ahlan, wasahlan, ramadhan, semoga, ibadata, diterima, Allah, nasihat, islamik

Alhamdulillah. Ramadhan datang lagi dan yang lebih penting lagi, kita diberi kesempatan oleh Allah untuk berjumpa lagi dengan bulan yang penuh berkat ini.

Rata-rata pusat beli belah telahpun mula membuat promosi raya. Awal betul kan. Belum Ramadhan dah nak raya. Itulah kesilapan umat Islam di Malaysia pada hari ini. Sebagai Muslim yang baik, kita sepatutnya bergembira dan excited untuk menyambut Ramadhan kali ini. Ye lah, setahun sekali. Jom kita dengar lagu menyambut kedatangan Ramadhan. Semoga bila dengar lagu ni, kita lebih berkobar-kobar untuk menyambut kedatangan Ramadhan.


Harapan kita untuk Ramadhan kali ini menjadi lebih baik daripada Ramadhan yang lepas. Tanamkan azam, kita akan mengisi Ramadhan kali ini dengan pesta ibadah kepada Allah. Harapan kita agar selesai sahaja Ramadhan, kita akan menjadi hambaNya yang bertaqwa. InsyaAllah. Sia-sia sahajalah sekiranya Ramadhan kali ini sama sahaja dengan yang lepas tanpa ada peningkatan. Bukannya kita tahu yang kita akan bertemu lagi Ramadhan pada tahun hadapan.


Kawan-kawan dan sahabat-sahabat sekalian. Raya lambat lagi. Mari kita tumpukan dulu bulan Ramadhan ni. Kita contohi sahabat Rasulullah yang amat merindui Ramadhan. Mereka gembira dengan kedatangan Ramadhan dan sedih ketika ingin meninggalkan Ramadhan. Tapi kita pada hari ini, belum puasa dah tak sabar nak tunggu raya. Salah tu.


Saya ucapkan Selamat Menyambut Ramadhan dan Selamat Berpesta Ibadah. Semoga puasa kita diterima Allah. Semoga kita semua juga, menjadi hambaNya yang bertaqwa. Anggaplah Ramadhan kali ini umpama Ramadhan yang terakhir untuk kita. Mari kita berlumba-lumba untuk melakukan ibadah kepada Allah. Sesungguhnya pahala ibadah di bulan ini akan digandakan oleh Allah berbanding pada bulan-bulan lain.

Salam Ramadhan untuk semua !!!
Hidupbiarbest di bulan Ramadhan !!!
Hidupbiarbest berpesta ibadah !!!


nantikan khutbah Rasulullah menjelang Ramadhan pada entri akan datang !

hidupbiarbest

Posted on Sunday, July 31, 2011 by hidupbiarbest

No comments

jaga, keselamatan, anak, tolong-menolong, lrt, ktm, hilang, terpisah, nasihat
tolong-menolong amalan mulia
Baru balik dari Setiawangsa. Perjalanan yang agak jauh untuk ke Shah Alam menaiki LRT dan KTM komuter. Bertolak dari Setiawangsa tadi lebih kurang pukul 9 pagi. Hujan renyai-renyai. Sejuuuk.Rahmat Allah. Tetapi, hanya sedikit manusia yang menghargainya dan mensyukurinya. Seronok menyaksikan perlbagai gelagat manusia yang juga pelbagai bangsa. Ramai yang on the way nak pergi kerja.

Hari ini terjadi suatu peristiwa yang mungkin aku ingin kongsikan. Mungkin boleh dijadikan pengajaran untuk kita semua. LRT sedang berhenti di stesen Masjid Jamek. Tak ramai orang yang naik. Kelihatan seorang ayah bersama dua tiga (tak pasti) anaknya yang kecil-kecil baru turun eskaletor, berjalan menuju ke arah train yang sedang aku naiki. Si ayah tadi tak sedar isyarat bunyi dua kali yang menandakan pintu akan tertutup.

Sampai dihadapan pintu train, ketika baru sahaja hendak melangkah masuk, pintu mula tertutup. Si ayah tadi tidak sempat masuk, malangnya seorang anaknya dah 'termasuk' terlebih dahulu. Pintu train tertutup. Maka terpisahlah si anak dan si ayah. (kalau tak silap, anak tu lebih kurang empat atau lima tahun). Si anak mengetuk-ngetuk pintu. Panik. Ayahnya masih diluar. Train mula bergerak.

Mujur ada seorang insan yang baik hati datang membantu. Sambil mendakap budak kecil itu dan di memberikan isyarat kepada si ayah tadi yang dia akan menunggun di stesen seterusnya sambil menjerit ' next station, next station'. Nasib baik budak tu tak nangis. Tabahlah la jugak budak tu. Sampai di stesen seterusnya, lelaki berjhati mulia tadi membawa anak kecil itu turun. Mahu mempertemukan si anak dengan si ayah yang telah terpisah hanya beberapa minit. Aku meneruskan perjalanan sampai ke rumah.

Allahua'lam apa yang terjadi lepas tu. Harapnya, si ayah tadi bertemu semula dengan anaknya. Nasib baik negara kita ni masih ada lagi orang yang baik yang sudi membantu orang lain. Ketika mula-mula budak itu terpisah dengan ayahnya sambil menjerit ayahnya dan mengetuk-ngetuk pintu, orang lain hanya memandang. Ada beberapa orang  yang berada di pintu tersebut hanya buat bodoh je. Sedangkan lelaki yang baik hati itu berada di pintu yang lagi satu.

