Assalamulaikum...

Sambung baca tentang keajaiban badan kita yang sangat kompleks ni...

miracle, do, not, know, anything, keajaiban, tuhan, islam

1. Mata bayi tidak menghasilkan air mata sehinggalah berusia sekitar 6 hingga 8 minggu.

2. Kecepatan batuk adalah 96.5 kilometer sejam...

3. Sel yang paling kecil dalam badan manusia adalah sperma manakala sel yang paling besar adalah ovum.

4. 3 perkara yang sering keluar dalam mimpi seorang wanita yang sedang mengandung 3 bulan pertama : katak, cacing dan tumbuhan dalam pasu

5. Secara purata, jangka hayat rambut adalah sekitar 3 ke 7 tahun. Setiap hari, kita kehilangan 60 hingga 100 helai rambut... Tapi jangan risau, tak menyebabkan nampak kulit kepala pun...huhu

6. Gigi manusia tumbuh 6 bulan sebelum lahir. Walaupun begitu, tak semestinya kita boleh lihat bayi lahir-lahir dah ada gigi.

7. Pundi kencing ketika penuh, berukuran hampir sama dengan saiz softball..

8. Gigi manusia mempunyai panjang 55 milimeter..

9. Apabila menjangkau usia 60 tahun, 60% lelaki dan 40% wanita akan berdengkur semasa tidur... huhu

10. Terdapat 2.5 trillion sel darah merah didalam badan anda sekarang !!

11. Apabila kita menyentuh sesuatu, kita menghantar message ke otak kita pada kelajuan 124 batu per jam...

12. Organisma hidup yang terdapat pada tubuh seorang manusia adalah lebih banyak daripada jumlah manusia yang ada atas muka bumi sekarang... Wowww...

13. Kapilari darah adalah tersangat kecil sehinggakan 10 kapilari barulah bersamaan dengan sehelai rambut... Bayangkan...

14. Bayi sudah mula bermimpi ketika masih di dalam perut ibu lagi...

15. Bakteria di dalam mulut anda lebih banyak daripada populasi manusia di US dan Kanada jika digabungkan...

16. Gigi manusia hampir keras seperti batu...

17. Jika manusia menjerit selama 8 tahun 7 bulan 6 hari, tenaga bunyi yang dihasilkan cukup untuk memanaskan secawan kopi...

18. Jika mengelipkan mata, kita sedang menggerakkan 200 otot..

19. Panjang tapak kaki adalah sama dengan panjang dari pergelangan tangan ke pelipat siku...

20. Terdapat 137 juta sel peka cahaya pada retina mata...

21. Tulang paha adalah tulang terpanjang dalam badan kita dan ia adalah 1/4 daripada tinggi kita...huhu

22. Otak kanan mengawal bahagian kiri badan, manakala otak kiri mengawal bahagian kanan badan...

23. Jantung kita berdenyut kira-kira 100 000 kali setiap hari...


24. Setiap 2 minggu, perut manusia akan menghasilkan lapisan mukus yang baru, kalau tak, perut kita sendiri akan dihakis oleh asid yang terdapat didalamnya...

25.  Telinga manusia boleh mengesan ratusan ribu jenis bunyi yang berbeza...Wow...

26. 80% daripada diri kita adalah air...

27. Setiap jam, mata kita mampu memproses 36 000 bit informasi...

28. Berat kulit manusia dewasa secara purata adalah kira-kira 4-5 KG.

29. Luas permukaan paru-paru manusia adalah sama dengan luas permukaan gelanggang tenis...
Besar tuuu...huhu

30. Ketika mata kita berkedip, kita sebenarnya memejamkan mata selama 0.3 saat...


Betapa hebatnya penciptaan manusia... Subhanallah...

Dan di bumi itu terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang yakin, dan (juga) pada dirimu sendiri. Maka apakah kamu tiada memperhatikan?
(Surah Az-Zariyat : ayat 20-21)

bersambung dari artikel sebelum ini :

30 Kejaiban Badan Manusia (3)

hidupbiarbest

Posted on Tuesday, February 26, 2013 by hidupbiarbest

2 comments

Assalamulaikum...

Mari kita teruskan menelusuri keajaiban penciptaan manusia yang terdapat pada diri kita sendiri...
Moga-moga kita semua sedar dan mengagumi kekuasaan dan kebesaran Allah Taala...

miracle, life, keajaiban, badan, tubuh, badan, body, human, baby, islamik

1. Semasa bersin, semua organ berhenti berfungsi seketika termasuklah jantung... (Ibarat mati 1 saat)

2. Mustahil manusia bersin dengan membuka mata... Try lah..

3. Bayi dilahirkan tanpa tempurung lutut. Ia akan muncul apabila bayi tersebut berumur 2 hingga 6 tahun...

4. Secara purata, berat kepala manusia adalah 8 pound (3.6 kg)...

5. Secara purata, tempurung kepala mempunyai 100 000 helai rambut...

6. Secara purata, kita semua mengelipkan mata sebanyak 6,205,000 setahun...huhu

7. Tengkorak kita sahaja diperbuat daripada 29 tulang yang berbeza...

8. Rambut dan kuku diperbuat daripada bahan yang sama...

9. 15 juta sel darah dalam badan manusia musnah setiap saat.. Banyaknyaaa...

