Showing posts with label ramadhan~. Show all posts
Showing posts with label ramadhan~. Show all posts
kurma-dates-buka-puasa-ramadhan

Kurma sinonim dengan bulan Ramadhan. Datang je bulan Ramadhan, adalah kurma.. Seperti kebiasaan kita, berbuka puasa mesti didahului dengan kurma. Semasa sahur pula, emak selalu pesan, "makanlah kurma tu sikit, bagi tenaga untuk berpuasa".

Rasulullah juga berbuka puasa dengan kurma, jika tiada kurma barulah baginda akan berbuka dengan seteguk air..

hadis-kelebihan-kurma-buka-puasa-nabi-ramadhan

Kelebihan kurma :

1. Kurma adalah bebas kolestrol dan rendah kadar lemaknya. Ia kaya dengan mineral dan vitamin.

2. Kurma kaya dengan protein, serat dan juga kandungan B1, B2, B3 dan B5 beserta vitamin A1 dan C.

3. Kurma meningkatkan sistem penghadaman kerana ia mengandungi serat boleh larut dan serat tidak boleh larut dan beberapa jenis asid amino.

4. Kurma adalah pemberi tenaga segera yang hebat kerana ia mengandungi glukosa, sukrosa dan fruktosa yang tinggi.

5. Kurma kaya dengan potassium dan rendah sodium. Ia membantu untuk mengawal sistem saraf. Kajian mendapati, pengambilan potassium cukup pada tahap tertentu boleh mengurangkan risiko strok.

6. Kurma kaya kandungan zat besi dan membantu mencegah anemia. Pesakit anemia digalakkan untuk makan kurma untuk pemulihan. Kurma juga mempunyai kandungan flourine yang melembapkan kerapuhan gigi.

7. Kurma juga membantu meningkatkan berat badan kepada mereka yang sangat kurus.

8. Kurma dapat mencegah penyakit kronik seperti jantung dan kencing manis.

9. Kurma mampu memanaskan badan dan merangsang kesihatan wanita hamil dan anak yang dikandung, memudahkan wanita bersalin dan memberi tenaga tambahan.

10. Kurma dapat membantu membantu mengatasi masalah sembelit.

11. Kurma juga mengurangkan masalah penglihatan dan membantu mengurangkan rabun malam.

12. Saidina Ali r.a. meriwayatkan “Barang siapa yang memakan 7 butir tamar (buah kurma) setiap hari, ia akan membunuh semua kuman di dalam badannya”

13. Maksud hadis Rasulullah s.a.w. : “Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu, menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya.

14. Antara hadis lain yang menyatakan kelebihan buah kurma:

Maksudnya : Daripadanya Adiy bin Hatim, ia berkata : “ Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “ Hindarilah api neraka walaupun (dengan memberi sedekah) sebelah buah kurma.

Hadis ini menerangkan kemuliaan buah kurma, iaitu walaupun dengan hanya kita bersedekah sebelah buah kurma kita terhindar daripada api neraka.

Jenis-jenis kurma :

jenis-kurma-types-dates-ramadhan-puasa-nabi

Masa kecik-kecil dulu, tak suka makan kurma sebab geli, tapi sekarang dah ok dah, favourite pulak tu.. :)
hidupbiarbest

Posted on Friday, July 12, 2013 by hidupbiarbest

No comments

ramadhan, zone, puasa, fasting, signboard

Hari ni dah start puasa Ramadhan.. Pagi tadi bangun sahur saya ngantuk sangat.. Maklumlah first time nak puasa.. Umur saya pun baru 5 yahun.. hehe.. Pastu kan, ramai orang yang bagi nasihat dan pesanan kat saya.. Ummi, papa, pakcik, cikgu, ustaz, kakak, kawan, ibu, abah... mereka semua pesan macam-macam kat saya... 

