Showing posts with label video best~. Show all posts
Showing posts with label video best~. Show all posts

Allah nak ampunkan ke dosa aku ni… Aku tahu Allah Maha Pengampun, tapi layakkah dosa aku ini diampunkan…


Dosa aku terlalu banyak Ya Allah…
Aku yang lepaskan tangan dari tali Mu Ya Allah…
Aku yang menyimpang dari jalan Mu Ya Allah…
Aku yang memekakkan telinga dari seruan Mu Ya Allah…
Aku yang membutakan mata dari melihat kebesaran Mu Ya Allah…
Aku yang keluar dari naungan Mu Yz Allah…
Aku yang lari dari syurga Mu Ya Allah…


Atas semua dosa yang aku buat ni, mahukah Engkau ampunkan dosaku Ya Allah…?
Dulu, aku yang jual mahal dengan syurgaMu, dan sekarang, mahukah Engkau benarkan aku memasukinya…?
Aku yang tidak mahu mendengar seruan Mu, sekarang mahukah Engkau berikan aku hidayah Ya Allah…?
Sepatutnya aku menjaga dan memelihara agama Engkau, tapi aku yang rosakknnya… bolehkah Engkau ampunkan aku...?


                  ************************
Aku tahu Allah itu memang Maha Pengampun…
Aku tahu Allah boleh ampunkan aku…. Allah kan baik…
Sebab itulah aku mesti terus meminta ampun kepada Allah walaupun aku telah banyak berbuat dosa…
Mana boleh putus asa untuk mendapatkan syurga Allah yang Maha Best itu…


Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. 
(Az-Zumar : 53) 


hidupbiarbest

Posted on Friday, July 19, 2013 by hidupbiarbest

1 comment

Assalamualaikum....

what, is, wrong, nothing, apa, masalah, ask, islamik, problem

Adakah kita rasa hidup kita pada hari ini sudah cukup sempurna...?
Adakah kita rasa, pada hari ini kita telah lakukakan semua apa yang patut kita lakukan sebagai seorang Muslim...?
Adakah kita pernah tanya diri kita, apa lagi yang tak kena pada diri aku ni??

Jom kita sama-sama saksikan video di bawah... Yang disampaikan oleh Ahmad Deedat...
Muhasabah diri kita.. Ayuhh !!


Sekadar cebisan idea dari sebuah video pendek untuk renungan bersama...

Wassalam...
hidupbiarbest

Posted on Saturday, March 30, 2013 by hidupbiarbest

No comments

Assalamualaikum...

Nak share satu video yang amat bermakna dan mendalam maksudnya...


Messagenya mudah jer, sesuatu kebaikan tu, kita tak perlu tunggu orang lain buat dulu, baru kita nak buat...
Kenapa perlu kita tangguhkan sesuatu yang baik...
Apa kata kita mulakan aje dulu sesuatu perkara baik tu kalau tak ade orang lain nak mulakan dulu...
Yaaa... mungkin kita rasa segan, atau tak biasa, atau rasa awkward... Tapi, tak apalah, benda baik dapat pahala... Apa orang nak kata, biarlah, mulut manusia siapa boleh kawal kan...

tangan. langit, awan, biru, mulakan, diri, sendiri, ibadah, doa, solat, nasihat

Sebagai contoh :

Kita berada di sebuah pusat beli belah pusat... Sedang kita jalan-jalan, terdengar azan di handphone kita menandakan masuknya waktu solat. Kita pun pergi ke surau yang ada untuk solat. Sudah ada beberapa orang yang datang kesurau tu untuk menunaikan solat. Tapi..... Semuanya solat secara bersendirian... Tak ada pun orang yang berjemaah. Jadi, apa kata kita ngan kawan kita mulakan untuk solat berjemaah. Kita imam, kawan kita makmum atau sebaliknya... Mungkin mula-mula kita 2 orang je yang berjemaah, tapi lama-kelamaan, pasti akan ada orang lain yang join sekali...

Bukankah indah kalau macam tu... Pahala pun banyak dapat sebab solat berjemaah. Mungkin orang lain tak jemaah sebab dia sorang, segan nak ajak orang lain berjemaah. Atau diorang tak reti nak jadi imam, atau diorang tak kisah soalat jemaah ke tak sama je, atau diorang tak biasa solat berjemaah... So, bila kita yang mulakan, kita dah sediakan medium untuk orang solat berjemaah.... :)

Ayuh, mulakan dengan diri kita. Perkara yang baik tak perlu kita malu atau tangguhkan... Kalu bukan kita, siapa lagi yang nak mulakan. Takkan nak harapkan orang lain sentiasa... Kita kan muslim yang hebat...

Wassalam..
hidupbiarbest

Posted on Saturday, March 02, 2013 by hidupbiarbest

1 comment

malu,dengan, rasulullah, baginda, mengalir, darah, renungan, nasihat, islamik, best, muslim

Jom tengok video ni...
Sebagai renungan kita bersama terhadap baginda Rasulullah...
Adakah kita telah membanggakan Rasulullah...
Atau kita telah mengecewakan baginda..??

Ya Rasulullah, engkaulah pesuruh Allah...
Engkau sepatutnya menjadi ikutan kami...
Perjuangan engkau sepatutnya kami teruskan...
Akhlakmu sepatutnya kami contohi...

TAPI...