10. Dalam kulit kita, terdapat 72 kilometer saraf... Percaya atau tidak??

11. Secara purata, jantung manusia akan akan berdenyut sebanyak 3000 juta kali sepanjang hidup...

12. Darah kita mengembara keseluruhan badan kita sejauh 96,540 kilometer sehari...

13. Secara purata, badan kita mempunyai kandungan karbon yang cukup untuk membuat 900 batang pensel, fosforus yang cukup untuk membuat 2200 kepala mancis dan air yang cukup untuk mengisi tong air 37 liter... Wow...

14. Apabila kita menelan makanan, 7 saat kemudian, baru ia sampai ke perut...huhu

15. Gigi adalah satu-satunya bahagian badan kita yang tidak boleh memperbaiki dirinya sendiri... Kalau rosak, rosakla.....huhu

16. Kuku jari tangan tumbuh 4 kali ganda lebih cepat berbanding kuku jari kaki...

17. Dengan hanya 7 pound (3.2kg) tekanan, telinga kita mampu dikoyakkan...

18. Fetus (janin) juga boleh tersedu.... Terkejut....

19. Terdapat kira-kira 1 trillion bakteria pada setiap belah kaki anda...

20. Kuku yang tercedera tumbuh lebih cepat berbanding kuku yang tidak tercedera...

21. Enamel yang terdapat pada gigi kita adalah bahan yang paling keras yang terdapat dalam badan kita...

22. Badan kita menggunakan 300 otot untuk mengimbang ketika kita berdiri...



23. Jika kita bersin dan menghembus semua bakteria yang ada pada usus kita, ianya mampu memenuhi secawan kopi...

24. Kapasiti penyimpanan memori otak kita adalah melebihi 4 terabytes... huhu...

25. Perempuan mempunyai deria bau yang lebih baik berbanding lelaki...huhu

26. Jika semua saluran urat darah dalam tubuh manusia dicantumkan ia boleh meliputi Jalan Raya sepanjang 96,000 Kilometer

27. Saraf ditubuh badan manusia dapat menghantar impuls kira-kira 90 Meter sesaat

28. Manusia hanya menggunakan 10% otaknya untuk berfikir...huhu

29. Apabila anda mengecam muka sesaorang anda sedang menggunakan otak sebelah kanan

30. Apabila seseorang bercakap, secara purata 300 titisan air liur akan keluar dalam tempoh seminit, iaitu 
kira-kira 2.5 titisan bagi satu perkataan...huhu, jaga-jaga jangan terpercik kat muka orang..

Betapa hebatnya penciptaan manusia... Subhanallah...

Dan di bumi itu terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang yakin, dan (juga) pada dirimu sendiri. Maka apakah kamu tiada memperhatikan?
(Surah Az-Zariyat : ayat 20-21)
hidupbiarbest

Posted on Friday, February 22, 2013 by hidupbiarbest

2 comments

Assalamualaikum...

Mari kita teruskan bacaan mengenai keajaiban yang ada pada penciptaan manusia. Moga-moga kita menjadi hamba Allah yang bersyukur dan sentiasa ingat akan kebesaran-Nya...


1. Bayi dilahirkan dalam keadaan mempunyai mata berwarna biru.. Dan kemudiannya akan beransur bertukar mengikut gene keluarga..

2. Setiap satu daripada 2000 bayi yang dilahirkan mempunyai gigi semasa dilahirkan..

3. Janin mula mempunyai cap jari sendiri semasa berusia 3 bulan di dalam kandungan... Subhanallah, dalam perut dah ada cap jari yang juga merupakan salah satu daripada kejaiban ciptaan Allah.

4. Selepas makan terlalu banyak, tahap pendengaran kita akan menjadi kurang tajam...huhu

5. Hidung kita mampu mengingati 50 000 jenis bau yang berbeza... Hebat kan..

6. Setiap orang mempunyai bau badan yang berbeza kecuali kembar seiras...

7. Saiz mata kita adalah sentiasa sama sejak lahir hingga ke tua tetapi hidung dan telinga kita tak akan berhenti membesar...

8. Manusia boleh bertahan lebih lama tanpa makanan berbanding tanpa tidur...Ya, manusia mampu bertahan tanpa makanan selama lebih sebulan atau 2 bulan tetapi berdasarkan kajian, seorang manusia yang tidak tidur selama 11 hari masih lagi sedar tetapi mengalami pertuturan yang berterabur, halusinasi dan hilang ingatan...

9. Lebih 90%b daripada penyakit adalah disebabkan oleh stress... Huhu... Jangan stress-stress ye.. bahaya..

10. Yang ni seram dan gerun sikit... Kepala manusia mampu sedar selama beberapa saat (sehingga 15saat) walaupun  selepas terpisah daripada badan...

11. Kita memerlukan 17 otot untuk senyum dan 43 otot untuk bermasam muka... Jadi, banyakkan senyuman, rehatkan otot muka... huhu..

12. Bayi dilahirkan dengan 300 tulang tetapi berkurang kepada 206 apabila meningkat dewasa...

13. Otot yang paling kuat dalam badan manusia apa dia? LIDAH la jawapannya...

14. Tulang yang paling keras adalah tulang rahang...hoho

15. Kita menggunakan 200 otot untuk membuat satu langkah... Bayangkan berapa ribu langkah kita uat sehari... Banyaknya otot kita bekerja...

16. 1/4 daripada tulang manusia berada di kaki... Wow... 52 tulang ada dikaki daripada keseluruhan 206 tulang dalam badan.