1. Abah cakap, kita kena bangun makan sahur setiap hari. Kalau ngantuk sangat pun kena bangun jugak. Kalau tak ada selera atau tak sempat nak makan, minum air sikit pun jadilah.. Sebab abah kita cakap, Rasulullah ada bersabda bahawa di dalam sahur tu terdapat keberkatan. Saya nak hidup saya diberkati Allah sepanjang masa..

sunnah, ramadhan, puasa, sahur, makan, kurma, keberkatan

2. Ibu pulak pesan, berbuka jangan dilambat-lambatkan.. Dengar azan maghrib, terus berbuka. Lepastu, kita mestilah mulakan dengan makan kurma (kalau adelah).. Sebab Nabi kita kan akan berbuka puasa dengan ruttab (kurma basah), kalau tak ade baginda akan makan kurma kering, jika tak ada jugak barulah baginda akan minum seteguk air..

berbuka, puasa, ramadhan, kurma, segera, ruttab

3. Kawan saya pesan, rajin-rajinlah belanja orang lain berbuka puasa kalau ada duit lebih.. Belanja kurma dua tiga biji pun jadilah.. Diorang kata diorang ada terbaca hadis Nabi yang maksudnya kalau kita memberi makan orang berpuasa, kita akan mendapat pahala sama macam orang yang berpuasa tu, tak kurang sikit pun..

4. Nenek saya bagi tahu, bulan puasa ni kita kena jaga mulut.. Jangan kita sebut benda yang tak elok atau buat perkara tak elok seperti mengumpat, mengutuk orang, mencaci maki, mencarut.. Sebab benda tu semua boleh mengurangkan pahala puasa kita, nanti puasa kita jadi sia-sia je..

5. Atuk saya pesan, solat terawih janganlah tinggal. Walaupun terawih tu sunat je, tapi kita kena usaha buat walaupun kat rumah, sebab bulan Ramadhan je ada terawih, bulan lain tak ada.. Ni la peluang kita nak banyakkan ibadat kita.. Nak buat 8 rakaat ke, 20 rakaat ke, itu terpulang lah pada kemampuan masing-masing.. Tak payah gaduh-gaduh pasal bilangan rakaat, buang masa je..

ramadhan, puasa, sunnah, terawih, solat, sunat, hidup

6. Ustaz cakap, di bulan Ramadhan ni, ambil lah kesempatan untuk tweet atau post benda-benda baik kat fb dan twitter.. Ustaz tak larang kita main fb atau twitter di bulan puasa ni, tapi ustaz kata, ambil lah kesempatan untuk buat pahala.. Tweet "Jom pi terawih" yang simple tu pun boleh dapat pahala.. Tapi yang penting, ustaz cakap, kalau nak sebarkan hadi tentang Ramadhan tak ape, dialu-alukan, tapi janganlah sebarkan hadis yang palsu.. Kalau nak sebar hadis, siasat dulu status hadis tu..

7. Kakak cakap, di bulan puasa ni kita kena banyakkan sedekah, bantu orang miskin, anak yatim.. Akak suruh simpan duit jangan bazir beli makanan banyak-banyak kat bazar Ramadhan, duit lebih yang ada boleh sedekah kat orang yang memerlukan. Rezeki Allah itu kan kita kena kongsi bersama..

ramadhan, sedekah, puasa, sunnah, rezeki

8. Abang pulak pesan, bulan puasa ni lah kita boleh melatih diri uantuk mengawal nafsu.. Kawal nafsu makan, nafsu nak buat perkara lagha, nafsu nak buat maksiat... Sebab Allah kan berfirman bahawa tujuan kita Dia suruh kita berpuasa agar kita menjadi hambaNya yang bertaqwa.. Saya nak jadi orang bertaqwa..

9. Ustazah kat sekolah pesan, kita kena banyakkan ibadah terutamanya baca Quran, berzikir dan berselawat memuji Nabi. Kalau baca Al-Quran tu, jangan nak kejar khatam dalam masa sebulan je, tapi kita tak faham apa yang kita dah khatam. Ustazah kata, lebih baik kita baca sikit-sikit, lepas tu kita tengok tafsir, barulah kita faham apa yang kita baca seterusnya kita boleh menghayati dan amalkan apa yang terkandung di dalam Kitab Alah ni..

10. Sepupu saya ada cakap, pastikan kita cuba untuk bangun qiamullail.. Kalau nak mudah bangun awal masa sahur, sebelum makan, kita boleh buat solat sunat tahajjud, paling kurang solat 2 rakaat pun jadilah sebab saya kan budak kecik lagi.. Terutamanya sepuluh malam terakhir, kena perbanyakkan lagi ibadah malam, mana tahu Allah bagi peluang bertemu dengan Lailatul Qadr, malam yang lebih baik dari seribu bulan.. Fuyoooo, bestnye kan kalau saya bertemu dengan Lailatul Qadr..