Malunya aku dengan Rasulullah, umat Islam kini dah tak sekuat dulu...
Malunya aku dengan Rasulullah, dosa-dosa besar kini menjadi biasa...
Malunya aku dengan Rasulullah, perjuanganmu telah kami tinggalkan...
Malunya aku dengan Rasulullah, agama yang engkau bawa, telah dihina secara terbuka...
Malunya aku dengan Rasulullah, kami lebih mengejar dunia berbanding akhirat...
Malunya aku dengan Rasulullah, kami telah melupakan sunnahmu...
Malunya aku dengan Rasulullah, malunya aku dengan Rasulullah...
Layakkah aku menjadi ummatmu?

Kita akan menyambut Maulidul Rasul nanti... Marilah kita sama2 kembali pada sunnah baginda.. Bukan hanya berarak dan berselawat
tanpa tanpa menghayati apa sebenarnya maksud 'sayang nabi'...
Saya sayang baginda Rasulullah.. anda bagaimana?

Hidupbiarbest

Posted on Wednesday, January 23, 2013 by hidupbiarbest

No comments

perhatian, ubat, hati, kita, treat, heart, perkara, islamik, nasihat, renungan, best, islamik

Pernahkah kita ternampak orang jual ubat hati kat mana-mana farmasi atau kedai ubat. Tak ada kan. Sebab ubat hati manusia itu bergantung pada diri kita sendiri. Hati manusia pun ada ubatnya juga. Bahkan kita perlu mengambil ubat itu secara berterusan supaya kita terhindar dari penyakit hati. Penyakit hati memang bahaya. Kalau tak dirawat, boleh membawa kesan yang amat parah, malahan hati kita boleh mati tau.

Apa pula penyakit hati tu? Penyakit hati tu adalah sifat mazmumah yang bersarang di hati kita la. Contohnya hasad dengki, sombong, riak, tamak dan macam-macam lagi lah. Kita kenalah jadi doktor kepada hati kita sendiri. Mana boleh orang lain yang rawatkan hati kita. Hati kita, kita rawatlah sendiri. Macam mana nak ubat hati kita? Tengok video di bawah ni :




Ada lima ubat hati :


  1. Baca Al-Quran dan maknanya. Bukan setakat baca, tapi fahamkanlah sekali. Lepas dah faham kita boleh hayati dan amalkannya. Di dalam Al-Quran terdapat segala macam panduan dan pedoman untuk hidup kita. Jika kita berpegang dengan Al-Quran, InsyaAllah, kita akan jadi hamba Allah yang baik.
  2. Berqiamullail. Qiamullail merupakan amalan utama para ulama dan tokoh-tokoh Islam. Bahkan, qiamullail wajib ke atas Rasulullah. Qiamullail banyak kelebihannya kepada manusia. Antaranya dapat mendekatkan diri kepada Allah dan menjadikan kita manusia yang cemerlang di dunia dan akhirat.
  3. Berkumpul dengan orang soleh. Kita kena banyak bergaul dengan orang soleh, ustaz ustazah. Barulah kita dapat benyak ilmu untuk bekalan dunia dan akhirat. Bukan itu sahaja, mereka juga boleh memandu hidup kita ke jalan yang lurus. Kalau kita bergaul dengan orang yang salah, maka akan terpesonglah hidup kita.
  4. Banyak berpuasa. Perbanyakkanlah puasa sunat. InsyaAllah dengan berpuasa, hati kita akan menjadi lebih bersih dah kita menjadi hamba Allah yang lebih bertaqwa. Bukankah salah satu fungsi puasa itu untuk menjadikan kita manusia yang bertaqwa. Dengan berpuasa juga, kita sebanarnya akan menjadi lebih kuat dari fizikal dan mental.
  5. Berzikir selalu. Perbanyakkanlah zikir. Ingat Allah walau di mana sahaja kita berada. Sesunggunya Allah sentiasa bersama kita. Basahkanlah lidah dengan berzikir dari berkata perkara yang sia-sia. Berzikir juga boleh menenangkan hati kita tau. Tak percaya, cubalah.

Inilah dia 5 ubat hati yang boleh kita amalkan setiap hari. Rasulullah juga pernah berpesan supaya kita menjaga hati kita baik-baik. Kalau elok hati kita, maka baiklah kita secara keseluruhannya. Jika buruk hati kita, maka buruklah kita secara keseluruhannya. Allahua'lam...

Hidupbiarbest

Posted on Sunday, November 04, 2012 by hidupbiarbest

No comments

Assalamualaikum w.b.t

choose, islam, peace, budak, kecil, boleh, buat, kita, apatah, lagi, renungan,best, muslim, nasihat, renungan

Nak kongsi satu video yang menarik (mungkin)...
Bagaimana seorang budak berusia 12 tahun boleh meyakinkan seorang hamba Allah untuk memeluk Islam...
betapa besarnya pahala yang diperolehnya kerana menambah bilangan ummat Islam di dunia ni...

Kita pula....berapa ramai manusia yang telah kita Islamkan...
Adakah kita berusaha..?

Apa kata kita jadikan 'mengislamkan paling kurang seorang hamba Allah seumur hidup kita' sebagai salah satu cita-cita kita...kan molek tu...


Budak kecilpun boleh buat,apatah lagi kita...
Berbaktilah pada agama...
hidupbiarbest

Posted on Friday, March 23, 2012 by hidupbiarbest

1 comment

selimut, paling, berat, teka-teki, gebar, dunia, soalan, islamik, nasihat, renunga, menarik, best
Teka-teki.....
Nak tau tak selimut apa paling berat di dunia…
Jawapannya adalah : selimut time nak solat subuh la…

Huhu…selimut time tu memang berat… time lain ringan je…tapi bila tiba time subuh, selimut tu automatik akan jadi berat… tak tau la kenapa? Time tu gravity kuat sangat kot…hehe....Selimut tu sangat berat sampai kita nak angkat selimut tu ketepi untuk solat subuh pun payah…payah giler… tu yang selalu terlajak subuh tu…
 
Tapi, macam mana pula kalau kita tak pakai selimut….?