Apa yang ingin diperkatakan adalah mengenai soal sifat tolong-menolong. Dalam ramai-ramai orang yang ada adalam train tu, terutamanya yang berada dekat dengan budak tu, hanya seorang je yang menunjukkan tanggungjawab mereka untuk membantu. Mana pergi sifat keprihatinan orang lain. Adakah mereka pentingkan diri sendiri, atau mereka sibuk nak pergi kerja, atau mereka sendiri tak tahu nak buat apa. Kita sebagai orang Islam, perlu ada sifat prihatin terhadap orang lain, walaupun berlainan agama. Jangan takut jangan segan untuk membantu orang yang di dalam kesusahan. Nanti, bila kita susah nanti, orang pulak tolong kita. 

Pengajaran untuk ibu bapa juga, mereka harus berhati-hati dan peka ketika membawa anak-anak mereka keluar. Pastikan anak-anak-anak sentiasa di sisi. Lagi-lagi kalau anak-anak tu masih kecil. Tak tau apa lagi. Jangan lupa, pastikan anak-anak hafal nombor telefon ibu bapa. Kalau ada apa-apa, senang nak contact. Kalau anak tak boleh hafal, pastikan setiap kali keluar, kita tulis nobor telefon kita, kemudian letak dalam poket anak-anak. Ajar anak-anak, bila berlaku kecemasan, tunjukkan nombor telefon tersebut. Dan juga, ajarkan anak-anak agar tidak mudah panik jika berlaku sesuatu. Bayangkanlah kalau budak tadi panik, nangis tak henti-henti, susah jugak.

Setakat itu saja yang ingin dikongsi kali ini. Tak reti nak tulia panjang-panjang. Hmmm. Ramadhan semakin hampir. Tak sabar rasanya. Kalau boleh, kita kenalah jadikan Ramadhan tahun ini lebih baik daripada tahun lepas. Baru mantap. InsyaAllah. Dah bersedia ke?

hidupbiarbest

Posted on Friday, July 29, 2011 by hidupbiarbest

No comments

doa, terhindar, sifat, sombong, berjalan, muka, bumi, nasihat, renungan


اَللَّهُمَّ إِنِّى أَعُوذُبِكَ مِنْ كُلِّ عَمَلٍ يُخْزِينِي. وَأَعُوذُبِكَ مِنْ كُلِّ صَاحِبٍ يُؤْدِينِي. وَأَعُوذُبِكَ مِنْ كُلِّ أَمَلٍ يُلْهِينِي. وَأَعُوذُبِكَ مِنْ كُلِّ فَقْرِيُنْسِينِي. وَأَعُوذُبِكَ مِنْ كُلِّ غِنًى يُطْغِينِي.


Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan Engkau dari tiap-tiap perbuatan yang menjatuhkan nama baiknya. Dan aku berlindung dengan Engkau dari tiap-tiap teman yang menganggapnya begitu. Dan aku berlindung dengan Engkau dari tiap-tiap cita-cita yang menjadikan lupa daratan. Dan aku berlindung dengan Engkau dan tiap-tiap kekurangan yang menggelapkan mata dan aku berlindung dengan Engkau dari tiap-tiap kemewahan yang lupa pada keadilan.


*sombong adalah satu penyakit hati yang amat kritikal yang harus kita elakkan. Dengan sifat sombong, Allah dan manusia akan membenci kita setrusnya memusnahkan hidup kita. Semoga kita sentiasa pandai mengawal diri daripada sifat sombong walaupun sedikit. Sesungguhnya, walau apa pun kelebihan yang kita ada, semua itu adalah pemberian Allah yang hanyalah sementara.

.:selamat beramal dan istiqamah:.

hidupbiarbest

Posted on Wednesday, July 27, 2011 by hidupbiarbest

11 comments

masuk, neraka, azab, pedih, mencuri, aircond, masjid, cerita, best, menarik, pengajaran, nasihat, lailatulqadar, malam

Peristiwa ini kononnya berlaku di neraka. Suatu hari, dua orang pemuda yang dimasukkan ke neraka bertemu dan berbual :

Pemuda A : Apehal ko boleh masuk sini ?

Pemuda B : Aku ni dulu kena tipu..

Pemuda A : Aik ! Ko yang kene tipu, ko yang masuk sini ?

Pemuda B : Ye laa.. Aku ingat Ayah Pin tu betul, rupa – rupanya dia tu ketua ajaran sesat. Dah nasibbbb..Ko pulak, macamane boleh masuk sini. Ko mati macam mane ?

Pemuda A : Isshh..Aku ni dulu mati dalam masjid ?

Pemuda B : Okeyla tu..Bukan senang nak mati kat dalam masjid, rumah Allah. Bile ko mati ?

Pemuda A : 27 Ramadhan. Orang kate malam tu malam Lailatul Qadar. Aku punyela khusyuk time tu, tapi…

Pemuda B : Aii, pelik betul ko ni. Aku tengok, ciri – ciri kematian ko ni memang layak masuk syurga tapi macamane ko boleh tercampak kat sini?

Pemuda A : Yela..dah tu, khusyuk mencuri aircond masjid. Tibe – tibe litar pintas. Mengucap pun aku tak sempat..

Pemuda B : Padan la pun..Memang layak la hang duduk kat sini..