11. Akhir sekali, mak cik Azizah jirang sebelah rumah pesan, yang paling penting sekali, semua ibadat yang kita lakukan di bulan puasa ni biarlah berterusan ke bulan-bulan yang lain juga. Biar kita istiqamah dengan apa yang kita lakukan sebab Allah suka hamba yang istiqamah. Ibadat kita bukannya bermusim, kita kena beribadat sepanjang masa, baru Allah sayang.. Bulan puasa ni sebagai bulan untuk kita training dan bulan lain adalah masa untuk praktikkan apa yang kita dah training tu.. Kita kan nak jadi hambaNya yang hebat..

Inilah sedikit sebanyak pesan yang saya dapat dari mereka semua. Walaupun pesanan ni semua untuk saya, sekarang saya nak forwardkan pulak semua pesanan kat kawan-kawan semua.. Biar kita dapat pahala sama-sama, tak nak lah dapat pahal sorang-sorang je, tak best la kalau macam tu..

Saya harap, Ramadhan tahun menjadi Ramadhan yang terbaik dan terindah bagi saya. Dan saya juga berharap, Allah akan terima semua ibadat saya di bulan mulia ini. Dan saya juga berharap agar Allah panjangkan umur saya untuk bertemu lagi dengan Ramadhan yang akan datang.. Amiinnn...

hidupbiarbest 

Posted on Wednesday, July 10, 2013 by hidupbiarbest

1 comment

Biasanya kat negara kita ni, bila tibanya bulan Ramadhan, orang Islam memang bersemangat. Sangat bersemangat... Malam pertama terawih memang penuh masjid dan surau. Macam solat Jumaat. Tapi senario macam tu kita boleh tengok dalam minggu pertama je la. Makin lama makin kurang la manusia. Entahlah kenapa. Ada jawapan ?

10, terakhir, ramadhan, puasa,fasting, pecut, qiamullail, ibadah.ten

Mungkin mereka-mereka ni dah penat buat terawih kot, atau dah muak, atau terlalu sibuk, atau 'ter'lupa, atau mereka anggap terawih ni untuk awal bulan Ramadhan je. Entahlah. Aku pun tak tahu. Tapi setakat ni, dekat masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam masih ramai lagi la manusia yang masih setia dan bersemangat nak menunaikan solat terawih. Bolehlaaaa... Takde la ketara sangat kurangnya...

Tapi kan, sepatutnya, makin hari sepatutnya makin bertambahlah jemaah kat masjid dan surau, bukan makin berkurang. Semakin nak habis Ramadhan, sepatutnya kita makin berlumba-lumba nak beribadah sementara Ramadhan masih ada. Bahkan, Rasulullah juga menyuruh kita mencari Lailatul Qadar pada malam 10 terakhir Ramadhan, 10 malam terakhir ni jugak lah yang manusia sibuk nak buat kuih raya, masjid makin sepi, manusia sibuk shopping, nak hias rumah dan sebagainya.

Diriwayatkan dari Aisyah ra. Sesungguhnya Rasulullah saw. telah bersabda : Berusahalah untuk mencari lailatul qadar pada sepuluh malam terakhir. 
(H.R : Muslim )

Rasulullah juga telah memperbanyakkan amalan baginda pada 10 malam terakhir Ramadhan. Baginda telah beriktikaf sepanjang 10 malam terakhir Ramadhan. Sepatutnya, kita haruslah mencontohi baginda. Semarakkan hari-hari terakhir Ramadhan seolah-olah kita tidak mahu meninggalkannya.
Diriwayatkan dari Aisyah ra. ia berkata : Adalah Rasulullah saw mengamalkan i'tikaf pada sepuluh hari terakhir pada bulan Ramadhan sampai beliau diwafatkan oleh Allah Azza wa Jalla.  
( H.R : Al-Bukhary dan Muslim )

Mari kita buat satu perumpamaan. Anda pernah melihat atau menonton acara lari berganti-ganti? Strategi yang selalu digunakan ialah pelari terakhir mestilah orang yang paling kuat dan laju lariannya supaya dapat memecut orang yang berada di hadapan. Jika orang yang lari laju diletakkan sebagai pelari pertama, maka pelari seterusnya mungkin mudah untuk dipecut semula oleh lawan dan akhirnya tewas.