Boleh timbul pula soalan lain, mata apa paling berat….
Jawapannya ialah mata kita time nak solat subuh la….

Memang time tu, tak ada bende yang lagi berat daripada mata kita… setiap bulu mata kita tu umpama 1 kilogram setiap satu…bayangkanlah berapa banyak bulu mata kita tu….

Betul ke selimut dengan mata kita yang berat? Mana ada…
Yang berat sebenarnya hati kita…..kalau kita ada kemahuan, semua perkara akan jadi ringan…
Kalau kita betul-betul nak solat subuh tu, selimut kita tu umpama sehelai tisu je…. Tiup je, terus terbang (over pulak)
Mata kita tu pula akan jadi umpama kapas je, senang je terbuka…
Apa yang penting….. KEMAHUAN… 

Berat mata memandang, berat lagi selimut dibadan ...


hidupbiarbest

Posted on Friday, February 24, 2012 by hidupbiarbest

No comments

Allah, ucapan, mudah, video,best, nasihat, islamik, renungan, doa, tadah, tangan, muslim, woman

Sungguh mudah…ucaplah Ya Allah walau apa pun situasi kita…
Ketika senang, ketika susah, ketika kecewa, ketika gembira, ketika sakit, ketika melatah…

Nampak senang, tapi hakikatnya…?

Kalau kita tak biasakan, memang susahla…
Tau tak, dengan ucapan Ya Alllah sahaja, kita :
  • Mendapat pahala….
  • Membuktikan Allah adalah tempat mengadu yang terbaik…
  • Menunjukkan bahawa Allah tempat kita meminta…
  • Menunjukkan bahawa Allah sentiasa di hati kita…
  • Telah melakukan suatu ibadah...
  • Menunjukkan yang kita berserah kepada Allah...
  • Menunjukkan bahawa kita ini hamba yang baik... 
  • Dan lain-lain lagi...

ucaplah Ya Allah.....kerana Allah pasti memandang hambaNya...
hidupbiarbest 

Posted on Friday, February 17, 2012 by hidupbiarbest

No comments

bersambung dari entri sebelum ini...Aku Terkenang Dosa Lalu Ya Allah... (4)

air, mata, taubat, keinsafan, insaf, ampun, Allah,terima, pandanglah, penat, letih, kecewa, menarik, islamik

Aku benar-benar insaf Ya Allah...
Bercucuran air mata ini kerana terkenangkan dosa lalu...
Bercucuran air mata ini kerana taktukan Engkau Ya Allah...
Bercucuran air mata ini kerana taubat nasuha...
Bercucuran air mata ini kerana rasa keinsafan yang lahir hati...
Adakah air mata hambaMu yang bercucuran kerana taubat nasuhanya itu sia-sia ?

Aku yakin Ya Allah....
Setiap air mata yang mengalir kerana insaf pasti akan mendapat ganjaran dari Mu Ya Allah...
Bukankah Engkau maha Penyayang...
Bukankah Engkau Maha Pengampun...
Bukankah Engkau Maha Pemurah...


Aku teringat satu kisah mengenai serang hamba Allah yang masuk syurga kerana bulu matanya...

Diceritakan di Hari Pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang diadili. Ia dituduh bersalah, menyia-nyiakan umurnya di dunia untuk berbuat maksiat. Tetapi ia berkeras membantah. 
“Tidak! Demi langit dan bumi sungguh tidak benar. Saya tidak melakukan semua itu.” “Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul-betul telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa,” jawab malaikat. 
Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu ke segenap penjuru. Tetapi anehnya, ia tidak menjumpai seorang saksi pun yang sedang berdiri. Di situ hanya ada dia sendirian. Maka ia pun menyanggah, “Manakah saksi-saksi yang kau maksudkan? Di sini tidak ada siapa kecuali aku dan suaramu.” 
“Inilah saksi-saksi itu,” ujar malaikat. Tiba-tiba mata hamba Allah tersebut bicara, “Saya yang memandangi.” Disusul oleh telinga, “Saya yang mendengarkan.” Hidung pun tidak ketinggalan, “Saya yang mencium.” Bibir mengaku, “Saya yang merayu.” Lidah menambah, “Saya yang menghisap.” Tangan meneruskan, “Saya yang meraba dan meramas.” Kaki menyusul, “Saya yang dipakai lari ketika diketahui orang akan maksiat tersebut.”
"Nah! Kalau aku biarkan, seluruh anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu itu”, ucap malaikat. 

Orang tersebut tidak dapat membantah lagi. Ia putus asa dan amat berduka, sebab sebentar lagi bakal dihumbankan ke dalam Neraka Jahanam. Padahal, dia merasa bahawa dia telah terbebas dari tuduhan dosa itu. Tatkala ia sedang dilanda kesedihan itu, tiba-tiba terdengar suara yang amat lembut dari selembar bulu matanya: “Saya pun ingin juga mengangkat sumpah sebagai saksi.”
“Silakan”, kata malaikat. “Terus terang saja, menjelang ajalnya, pada suatu tengah malam yang lengang, aku pernah dibasahinya dengan air mata ketika ia sedang menangis menyesali perbuatan buruknya. Bukankah nabinya pernah berjanji, bahawa apabila ada seorang hamba bertaubat, walaupun selembar bulu matanya saja yang terbasahi air matanya, namun sudah diharamkan dirinya dari ancaman api neraka? Maka saya, selembar bulu matanya, berani tampil sebagai saksi bahawa ia telah melakukan taubat sampai membasahi saya dengan air mata penyesalan.”
Maka dengan kesaksian selembar bulu mata itu, orang tersebut dibebaskan dari neraka dan dihantarkan ke syurga. Sampai terdengar suara bergaung kepada para penghuni syurga: “Lihatlah, Hamba Allah ini masuk surga kerana pertolongan sehelai bulu mata.”