*pengajarannya, janganlah buat sesuatu perkara yang boleh membawa kita ke neraka tu. Azabnya sangatlah pedih. Menyesal pun tak berguna. Lagipun, takkan ada masa dah kita nak bersembang macam kat atas ni kalau kita masuk neraka nanti. Hanya meraung sepanjang masa menanggung kesakitan. Hanya mampu merayu kepada Allah agar dilepaskan dari azab neraka. 

.:MIND YOUR STEP:.

hidupbiarbest

Posted on Sunday, July 24, 2011 by hidupbiarbest

1 comment

Alhamdulillah, dapat mengepost lagi....

super, hero, paling, kuat, Allah, siapa, paling, teka-teki, islamik, best, superman

Anda kenal Spiderman? Ultraman? Superman? Ben 10? Haha...Ntah pape la kan saya tanye soalan macam ni.... Saje je.. Saya tahu anda kenal, saya pun kenal jugak. Dulu kecik-kecik dulu rajinlah tengok ultraman tu...

Cuba tanya budak kecil pulak. Hmmm. Pasti diorang lagi lagi kenal daripada kita. Siap boleh tunjuk lagi trademark and kuasa-kuasa super hero tu. Budak-budak tu mestilah akan cakap semua super hero tu semua hebat-hebat. Biasalah tu bagi budak-budak. Diorang bukannye reti apa lagi kan. Tapi, kan bagus kalau anak-anak, kanak-kanak Muslim diajar mengenal super hero yang sebenar, yang paling kuat di alam semesta ni. Jom kita tengok video di bawah :


Comel kan suara budak dalam video ni? Dan saya harap anda faham la video ni walaupun dalam Bahasa Inggeris. Korang kan power...Mula-mula saya tengok video ni, saya kagum sangat. Kagum dengan budak dalam video ni (walaupun budak tu ikut skrip) dan saya kagum dengan orang buat video ni... 


Video ni pun sebenarnya peringatan untuk kita semua juga. Kadang-kadang kita terlupa yang Allah yang paling Kuat dan Berkuasa di alam semesta ni. Tatkala kita menghadapi kesusahan, Allah lah yang telah memberi perlindungan kepada kita. Tatkala kita sakit, Allah lah yang memberikan kesembuhan kepada kita. Tatkala kita menyuapkan makanan di mulut, ingatlah bahawa Allah lah yang memberikan kita rezeki.


Semoga video yang saya kongsikan ni memberi manfaat kepada semua.

hidupbiarbest

Posted on Thursday, July 21, 2011 by hidupbiarbest

5 comments

Syaitan Vs Al-quran

  • Ketika anda membawa Al-Quran, reaksi syaitan ialah biasa-biasa saja…tengok je kita baca..
  • Ketika anda membukanya, syaitan mulai curiga...
  • Ketika anda membacanya, dia resah dan gelisah...
  • Ketika anda memahaminya, dia mula terkejang-kejang...
  • Ketika anda mengamalkan Al-Quran dalam kehidupan setiap hari. Dia terus stroke....
  • Teruskan membaca Al-Quran, hayatinya & mengamalkannya agar syaitan terus stroke dan kemudian mampus.
  • Ketika saya ingin menepost benda ini, syaitan pun mencegahnya. Syaitan kata “jangan sebarkan, kerana ia tidak penting langsung !”
penting, al-quran, kitab, sunnah, syaitan, lawan, manusia, pelihara, wahyu, quote

Begitulah para pembaca sekalian, pentingnya Al-Quran dalam kehidupan seharian kita. Menjaga kita dari bisikan dan hasutan syaitanirrajim. Jadikanlah Al-Quran sebagai kita. Jangan biarkan saja Al-Quran di rak. InsyaAllah...



Mari kita sama-sama cek kat rumah kita. Adakah Al-Quran di rumah kita? Kalau ada, Al-Quran tu ada kat mana? Adakah Al-Quran itu dijadikan hiasan semata-mata, atau pun telah berhabuk. Harapnya tidaklah begitu. Apalah gunanya naskhah Al-Quran itu andai kita tidak membacanya....

Andai Al-quran bisa berbicara, ia akan berkata: 

Waktu kau masih kanak-kanak, kau bagai teman sejatiku, dengan wuduk kau sentuh aku, dalam keadaan suci kau pegang aku, kau baca dengan lirih dan keras, sekarang kau telah dewasa, nampaknya kau sudah tidak berminat lagi padaku, apakah aku bacaan usang? Yang tinggal sejarah? Sekarang kau simpan aku dengan rapi, kau biarkan aku sendiri. Aku menjadi kusam dalam almari. Berlapis debu, dimakan kutu, ku mohon peganglah aku lagi, bacalah aku setiap hari, kerana aku akan jadi penerang dalam kuburmu!

Di sini, saya sertakan beberapa hadis mengenai kelebihan Al-Quran. Semoga kita sama-sama sedar akan kelebihan Al-Quran yang mungkin selama ini dipandang ringan oleh kita semua.

