pantai, mutiara, saidina, ali, kata,nasihat, renungan, pedoman, islamik, menarik
  1. Nilai setiap individu bergantung pada apa yang membuatnya jadi baik.
  2. Berbicaralah dengan seseorang sesuai dengan kadar akal fikiran mereka, jangan sampai mendustakan Allah dan RasulNya.
  3. Berhati-hatilah dengan kuasa seorang dermawan jika dia sedang lapar dan berhati-hatilah dengan kuasa seseorang yang tidak tahu mengenang budi ketika dia sedang kenyang.
  4. Hiburkanlah hati kamu dan carilah hal-hal yang menyenangkannya kerana ia juga merasa bosan sebagaimana bosannya tubuh.
  5. Nafsu itu membangkitkan hawa, ia dapat menyeret manusia ke tempat-tempat maksiat, ia hanya menuntut sesuatu yang menyenangkan, ia selalu enggan bekerja, jika engkau paksa ia bekerja ia akan memberontak, tapi jika kamu lalaikan maka ia mengheret kamu ke jurang kebinasaan.
  6. Kefakiran menjadikan orang pandai tidak berani berhujah, kemiskinan menjadikan seseorang itu tidak dikenali di negerinya sendiri.
  7. Ketidakmampuan adalah sesuatu kekurangan, kesabaran adalah keberanian, zuhud adalah kekayaan dan warak adalah perisai.
  8. Sopan santun adalah pakaian yang selalu baru, berfikir adalah cermin yang bersih.
  9. Jangan kamu jadikan diri kamu sebagai hamba kepada orang lain kerana Allah menjadikan kamu sebagai orang yang merdeka.
  10. Tidak seseorangpun yang dapat menyembunyikan sesuatu kecuali akan muncul daripada ketidak sengajaan lisannya dan daripada lembaran-lembaran wajahnya.
  11. Jangan selalu kamu mengendalikan diri dengan angan-angan kosong kerana hal itu adalah perniagaan orang pandai.
  12. Manusia itu sedang tidur. Setelah mati, barulah ia terjaga.
  13. Rahsia seseorang tersimpan di bawah lidahnya.
  14. Tidak akan binasa seseorang yang tahu nilai dirinya.
  15.  Ada kalanya dengan suatu ucapan dapat menutup kenikmatan.
Semoga kata-kata dan nasihat beliau menjadi perangsang untuk kita semua untuk terus memperbaiki diri kita dalam segenap sudut. InsyaAllah...

hidupbiarbest

Posted on Thursday, November 08, 2012 by hidupbiarbest

3 comments

perhatian, ubat, hati, kita, treat, heart, perkara, islamik, nasihat, renungan, best, islamik

Pernahkah kita ternampak orang jual ubat hati kat mana-mana farmasi atau kedai ubat. Tak ada kan. Sebab ubat hati manusia itu bergantung pada diri kita sendiri. Hati manusia pun ada ubatnya juga. Bahkan kita perlu mengambil ubat itu secara berterusan supaya kita terhindar dari penyakit hati. Penyakit hati memang bahaya. Kalau tak dirawat, boleh membawa kesan yang amat parah, malahan hati kita boleh mati tau.

Apa pula penyakit hati tu? Penyakit hati tu adalah sifat mazmumah yang bersarang di hati kita la. Contohnya hasad dengki, sombong, riak, tamak dan macam-macam lagi lah. Kita kenalah jadi doktor kepada hati kita sendiri. Mana boleh orang lain yang rawatkan hati kita. Hati kita, kita rawatlah sendiri. Macam mana nak ubat hati kita? Tengok video di bawah ni :




Ada lima ubat hati :