Ya Allah, hanya kerana sehelai bulu matanya yang dibasahi air mata keinsafan, hamba itu boleh masuk ke syurgaMu.
Maka aku yakin, Engkau juga pasti memandang air mata ku yang mengalir ini...
Aku tidak ragu dan sangsi dengan Mu Ya Allah...
Aku yakin Engkau pasti menerima taubat ku Ya Allah...

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:

Sesungguhnya Allah membuka tanganNya pada malam hari supaya orang yang melakukan kejahatan pada siang hari bertaubat dan Dia membuka tanganNya di siang hari supaya yang melakukan kejahatan pada malam hari bertaubat hingga matahari terbit dari barat. 
(Riwayat Muslim).


Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Sesungguhnya Allah sangat gembira dengan taubat hambaNya daripada gembiranya seorang yang kehilangan bekal bersama untanya di sebuah padang yang tandus kemudian dia mendapatkannya kembali unta itu. 
(Riwayat Bukhari dan Muslim)


Hidupbiarbest

Posted on Monday, January 16, 2012 by hidupbiarbest

No comments

bersambung dari artikel sebelum ini...Dosaku Terlalu Banyak Ya Allah... (3)

Allah, terima, taubat, insaf, ampun, terkenang, dosa, lalu, islamik, nasihat, best, menarik, renungan, pedoman

Terkenang dosa-dosa lalu...
Dosa-dosa yang menimbun, menggunung tinggi...
Timbunan dosa yang cukup untuk membuatkan aku terhumban ke neraka...
Aku takut Ya Allah...
Ampunkan aku Ya Allah...
Ampunkan aku Ya Allah...

Ya Allah, aku mohon pada Mu Ya Allah....
Janganlah Engkau buka aib ku di akhirat nanti...
Janganlah Engkau tayangkan semua dosa-dosa ku di akhirat nanti...
Aku malu Ya Allah...
Aku benar-benar mahu bersihkan diri dari segala dosa silamku Ya Allah...

Teringat dosa-dosaku yang lalu...
Solat aku entah kemana, selalu terlajak...
SeruanMu aku buat tak endah saja...

Mulut pemberianMu ini,tidak aku gunakan dengan betul Ya Allah...
Aku mengumpat, mencaci, mengejek, mengutuk...
Aku tidak menyebarkan syiarMu dengan mulut ini Ya Allah...

Ilmu aku telah dipersiakan Ya Allah...
Aku sekadar belajar belajar, tapi tidak beramal...
Aku hanya bercakap, tapi tak buat Ya Allah...
Aku tidak berdakwah dengan ilmu yang ada Ya Allah...
Besarnya dosaku ini...

Nafsu aku kubiarkan menguasai diri ini...
Aku telah melampaui batas Ya Allah...
Aku tidak berusaha untuk melawannya dengan bersungguh-sungguh Ya Allah...
Aku terlalu mengikut nafsu Ya Allah...aku lemah Ya Allah...lemah...

Al-Quran, kalam Mu yang agung...
Aku tidak beramal dengannya....
Aku tidak memahami dan menghayati maksudnya...
Aku telah mengabaikan suruhan dan laranganMu yang ada di dalamnya...
Berdosanya aku Ya Allah...

Banyak lagi dosa-dosaku Ya Allah...
Aku mengaku aku bersalah...
Aku mengaku aku salah memilih jalan Ya Allah...
Ampunkanlah aku Ya Allah...


Bersambung....Pandanglah Air Mata Keinsafan Ini Ya Allah... (5)

Hidupbiarbest

Posted on Sunday, January 15, 2012 by hidupbiarbest

No comments

sambungan dari entri sebelum ini...Engkau Bimbinglah Aku Ya Allah !

Allah,pengampun, dosa, terlalu, banyak, taubat, insaf, doa, tasbih, best, menarik, islamik,nasihat, renungan

Aku dapat rasakan betapa banyaknya dosaku ini Ya Allah...
Tak sanggup lagi ingin terus melakukan dosa...
Aku tidak mahu memikul dosa-dosaku di akhirat nanti Ya Allah...
Aku tidak mahu dosa-dosa ku memberatkan timbangan mizan Mu Ya Allah...
Aku tidak mahu dosa-dosa ku yang lalu menghantui hidupku Ya Allah...
Aku takut Ya Allah, sangat takut...

Malunya aku dengan Engkau Ya Allah...
Engkau yang menciptakan aku, tapi..... aku lupakan Engkau...
Aku sepatutnya sedar Ya Allah....
Aku ini diciptakan untuk beribadat pada Mu...
Aku ini diciptakan untuk menjadi khalifah di muka bumi Mu ini...
Aku ini sepatutnya hidup semata-mata untuk mencari keredhaan Mu Ya Allah...
Aku insaf Ya Allah, aku menyesal Ya Allah...