Begitu jugalah Ramadhan ini. Sepatutnya kita lebih banyak beramal dan beribadah di malam 10 terakhir Ramadhan. InsyaAllah beroleh kejayaan. Kalau setakat awal-awal je bersemangat, lepas tu hampeh, maka bolehkah kita menjadi hamba Allah yang bertaqwa? Kalau mula-mula je bersemangat, lepas tu hampeh, ada peluang ke nak jumpa Lailatul Qadar? Sama ada Lailatul Qadar sudah lepas ataupun belum, hanya Allah yang tahu. Kita hanya mencari. Kalau Allah kata kita tak jumpa Lailatul Qadar tahun ni, tak apelah, kita cari lagi tahun depan.

Jadi, jomlah kita kekalkan semangat kita untuk terus beribadah dan beramal di hari-hari terakhir Ramadhan yang akan meninggalkan kita tidak lama lagi. Kita ibarat sedang di atas trek Ramadhan. Pada saat entri ini dipublishkan, kita umpama sudah hampir ke garisan penamat. Apa yang perlu kita lakukan... Kita kena pecut sehabis baik, selaju mana yang kita mampu agar kita mencapai kemenangan. InsyaAllah, jika kita berjaya mencapai kemenangan dalam larian ini, kita akan menjadi hambaNya yang bertaqwa.
Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu, moga-moga kamu bertakwa.
(Surah Al-Baqarah : 183)

Jom kita pecut Ramadhan. Kemenangan sedang menunggu di hadapan.

Hidupbiarbest

Posted on Monday, August 22, 2011 by hidupbiarbest

No comments

Teringat Ramadhan yang lalu kat sekolah. Rindu rasanya nak berbuka puasa dengan kawan-kawan. Best. Makanan yang dewan makan sediakan pun sedap-sedap. Macam-macam ada. Nasi, lauk-pauk, kuih-muih, kurma, air yang bermacam jenis... Kalau rasa nak tambah menu, diorang belilah kat kantin ape yang nak dibeli. Memang meriah Ramadhan kat sekolah...

Ade jugak dorm atau kelas yang buka gerai masing-masing. Nak cari untung di bulan Ramadhan. Kononnya, nanti duit tu boleh guna untuk jamuan akhir tahun kelas atau dorm. hehe... Warden pun bukan main nak berniaga jugak. Ada yang jual air, ikan bakar, taufufa, macam-macam lagilah....memang meriah....

5 minit sebelum berbuka, dewan makan dah penuh dah. Masing-masing mengadap makanan masing-masing. Kitorang selalu gabung-gabung meja. Makan ramai-ramai, lagi best. Suasana dalam dewan makan time tu memang bising. Entah apelah yang budak-budak bicarakan. Tak sabar nak berbuka kot. Bila azan berkumandang je....Allahuma lakasumna, wabika amanna, wa'ala rizkika aftharna, birahmatika ya arhamarrahimin.....apa lagi, melahap la....

Kalau aku, aku makan kurma je dulu, lepas tu solat Maghrib berjemaah kat surau, and then barulah makan nasi. Dah terbiasa, sebab kat rumah pun memang keluarga aku amalkan berbuka macam tu.

Ade jugak satu hari tu, BADAR (badan dakwah) anjurkan majlis berbuka puasa dengan talam. Bukan selalu nak makan dengan talam, kongsi ramai-ramai. Boleh merapatkan ukhwah tau. Best pulak tu...

doa buka puasa tak dilupakan...

suapan kasih sayang

kebulur ke diorang ni.....

tiada batasan antara senior dan junior
Itulah pengalaman aku berbuka puasa kat sekolah tahun lepas. Memang tak boleh rasa kat mane-mane. Rasa macam nak jadi budak sekolah balik je...Rindu Ramadhan kat sekolah tercinta...

Hidupbiarbest

Posted on Tuesday, August 16, 2011 by hidupbiarbest

No comments

Seronok rasanya bertarawih tahun ni. Memang seronok kalau solat tarawih dekat Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam ni. Buat habis 20 rakaat langsung tak rasa penat atau beban. Tenang je. Sebab tu aku suke solat tarawih kat masjid tu.

