bersambung dari entri sebelum ini...Aku Terkenang Dosa Lalu Ya Allah... (4)

air, mata, taubat, keinsafan, insaf, ampun, Allah,terima, pandanglah, penat, letih, kecewa, menarik, islamik

Aku benar-benar insaf Ya Allah...
Bercucuran air mata ini kerana terkenangkan dosa lalu...
Bercucuran air mata ini kerana taktukan Engkau Ya Allah...
Bercucuran air mata ini kerana taubat nasuha...
Bercucuran air mata ini kerana rasa keinsafan yang lahir hati...
Adakah air mata hambaMu yang bercucuran kerana taubat nasuhanya itu sia-sia ?

Aku yakin Ya Allah....
Setiap air mata yang mengalir kerana insaf pasti akan mendapat ganjaran dari Mu Ya Allah...
Bukankah Engkau maha Penyayang...
Bukankah Engkau Maha Pengampun...
Bukankah Engkau Maha Pemurah...


Aku teringat satu kisah mengenai serang hamba Allah yang masuk syurga kerana bulu matanya...

Diceritakan di Hari Pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang diadili. Ia dituduh bersalah, menyia-nyiakan umurnya di dunia untuk berbuat maksiat. Tetapi ia berkeras membantah. 
“Tidak! Demi langit dan bumi sungguh tidak benar. Saya tidak melakukan semua itu.” “Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul-betul telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa,” jawab malaikat. 
Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu ke segenap penjuru. Tetapi anehnya, ia tidak menjumpai seorang saksi pun yang sedang berdiri. Di situ hanya ada dia sendirian. Maka ia pun menyanggah, “Manakah saksi-saksi yang kau maksudkan? Di sini tidak ada siapa kecuali aku dan suaramu.” 
“Inilah saksi-saksi itu,” ujar malaikat. Tiba-tiba mata hamba Allah tersebut bicara, “Saya yang memandangi.” Disusul oleh telinga, “Saya yang mendengarkan.” Hidung pun tidak ketinggalan, “Saya yang mencium.” Bibir mengaku, “Saya yang merayu.” Lidah menambah, “Saya yang menghisap.” Tangan meneruskan, “Saya yang meraba dan meramas.” Kaki menyusul, “Saya yang dipakai lari ketika diketahui orang akan maksiat tersebut.”
"Nah! Kalau aku biarkan, seluruh anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu itu”, ucap malaikat. 

Orang tersebut tidak dapat membantah lagi. Ia putus asa dan amat berduka, sebab sebentar lagi bakal dihumbankan ke dalam Neraka Jahanam. Padahal, dia merasa bahawa dia telah terbebas dari tuduhan dosa itu. Tatkala ia sedang dilanda kesedihan itu, tiba-tiba terdengar suara yang amat lembut dari selembar bulu matanya: “Saya pun ingin juga mengangkat sumpah sebagai saksi.”
“Silakan”, kata malaikat. “Terus terang saja, menjelang ajalnya, pada suatu tengah malam yang lengang, aku pernah dibasahinya dengan air mata ketika ia sedang menangis menyesali perbuatan buruknya. Bukankah nabinya pernah berjanji, bahawa apabila ada seorang hamba bertaubat, walaupun selembar bulu matanya saja yang terbasahi air matanya, namun sudah diharamkan dirinya dari ancaman api neraka? Maka saya, selembar bulu matanya, berani tampil sebagai saksi bahawa ia telah melakukan taubat sampai membasahi saya dengan air mata penyesalan.”
Maka dengan kesaksian selembar bulu mata itu, orang tersebut dibebaskan dari neraka dan dihantarkan ke syurga. Sampai terdengar suara bergaung kepada para penghuni syurga: “Lihatlah, Hamba Allah ini masuk surga kerana pertolongan sehelai bulu mata.”

Ya Allah, hanya kerana sehelai bulu matanya yang dibasahi air mata keinsafan, hamba itu boleh masuk ke syurgaMu.
Maka aku yakin, Engkau juga pasti memandang air mata ku yang mengalir ini...
Aku tidak ragu dan sangsi dengan Mu Ya Allah...
Aku yakin Engkau pasti menerima taubat ku Ya Allah...

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:

Sesungguhnya Allah membuka tanganNya pada malam hari supaya orang yang melakukan kejahatan pada siang hari bertaubat dan Dia membuka tanganNya di siang hari supaya yang melakukan kejahatan pada malam hari bertaubat hingga matahari terbit dari barat. 
(Riwayat Muslim).


Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Sesungguhnya Allah sangat gembira dengan taubat hambaNya daripada gembiranya seorang yang kehilangan bekal bersama untanya di sebuah padang yang tandus kemudian dia mendapatkannya kembali unta itu. 
(Riwayat Bukhari dan Muslim)


Hidupbiarbest