Banyaknya dosa-dosaku....
Bagaimana dengan dosa-dosa ku yang menggunung ini mampu untuk aku menjejakkan kaki ke syurgaMu...
Bagaimana dengan dosa-dosa ku yang menggunung ini mampu untuk aku melapasi titian Sirat Mu dengan selamat...
Bagaimana dengan dosa-dosa ku yang menggunung ini mampu untuk aku bertemu dengan Engkau di syurga kelak...
Bagaimana dengan dosa-dosa ku yang menggunung ini mampu untuk aku mendapat syafaat Rasulullah...
Bagaimana dengan dosa-dosa ku yang menggunung ini mampu untuk selamatkan diri dari azab Mu Ya Allah...
Bagaimana dengan dosa-dosa ku yang menggunung ini mampu untuk selamatkan ahli keluargaku dari api neraka Mu Ya Rabb...
Bagaimana dengan dosa-dosa ku yang menggunung ini mampu untuk aku terushidup di muka bumi Engkau tanpa rasa bersalah Ya Allah....

Ya Allah,
Aku malu Ya Allah, malu dengan Engkau,
Betapa lemahnya iman ku ini...
Betapa mudahnya aku melupakan Engkau...

Aku malu Ya Allah,
Malu dengan malaikat di kiri dan kananku...
Aku tahu mereka mencatit segala amalku, tapi aku tersu berbuat dosa...
Seolah-oleh mereka itu tidak wujud Ya Allah...

Aku malu Ya Allah,
Malu dengan Rasulullah,
Baginda yang maksum itu pun sentiasa bertaubat pada Mu...
Apetah lagi aku ini Ya Allah...
Adakah baginda akan mengaku aku sebagai ummatnya di akhirat nanti...
Sudikah baginda memberik syafaat padaku nanti...
Sudikah baginda selamatkan aku dari neraka nanti...

Aku takut.... AMAT TAKUT YA ALLAH


Bersambung....aku terkenang dosa lalu.. 
Hidupbiarbest

Posted on Saturday, January 14, 2012 by hidupbiarbest

6 comments

sambungan dari entri sebelum ini... Terimalah Taubatku Ini Ya Allah 

Allah, lord, bimbing, taubat, insaf, qiamullail, ibadat,islamik, renungan,nasihat, best

Ya Allah, aku amat yakin dengan Mu Ya Allah...
Aku yakin Engkau pasti menerima taubatku ini...
Apalah sangat taubat ku ini jika dibandingkan dengan keburukan yang pernah aku lakukan Ya Allah...

Ya Allah, disaat aku menulis entri ini, aku menangis Ya Allah...
Aku benar-benar menyesal.... benar-benar ingin bertaubat...
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui Ya Allah...
Engkau Maha Mengetahui apa yang tersirat disebalik hati ini...

Ya Allah, aku takut Ya Allah...
Amat takut..... takut dengan dosa-dosaku sendiri...
Aku dihantui dosa-dosaku yang lampau Ya Allah...
Aku takut Engkau tidak terima taubatku ini Ya Allah...
Aku takut Engkau akan murka pada ku Ya Allah...
Aku benar-benar takut... AMAT TAKUT...
Aku takut dengan nerakamu Ya Allah...
Aku takut aku akan menjadi bahan bakar api azab MuYa Allah...
Aku takut terjatuh dari titian Sirat Mu Ya Allah...
Aku takut dosa-dosaku akan mengejar ku di akhirat nanti Ya Allah...
Aku gementar, gementar tak terkira....

Ya Allah, Engkau Tuhanku,
Engkau Maha Penyayang, Maha Pengampun, Maha Agung...
BIMBINGLAH AKU YA ALLAH...
TUNJUKKANLAH AKU JALAN YANG HARUS AKU IKUTI...
TUNJUKKAN AKU JALAN YANG ENGKAU REDHAI...
AKU INGIN KEMBALI KE PANGKAL JALAN JALAN YA ALLAH...
AKU INGIN BERTEMU DENGANMU DI AKHIRAT KELAK YA ALLAH...
BERILAH AKU HIDAYAH, BERILAH AKU PEDOMAN YA ALLAH...

BANTULAH AKU YA ALLAH, HANYA ENGKAU TEMPAT AKU MENGADU...
HANYA ENGKAU TEMPAT AKU BERHARAP...
HANYA ENGKAU TEMPAT AKU BERSERAH...
AKU BERDOSA DENGAN ENGKAU YA ALLAH...
AMPUNKAN AKU, AMPUNKAN AKU, AMPUNKAN AKU....


bersambung....Dosaku Terlalu Banyak Ya Allah... (3)
Hidupbiarbest

Posted on Saturday, January 14, 2012 by hidupbiarbest

2 comments

menangis, air, mata, keinsafan, taubat, terima, Allah, islami, renungan, insaf

Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah wahai orang-orang yang beriman agar kamu beruntung. (Surah an-Nur: ayat 31)

 Mohonlah keampunan dari tuhanmu lalu bertaubatlah kepadaNya. 
(Surah Hud: ayat 52)

Wahai orang-orang beriman bertaubatlah kepada Allah dengan taubat nasuha (yang semurni-murninya). (Surah at-Tahrim: ayat 8)

Aku tersentak... Aku menangis... Aku terduduk melutut...
Sesal dengan diri ku sendiri... Sangat menyesal...
Sudah 18 tahun aku hidup di bumi Allah ini, namun... 
Ya Allah, betapa banyaknya kemungkaran dan dosa-dosa yang telah aku lakukan...
Banyaknya maksiat yang telah aku lakukan dengan senang hatinya...
Ya Allah,aku telah banyak lalai dan leka dengan Mu...
Aku telah jauh dari tali Mu...
Aku telah jauh Ya Allah, aku telah terpesong Ya Allah...

Jauh di sudut hati ku ini, aku ingin berubah...
Aku ingin bertaubat, kembali kepada Mu Ya Rabb...
Tapi, aku tidak tahu Ya Allah, AKU TAK TAHU YA ALLAH...........