17. 300 juta sel dari badan kita mati setiap minit... Bunyi macam banyak sangat je, tapi sebenarnya nilai tu amat sedikit jika dibandingkan dengan jumlah sel dalam badan kita yang lebih kurang 10-50 rillion...Wow!

18. Setiap hari, badan manusia dewasa menghasilkan 300 billion sel baru...Jadi, kita perlu mengambil tenaga yang secukupnya untuk proses ini...

19. Seperti cap jari, lidah juga mempunyai 'cap lidah' yang unik dan tersendiri... Kalau nak buat jenayah, jangan tinggal kesan lidah ye...huhu


20. Badan kita mempunyai kandungan besi yang cukup untuk membuat sebatang paku 3 inci... huhu

21. Setiap inci kulit kita adalah rumah kepada lebih kurang 32 juta bakteria.. Tapi jangan takut, bakteria tersebut tidaklah merbahaya...

22. Jenis darah yang paling dominan dalam dunia adalah darah jenis O...

23. Semakin rendah suhu bilik tempat anda tidur, semakin tinggi lah peluang untuk anda mendapat mimpi buruk...huhu.. Kalau tak nak mimpi buruk, jangan tidur tempat sejuk...

24. Telinga kita menghasilkan lebih banyak tahi telinga ketika kita sedang takut berbanding ketika sebaliknya...

25. Orang yang kidal secara purata hidup 9 tahun lebih pendek berbanding orang yang tidak kidal...

26. Panjang depa adalah sama dengan tinggi badan kita.. Boleh try..

27. Badan perempuan membakar lemak lebih lambat daripada lelaki...Perempuan kene excercise lebih...huhu

28.  Manusia memerlukan 72 otot yang berlainan untuk bercakap...huhu... sebab banyak cakap, cepat penat...

29. Sperma mengembara sejauh 3 ke 4 inci sebelum melalui proses persenyawaan dengan telur tetapi pengembaraan tersebut sahaja mengambil masa selama 30 minit...Hmmm

30. Ibu jari anda sama panjang dengan hidung... (Mesti korang try...hehe)

Betapa hebatnya penciptaan manusia... Subhanallah...
Ada lagi sambungannya...


30 Kejaiban Badan Manusia (3)



Dan di bumi itu terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang yakin, dan (juga) pada dirimu sendiri. Maka apakah kamu tiada memperhatikan?
(Surah Az-Zariyat : ayat 20-21)

Posted on Wednesday, February 20, 2013 by hidupbiarbest

1 comment

Assalamualaikum..

Tahukah anda yang ciptaan manusia ni adalah ciptaan yang paling kompleks, unik dan istimewa sekali di atas muka bumi ni... Itulah tanda kebesaran Allah. Tidakkah kita bersyukur dan mengagumi kebesaran Allah melalui keajaiban yang ada pada penciptaan diri kita sendiri??


1. Berat otak hanyalah 2% daripada berat badan kita tetapi otak memerlukan 20% daripada oxygen yang kita sedut... (Hmm...kecik-kecik cili padi...huhu) Sebab tu otak mudah terkesan kalau kita kekurangan oxygen.

2. Otak lebih aktif pada waktu malam berbanding pada waktu siang...

3. Saintis percaya bahawa semakin tinggi IQ seseorang, semakin banyak lah orang tu bermimpi... Sape rasa dia banyak mimpi, IQ tinggi la tu... huhu

4. Otak kita tak boleh merasa sakit. Hmmm, tapi tak bermaksud yang kepala kita tak rasa sakit, sebab sakit di kepala datang dari organ atau bahagian lain...

5. 80% daripada otak kita adalah cecair... Huhu.. Menarik kan.. Jadi, kalau kita rasa dahaga, minum lah air secukupnya agar otak kita sentiasa cukup air... (Tu yang ada simpulan bahasa melayu 'otak cair' tu, merujuk kepada orang yang bijak)

6. Bulu di muka tumbuh lebih cepat berbanding bulu di bahagian anggota badan yang lain... Yang ni takkan tak perasan kot terutama lelaki... Sebab tu misai kene cukur selalu... huhu

7. Rambut wanita mempunyai diameter (ukur lilit) separuh daripada diameter rambut lelaki. Tak hairan lah kan rambut lelaki lagi kasar daripada rambut perempuan sebab rambut lelaki lagi tebal...huhu

8. Sehelai rambut boleh menampung berat 3.5 ounces (99.2 gram)....huhu.. Kalau kira-kira balik, 10 helai rambut dah boleh tampung lebih kurang 1 KG. Total rambut kat kepala ni boleh tampung berapa Kg ek?

9. Kadar tumbesaran kuku mengikut kepanjangan jari itu sendiri. Jadi, kuku jari hantu adalah kuku yang paling cepat tumbuh berbanding kuku jari lain pada tangan manusia. Hmm, sebab tu lah kuku jari kaki lambat tumbuh sebab jari kaki semua pendek-pendek...huhu

10. Orang yang berambut blonde mempunyai lebih banyak rambut berbanding orang yang berambut biasa...

11. Organ dalaman yang paling besar adalah usus kecil...

12. Jantung kita mempunyai tekanan yang cukup uat untuk memancutkan darah sejauh 30 kaki... Jauh kot...Subhanallah...Sebab tu kita boleh rasa denyutan jantung dengan mudah...

13. Asid di dalam perut kita mampu mencairkan pisau cukur... Huhu.. betapa kuatnya asid tu... Ajaibnya perut kita sendiri tak mencair...

