Dah dekat setahun dah aku berada di negara orang yakni Mesiiirrrr ataupun nama lainnya Egypttttt...
Macam-macam pengalaman yang aku dah dapat. Macam-macam perangai orang arab yang aku dah tengok... Ada yang lawak bagi aku, ada jugak yang menjelikkan... Mmemang lain la dengan Malaysia tanah airku tercinta.Kali ni nak share la beberapa kisah tentang perangai orang arab berdasarkan pengalaman aku sendiri. Pengalaman pergi shopping...

genena, mall, junainah, shopping, beli-belah, arab,perangai, kisah, cerita, kaya, menarik, best, info
di sinilah kami shoppping...huhu
Kisah 1

Hari tu gi shopping kat satu shopping compleks ni, nak beli baju. Kami pergi 3 orang... Masuk satu kedai ni, kami pun tengokla kot-kot ada baju yang berkenan. Tetiba si pekedai arab ni datang kat salah seorang kawan aku. Dia tanya nak apa. Kawan aku cakap saje nak tengok-tengok je. Tapi lepas tu........ Abisla kawan aku tu. Dia paksa suruh try baju tu masuk fitting room... Satu demi satu baju dia arab tu offer kat kawan aku, padahal kawan aku bukan nak sangat pun, tapi terpaksa... 

Lepas dah pilih baju, seluar pulak dia bagi...Adooiiii... Tak nak yang ni, dia bagi yang tu... Sampailah akhirnya kawan jumpa dengan seluar yang dia rasa ok... Akhirnya daripada saja nak tengok-tengok, TERbelilah sepasang terus....  Dia bagi diskaun.. Murah jugak la kami dapat... Lepas tu, dia  offer kat kami pulak, dia kata dia boleh bagi murah lagi...Tapi kami tolak... Malaslah.. Kita nak shopping dalam keadaan tenang, pilih-pilih baju, bukannya nak kena paksa dengan dia...

(Perangai arab, sesetengah peniaga akan berusaha sampai pengunjung membeli barang diorang. Kalau bagi yang tak biasa tu, mungkin akan fikir yang Arab ni memaksa diorang. Tapi,memang itu perangai arab, kalau tak nak kena cakap awal-awal....kalau tak.......dia marah la..) 

Kisah 2

Kisah ni berlaku sebelum kisah pertama. Sebelum tu kami masuk kedai lain... Sedang kami tengah pilih-pilih baju kat satu bahagian, Arab tu cakap, BAHAGIAN SINI SEMUA 200 POUND....Kami faham maksud dia, kami pun menyampah dan pergilah sambil buat muka... Apa maksud dia? Maksudnya, Arab tu ingat kami tak ada duit, sebab tu dia sebut macam tu supaya kami tak pilih baju kat bahagian yang KONONNYA MAHAL TU....

Dia ingat orang melayu tak ada duit ke. Kalau tak ada duit, tak de lah kami masuk kedai dia. Elok-elok kami nak beli baju dia telahpun menghalau pelanngan secara tak langsung. Adooiiii. Apa punya Arab...

(Sesetengah Pak Arab memang macam tu. Diorang tak kenal orang Melayu. Diorang Melayu ni datang dari hutan kot. Diorang ingat diorang je kaya. Tapi, ramai je arab lain yang ok) 

Itulah dua kisah yang berlaku kat kami time shopping baru-baru ni. Kisah pertama tu lawak. Memang kawan kami tu kena gelak malam tu. Kisah kedua tu pula, menyakitkan hati. Tapi kami dah lama kat sini, dah pernah kena dah sebelum ni. Tapi kalau anda baru datang sini dan first time kena macam tu, rasanya anda dah bergaduh dah dengan arab tu... 

Inilah Mesir........ Tak semua orang arab ni baik, tapi tak semua yang tak baik. Sama je macam negara kita pun.

Hidupbiarbest

Posted on Friday, July 13, 2012 by hidupbiarbest

6 comments

kenali, iblis, laknatullah, syaitan, devil, merah, makhluk, laknat, neraka, islami, renungan, info
nampak comel tapi dilaknat...
Inilah makhluk yang akan dirantai pada bulan Ramadhan yang akan menjelma. Kenapa kita kenal dia?  Supaya kita sentiasa berwaspada dengan taktik permainan iblis yang sangat licik menghasut manusia membuat kejahatan. Walaupun dirantai selama sebulan dibulan Ramadhan, kita kena ingat tak bermakna kita ni selamat. Mana tau yang Iblis laknatullah ni gunakan masa sebulan waktu rehat tu untuk mengatur strategi untuk menjahanamkan manusia dalam masa 11 bulan yang akan datang... Fikir-fikirkan...   


Nama : Iblis laknatullah

Tempat Lahir : Bermula dari keengganannya sujud kepada Nabi Adam a.s


Status : Fasik kelas pertama


Agama : Kufur


Tempat Tinggal DI Dunia : Di dalam hati mereka yang lalai


Tempat Tinggal Di Akhirat : Neraka jahanam


Kawasan legarnya : Setiap tempat yang di dalamnya tiada usaha untuk mengingati Allah


Arah Perjalanan : Tiada haluan dan bengkang bengkok


Isteri di dunia : Setiap wanita yang tidak menutup aurat dengan sempurna dan tidak mentaati Allah, Rasul dan suaminya


Kaum kerabat : Semua golongan yang menentang dan memusuhi Allah


Modal pusingan : Angan-angan kosong


Tempat pertemuan : Pasar dan pusat membeli belah


Musuh ketat : Orang Islam yang beriman dan bertaqwa


Kegemaran : Melalaikan orang dari mengingati Allah, menggoda dan menyesatkan


Matlamat hidup : Supaya semua makhluk di muka bumi ini menjadi kafir dan sama-sama masuk ke neraka jahanam


Kelemahan : Bila orang membaca istighfar dan mendengar bacaan Al-Quran


Lambang : Sebarang tatu


Pejabat operasi : Tempat yang kotor dan tempat maksiat


Rakan kongsi : Golongan munafik serta syaitan dari kalangan jin dan manusia


Sumber ekonomi : Segala harta yang diperolehi dengan jalan haram dan riba


Makanan Kegemaran : Segala najis dan kotoran


Yang Ditakuti : Orang mukmin yang beriman dan bertaqwa kepada Allah


Tempoh perkhidmatan : Sehingga hari kiamat


Ini adalah antara biodata asas Iblis yang perlu kita tahu...Kalu anda ada terjumpa makhluk yang ada ciri-ciri macam ini kat mana-mana, jauhilah segera...hehe.

hidupbiarbest

Posted on Sunday, July 08, 2012 by hidupbiarbest

No comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
UA-38342808-1