Aku ingin bertaubat....
Ya, aku ingin bertaubat Ya Allah...
Tolonglah aku Ya Tuhan... Tolonglah...
Aku amat memohon kepada Mu, dengan serendah hati ku ini, terimalah taubat ku Ya Allah...
Aku berlutut, aku bersujud dengan penuh rasa kehambaan... 
TERIMALAH TAUBAT HAMBAMU YANG LALAI DAN SOMBONG INI YA ALLAH...
TERIMALAH TAUBAT KU INI YA ALLAH.... TERIMALAH YA ALLAH...


Ya Allah, aku ini hanyalah hambaMu yang kerdil...
Yang tak berdaya dan tak berkuasa...
Yang sedang mencari jalan pulang... 
Aku ingin pulang kembali kepangkal jalan Ya Allah...
Engkau terangkanlah jalan ini agar aku dapat kembali pada Mu....Ya Allah...
Berilah aku kesempatan waktu walau sedikit Ya Allah....
Aku ini benar-benar menyesal Ya Allah.... Benar- benar menyesal...


Bersambung...Engkau Bimbinglah Aku Ya Allah ! (2)
Hidupbiarbest

Posted on Thursday, January 12, 2012 by hidupbiarbest

1 comment

Kali ni nak kongsikan video berkenaan bagaimana seorang penganut agama Kristian yang dikehendaki tinggal dengan keluarga Islam selama 30 hari... Dia perlu belajar dan beramal dengan adat, budaya dan ajaran Islam selama berada dalam tempoh tersebut...

muslim, islam, masjid, star, moon, mosque

Bayangkan kalau anda sendiri disuruh untuk tinggal bersama keluarga Kristian selama sebulan... Mesti susah kan? Anda boleh tengok beberapa pandangan negatif orang kafir terhadap Islam dalam video ni. Sekadar renungan bersama, bukan berniat untk merendahkan agama kita, tapi itulah hakikat yang sedang berlaku sekarang...

p/s : sesetengah kandungan video ini tidak memelihara sensitiviti umat Islam. Ye lah, dah orang kafir yang buat, Mereka tiada kefahaman yang cukup tentang Islam.... ada satu bahagian dimana mereka memaparkan gambar kartun nabi Muhammad, bukan bertujuan untuk menghina tetapi mereka cuma ingin menggambarkan Islam itu sahaja.... apa yang penting ialah kita hayati kandungan video ini....

part 1:

part 2 :

part 3:
 

part 4 :
 

 part 5 :
 

Islam itu agama yang syumul....
semoga lelaki ini mendapat hidayah untuk bertaut pada tali Allah....
Hidupbiarbest

Posted on Tuesday, December 20, 2011 by hidupbiarbest

No comments

Open our eyes, our heart, our minds....
InsyaAllah, we will see the truth...

open, your, heart, eyes, mind, minda, hati, mata, nasihat, islamik, convert, islam, best, dakwah, hidayah

Kadang-kadang, kita ni jauh dari Allah kan...
Kita terlupa yang Allah tu sentiasa ada disisi kita...
Kita terlupa yang Allah tu sentiasa melihat kita...

Kadang-kadang, umat Islam sendiri yang menjauhkan diri mereka dari Allah...
Mereka tak yakin dengan Allah...
Apatah lagi mahu bergantung harap pada Allah...

Kadang-kadang kita terlupa yang Allah tu Maha Kuasa...
Boleh buat apa sahaja...
Dan disebabkan lupa kita tu, kita makin jauh dari kebenaran...
Jauh dari cahaya petunjuk dan hidayah...

Kita perlu buka mata,buka hati, buka minda...
Allah itu Maha Hebat ,Maha Kuasa, Maha Agung...
Sesungguhnya kebenaran itu terbentang luas di depan mata...
Cuma kita yang perlu mencarinya...
InsyaAllah, Allah pasti memberikan hidayah kepada orang yang mencarinya...


Gembira kita tengok orang bukan Islam yang memeluk Islam...
Mereka bruntung kerana mendapat hidayah yang begitu besar sekali...
Bagaimana pula dengan kita ?
Semakin dekat atau jauh dengan Islam...
Hidupbiarbest

Posted on Thursday, December 15, 2011 by hidupbiarbest

No comments

hidup, adalah, video, untuk, apa, kita, purpose, life, tujuan, islamik, best, menarik, renungan

Hidup ni tak lama mana pun...
Dunia ni hanya sementara...
Ajal kita entah bila...

Habis tu, untuk apa kita hidup...
Adakah kita hidup untuk mati...
Atau adakah kita hidup untuk menikmati dunia ini semata-mata...

Dari bayi, menjadi kanak-kanak, belajar tinggi-tinggi, kemudian dewasa, seterusnya kita berkeluarga, menjadi tua dan meninggal...
Takkan hidup kita ni cuma sekadar untuk memenuhi perjalanan hidup di atas sahaja?
Tengok video ni...


Hidup kita ni ada matlamat sebenarnya...
MENCARI REDHA ALLAH...

Hidupbiarbest

Posted on Sunday, December 11, 2011 by hidupbiarbest

No comments

syaitan, syaiton, setan, manusia, vs, people, muslim, devil, video, best, menarik, islamik

Kalau sebelum ni, kita dah tengok 3 video mengenai pertandingan manusia vs setan. Kalau belum, klik sini. Anda dah menang ke belum dalam 3 buah pertandingan yang lepas? Harap-harap, menang la ye. Kali ini, kita nak tengok lagi 3 video pertandingan antara manusia menentang setan. Siapa pulak yang menang agaknya?