14. Dianggarkan bahawa badan manusia mengandungi salur darah sepanjang 60 000 batu... Panjangggg tuuu... Boleh mengelilingi bumi sebanyak 2 kali...

15. Saintis telah mengkaji bahawa hati (liver) manusia sahaja mempunyai 500 fungsi yang berbeza... Subhanallah, hanya 1 organ tapi fungsinya sangat banyak...

16. Paru-paru sebelah kiri lebih kecil berbanding paru-paru sebelah kanan untuk memberi ruang kepada jantung kita.

17. Manusia masih mampu hidup walaupun sebahagian daripada organ dalaman telah dibuang... Huhu.. Menarik ni... Manusia masih mampu hidup walaupun limpa, perut, 75% hati, 80% usus, satu buah pinggang, satu paru-paru dan beberapa organlain dibuang... walaupun tak sesihat seperti sediakala...

18. Aorta (salur darah terbesar dalam badan) hampir menyamai saiz paip getah kat luar rumah kita tu... Besar kan?? Sebab fungsi utama salur darah ni adalah sebagai pembekal darah dari jantung ke seluruh badan.

19. Kelajuan bersin adalah 100 batu sejam...


20. Perempuan mengelipkan mata 2 kali lebih banyak daripada lelaki...

21. Kaki mengadungi kelenjar peluh yang sangat banyak iaitu lebih kurang 500 000... Huhu... Dengan kelenjar peluh sebanyak ni, kaki boleh menghasikan peluh lebih dari  470 ml sehari...

22. Sepanjang hayat kita, manusia mampu menghasilkan air liur yang mencukupi untuk memenuhkan 2 buah kolam renang... Hohoi..banyaknya....

23. Penghasilan tahi telinga adalah penting untuk kesihatan telinga kita. Walapun kita kadangkala rimas dengan tahi telinga, sebenarnya ia mempunyai fungsi yang penting untuk melindungi bahagian dalam telinga dari bakteria, kekotoran malahan serangga kecil...

24. Haba yang dihasilkan oleh badan kita, jika dikumpulkan selama 30 minit, mampu mendidihkan setengah gallon air...

25. Otak berhenti membesar semasa umur 18 tahun. Dan bermula umur 30 tahun, saiz badan manusia akan mula berkurang...

26. Secara purata, otak manusia mempunyai 100 billion sel saraf (nerve cell).

27.Tulang peha adalah lebih kuat daripada konkrit... Tapi tak bermakna tak boleh patah...

28. Satu sel darah memerlukan cuma 60 saat untuk melengkapkan satu pusingan ke seluruh badan... Laju tuu...

29.Lelaki menghasilkan 10 juta sel sperma yang baru setiap hari... Kalau kira-kira balik, seorang lelaki hanya mengambil masa 6 bulan je untuk 'repopulate' satu bumi ni... Dasyat...

30. Ovari mengandungi hampir separuh juta sel telur, tetapi hanya lebih kurang 400 sahaja yang berpeluang untuk mencipta manusia baru...

Amacam? Hebat tak hebat penciptaan manusia... Ada lagi sambungannya...insyaAllah...

Dan di bumi itu terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang yakin, dan (juga) pada dirimu sendiri. Maka apakah kamu tiada memperhatikan?
(Surah Az-Zariyat : ayat 20-21)

30 keajaiban badan manusia (part 2)
hidupbiarbest

Posted on Sunday, February 17, 2013 by hidupbiarbest

No comments

Assalamualaikum...

Hari ni, saya nak kongsikan satu website yang menarik untuk kita semua iaitu qurantracker.com.

al-quran, koran, tracker, mudah, hafal, menghafal, hafaz, membantu, software, info, menarik, best, islamik

Quran tracker ni adalah satu software yang dicipta untuk membantu kita menjalani proses menghafal Al-Quran dengan lebih baik. Ianya mempunyai pelbagai ciri menarik yang dapat membantu kita menguruskan surah atau ayat-ayat baru yang ingin dihafal dan menyemak semula apa yang telah kita hafal dan pelajari...

Laman web ini mempunyai antara muka (interface) yang menarik dan ringkas. Dan ianya didalam bahasa inggeris. Tapi yang tak paham bahasa inggeris pun boleh je guna. InsyaAlah tak susah. Pengguna perlu mendaftar dulu untuk membuat akaun. Cara penggunaannya boleh dilihat sendiri di laman web ni. Tak susah pun, insyaAllah....

Antara kelebihan website ini :

al-quran, tracker, surah, membantu, easy, hafal, hafaz, memorising, revising,islamik, info,maklumat, software, best

Jadi, mari kita sama-sama manfaatkan kemudahan yang dah ada ni. Moga-moga dengan laman web ni, memudahkan kita untuk mengahfal Al-Quran. Ye dak?

“Sesungguhnya Allah memiliki kerabat-kerabatnya di kalangan manusia. Lalu mereka bertanya : Siapakah mereka ya Rasulullah S.A.W? Jawab baginda : Mereka adalah ahli al-Quran, merekalah kerabat Allah (Ahlullah) dan dan orang-orang pilihannya.”
(Riwayat Ibnu Majah)

“Sebaik-baik kamu adalah yang mempelajari Al Qur’an dan yang mengajarkannya”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sesiapa membaca Al Quran dan beramal dengan apa yang terkandung dalamnya maka kedua dua ibu bapanya akan dipakaikan mahkota pada hari kiamat yang sinaran mahkota itu akan melebihi daripada cahaya matahari , sungguhpun matahari itu berada di dalam rumah rumah kamu di dunia ini. 
(Riwayat Imam Ahmad , Abu Daud)

Dari Abi Umamah ra. ia berkata, “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Bacalah olehmu al- Quran, sesungguhnya ia akan menjadi pemberi syafaat pada hari kiamat kepada para pembacanya (penghafalnya).”
(Riwayat Muslim)

Wassalam..
hidupbiarbest

Posted on Thursday, February 14, 2013 by hidupbiarbest

No comments

Assalamualaikum...