  1. Baca Al-Quran dan maknanya. Bukan setakat baca, tapi fahamkanlah sekali. Lepas dah faham kita boleh hayati dan amalkannya. Di dalam Al-Quran terdapat segala macam panduan dan pedoman untuk hidup kita. Jika kita berpegang dengan Al-Quran, InsyaAllah, kita akan jadi hamba Allah yang baik.
  2. Berqiamullail. Qiamullail merupakan amalan utama para ulama dan tokoh-tokoh Islam. Bahkan, qiamullail wajib ke atas Rasulullah. Qiamullail banyak kelebihannya kepada manusia. Antaranya dapat mendekatkan diri kepada Allah dan menjadikan kita manusia yang cemerlang di dunia dan akhirat.
  3. Berkumpul dengan orang soleh. Kita kena banyak bergaul dengan orang soleh, ustaz ustazah. Barulah kita dapat benyak ilmu untuk bekalan dunia dan akhirat. Bukan itu sahaja, mereka juga boleh memandu hidup kita ke jalan yang lurus. Kalau kita bergaul dengan orang yang salah, maka akan terpesonglah hidup kita.
  4. Banyak berpuasa. Perbanyakkanlah puasa sunat. InsyaAllah dengan berpuasa, hati kita akan menjadi lebih bersih dah kita menjadi hamba Allah yang lebih bertaqwa. Bukankah salah satu fungsi puasa itu untuk menjadikan kita manusia yang bertaqwa. Dengan berpuasa juga, kita sebanarnya akan menjadi lebih kuat dari fizikal dan mental.
  5. Berzikir selalu. Perbanyakkanlah zikir. Ingat Allah walau di mana sahaja kita berada. Sesunggunya Allah sentiasa bersama kita. Basahkanlah lidah dengan berzikir dari berkata perkara yang sia-sia. Berzikir juga boleh menenangkan hati kita tau. Tak percaya, cubalah.

Inilah dia 5 ubat hati yang boleh kita amalkan setiap hari. Rasulullah juga pernah berpesan supaya kita menjaga hati kita baik-baik. Kalau elok hati kita, maka baiklah kita secara keseluruhannya. Jika buruk hati kita, maka buruklah kita secara keseluruhannya. Allahua'lam...

Hidupbiarbest

Posted on Sunday, November 04, 2012 by hidupbiarbest

No comments


pening, was-was, doa, hilangkan, syaitan, hasutan, godaan, islamik, menarik, best, info

يَااَللهُ يَا قَرِيبٌ يَا مُجِيبٌ يَا حَفِيظٌ يَا رَؤُفٌ يَا عَلَى يَا عَظِيمٌ يَا شَكُورُ يَا حَلِيمُ يَا حَيُّ يَا قَيُّومُ يَا مَنْ هُوَقَائِمُ عَلَى كُلِّ نَفْسٍ بِمَا كَسَبَتْ حُلْ بَيْنِى وَبَيْنَ عَدُوِّكَ وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَدَدَمَا اَحْصَاهُ كِتَابُكَ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ.


Ya Allah ya Tuhan yang dekat, mengabulkan, memelihara, belas kasihan, benar, memberi nikmat, yang sabar, yang hidup dan yang menjaga alam semesta. Ya Zat yang berdiri di tiap-tiap jiwa sebab apa yang telah dilakukan, hilangkanlah antara kami rasa was-was dari musuhMu. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad, ahli keluarga baginda serta para sahabat baginda.

*********
Was-was adalah berpunca daripada syaitan. Syaitan ingin mengganggu manusia terutamanya ketika dalam ibadah. Contohnya dalam solat, kadang-kadang ada antara kita yang was-was mengangkat takbir, was-was ketika berwudhuk dan lain-lain lagi. Sifat was-was ini dapat mengganggu kekhusyukan kita. Semoga kita dijauhkan dari sifat was-was ini. InsyaAllah...

SPM pun dah dekat, eloklah amalkan doa ni... insyaAllah perasaan was was ketika memilih jawapan yang betul tidak mengganggu anda... Jawab lah dengan sebaik mungkin dan tawakal lah kepada Allah agar kita diberikan result yang cemerlang...

.:Selamat beramal dan istiqamah:.