Daripada Abu Umamah r.a berkata : Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda: Bacalah Al Quran sesungguhnya ia akan datang di hari kiamat sebagai syafa'at kepada pembacanya.
(Riwayat Muslim)


Daripada Aisyah r.a. telah berkata: Bersabda Rasulullah S.A.W. : Orang yang membaca Al Quran dan susah untuk menyebut ayatnya ia mendapat dua pahala.
(Riwayat Bukhari dan Muslim)


Daripada Abu Musa Al Asy'ari r.a. telah berkata : Rasulullah S.A.W. bersabda : Perumpamaan orang mukmin yang membaca Al Quran adalah seperti buah Utrujjah ( seperti limau besar ) baunya wangi dan rasanya sedap. Perumpamaan orang mukmin yang tidak membaca Al Quran adalah seperti buah tamar tidak ada bau dan rasanya manis, dan perumpamaan orang munafik yang membaca Al Quran adalah seperti Raihanah (sejenis pokok) baunya wangi dan rasanya pahit dan perumpamaan orang munafik yang tidak membaca Al Quran adalah seperti buah labu yang tiada bau dan rasanya pahit.
( Riwayat Bukhari dan Muslim )


Daripada Umar Bin Al Khattab r.a. Bahawa Nabi Muhammad S.A.W. bersabda : Sesungguhnya Allah mengangkat martabat beberapa golongan dan merendahkan martabat yang lain dengan sebab Al Quran.
( Riwayat Muslim )


Daripada Ibnu 'Abbas r.a. beliau berkata : Rasulullah S.A.W. bersabda : Sesungguhnya orang yang tidak ada di dalam ingatannya sesuatu pun daripada ayat Al Quran seperti rumah yang roboh.
( Riwayat Tarmizi dan beliau berkata: Hadis ini hasan sahih )


Daripada Jabir Bin Abdullah r.a. bahawa Nabi Muhammad S.A.W. menghimpun antara dua lelaki yang terbunuh di peperangan Uhud kemudian beliau bersabda : Yang mana satukah antara keduanya yang paling kuat berpegang teguh dengan Al Quran? Maka apabila aku tunjukkan kepada salah seorang daripada keduanya maka dialah orang yang pertama masuk ke liang lahad.
( Riwayat Bukhari, Tarmizi, Nasa'ie dan Ibnu Majah )

Merujuk kembali pada persoalan yang terdapat dalam tajuk post kali, apa jawapannya? Semestinya Al-Quran saaaangat penting. Bahkan Al-Quran itu sendiri menjadi sumber hukum pertama dalam perundangan Islam. Jadi, janganlah sesekali kita tinggalkan Al-Quran...InsyaAllah post saya kali ini memberi manfaat kepada saya dan juga pembaca sekalian. 

*sebahagian ayat yang diatas diambil daripada facebook
hidupbiarbest

Posted on Tuesday, July 19, 2011 by hidupbiarbest

1 comment

Assalamualaikum semua...


buku, pena, jaga, ilmu, kita, pen, smkakl, al-quran

Alhamdulillah, baru-baru ini saya berkesempatan menghadiri majlis ilmu yang disampaikan oleh Habib Ali Zainal Abidin dengan us. Azhar bin Hashim Al-Hadhrami di SMKAKL.....pada mulanya saya tak dapat nak datang, tapi akhirnya setelah mencuba sedaya upaya, dapat jugak sertai majlis ilmu ni. Habib Ali dan Ustaz Azhar telah memberikan tausiyyah berkenaan dengan ilmu. Jadi saya ingin kongsikan dengan anda semua apa yang saya dapat daripada majlis ilmu semalam...

Kata Ustaz Azhar, nak menuntut ilmu ni, ada syaratnya. Kalau tak cukup syarat, tak payahla nak menuntut ilmu.

Syarat menuntut ilmu :
  1. Mestilah cerdik, iaitu orang yang berakal... Semua orang yang berakal adalah cerdik sebab dengan akal, manusia dapat berfikir. Anda berakal? Saya yakin anda semua berakal. Justeru, orang yang tidak cerdik (yang gila) tidak wajib menutut ilmu.
  2. Mestilah tamak haloba (bersungguh-sungguh) dalam menuntut ilmu. Rajin membaca, mengulangkaji, suka mencari ilmu dsb. Kalau kita takde kesungguhan, macam mana nak menuntut ilmu. Ingat ilmu tu senang-senang je ke nak masuk dalam kepala. So, kalau takde kesungguhan, seseorang itu tidak layak untuk menuntut ilmu.
  3. Sabar. Sabar merupakan salah satu elemen terpenting bagi orang yang ingin menuntut ilmu. Banyak cabarannya untuk menuntut ilmu. Tak boleh berputus asa dalam mengahdapai cabaran. Kalau cepat give up, susahla nak menuntut ilmu. Contohnya seperti Imam Syafie yang sanggup berjalan jauh untuk berguru dan terpaksa menahan perut. Kalau beliau give up, sudah tentu tak adalah mazhab Syafie yang menjadi ikutan kita pada hari ini.
  4. Mestilah ada belanja. Menuntut ilmu bukan sesuatu yang free. Pasti perlukan belanja walaupun sedikit. Nak beli buku, alat tulis, pakaian untuk pergi belajar. Kalau kita tak keluarkan belanja, macam mana nak menuntut ilmu. Takkan nak pinjam buku dengan alat tulis orang je. Betul tak? Syeikh Abdul Qadir Jailani pun diberikan belanja oleh ibunya ketika beliau ingin bermusafir menuntut ilmu di Mekah.
  5. Panjang masa. Apa maksudnya? Maksudnya, kita kenalah ada masa untuk menuntut ilmu agar kita dapat fokus terhadap pelajaran kita. Kata ustaz, sebaik-baiknya, masa belajar, jangan buat benda lain. Janganlah berkerja sambil belajar. Fokus pada pelajaran. Dan kita pula, janganlah suka buang masa. Pandai-pandaila bahagi masa dengan baik.