1. Pertandingan tidur vs solat. Biasanya waktu subuh la ni. Biasa la, liat nak bangun. Kebanyakan kita lagi sayang kat mimpi tu daripada nak bangun Solat Subuh. Betul ke? Kalau rase-rase dah dengan azan tu, bangun je lah terus, Tak payah nak tunggu-tunggu dah. Terlepas Subuh, menyesal tak sudah. Sebelum tiduur, bacalah doa dulu, lepastu, niatkan dalam hati yang kita nak bangun Subuh awal esok. InsyaAllah, kita boleh bangun awal. Kalau anda, biasanya siapa menang? Anda ke setan?



2. Pertandingan tutup aurat vs buka aurat. Ini biasanya melibatkan wanita la. Lelaki pun ade juga tapi lebih kepada wanita la. Aurat itu satu kewajipan. Tak kiralah ke mana dan di mana kita pergi, aurat perkara utama yang perlu diambil berat. Memang ramai wanita Islam Malaysia di luar sana yang kalah teruk dalam pertandingan ni. Tak tidur malam setan berparti meraikan kemenangan diorang dalam pertandingan ni. Aku harap, yang sedang membaca ni adalah orang yang menang dalam pertandingan ni. Betul tak?




3. Pertandingan merokok vs katakan tak nak pada merokok. (panjang la pulak nama pertandingan ni)... Pertandingan ni pula kebiasannya untuk lelaki. Yang perempuan ada juga, tapi tak sebanyak lelaki la. Lelaki di luar sana, jangan sesekali cuba untuk merokok. Setan tu tunggu je kita merokok, dia nak makan asap rokok tu. Asap tu kan salah satu makanan setan. Fatwa dah kata merokok tu haram, janganlah nak melanggar hukum pulak. Sesiapa yang  merokok, cubalah untuk berhenti. Berdoa pada Allah. Nasihatlah sekali kawan-kawan dan ahli keluarga kita yang merokok tu. Anda pula bagaimana? Setan atau anda yang menang?

Dah tengok semua video tu? Video kali ini melibatkan benda yang lebih berat iaitu perkara haram yang sering manusia lakukan iaitu buka aurat, merokok dan tinggal solat. Setan ni memang licik. Tapi kita kena ingat, manusia lebih bijak. Kita hamba Allah, bukan hamba syaitan. Jadi, janganlah dengar hasutan dan bisikan syaitan tu. Kenerakalah jawabnya... Pastikan kita yang menang dalam semua pertandingan tu, barulah gentleman. Kalau kita kalah, tarbahak-bahak lah setan gelakkan kita... Apa yang penting, ingat dan takutlah Allah sentiasa... Jadikan Al-Quran panduan hidup kita.

Say No To Setan !!!
Hidupbiarbest

Posted on Friday, September 23, 2011 by hidupbiarbest

No comments

Assalamualaikum...

Sedih, kesian dan simpati apabila menyelak keratan akhbar, menonton berita di televisyen mengenai nasib saudara seagama kita di Somalia. Mereka menghadapi krisis kebuluran yang amat teruk sekali.

Kita di sini sakit perut kekenyangan, mereka mati kerana lapar...
Bantuan yang dihulurkan oleh dunia masih tidak mencukupi...
Nyawa mereka berada di hujung tanduk...
Ratusan manusia mati setiap hari...
Apalah nasib mereka...
Ujian Allah tiada siapa mampu halang...

somalia, bantu, saudara, muslim, starving

saudara, somalia, bantu, muslim, starving

somalia, bantu, muslim, saudara, islam, starving

somalia, bantu, saudara, muslim, starving

Jangan sekadar melihat...
Ambil tindakan segera...
Bantulah mereka...
Atau paling tidak pun, doakanlah mereka... 
Agar krisis kebuluran ini segera berakhir...

Mari kita bantu mereka melalui Islamic Relief Malaysia (IRM)... Klik sini.
Hulurkan tangan ringankan beban...
Bersyukurlah kepada Allah kerana kita cukup makan...
Jangan sesekali kita kufur nikmat sehingga membazirkan makanan kita...


hidupbiarbest

Posted on Wednesday, September 14, 2011 by hidupbiarbest

No comments

manusia, vs,syaitan, setan, syaiton, human, evil, nasihat, video, best, menarik, islamik

Cuba teka. Manusia lawan setan, mana lagi kuat? Hari-hari ada pertandingan antara manusia dengan setan. Cuma kita yang tak sedar. Kadang-kadang manusia menang, kekadang tu, setan yang menang. Tapi kan, manusialah yang sepatutnya sentiasa menang. Mana boleh setan menang. Kalau setan menang, maknanya iman kita tak kuat lagi lah. Betul tak?

Jom kita tengok pertandingan-pertandingan yang selalu diadakan setiap hari ini. Manusia ke setan yang menang? Video-video kat bawah ni dalam bahasa Arab, tapi ada subtitle English. Jangan risau....



1. Pertandingan tidur lambat vs tidur awal. Selalunya remajalah yang suka tidur lambat ni kan.... Setan suka la kita tidur lambat sebab dia tak nak kita bangun Subuh apatah lagi qiamullail. Bila kita tidur lambat, memang liat sangat la nak bangun Subuh, azan Subuh pun kita tak dengar dah. So, tidur la awal sikit, nanti bangun Subuh pun dalam keadaan segar. Nak buat qiamullail pun tak susah. Kalau anda, anda menang ke setan yang menang ???