Ramai orang datang nak solat kat masjid tu. Saat aku sampai je kat masjid tu, muncul rasa tenang di hati. Melihat ramainya manusia yang berpusu-pusu masuk ke masjid. Terasa seolah-olah ada penyatuan yang kuat dalam kalangan umat Islam. Menuju ke satu tempat dengan satu tujuan yang sama. Ingin beribadah bersama, mencari keredhaan Allah.

ramadhan, happy, terawih, puasa, fasting, solat, jemaah

Ada yang berjubah, berbaju melayu, bertshirt, berseluar track suit, berkain pelikat dan sebagainya. Terserlah keindahan Islam itu sendiri. Islam tak pernah menyuruh penganutnya untuk memakai yang pakaian yang khas ketika ingin beribadah. Asalkan tutup aurat dan bersih, sudah memadai. Seronok rasanya berada dalam kalangan mukmin yang bernasib baik, dapat pergi ke masjid. Ada orang kat luar sana yang sedang berdisko, merempit, main mercun.....tapi aku disini...Alhamdulillah

Rasa bersemangat nak habiskan 20 rakaat termasuk witir 3 rakaat. Sambil mendengar bacaan Imam yang merdu dan menusuk jiwa. Tenang hati ini. Dalam keadaan yang cukup damai, terasa seronok betul menunaikan solat tarawih ni. Bukan senang nak rasa cam ni. Kalaulah semua masjid kat Malaysia macam ni, mesti best. Aku harap, aku terus merasai keseronokan tarawih pada tahun ini. Terima kasih Ya Allah, Engkau telah memberikan sakinah kepadaku.....


Hebat orang-orang Mesir ni. Macam ni punya ramai orang buat solat tarawih. Kental sungguh iman diorang ni. Boleh khusyuk walaupun solat di tepi jalan sambil menghayati solat mereka dengan penuh perasaan. Rasa teringin pulak nak rasa solat dalam keadaan macam tu...

Hidupbiarbest

Posted on Sunday, August 14, 2011 by hidupbiarbest

No comments

Ramadhan pun ada sign board jugak. Sekadar untuk peringatan manusia. Bila nampak signboard, kenalah patuhinya. Kalau tak iktu arahan, kena saman.... Tapi signboard-signboard ni semua tak de kat jalan raya. Kalau ada terpacak kat jalan raya pun bagus jugak kan..

sign board, papan, tanda, ramadhan, simbol, nasihat, islamik, muslim, happy, fasting

fasting, sign board, islamik, muslim, ramadhan, papan, tanda, pesan

ramadhan, fasting, islamik, muslim, papan, tanda, simbol, don't, waste, time, music

ramadhan, fasting, puasa, fasting, papan, tanda, sign board

hidupbiarbest

Posted on Friday, August 12, 2011 by hidupbiarbest

No comments

Sekali-sekala, buat post berbentuk video pun best jugak...

Sahur adalah amalan yang utama dalam Bulan Ramadhan. Alhamdulillah, setakat ni tak pernah miss lagi sahur. Bila kita bersahur, barulah bertenaga dan bersemangat untuk menghadapi hari-hari puasa kita ni. Rasulullah pun menyuruh kita untuk bersahur.

Diriwayatkan daripada Al-Miqdam bin Ma'di : Rasulullah s.a.w. bersabda : Hendaklah kamu semua makan sahur kerana sahur adalah makanan yang penuh berkah.
(Hadis riwayat An-Nasa'i)


Berbuka ataupun iftar tentulah sesuatu yang amat dinanti-natikan oleh orang yang berpuasa. Tapi, masalah kebanyakan orang, bila berbuka puasa tu, tak ingat dunia dah. Melantak segala macam makanan. Sampai sakit perut, lepastu, dah tak boleh nak ibadat. Haih... Kan elok kalau berbuka ikut cara Nabi Muhammad s.a.w... Makan secara sederhana dan tidak mengikut nafsu...

Diriwayatkan daripada Anas r.a katanya : Rasulullah s.a.w berbuka dengan makan beberapa rutthab (kurma basah) sebelum solat, kalau tidak ada, maka dengan kurma kering, kalau tidak ada, maka dengan meneguk air beberapa teguk.
(Hadis riwayat Abu Daud dan Al-Hakim)


Berpuasa itu ibadah. Maka jadikanlah sahur dan berbuka itu ibadah yang baik. Ambil peluang untuk dapatkan pahala banyak-banyak time bersahur dan berbuka. Caranya, ikutlah apa yang dijara Rasulullah, jangan ikut apa yang nafsu nak. Barulah dapat pahala berlipat ganda...