Ilmu lain yang saya dapat dalam majlis ilmu tersebut adalah berkenaan dengan adab menuntut ilmu. Saya pasti anda semua semua sudah lali mendengar adab-adab mendengar menuntut ilmu. Tapi tak pe, saya hanya ingin berkongsi ilmu yang saya dapat, InsyaAllah...

Adab menuntut ilmu ni terbahagi kepada dua iaitu adab kita sebagai seorang penuntut ilmu (pelajar) dan juga adab kita dengan guru. Saya akan listkan adab-adab tersebut...

Adab menuntut ilmu (sebagai penuntut ilmu) :

  1. Tuntut ilmu hanya kerana Allah. Ingat, kita bukan belajar kerana ingin menghadapai peperiksaan atau mendapat pekerjaan tetapi matlamat utama kita adalah kerana Allah. Kita menuntut ilmu tinggi-tinggi bukan nak riak tapi nak hilangkan kejahilan yang ada dalam diri kita je..
  2. Jangan bersifat mazmumah. Apalah gunanya ilmu penuh didada tapi perangai tak elok...
  3. Jangan sibukkan diri dengan perkara lain selain menuntut ilmu. Hanya fokuskan pada pelajaran. Kalau boleh, elakkan berkerja sambil belajar.
  4. Hendaklah rendah diri dengan ilmu yang ada. Biarlah semakin tinggi ilmu kita, semakin kita merendah diri. Barulah dipandang mulia.
  5. Jangan berbuat maksiat. Samalah macam point nombor 2 tadi.

Adab menuntut ilmu (adab dengan guru) :

  1. Anak murid perlulah beri salam terlebih dahulu pada guru.
  2. Jangan banyak bercakap dihadapan guru. Takut nanti terlepas cakap yang bukan-bukan dan juga sebagai tanda kita menghormati guru.
  3. Minta izin jika ingin bertanyakan soalan. Jangan terus tanya soalan semasa sedang belajar, takut-takut guru merasa dirinya tidak dihormati.
  4. Jangan menyangkal kata-kata guru walaupun hanya di dalam hati. Perbuatan ini boleh menyebabkan ilmu tidak berkat.
  5. Jangan tunjukkan yang kita ini lebih pandai daripada guru kita. Walaupun guru itu mengajar kita perkara yang sama berulang kali, teruskanlah mendengar dengan penuh rasa hormat.
  6. Jangan berbisik-bisik di hadapan guru. Nanti guru terasa pulak.
  7. Berdiri (sebagai tanda hormat) semasa guru datang atau guru lalu dihadapan kita.
  8. Kalau kita terlihat guru membuat salah secara zahirnya, tidak perlulah tegur selagi perbuatan itu tidak mendatangkan dosa kerana guru itu lebih mengetahui apa yang dilakukannya.

Demikianlah syarat-syarat dan adab-adab menuntut yang dapat kongsikan bersama anda. Sebelum mengakhiri post saya kali ini, saya suka untuk menulis pesan Habib Ali sampaikan yang mana pesan tersebut adalah dari seorang ulama besar (saya tak kenal) :
Sebagai seorang penuntut ilmu, jika kita tidak bangun malam untuk tunaikan solat sunat tahajjud 2 rakaat, kita tidak dikira sebagai penuntut ilmu.
Kata-kata yang sangat dalam maksudnya dan penuh bermakna. Betapa besarnya peranan solat tahajjud kepada orang yang sedang menuntut ilmu macam saya ni. InsyaAllah saya akan cuba sedaya upaya untuk bangun menunaikan solat tahajjud pada setiap malam.

Kita kena jaga semua benda ni. Jaga ilmu kita. Biar berkat. Biarlah dengan ilmu yang ada ni, kita jadi orang yang berguna. Jangan disebabkan ilmu yang ada, kita jadi perosak. Baru ilmu kita ni berkat. Dan juga jangan lupa amalkan dan kongsikan ilmu yang kita ada tau. Insya Allah...


hidupbiarbest

Posted on Saturday, July 16, 2011 by hidupbiarbest

2 comments

Kisah ini mungkin kita dah selalu dengar...Mari kita baca sekali lagi kisah ini dalam bentuk komik pulak...Nampak lebih menarik dan best...Tapi bukan saya yang buat, cuma saya ambil dari blog rakan saya atas kebenaran dia...Sekadar ingin berkongsi.

Cerita ini mungkin boleh kita pakai ketika menghadapi soalan tentang kewujudan Allah dari si kafir...InsyaAllah...Jom baca..

Kisah bermula :
Di suatu hari yang aman dan damai,
kisah, tukang, gunting, dan, pemuda, kedai, komik, islamik, best, menarik, cerita

















Pemuda itu terdiam...Takde idea nak berhujah...




















Semoga kisah ini dapat menjadi pengajaran kepada kita semua...Nak berhujah, tak semestinya kena guna ayat Quran ataupun hadis, yang penting kita bijak untuk mempertahankan agama kita. Allahu a'lam...