Jom kita belajar beberapa kaedah untuk menipu diri sendiri dalam keadaa tertentu:

cara, menipu, diri, sendiri, trick, yourself, mata, pening, eyes, medical

1) Kalau anda gatal tekak, garulah telinga anda. Sebab apabila saraf didalam telinga terangsang, ia akan mewujudkan refleks di tekak yang membantu menghilangkan rasa gatal tersebut...

2) Ada masalah mendengar seseorang di tempat bising atau ketika bercakap telefon? Gunakan telinga kanan kerana telinga kanan lebih baik fungsinya dalam mengesan percakapan manusia manakala telinga kiri lebih kepada mendengar nada muzik...

3) Takut sakit semasa disuntik? Anda boleh batuk saat jarum dicucuk kerana batuk akan menaikkan tekanan ke atas saraf tunjang seterusnya mengehadkan rasa sakit.

4) Masalah hidung tersumbat? Tolak (tekan) lidah anda ke lelangit kemudian tekan bahagian antara dua kening dengan jari anda. Ulangi steps ini selama 20 saat dan insyaAllah mengurangkan rasa sesak hidung.

5) Anda tersedu (hiccups)? Tekan kening anda dengan ibu jari dan jari telunjuk sampai tersedu tu hilang. Biasanya tak ambil masa yang lama.

6) Anda boleh hilangkan sakit gigi dengan menggosok ais di belakang tangan (permukaan yang berlawanan dengan tapak tangan) dan di kawasan celah jari antara ibu jari dan jari telunjuk. Laluan saraf disitu akan merangsang bahagian otak yang menghalang isyarat sakit dari mulut dan muka.

7) Elakkan rasa pedih ulu hati selepas makan pada waktu malam. Bagaimana? Dengan cara tidur secara mengiring disebelah kiri. Dalam posisi tersebut, perut akan berada lebih rendah dari esofagus lalu membantu menghalang asid di dalam perut daripada sampai ke tekak.

8) Nak bertahan lebih lama dalam air. Daripada anda ambil nafas dalam-dalam sebelum menyelam, lebih anda ambil beberapa kali nafas pendek sebelum masuk kedalam air. Cara ini akan menipu otak anda kononnya badan anda oxygen lebih dan memberi anda masa 10 saat lebih lama untuk bertahan didalam air.

*Jadi, kalau perkara diatas terjadi, bolehlah korang try buat kaedah nak trick badan kita tu...
Tu lah, ingat diri kita ni tak boleh kena tipu dengan diri sendiri ke... Hehehe

hidupbiarbest

Posted on Monday, February 11, 2013 by hidupbiarbest

4 comments

Assalamualaikum...

Dah makan? Kalau dah, ucaplah Alhamdulillah... Kalau belum, tunggu dulu, baca blog ni dulu, pastu baru makan... hehe (gurau je)..
Kali ni nak berbicara tentang makan... tapi sebelum tu, jom kita tengok video ni dulu sebagai mukadimah... huhu...


Makanlah yang halal

Perkara pertama yang perlu kita titik beratkan dalam memilih makanan ialah kehalalan makanan tersebut.. Tak kiralah macam mana sedap sekalipun makanan tu, kalau tak halal, jangan diambil. Kalau makan diluar, pergilah ke  restoran atau kedai makan yang disahkan halal dan bersih tempatnya. Kalau beli makanan, pastikan makanan itu datang dari sumber yang halal dan bahannya juga halal. Kalau beli makanan kat pasar raya, tengok dulu tanda halal ada ke tak...

Dan kita kene tahu jugak jenis makanan yang halal atau haram.. Contoh makanan haram ialah babi, bangkai, darah, binatang 2 alam, binatang yang memakan secara menerkam dengan taring, menyambar dengan kuku, binatang yang makan benda kotor seperti cicak, binatang yang jijik, binatang yang digalakkan membunuhnya dan binatang yang beracun.

Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah setan; karena sesungguhnya setan itu adalah musuh yang nyata bagimu. 
(SurahAl-Baqarah : 168)

Dan makanlah makanan yang halal lagi baik dari apa yang Allah telah rezekikan kepadamu, dan bertakwalah kepada Allah yang kamu beriman kepada-Nya. 
(Surah Al-Maidah : 88)

pilih, makanan, halal, pahala, makan, dalil, jakim, quran, kenyang, islamik, nasihat, info
Mulakan dengan Bismillah

Baca bismillah ni mudah tapi ramai sebenarnya yang terlupa.. Kalau dah lapar tu, terus masuk mulut je.. Ingat ye adik-adik, kakak-kakak, abang-abang, ibu-ibu, ayah-ayah sekalian, baca bismillah dulu sebelum makan supaya syaitan tak makan sekali dengan kita. Jangan biaran syaitan makan makanan kita tau..


Diriwayatkan dari Umar bin Abi Salamah r.a bahawa ia berkata, Rasulullah saw bersabda kepadaku: 
“Sebutlah nama Allah (Bismillah)! Makanlah dengan tangan kananmu, dan makanlah dari yang dekat denganmu”. 