Hidupbiarbest

Posted on Tuesday, August 09, 2011 by hidupbiarbest

No comments

Aku tak rasa yang semua orang kenal diri diorang sedalam-dalamnya. Macam tu jugak dengan aku. Kita memang la akan kata: diri sendiri, takkan tak kenal kot. Tapi, hakikatnya, ramai yang masih belum kenal rapat dengan diri masing-masing.

Bulan Ramadhan ni lah kesempatan aku nak kenal diri aku sendiri. Ya. Bulan suai kenal dengan diri aku. Iinilah salah satu kelebihan Ramadhan untuk umat Islam.

Selama ni, yang aku tahu, orang yang membuat maksiat, mesti dipengaruhi oleh nafsu dan syaitan. Kalau tak kerana nafsu yang kuat, ataupun syaitan yang hasut. Tapi, kalau bulan Ramadhan? Syaitan dah dibelenggu. Tinggallah nafsu bekerja sendirian. Kesepian dan keseorangan. Walaubagaimanapun, nafsu tetap ada dalam diri manusia.

ramadhan, bulan, kenal, diri, syaitan, leaving, coming, nasihat

Katakanlah ada orang buat maksiat dalam bulan Ramadhan ni, komfem-komfemlah nafsu punya kerja. Syaitan dah tak boleh nak menghasut. Begitu juga, kalau aku masih mencuri dalam bulan Ramadhan ni, tentulah aku terikut-ikut kehendak nafsu durjana ni, bukan salah syaitan yang menghasut. Begitulah juga dengan perkara maksiat lain pun.

So, bila kita membuat sesuatu maksiat ataupun dosa di bulan Ramadhan, kita akan dapat tahu yang selama ni, nafsulah punca kita sering melakukan maksiat tersebut. Jadi, ambillah peluang, didik nafsu kita ni, lawan nafsu yang degil ni dalam masa bulan Ramadhan sebelum nafsu kita tu berkerjasama semula dengan syaitan nanti. Bila nafsu dah terdidik, InsyaAllah, segala maksiat yang berlaku kerana nafsu kita, kita dah tak buat dah lepas ni.

A student asked his teacher: "If the syaitan (devil) is locked up during Ramadan, why do people still do bad things?"
Teacher answered: "What happens when you stir a cup of coffee for a long time? After you take the spoon out the coffee continues to stir on its own, right? Syaitan is that stirrer and we are his coffee. Our bad habits continue to stir even when he is away."
ramadhan, lawan, nafsu, nasihat, muslim, islamik, best, hidup, kungfu, panda

Kesimpulannya, lepas Ramadhan berakhir nanti, berkuranglah perkara maksiat yang kita lakukan. Seterusnya, kita berpeluang untuk meningkatkan taqwa kita. Kita sebagai manusia yang berakal, kitalah yang kena kawal nafsu, bukan nafsu kawal kita. Memang aku nak berjihad sungguh-sungguh bulan ni. Jihad yang terbesar kan jihad melawan nafsu. Semoga aku berjaya. Engkau bantulah aku Ya Allah. Amin...

Hahaha.... inilah salah satu kebaikan Ramadhan untuk kita.

Hidupbiarbest

Posted on Saturday, August 06, 2011 by hidupbiarbest

No comments

Kat Facebook pun rancak kawan-kawan aku ni nak menyambut Ramadhan. Bagusla tu... Semangat Ramadhan lah katakan... Semoga Ramadhan bukan hanya di facebook, tapi juga di hati kita semua. kurangkan juadah, tingkatkan ibadah...

ucapan, ramadhan, quote, islamik, muslim

ramadhan, quote, ucapan, islamik, muslim

ramadhan, quote, ucapan, islamik, muslim

quote, ramadhan, ucapan, islamik, muslim

ramadhan, quote, ucapan, universiti, muslim, islamik

Aku tak reti nak buat ayat-ayat menarik sempena Bulan Ramadhan yang mulia ni. Tak pe lah. Yang penting, jadikan Ramadhan tahun ni, Ramadhan yang menarik dan terbaik untuk diri aku dan kita semua. InsyaAllah...

Hidupbiarbest

Posted on Wednesday, August 03, 2011 by hidupbiarbest

No comments

Assalamualaikum semua...Ramadhan Karim...Ramadhan tiba lagi...Syukur kerana kita diberi kesempatan berjumpa lagi dengan bulan yang penuh dengan keberkatan dan kemuliaan ini...Marilah kita sama-sama menghayati khutbah Rasulullah ini sempena menyambut Ramadhan...