Komik di atas diambil dari : http://temetemerity.blogspot.com , dilukis oleh Teme.

hidupbiarbest

Posted on Wednesday, July 13, 2011 by hidupbiarbest

1 comment

doa, agar, dilihat, mulia, dan, karisma, Allah, mohon, petua, wajah
sekadar gambar hiasan

اَللَّهُمَّ  إِنِّي ضَعِيفٌ فَقَوِّ فِي رِضَاكَ ضَعْفِي وَخُذْ إِلَى الْخَيْرِ بِنَاصِيَاتِي وَاجْعَلِ الْإِسْلَامَ مُنْتَهَى رِضَاىَ  اللَّهُمَّ إِنِّي ضَعِيفٌ فَقَوِّنِي وَذَلِيلٌ فَأَعِزَّنِي وَفَقِيرٌ فَأَغْنِنِي وَارْزُقْنِي.

Ya Allah ya Tuhanku, aku ini lemah, maka kuatkanlah aku dalam keredhaan-Mu dan bimbinglah aku kepada kebaikan dan jadikanlah Islam itu tempat aku meletakkan keredhaan. Ya Allah ya Tuhanku, aku ini lemah, maka kuatkanlah aku, aku ini hina, maka muliankanlah aku, aku ini miskin, maka kayakanlah aku dan kurniakan rezeki kepadaku.

doa ini bukan diamalkan untuk nampak gah di mata orang lain, tetapi supaya orang akan hormat kat kita dan senang nak bergaul dengan kita.

.:Selamat beramal dan istiqamah:.

hidupbiarbest

Posted on Monday, July 11, 2011 by hidupbiarbest

10 comments

godaan, remaja, nasihat, renungan, pesan, kuatkan, iman, godaan, dugaan
Gambar sekadar hiasan
Anda seorang remaja? Saya pun remaja juga. Memang betul zaman remaja kita ni banyak godaan dan dugaan. Maklumlah, iman tak kental lagi. Ayah saya selalu pesan :
Kamu ni kena selalu jaga-jaga. Jangan mudah buat benda tak elok. Memang zaman remaja ni penuh dengan dugaan. Yang penting, jaga diri, kuatkan iman.
Lebih kurang macam tu lah pesan ayah saya. Teruskan membaca artikel dibawah :


Dunia remaja penuh dengan cubaan dan dugaan. Ada saja godaan, kawan, teman, buku, filem atau hiburan yang datang dengan pelbagai tawaran sehingga menggugat keutuhan iman. Lalu jadilah remaja sekejap baik, sekejap tidak baik. Remaja kita seolah-olah bermusim, macam musim buah.

Justeru, untuk memiliki, mempertahan dan meningkatkan kualiti iman suatu perkara yang amat berat. Tetapi kepada mereka yang bersungguh-sungguh dan percaya kepada tawaran Allah serta janji-Nya akan dapat memperkukuh dan memperkuatkan keyakinan untuk terus menjadi baik.

Lihat saja remaja bernama Ammar bin Yaaser sanggup diseksa, diuji dan diazab kerana mempertahankan iman. Begitu juga remaja Ashhabul Kahfi, sanggup bersembunyi di dalam gua kerana memelihara keimanan.

Kepada mereka ini dan sesiapa saja yang sanggup bersungguh-sungguh menghadapi cabaran dan liku hidup, tidak dipersia-siakan Allah. Allah memberikan janji-Nya kepada orang beriman sebagaimana disebut dalam al-Quran. Janji pula bukan sebarangan dan dapat untung yang besar. Janji ini juga menjadi pendorong untuk meninggalkan kesukaan sementara dan sumber motivasi untuk meraih keuntungan yang lebih panjang dan abadi.

Antara janji itu ialah orang beriman dijanji Allah pembelaan dan pertolongan. Maknanya, orang beriman dan komited dalam beragama, Allah akan menjadi pembela kepadanya. Pembela maknanya penjaga, pemelihara, penghibur dan pemberi kekuatan. Allah Maha Kaya, jadi umat Islam yang kuat imannya walaupun miskin, apabila dekat dengan Allah Yang Maha Kaya akan berasa kaya dan diberi kekayaan.

Jika kita miskin kadang kala duduk di sebelah orang kaya pun berasa diri kaya, walaupun si kaya itu bersifat kedekut. Allah Maha Kaya, maknanya Allah tidak akan membiarkan hamba-Nya miskin dan sebab itulah orang yang dibela Allah, walaupun mereka tiada duit, mereka tidak rela menggadai maruah diri dan akhlak serta peribadi kerana sedikit habuan haram.

Allah akan memberikan mereka kaya hati. Kaya pada sudut inilah sangat berharga. Jika duit banyak tetapi hati miskin, menyebabkan kerosakan juga. Remaja begini akan rosak seperti “ayam mati kelaparan di kapok padi”, sama juga dengan “matinya semut kerana gula.” Apabila hukum Allah tidak dijaga nikmat menjadi bala.

Hari ini umat Islam hadapi pelbagai masalah kerana Allah sudah tidak dijadikan pembela. Macam mana Allah hendak bela, sedangkan kita buat tidak kisah segala suruhan Allah. Allah akan terus membela hamba-Nya yang membela agamanya. Sebagaimana firman Allah bermaksud: 

“Sesungguhnya Allah membela orang-orang yang beriman dan Allah tidak menyukai orang yang khianat.” 
(Surah Al-Hajj : 38)

Janji kedua diperoleh orang beriman ialah jaminan keselamatan iman. Inilah jaminan yang paling mahal, iaitu jaminan iman tidak akan rosak. Allah akan melindungi mereka daripada perangai buruk dan akhlak rosak. Allah menyelamatkannya daripada godaan syaitan, kekufuran, kemiskinan dan sebagainya.