(Muslim dan Ibnu Majah)



Diriwayatkan dari Huzaifah bahawa ia berkata: 


“Dulu bila kami menghadiri jamuan makan, tangan kami tidak berani menyentuhnya sebelum Rasulullah saw meletakkan tangannya terlebih dahulu. Satu saat, kami mendatangi jamuan makan lalu datanglah seorang wanita tergesa-gesa, seakan-akan ada sesuatu yang mendorongnya. Ia langsung menyentuhkan tangannya ke makanan itu, tetapi Rasulullah saw menahan tangannya. Lalu datang pula seorang badui terburu-buru, sepertinya ada sesuatu yang mendorongnya. Ia langsung menyentuh ke makanan itu, tetapi Rasulullah menahan tangannya. Lalu beliau bersabda: 



“Sesungguhnya syaitan itu merebut makanan yang tidak disebut nama Allah(Bismillah) padanya. Sesungguhnya syaitan menyertai orang badui itu untuk merebut makanan, maka aku pegang tangannya. Kemudian ia datang bersama wanita ini untuk merebut makanan, maka aku tahan tangannya. Demi zat yang jiwaku berada dalam genggamanNya, sungguh syaitan itu aku pegang bersama-sama dengan kedua tangan orang ini”. 



(Ahmad, Muslim, Abu Daud dan Nasa’i )
 
Kalau terlupa baca bismillah, tak apa, bukan disengajakan..Rasulullah ada ajarkan caranya :


“Rasulullah saw bersabda: 

“Siapa sahaja yang lupa menyebut nama Allah Azza Wa Jalla sebelum makan, maka hendaklah ia mengucapkan: 

“Bismillahi awwalahu wa akhirahu” 

(Dengan menyebut nama Allah di awal dan di akhirnya) 
Kerana sesungguhnya ia seperti orang yang menghadapi makanan baru atau keburukan yang menimpa makanan itu akan tercegah” 
(Ibnu Hibban, Ibnu Sunni dan Thabrani) 


Disudahi dengan Alhamdulillah

Yang ni lagi ramai yang sering terlupa... Ramai yang membaca doa sebelum makan tapi lupa nak memuji Allah atas rezeki yang dikurniakan selepas makan. Janganla macam tu, pujilah Allah selepas kita makan sebagai tanda bersyukur dan berterima kasih atas rezekiNya.


Diriwayatkan dari Anas r.a bahawa ia berkata: Rasulullah saw bersabda: 

“Sesungguhnya Allah bernar-benar redha kepada seorang hamba yang memakan suatu makanan atau meminum suatu minuman, setelah itu memujiNya”. 

(Ahmad dan Ibnu Sunni)

makan, biar, dapat, pahala, halal, tembikai, besar, baby, comel, bayi, info, islamik, dalil, renungan

Makan dengan tangan kanan

Kita sebagai seorang Muslim hendaklah makandengan menggunakan tangan kanan. Malah, budaya Melayu juga mengajar kita makan dengan tangan kanan. Kalau yang kidal tu, sebolehnya cuba untuk biasakan makan dengan tangan kanan juga.

Dari Abdullah bin ‘Umar radhiallahu anhuma bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
"Apabila salah seorang dari kalian makan, maka makanlah dengan tangan kanan dan apabila dia minum, minumlah dengan tangan kanan. Karena syaithan apabila dia makan, makan dengan tangan kiri dan apabila minum, minum dengan tangan kiri." 
(Muslim)

Makan secara berjemaah

Makan berjemaah ni bukan semestinya makan dengan talam. Maksudnya, kita makan sama-sama la walaupun pinggan lain-lain, macam yang kita selalu buat dengan family kita.. Kalau dengan kawan pun, makan la secara berjemaah, ajak kawan makan sekali. Tapi kalau dengan talam, itulah yang paling best... Makan berjemaah insyaAllah dapat keberkatan dari Allah.


Diriwayatkan dari Wahsyi bin Harb dari bapanya dari atuknya bahawa ia berkata: 

“Para sahabat berkata: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya kami kalau makan tidak merasa kenyang. Beliau bersabda: “Barangkali kamu makan sendiri-sendiri”. Mereka menjawab: “Benar wahai Rasulullah”. Beliau bersabda: “Berkumpullah ketika makan dan sebutlah nama Allah Ta’ala (Bismillah)! Niscaya Dia akan memberkati makanan kamu”. 

(Ahmad, Abu Daud, Baihaqi, Ibnu Majah dan Hakim)


Rasulullah saw bersabda: 
“Makanan yang paling disukai Allah adalah makanan yang dijamah banyak tangan”. 
(Abu Ya’la, Ibnu Hibban, Baihaqi dan Adh Dhiya)  


Ambil makanan yang dekat

Salah satu adab yang perlu dititik beratkan ialah ambil makanan yang dekat dahulu. Walaupun makanan favourite kita jauh, biar orang lain ambil dulu, kemudian baru kita ambil.