**********
blessed, khutbah, rasulullah, menjelang, ramadhan, karim, pesan, baginda, islamik, muslim

Wahai manusia,sudah datang kepada kalian bulan Allah dengan membawa keberkatan rahmat dan keampunan. Bulan yang paling mulia di sisi Allah. Hari-harinya adalah hari-hari yang paling utama. Malam-malamnya adalah malam-malam yang paling utama. Jam demi jamnya adalah jam-jam yang paling utama.



Inilah bulan ketika kamu diundang menjadi tetamu Allah dan dimuliakan oleh-Nya. Dibulan ini, nafas-nafasmu menjadi tasbih, tidurmu adalah ibadah, amal-amalmu diterima dan doamu dimakbulkan. Mohon kepada Allah, tuhanmu dengan niat yang tulus dan hati yang suci agar Allah membimbingmu bagi melaksanakan puasa dan membaca Kitab-Nya.



Malang bagi orang yang tidak mendapat ampunan Allah di bulan yang agung ini. Kenang dengan rasa lapar dan hausmu, kelaparan dan kehausan di hari kiamat. Bersedekah kepada fakir miskin. Muliakan orang tuamu, sayangi yang muda, sambungkan tali persaudaraanmu, pelihara lidahmu, kawal pandanganmu dari apa yang tidak halal bagi kamu memandangnya dan kawal pendengaranmu dari apa yang tidak halal bagi kamu mendengarnya. Kasihi anak-anak yatim, nescaya dikasihi manusia anak-anak yatimmu.

Bertaubat kepada Allah dari dosa-dosamu. Angkat tangan-tanganmu untuk berdoa pada waktu solatmu kerana itu adalah saat-saat yang paling utama ketika Allah memandang hamba-hamba-Nya dengan penuh kasih sayang. Dia menjawab permintaan mereka ketika mereka menyeru-Nya, menyambut mereka ketika mereka memanggil-Nya dan mengabulkan doa mereka ketika mereka berdoa kepada-Nya.

Wahai manusia! Sesungguhnya dirimu tergadai kerana amal-amalmu, bebsakan ia dengan istighfar. Belakangnmu berat kerana beban dosamu, ringankan ia dengan memanjangkan sujudmu. Ketahuilah, Allah bersumpah dengan segala kebesaran-Nya, Dia tidak akan mengazab orang yang bersolat dan sujud, dan tidak akan mengancam mereka dengan neraka pada hari manusia berdiri di hadapan Tuhan seluruh alam.

Wahai manusia! Siapa antara kamu memberi jamuan berbuka puasa kepada orang Islam yang berpuasa pada bulan ini, di sisi Allah sama nilainya dengan membebaskan seorang hamba dan dia diberi ampunan atas dosa-dosa yang lalu.

Seorang sahabat bertanya : "Ya Rasulullah, tidaklah kami semua mampu berbuat demikian." Rasulullah meneruskan khutbahnya : "Pelihara dirimu dari api neraka walaupun hanya dengan sebiji kurma. Pelihara dirimu dari api neraka walupun dengan hanya seteguk air."

Wahai manusia! Siapa yang membaguskan akhlaknya di bulan ini, dia akan berjaya melintasi Sirat Al-Mustaqim pada hari ketika kaki-kaki tergelincir. Siapa yang meringankan pekerjaan orang yang dimiliki tangan kanannya (pegawai atau pembantu) di bulan ini, Allah akan meringankan pemeriksaan-Nya di hari kiamat. Siapa menahan sikap buruknya di bulan ini, Allah akan menahan kemurkaan-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya.

Sesiapa memuliakan anak yatim pada bulan ini, Allah memuliakannya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Siapa menyambungkan tali persaudaraan pada bulan ini, Allah akan menghubungkannya dengan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Siapa memutuskan hubungan kekeluargaan di bulan ini, Allah akan memutuskan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya.

Siapa melakukan solat sunat di bulan ini, Allah akan menuliskan baginya kebebasan dari api neraka. Siapa melakukan solat fardhu, baginya ganjaran seperti melakukan 70 solat fardhu di bulan lain. Siapa memperbanyak selawat kepadaku di bulan ini, Allah akan memberatkan timbangannya pada hari ketika timbangan menjadi ringan. Siapa membaca satu ayat Al-Quran pada bulan ini, ganjarannya seperti mengkhatamkan Al-Quran pada bulan-bulan lain.