Dengan janji inilah membuatkan Bilal bin Rabah walaupun diancam, masih selamat imannya. Remaja kita memerlukan jaminan ini. Bukan bermakna kita duduk saja tanpa berbuat apa, sebaliknya mesti tekun belajar, bijak merancang dengan beribadat serta bersungguh-sungguh menghayati agama secara syumul.

Janji ketiga diperoleh mereka yang beriman ialah mendapat petunjuk kehidupan. Kita amat memerlukan petunjuk di dunia yang penuh simpang siur. Kadang-kadang sudah tidak dapat membezakan lagi mana satu madu dan yang mana satu racun.

Lagi parah jika madu sudah tercampur madu, madu pula bersalut racun. Amat sulit hidup untuk memilih kebenaran apabila kebaikan dikatakan kejahatan dan kejahatan pula dikata kebaikan. Hanya jaminan Allah sahaja yang menyelamatkan remaja kini daripada perangkap noda dan dosa.

Sumber : MyMetro

hidupbiarbest

Posted on Friday, July 08, 2011 by hidupbiarbest

1 comment

Kenapa harus kita berpecah? Persoalan ini patut ditanyakan diri kita masing-masing...Kita lihat umat Islam pada masa kini masih lagi berpecah belah.. Tapi kenapa? Berapa lama lagi kita harus berpecah belah? Perpecahan umat Islam sudah lama berlaku. Semenjak selepas kematian Saidina Umar (khulafa' Ar-rasyidin) lagi... Maka, kita dapat saksikan pelbagai natijah yang berlaku...


islam, muslim, bertelagah, kenapa, harus, berdamai, perang, bersatu, bendera, kibarkan
Lihatlah bagaimana Saidina Othman dan Saidina Ali dibunuh...
Lihatlah bagaimana berakhirnya sistem khilafah pada tahun 1924...
Lihatlah keadaan saudara seIslam kita di Palestin sana...
Lihatlah keadaan kacau bilau yang berlaku di negara Islam hari ini...
Lihatlah kedudukan Islam dan Muslim pada masa kini, aaaamat rendah, sehingga dipermainkan oleh kafirun...
Bagaimana semua ini berlaku?
Semuanya angkara perpecahan yang berlaku...


Entahlah kan. Bila lah umat Islam nak bersatu. Saya teringin nak tengok Islam menguasai dunia. Saya teringin nak tengok negara Islam bersatu padu. Saya teringin nak tengok Islam kembali merampas Palestin. Saya teringin nak tengok semua Muslim hidup aman harmoni tanpa diganggu mana-mana pihak. Tapi......bile ye?


Saatnya pasti tiba... Umat Islam pasti akan bersatu. Tapi, sekarang ni...Aku hanya mampu berdoa, Ya Allah. Aku hanya mampu berharap Ya Allah... Moga umat Islam sedar dan kembali bangkit dari tidur untuk memperjuangkan agama yang suci dan murni. Amiin...


Jom kita luangkan masa sejenak baca cerita di bawah. Moga boleh menjadi pengajaran buat kita semua :




Sekumpulan besar arnab dan tikus telah berperang untuk merebut sebuah kebun ubi keledek berhampiran tempat tinggal mereka. Kebun tersebut menjadi sumber makanan mereka. Sudah banyak nyawa yang terkorban di kedua – dua belah pihka, namun mereka masih berperang. Akhirnya hanya seekor tikus dan arnab sahaja yang tinggal. Itupun tubuh mereka luka – luka dan cedera parah. Kini, mereka berdepan satu lawan satu.

“Ini pertarungan penentuan.”

“Ya, ini persoalan hidup atau mati.”

“Mengapa kamu perlukan sangat kebun keledek itu. Mengapa tidak cari sahaja makanan di dalam hutan dan serahkan kebun itu kepada kami?” Tanya arnab.

“Di hutan, makanan semakin berkurang. Kami terpaksa bersaing dengan haiwan lain. Kamu pula ?” kata tikus pula.

“Kami pun sama juga. Sekarang musim kemarau dan kami kehabisan makanan. Jika tidak dapat kebun keledek itu, kami akan mati.” Jawab arnab.

“Oh, serupalah kita. Kalau kita tidak kebun itu, kita akan mati. Tetapi, semua kawan kita telahpun mati, tinggal kita berdua sahaja.” Kata arnab sedih. Tikus berdiam diri turut sedih.

“Selama ni, kami tak tahu pun kamu makan ubi keledek.” Ujar tikus.

“Eh, tidak ! Kami tidak makan ubi keldek. Kami hanya makan daunnya..”

“Daun ? Kami pula makan ubinya ! jadi, selama ini kita berebut kebun keledek ini tetapi  tapi hanya untuk makan bahagian yang berlainan.”

“Mengapa sekarang baru kita tahu…Sepatutnya peperangan ini tidak berlaku. Kita sepatutnya berunding bagi mendapatkan kesepakatan.”

Nampak simple, tapi itulah yang sedang berlaku terhadap umat Islam kini. Perkara yang kecil pun ingin diperbesarkan sampai bertelagah sesama sendiri...Pengajarannya, dalam apa jua konflik, rundingan yang harmoni amat perlu dalam mengelakkan krisis yang lebih besar. Akhirnya akan merudikan kedua-dua belah pihak.

Muslim pasti bersatu!!!
Islam pasti bangkit!!!
Allahu Akbar!!!