Ibnu Abbas r.a meriwayatkan dari Nabi saw bahawa beliau bersabda: 

“Berkat itu turun di tengah-tengah makanan, Maka, makanlah mulai tepi dan jangan mulai makan dari tengah” 

(Ahmad, Ibnu Majah, Tirmizi dan Abu Daud )


Diriwayatkan dari Umar bin Abi Salamah r.a bahawa ia berkata, Rasulullah saw bersabda kepadaku:
“Sebutlah nama Allah(Bismillah)! Makanlah dengan tangan kananmu, dan makanlah dari yang dekat denganmu”.
(Muslim dan Ibnu Majah)

Diriwayatkan dari Abdullah bin Busr bahawa ia berkata: Rasulullah saw bersabda: 
“Makanlah mulai dari tepi-tepinya dan biarkanlah dahulu tengahnya! Niscaya akan diberkati”. 
(Abu Daud dan Baihaqi)  


Makan jangan terlampau banyak

Makanlah apa pun yang kita suka tapi berpada-pada... Jangan makan terlalu melebihi keperluan.


Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a ia berkata Rasulullah saw bersabda: 

“Orang muslim itu makan dengan satu perut, sedangkan orang kafir dengan tujuh perut”. 

(Malik, Bukhari, Muslim, Ibnu Majah dan selainnya)


Dalam riwayat Bukhari : 

“Ada seorang lelaki kafir yang makannya banyak sekali, lalu ia pun masuk Islam. Setelah itu, makannya menjadi sikit. Hal itu diberitahukan kepada Rasulullah saw. Maka beliau bersabda: ““Sesungguhnya orang muslim itu makan dengan satu perut, sedangkan orang kafir dengan tujuh perut”. 

(Bukhari)   

Menjilat jari selepas makan

Amalan yang baik untuk diamalkan.. Bagi orang barat, amalan ini mungkin nampak kotor atau tak elok, tapi ini lah amalan yang dilakukan oleh baginda Rasulullah. Sebabnya didalam makanan ada keberkatan tapi kita tak tahu kat mana, mana tahu keberkatan tu ada pada sisa yang tertinggal pada jari atau pinggan... Bak kata KFC, sedapsehingga menjilat jari...


Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah saw bersabda: 

“Apabila salah seorang dari kamu selesai makan, hendaklah ia menjilati (mengulum) jari jemarinya! Sesungguhnya seseorang tidak tahu bahagian mana makanan itu mengandungi keberkatan. 

(Ahmad dan Tirmizi)



Dari Ibnu ‘Abbas bahawa ia berkata: Rasulullah saw bersabda: 

“Apabila salah seorang dari kamu makan, janganlah ia mengusap telapak tangannya dengan sapu tangan sebelum dirinya atau orang lain menjilati sisa makanan yang melekat”. 

(Ahmad, Bukhari, Muslim, Abu Daud dan Baihaqi) 

Kutip makanan yang terjatuh

Makanan kalau terjatuh dari pinggan, haruslah diambil dan habiskannya. Jangan biar macam tu aje, membazir. Tapi kalau terjatuh ke tanah, janganla ambil dah, itu kotor...


Dari Anas r.a bahawa ia berkata: 

“Dahulu apabila Rasulullah saw selesai makan, beliau menjilati ketiga jarinya seraya bersabda: “Apabila suapan salah seorang dari kalian terjatuh, hendaklah ia membersihkannya dan memakannya. Jangan biarkan makanan itu di makan syaitan! Juga, hendaknya kalian membersihkan sisa makanan yang berada di pinggan. Sebab, kamu tidak tahu pada bahagian mana dari makanan kamu yang mengandungi keberkatan”. 

(Ahmad dan Muslim) 

Jangan makan makanan yang panas

Makanan biasa kalau baru dihidang memangla panas kan, jadi molek la kalau kita tunggu sebentar agar asap panastu hilang, sebab Rasulullah larang makan makanan ketika masih panas. Tapi bukanla bermakna tunggu makanan tu betul-betul sejuk baru makan, nanti tak sedap pulak. Just tunggu hilang asap panas tu sikit.


Diriwayatkan oleh Asma’ binti Abu Bakar r.a bahawa: 

“Apabila dirinya membuat tsarid (bubur daging), ia menutupinya dengan sesuatu sehingga hilanglah asap panasnya. Ia menuturkan, “Aku mendengar Rasulullah saw bersabda: “Hal itu merupakan berkat yang paling besar, iaitu makan yang hilang rasa panasnya”. 

(Ad-Darimi, Ibnu Hibban, Hakim, Ibnu Abi Dunya dan Baihaqi) 


Rasulullah saw bersabda: 
“Janganlah makan makanan, kecuali hingga hilang asap panasnya”. 
(Baihaqi) 



Jangan mencela makanan

Kalau kita tidak suka sesuatu makanan atau makanan itu tidak sedap, maka jangan kita cela atau marah dengan makanan tersebut, kerana makanan itu juga rezeki Allah... Kalau tidak suka, just diam dan tolak tepi.


Dari Abu Hurairah r.a., katanya: 

"Rasulullah s.a.w. itu tidak pernah mencela samasekali pada sesuatu makanan. Jikalau beliau s.a.w. ingin pada makanan itu beliaupun memakannya dan jikalau tidak menyukainya, maka beliau tinggalkan - tanpa mengucapkan celaan padanya." 

(Muttafaqun 'alaih)  

makan, biar, dapat, pahala, halal, mencaci, makanan, tak, sedap, dalil, memaki, hadis, menarik, info, nasihat

Berhenti sebelum makan

Tiada dalil yang jelas mengenai perkara ini sebenarnya. Makanlah selagi tidak memudaratkan dan membazir. Makanlah selagi kita berkemampuan dan tak menggunakan duit orang lain. Walaupun ada hadis tentang perkara ini, tetapi ianya tidak soheh.


