voodoo,sihir, doa, hindari, jampi,bomoh, gangguan, syaitan, devil, pray, islamik, makbul, best, menarik

أَعُوذُبِكَ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّةِ مِنْ شَرِّمَا خَلَقَ وَذَرَأَ وَبَرَأَ وَمِنْ شَرِّ مَا يَنْزِلُ مِنَ السَّمَآءِ وَمِنْ شَرِّمَا يَعْرُجُ فِيهَا وَمِنْ شَرِّ فِتَنِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ وَمِنْ شَرِّ كُلِّ طَارِقٍ إِلَّا طَارِقًا يَطْرُقُ بِخَيْرٍ يَا رَحْمَنُ.

Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna yang tidak dapat ditembusi oleh orang baik ataupun jahat, daripada segala kejahatan yang Dia ciptakan, Dia tanamkan dan Dia adakan, serta kejahatan yang turun daripada langit dan yang naik kepadanya dan dari kejahatan yang ditanamkan  dalam bumi dan yang keluar darinya daripada kejahatan malam dan siang, kejahatan setiap yang datang melainkan yang datang dengan kebaikan, wahai Yang Maha Pemurah.


*amalan sihir adalah perbuatan yang dilaknat Allah. Sihir juga boleh memberikan keburukan yang teramat sangat kepada mangsanya termasuklah kematian. Zaman sekarang, manusia nak senang, suka guna sihir. Tak fikir dosa pahala. Semoga kita dihindarkan Allah dari gangguan sihir dan syaitan ini. InsyaAllah.

.:selamat beramal dan istiqamah:.
hidupbiarbest

Posted on Wednesday, March 28, 2012 by hidupbiarbest

No comments

Assalamualaikum w.b.t

choose, islam, peace, budak, kecil, boleh, buat, kita, apatah, lagi, renungan,best, muslim, nasihat, renungan

Nak kongsi satu video yang menarik (mungkin)...
Bagaimana seorang budak berusia 12 tahun boleh meyakinkan seorang hamba Allah untuk memeluk Islam...
betapa besarnya pahala yang diperolehnya kerana menambah bilangan ummat Islam di dunia ni...

Kita pula....berapa ramai manusia yang telah kita Islamkan...
Adakah kita berusaha..?

Apa kata kita jadikan 'mengislamkan paling kurang seorang hamba Allah seumur hidup kita' sebagai salah satu cita-cita kita...kan molek tu...


Budak kecilpun boleh buat,apatah lagi kita...
Berbaktilah pada agama...
hidupbiarbest

Posted on Friday, March 23, 2012 by hidupbiarbest

1 comment

nikmat, tiada, tandingan, islam, iman, tangan, hati, love, cinta, Allah, islamik, nasihat, renungan, best

Apa maksud nikmat? Nikmat tu ialah sesuatu yang korang gembira bila korang dapat… kan kan kan…

Apa nikmat paling besar yang korang rasa korang penah dapat sepanjang hidup korang?
Iphone ke? Kereta sport ke? Bini ke? Keluarga yang baik ke? Badan yang sihat ke? Jawatan yang besar ke?


Semua tu memang nikmat yang besar… tak ada jawapan yang salah pun… terpulang kepada diri masing2 la kan…


Tapi, kalo korang perasan, semua nikmat yang disebut kat atas tu ada gantinya andai kata nikmat itu hilang dari hidup korang… Contohnya :
Kalau iphone korang rosak, boleh beli blackberry baru kan…

Kalau kereta sport korang kene rompak, berlambak lagi kat kedai yang cantik-cantik…
Kalau bini meninggal, ramai lagi perempuan kat luar sana yang baik-baik belaka…
Kalau korang sakit, boleh pergi hospital…kalo ada masalah organ, boleh buat pembedahan tukar organ…
Betul tak….?


Tapi, secara hakikatnya ada satu nikmat kat dunia ni yang kalau kita hilangkannya, memang tidak ada penggantinya… memang tak ada…


IAITU….NIKMAT YANG SERING KITA SEMUA LUPAKAN…NIKMAT YANG SERING KITA ABAIKAN… NIKMAT YANG KITA SEMUA SELALU TAK PERASAN… ITULAH NIKMAT ISLAM DAN IMAN…. Dengannya kita mengenal bahawa Allah itu tuhan kita, Muhammad itu Nabi ikutan kita….

Aku sendiri leka, lalai dengan nikmat ni… Nikmat yang patut aku jaga dan pelihara ni telah aku abaikan macam tu aje… betapa bebal dan jahilnya aku… membiarkan nikmat terbesar ini tanpa penjagaan yang baik…. Bukan semua manusia di dunia mendapat nikmat ni… 


Sesuatu nikmat yang kita dapat, pasti kita akan jaga dengan baik kan…
Kita belikan iphone kita casing agar tak calar…
Basuh kereta sport hari-hari agar nampak kilat…
Jaga bini bagai menatang minyak yang penuh…
Makan ubat yang doktor bagi sampai habis agar badan kita sihat…


BAGAIMANA PULA DENGAN NIKMAT ISLAM DAN IMAN…???


Kita biarkan maruah islam dicalarkan, iman kita berhabuk tak dicuci…macam tu ke kita jaga nikmat besar ini? Orang kata, kalau kita sayang sesuatu nikmat tu, kita kena gunakannya dengan sebaik mungkin…


MACAM TU LAH JUGA DENGAN NIKMAT ISLAM DAN IMAN …


Gunakanlah ia dengan sebaik mungkin…
Jadikanlah iman sebagai perisai terkuat yang mampu menahan kejahatan…
Jadikanlah Islam sebagai pegangan hidup kita…
Jadikanlah Islam sebagai agama yang boleh kita banggakan, agama yang dihormati dan digeruni oleh orang lain…


Kerana apa? Kerana dengan 2 nikmat inilah, kita sudah mendapat tiket untuk ke SYURGA…
Diulang sekali lagi…TIKET UNTUK KE SYURGA…
Jagalah tiket ini baik-baik, jangan bagi hilang…kalau tiket ni hilang, menyesal tak sudah… memang tidak ada gantinya lagi…

Sesungguhnya Allah memasukkan orang-orang beriman dan mengerjakan amal baik ke dalam syurga-syurga yang di bawahnya mengalir sungai-sungai. Di Syurga itu mereka diberikan perhiasan gelang-gelang daripada emas dan mutiara, dan pakaian mereka adalah sutera 
(Al-Hajj 22 :23)

hidupbiarbest

Posted on Friday, March 09, 2012 by hidupbiarbest

No comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
UA-38342808-1