah Rasulullah ini sempena menyambut Ramadhan...

**********
blessed, khutbah, rasulullah, menjelang, ramadhan, karim, pesan, baginda, islamik, muslim

Wahai manusia,sudah datang kepada kalian bulan Allah dengan membawa keberkatan rahmat dan keampunan. Bulan yang paling mulia di sisi Allah. Hari-harinya adalah hari-hari yang paling utama. Malam-malamnya adalah malam-malam yang paling utama. Jam demi jamnya adalah jam-jam yang paling utama.



Inilah bulan ketika kamu diundang menjadi tetamu Allah dan dimuliakan oleh-Nya. Dibulan ini, nafas-nafasmu menjadi tasbih, tidurmu adalah ibadah, amal-amalmu diterima dan doamu dimakbulkan. Mohon kepada Allah, tuhanmu dengan niat yang tulus dan hati yang suci agar Allah membimbingmu bagi melaksanakan puasa dan membaca Kitab-Nya.



Malang bagi orang yang tidak mendapat ampunan Allah di bulan yang agung ini. Kenang dengan rasa lapar dan hausmu, kelaparan dan kehausan di hari kiamat. Bersedekah kepada fakir miskin. Muliakan orang tuamu, sayangi yang muda, sambungkan tali persaudaraanmu, pelihara lidahmu, kawal pandanganmu dari apa yang tidak halal bagi kamu memandangnya dan kawal pendengaranmu dari apa yang tidak halal bagi kamu mendengarnya. Kasihi anak-anak yatim, nescaya dikasihi manusia anak-anak yatimmu.

Bertaubat kepada Allah dari dosa-dosamu. Angkat tangan-tanganmu untuk berdoa pada waktu solatmu kerana itu adalah saat-saat yang paling utama ketika Allah memandang hamba-hamba-Nya dengan penuh kasih sayang. Dia menjawab permintaan mereka ketika mereka menyeru-Nya, menyambut mereka ketika mereka memanggil-Nya dan mengabulkan doa mereka ketika mereka berdoa kepada-Nya.

Wahai manusia! Sesungguhnya dirimu tergadai kerana amal-amalmu, bebsakan ia dengan istighfar. Belakangnmu berat kerana beban dosamu, ringankan ia dengan memanjangkan sujudmu. Ketahuilah, Allah bersumpah dengan segala kebesaran-Nya, Dia tidak akan mengazab orang yang bersolat dan sujud, dan tidak akan mengancam mereka dengan neraka pada hari manusia berdiri di hadapan Tuhan seluruh alam.

Wahai manusia! Siapa antara kamu memberi jamuan berbuka puasa kepada orang Islam yang berpuasa pada bulan ini, di sisi Allah sama nilainya dengan membebaskan seorang hamba dan dia diberi ampunan atas dosa-dosa yang lalu.

Seorang sahabat bertanya : "Ya Rasulullah, tidaklah kami semua mampu berbuat demikian." Rasulullah meneruskan khutbahnya : "Pelihara dirimu dari api neraka walaupun hanya dengan sebiji kurma. Pelihara dirimu dari api neraka walupun dengan hanya seteguk air."

Wahai manusia! Siapa yang membaguskan akhlaknya di bulan ini, dia akan berjaya melintasi Sirat Al-Mustaqim pada hari ketika kaki-kaki tergelincir. Siapa yang meringankan pekerjaan orang yang dimiliki tangan kanannya (pegawai atau pembantu) di bulan ini, Allah akan meringankan pemeriksaan-Nya di hari kiamat. Siapa menahan sikap buruknya di bulan ini, Allah akan menahan kemurkaan-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya.

Sesiapa memuliakan anak yatim pada bulan ini, Allah memuliakannya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Siapa menyambungkan tali persaudaraan pada bulan ini, Allah akan menghubungkannya dengan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Siapa memutuskan hubungan kekeluargaan di bulan ini, Allah akan memutuskan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya.

Siapa melakukan solat sunat di bulan ini, Allah akan menuliskan baginya kebebasan dari api neraka. Siapa melakukan solat fardhu, baginya ganjaran seperti melakukan 70 solat fardhu di bulan lain. Siapa memperbanyak selawat kepadaku di bulan ini, Allah akan memberatkan timbangannya pada hari ketika timbangan menjadi ringan. Siapa membaca satu ayat Al-Quran pada bulan ini, ganjarannya seperti mengkhatamkan Al-Quran pada bulan-bulan lain.

Wahai manusia! Sesungguhnya pintu-pintu syurga dibukakan bagimu, mohon kepada tuhanmu agar tidak pernah menutupkannya bagimu. Pintu-pintu neraka tertutup, mohon kepada tuhanmu agar ia tidak akan dibukakan bagimu. Syaitan-syaitan dibelenggu, mintalah agar ia tidak lagi menguasai dirimu.

Ali bin Abi Talib yang meriwayatkan hadis ini berdiri dan berkata : "Wahai Rasulullah, amal apakah yang paling utama di bulan ini?" Jawab nabi :"Wahai Abu Al-Hasan, amal yang paling utama di bulan ini adalah menjaga diri dari apa yang diharamkan Allah."

*************

Wahai sahabatku sekalian, jadikanlah Ramadhan kali ini Ramadhan yang penuh bermakna bagi kita. Manfaatkanlah Ramadhan yang mulia ini dengan sebaik-baiknya seolah-olah inilah Ramadhan terakhir buat kita semua. Allah dah sediakan satu bulan yang khas istimewa untuk kita semua menambahkan amalan, mendekatkan diri pada Allah, mencari sebanyak-banyak pahala, mencari malam Lailatul Qadar....maka manfaatkannya... Insya Allah.

hidupbiarbest

Posted on Monday, August 01, 2011 by hidupbiarbest

1 comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
UA-38342808-1