نحن قوم لا نأكل حتى نجوع وإذا أكلنا لا نشبع


Kita (kaum muslimin) adalah kaum yang hanya makan bila lapar dan berhenti makan sebelum kenyang.“


Hadis di atas dibahas oleh al Albani dalam Silsilah Shahihah juz 7 hal 1651-1652 dengan kesimpulan “tidak memiliki sanad” yang merupakan derajat hadis yang lebih jelek dari pada hadis palsu. Syaikh Abdul Aziz bin Baz menjawab, hadis ini memang diriwayatkan dari sebagian sahabat yang bertugas sebagai utusan, namun sanadnya dhaif.


***********

Jadi, inilah sedikit sebanyak yang boleh saya kongsikan bersama tentang makan dan makanan. Makanlah apa pun janji halal. Makanlah apa pun tapi biar dapat pahal dengan mengamalkan sunnah Nabi. Soal makanan kita perlu titik beratkan, jangan diambil ringan sebab makanan yang kita makan akan menjadi darah daging kita. Dan pastinya kita nak darah daging kita datang dari sumber yang baik dan sihat. Betul tak??

Dalam Ihya ‘Ulumuddin karya Imam al-Ghazali tentang kesan makanan yang haram kepada zuriat iaitu anak-anak :
“Jika kita ingin anak kita menjadi soleh, bijaksana dan berguna, berikanlah iamakanan daripada rezeki yang halal sejak mereka dilahirkan. Makanan yang halal selain daripada menjadikan anak kita berguna, boleh menjadikan mental mereka cerdas dan pintar. Sebaliknya anak akan menjadi derhaka terhadap kita jika ia diberi makanan yang kotor”

Wassalam

hidupbiarbest

Posted on Saturday, February 09, 2013 by hidupbiarbest

2 comments

Assalamualaikum...

Dropbox dah popular dah sekarang. Semua orang mesti penah dengar. Kalau tak penah tau pasal dropbox, sekarang ni tau lah.... hehe...

dropbox,daftar, jom, pakat, guna, sign in, register, mudah, dimana, sahaja, cloud, storage, awan, teknologi, best, menarik, info, maklumat
Dropbox ni tempat penyimpanan fail di awan (cloud storage) ataupun secara mudahnya nak kata penyimpnan fail secara online... Maksudnya, anda tak perlu ada pendrive, thumbdrive atau harddisk untuk simpan sesuatu fail sebab fail anda telah disimpan oleh dropbox...

Jadi, kita pun mudah untuk bukak fail, folder, gambar, video dan lain-lain dengan menggunakan apa sahaja device yang dah diinstall dengan dropbox walau dimana sahaja dengan syarat kena ada internet la. Contohnya, kita balik kampung, terlupa nak bawak laptop sedangkan dalam laptop ada fail penting yang kita nak bagi kat sepupu kita, jadi dengan mudahnya kita boleh access fail tersebut dengan menggunakan smartphone kita atau pinjam komputer kawan walaupun laptop kita nun jauh disana... Sebab.... itulah fungsi dropbox... Akses fail anda walau dimana sahaja anda berada...

dropbox, mudah, cloud, storage, maklumat, software, update, easy, sharing

Nak daftar? Free je...Mula-mula kita akan dapat 2GB je, mungkin sikit je kan nilai tu. Tapi tak apa, nak tambah space boleh aje.. Ada beberapa cara dan salah satu caranya adalah dengan promote atau share kan dropbox dengan kawan-kawan... Jika seorang kawan kita install dropbox kat komputer dia menggunakan link yang kita bagi, kita akan dapat space percuma 500MB. Cuba kira kalau ada 10 orang kawan kita yang install kat komputer diorang, kita akan dapat space percuma 5GB... menarik kan?

Dengan mengikuti semua langkah untuk mendapat space tambahan percuma, kita akan dapat lebih kurang 20GB total space... Banyak kan? Macam-macam boleh simpan... Gambar, video, folder, movies, lagu ke, macam-macam lagi lah...

Antara kelebihan dropbox :

1. Boleh menyimpan file secara online dengan mudah
2. Boleh di akses dimana sahaja selagi ada kemudahan internet. 
3. Memudahkan anda berkongsi dokumen atau sebarang file dengan rakan-rakan
4. Tak perlu lagi menggunakan pendrive untuk dicucuk ke komputer 
5. Boleh digunakan di komputer dan telefon dengan hanya sign in account dropbox anda.
6. Boleh diemailkan atau dishare dokumen tersebut melalui facebook dan twitter.\
7. Mudah untuk backup fail
8. Kalau tak install dropboxkat komputer pun tak ape. Fail tetap boleh diakses melalui browser


dropbox, computer, laptop, burning, sharing, easy, mudah, cloud,storage, awan, perkongsian

Jadi apa tunggu lagi, jom daftar sekarang... Klik link ini : DROPBOX.. mudah aje...
Dah daftar, jangan lupa install dropbox di komputer anda... tengok di bawah, cara install dropbox :
1. Download dropbox
2. Selesai download, buka fail tersebut dan install.
3. Buka file dropbox yang telah dimasukkan dalam komputer korang. Drag mana-mana file yang korang nak masukkan kedalam folder dropbox tu. Secara automatik fail tersebut dimasukkan kedalam akaun dropbox anda.

Sekian sahaja perkongsian kali ini. Wassalam..

hidupbiarbest

Posted on Thursday, February 07, 2013 by hidupbiarbest

2 comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
UA-38342808-1