*Cerita diambil daripada majalah Solusi
hidupbiarbest

Posted on Wednesday, July 06, 2011 by hidupbiarbest

3 comments

Apa maknanya tajuk post kali ini? Baru-baru ini, saya terdengar ceramah di radio IKIM.FM. Dan satu perkara yang membuatkan saya tertarik adalah kata-kata Syeikh Muhammad Abduh yang telah disampaikan oleh seorang ustaz melalui corong radio tersebut.
Saya pergi ke Paris, lantas saya bertemu dengan Islam tanpa Muslim. Saya kembali ke Kaherah dan saya bertemu dengan Muslim tanpa Islam!
islam, tanpa, muslim, without, beautiful, cantik, islamik


Apa maksudnya? Apabila beliau pergi ke Paris, beliau nampak amalan yang diajarkan oleh Islam, diamalkan di sana. Manusia di sana menepati waktu, bersopan, kemas, jaga kebersihan dan produktif. Sedangkan orang-orang di situ bukanlah beragama Islam. Situasi itulah yang beliau katakan sebagai Islam tanpa Muslim.


Tetapi di Kaherah, beliau melihat keadaan di mana orang Islam sendiri tidak mengamalkan gaya hidup yang diajarkan Islam. Di sana berlakunya penipuan, kebersihan tidak dititikberatkan, agama dilupakan, penindasan dll. Itulah pula yang beliau katakan sebagai Muslim tanpa Islam.


Tapi, bagaimana pula dengan kita? Bagaimana dengan negara kita? Kita di kategori yang mana? Kalau tanya saya, saya akan jawab negara kita ni Muslim tanpa Islam.....sebab.....negara kita ni ramai umat ISLAM, negara ni pun dikenali sebagai sebuah negara Islam, tapi.....nilai keIslaman tu kurang menonjol, malahan ada sesetengah keadaan, orang Islam sendiri menolak Islam. Anda setuju?


Disebalik kata-kata Syeikh Muhammad Abduh tu, ada mesejnya untuk kita... Beliau bukan sekadar mahu bercakap mengenai pemerhatian beliau, tetapi kita kena sedar bahawa apa yang beliau cakapkan itu adalah berkaitan dengan diri kita. Mahukah kita menjadi Muslim tanpa Islam... Malu tau dengan Islam tanpa Muslim....Kita kena ubah pemerhatian beliau itu. Jadikan diri kita dan negara ini sebagai MUSLIM DENGAN ISLAM dan ISLAM DENGAN MUSLIM....Barulah gempak Islam di mata dunia. Sampai bila Muslim hari ini mahu terus mundur? Betul tak?


Sekaranglah masanya kita mula ubah diri kita. Kita boleh. Kita boleh berubah. Ingat, perubahan yang sedikit akan membawa kepada hasil yang besar. Allah tak akan ubah sesuatu kaum melainkan kaum itu mengubah diri mereka sendiri. Kenapa kita harus ketepikan Islam sedangkan kita ini mulia kerana Islam itu sendiri... Allah telah berpesan :


Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah setan. Sesungguhnya setan itu musuh yang nyata bagimu.
(Surah Al-Baqarah : 208)

Wawasan kita adalah untuk memperjuangkan Islam. Mari kita teruskan perjuangan Rasulullah dan para sahabat. Mari kita sambung perjuangan para syuhada' dan alim ulama'. Kita boleh. Islam boleh. Umat Islam sentiasa boleh !!! Jom dengar lagu ni. Bertajuk Menuju Wawasan daripada UNIC.


Wawasan diri penuhi dada dengan ilmu
Wawasan agama bekalan masa depan dan akhirat
Kuat usaha, jujur dan amanah
Sentiasa mengahrap keredhaan Allah
Kuat usaha, jujur dan amanah
Sentiasa mengharap keredhaan Allah

Umat Islam harus cemerlang
Hari ini mesti lebih baik dari semalam
Jangan buang masa
Siapa kata kita tidak boleh
Kita ada Allah Maha Kuasa
Kita punya kuasa tenaga
Doa sebagai senjata
Umat Islam sentiasa boleh
Umat Islam sentiasa boleh

Umat Islam zaman lampau
Taat perintah Rasulullah
Bersama berusaha
Bersatu tuju wawasan
Wawasan dunia dan akhirat

Umat Islam harus cemerlang
Hari ini mesti lebih baik dari semalam
Jangan buang masa
Siapa kata kita tidak boleh
Kita ada Allah Maha Kuasa
Kita punya kuasa tenaga
Doa sebagai senjata
Umat Islam sentiasa boleh
Umat Islam sentiasa boleh

Akidah ibadah harus sempurna
Ibadah tanpa akidah wawasan syaitan
Ulama’ warisan anbia’
Pegangan mereka harus diikut
Ajaran sesat wajib hindari
Pegangan mereka harus diikut
Ajaran sesat wajib hindari

Umat Islam harus cemerlang
Hari ini mesti lebih baik dari semalam
Jangan buang masa
Siapa kata kita tidak boleh
Kita ada Allah Maha Kuasa
Kita punya kuasa tenaga
Doa sebagai senjata
Umat Islam sentiasa boleh
Umat Islam sentiasa boleh

Akhirya Islam cemerlang seluruh dunia


hidupbiarbest

Posted on Sunday, July 03, 2011 by hidupbiarbest

2 comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
UA-38342808-1