2. Pertandingan di meja makan. Kalau nak makan, kita kena baca Bismillah, barulah setan tak boleh duduk makan sekali dengan kita. Kita beli, masak makanan bukan untuk nak bagi setan. Betul tak? Kalau kita tengok video di atas ni, setan dekat rumah keluarga yang baca Bismillah tu kurus je, berbanding setan yang ade kat rumah keluarga lagi satu tu...haha... Lagi satu, adab makan kenalah jaga. Kita orang Islam, seeloknya makanlah dengan tangan, tangan kanan. Hmmm. Setan kat rumah anda kurus ke gemok ???




3. Pertandingan belajar vs solat. Walaupun kita kena fokus kepada pelajaran, exam dah dekat, solat jangan abaikan. Apalah gunanya belajar bagai nak rak tapi solat terabai. Allah boleh tarik ilmu tu bila-bila masa tau. Nak belajar, bila-bila masa pun boleh, tapi solat ada waktunya yang patut kita jaga. Janganlah jadikan alasan belajar untuk kita melewatkan solat. Boleh jadi, perbuatan belajar kita itu mendatangkan dosa tau sebab melewatkan solat... Kalau time axam, anda atau setan yang menang ???

Dah tengok semua video tu. Baguslah. Lepas ni, jangan biar setan menang. Buat malu je setan menang. Setan tu dah kompem masuk neraka, takkan kita nak ikut sekali kan? Apa yang penting, dalam setiap pertandingan manusia vs setan ni, kita kena ingat Allah. Itulah yang paling penting. Kalau kita lupa Allah, habislah kita...

Ada lagi 3 video yang menarik... Jom tengok kat sini : part 2


Hidupbiarbest

Posted on Friday, September 09, 2011 by hidupbiarbest

4 comments

Anda percaya dengan apa yang aku percaya? Aku yakin anda semua percaya. Kalau anda tak percaya, anda kena percaya jugak....

believe, irfan, makki, percaya, aku, anda, nasihat, best, muslim, islamik

Aku percaya yang Alllah itu Maha Kuasa....
Aku percaya yang Allah itu Maha Adil....
Aku percaya yang Allah itu Maha Penyayang....
Aku percaya yang Allah itu Maha Pemurah....
Aku percaya yang Allah itu Maha Pengampun....

Setiap hari aku tidak pernah meninggalkan solat 5 waktu sehari semalam kerana aku percaya Engkau memang wujud dan aku diciptakan memang untuk mengabdikan diriku kepadaMu.

Setiap hari, aku selalu berdoa memohon sesuatu kepada Engkau sebab aku percaya Engkau pasti pasti memakbulkannya, jika tidak esok atau lusa, aku akan tetap menunggu. Sebab aku percaya janji Engkau.

Walaupun aku ditimpa kesusahan dan ujian yang berat, aku masih lagi bergantung harap pada Engkau, sebab aku percaya Engkau hanya ingin menguji keimananku dan itu tandanya Engkau sayang kepadaku.

Setiap hari, mulut dan hatiku berzikir menyebut namaMu sebab aku percaya firmanMu yang mengatakan bahawa kalimah Lailahaillallah itu memberatkan timbanganku di akhirat nanti.

Setiap aku aku menghadapi kebuntuan, aku selalu memohon petunjuk dan pertolongan daripadaMu, sebab aku percaya Engkau pasti membantuku dan menujukkan aku jalan yang benar.

Aku istiqamah membaca Al-Quran dan menghafal isi kandungannya, sebab aku percaya bahawa kalam Engkau itu adalah benar dan kalam Mu itu dapat menerangi aku di dalam kubur kelak.

Aku selalu berusaha untuk mengamalkan sunnah Rasulullah, sebab aku percaya Rasulullah itu memang pesuruhMu dan baginda adalah manusia yang benar.

Aku tidak pernah menyalahkan Engkau di saat aku ditimpa ujian yang berat kerana aku percaya Engkau Maha Adil, Engkau tidak akan menimpakan ujian yang tak mampu aku hadapi.

Ya Allah, aku percaya yang Engkau tahu apa yang aku nukilkan di blogku ini. Sesungguhnya Engkau Maha Melihat dan Maha Mengetahui. Dan aku tahu Engkau tahu yang aku percayakan Engkau. Ampunilah dosaku Ya Allah. Aku hanyalah hambaMu yang lemah dan selalu berbuat dosa. Coretan ini pastinya tidak mampu untuk menutup dosa-dosaku yang lalu. Ampunilah aku Ya Allah....

*********  

Sekarang, anda percaya apa yang aku percaya? Percayalah.... Jom kita dengar lagu Aku Percaya versi Bahasa Inggeris dari Maher Zain Dan Irfan Makki. (padahal lagu ni memang dalam bahasa  Inggeris pun)


When you’re searching for the light
And you see no hope in sight
Be sure and have no doubt
He’s always close to you
He’s the one who knows you best
He knows what’s in your heart
You’ll find your peace at last
If you just have faith in Him
You’re always in our hearts and minds
Your name is mentioned every day
I’ll follow you no matter what
My biggest wish is to see you one day
Chorus:
I believe
I believe
Do you believe, oh do you believe?

Coz I believe
In a man who used to be
So full of love and harmony
He fought for peace and liberty
And never would he hurt anything
He was a mercy for mankind
A teacher till the end of time
No creature could be compared to him
So full of light and blessings
You’re always in our hearts and minds
Your name is mentioned every day
I’ll follow you no matter what
If God wills we’ll meet one day
Chorus
If you lose your way
Believe in a better day
Trials will come
But surely they will fade away
If you just believe
What is plain to see
Just open your heart
And let His love flow through
I believe I believe, I believe I believe
And now I feel my heart is at peace
Chorus
I believe I believe, I believe I believe

Hidupbiarbest

Posted on Tuesday, September 06, 2011 by hidupbiarbest

No comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
UA-38342808-1