Wahai manusia! Sesungguhnya pintu-pintu syurga dibukakan bagimu, mohon kepada tuhanmu agar tidak pernah menutupkannya bagimu. Pintu-pintu neraka tertutup, mohon kepada tuhanmu agar ia tidak akan dibukakan bagimu. Syaitan-syaitan dibelenggu, mintalah agar ia tidak lagi menguasai dirimu.

Ali bin Abi Talib yang meriwayatkan hadis ini berdiri dan berkata : "Wahai Rasulullah, amal apakah yang paling utama di bulan ini?" Jawab nabi :"Wahai Abu Al-Hasan, amal yang paling utama di bulan ini adalah menjaga diri dari apa yang diharamkan Allah."

*************

Wahai sahabatku sekalian, jadikanlah Ramadhan kali ini Ramadhan yang penuh bermakna bagi kita. Manfaatkanlah Ramadhan yang mulia ini dengan sebaik-baiknya seolah-olah inilah Ramadhan terakhir buat kita semua. Allah dah sediakan satu bulan yang khas istimewa untuk kita semua menambahkan amalan, mendekatkan diri pada Allah, mencari sebanyak-banyak pahala, mencari malam Lailatul Qadar....maka manfaatkannya... Insya Allah.

hidupbiarbest

Posted on Monday, August 01, 2011 by hidupbiarbest

1 comment

ahlan, wasahlan, ramadhan, semoga, ibadata, diterima, Allah, nasihat, islamik

Alhamdulillah. Ramadhan datang lagi dan yang lebih penting lagi, kita diberi kesempatan oleh Allah untuk berjumpa lagi dengan bulan yang penuh berkat ini.

Rata-rata pusat beli belah telahpun mula membuat promosi raya. Awal betul kan. Belum Ramadhan dah nak raya. Itulah kesilapan umat Islam di Malaysia pada hari ini. Sebagai Muslim yang baik, kita sepatutnya bergembira dan excited untuk menyambut Ramadhan kali ini. Ye lah, setahun sekali. Jom kita dengar lagu menyambut kedatangan Ramadhan. Semoga bila dengar lagu ni, kita lebih berkobar-kobar untuk menyambut kedatangan Ramadhan.


Harapan kita untuk Ramadhan kali ini menjadi lebih baik daripada Ramadhan yang lepas. Tanamkan azam, kita akan mengisi Ramadhan kali ini dengan pesta ibadah kepada Allah. Harapan kita agar selesai sahaja Ramadhan, kita akan menjadi hambaNya yang bertaqwa. InsyaAllah. Sia-sia sahajalah sekiranya Ramadhan kali ini sama sahaja dengan yang lepas tanpa ada peningkatan. Bukannya kita tahu yang kita akan bertemu lagi Ramadhan pada tahun hadapan.


Kawan-kawan dan sahabat-sahabat sekalian. Raya lambat lagi. Mari kita tumpukan dulu bulan Ramadhan ni. Kita contohi sahabat Rasulullah yang amat merindui Ramadhan. Mereka gembira dengan kedatangan Ramadhan dan sedih ketika ingin meninggalkan Ramadhan. Tapi kita pada hari ini, belum puasa dah tak sabar nak tunggu raya. Salah tu.


Saya ucapkan Selamat Menyambut Ramadhan dan Selamat Berpesta Ibadah. Semoga puasa kita diterima Allah. Semoga kita semua juga, menjadi hambaNya yang bertaqwa. Anggaplah Ramadhan kali ini umpama Ramadhan yang terakhir untuk kita. Mari kita berlumba-lumba untuk melakukan ibadah kepada Allah. Sesungguhnya pahala ibadah di bulan ini akan digandakan oleh Allah berbanding pada bulan-bulan lain.

Salam Ramadhan untuk semua !!!
Hidupbiarbest di bulan Ramadhan !!!
Hidupbiarbest berpesta ibadah !!!


nantikan khutbah Rasulullah menjelang Ramadhan pada entri akan datang !

hidupbiarbest

Posted on Sunday, July 31, 2011 by hidupbiarbest

No comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
UA-38342808-1