Hidupbiarbest

Posted on Saturday, November 03, 2012 by hidupbiarbest

7 comments

Assalamualaikum....

Fuuhhh...fuuhhh... *tiup habuk*
Berhabuk dah blog ni.... lama tuan punya blog ni tak update....

Sebenarnya, dalam hati ni tersangatlah dilema dengan nasib blog ni....
Entahla.... sama ada nak deactivate ke atau nak teruskan...
Kalau diikutkan, tulisan aku ni bukan la bagus mana sangat pon...
Blog ni pon pernah terbiar lame tak berupdate...
TAPI... aku ambil keputusan nak teruskan je la... sayang la nak deactivate... :)

blog, blogger, tips, blogging, aku, blogku, photo, gambat, info, hidup, biar, best, menarik

Kenapa aku berblogging ???

Aku berblogging bukan untuk popular atau mencari publisiti... Aku berblogging juga bukan untuk menceritakan kisah hidup aku kat orang lain... Aku berblogging bukan sebab jelous tengok orang lain ada blog... bukan bukan bukan...no no no

Aku berblogging sebab aku nak buat perkara baik... Nak kumpul pahala... Nak cari redha Allah... Dalam blog yang tak seberapa best ni, aku hanya kongsikan perkara-perkara kebaikan, kisah teladan untuk renungan bersama, peringatan untuk kita semua dan cetusan pemikiran yang lahir dari minda ini... Apa-apa perkara menarik akan ku kongsikan bersama kerana ilmu Allah itu milik kita semua, bukan untuk disimpan.. Betul kan?

Aku bukanlah baik sangat untuk mengajak manusia melakukan kebaikan... dan aku juga bukanlahbaiksangat untuk menasihati manusia lain agar tidak melakukan munkar.... Tetapi, bukan amar makruf nahi munkar itu tugas kita semua sebagai seorang Muslim... InsyaAllah, Allah memberikan aku pahala sambil berblogging... Aku tidak reti untuk memberikan ceramah di khalayak ramai, tidak juga pandai untuk menulis buku islamik, bahkan tidak juga berbakat untuk bernasyid untuk menyeru kebaikan... Tapi, aku ada blog... itu yang aku mampu...

Kata Syeikh Yusuf Qardawi dalam kitabnya Fiqh Jihad :
Menggunakan internet untuk menyampaikan maklumat Islam, menyampaikansuara Islamdan memperlihatkan Islam merupakan suatu jihad utama, sedang jihad itu adalah fardhu...
Sape nak baca blog buruk ni?

Ketika mula-mula buat blog ni,memang ada terfikir macam tu... Mestilah terfikir kan, sape lah yang nak baca blog baru ni? sapelah yang nak baca tulisan yang tak seberapa ni? ramai ke viewer blog ni nanti?

Teringat kata-kata kawan aku seorang ni :
Kalau menulis untuk dibaca orang semata-mata memang macam tu je lah, tak kemana. Tapi kalau menulis untukAllah, untuk Islam, tak terbit soalan tu InsyaAllah..
Tak kisah... ada orang nak baca blog ni, Alhamdulillah.. Tapi kalau lagi ramai baca, lagi bagus, lagi ramai la yang akan manfaat hasil tulisan dalam blog ini...insyaAllah...

i, love, blogging, blog, blogger, aku, islamik, best, menarik

Malas nak tulis panjang... kesimpulannya.... :
  • Kalau ada masa dan idea, berupdatelah blog ni.... kalau tak... hehe :p
  • Nabi kita juga pernah berpesan : sampaikanlah daripada walaupun satu ayat... InsyaAllah, dengan menulis blog ni, aku dapat mempraktikan hadis ini dalam hidup aku...
  • Dalam Al-Quran juga,Allah telah berfirman dalam Surah Ali-Imran ayat104 : Dan hendaklah ada diantara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebaikan, menuruh kepada yang makruf dan mencegahari yang munkar : merekalah orang-orang yang beruntung.
hidupbiarbest

Posted on Saturday, November 03, 2012 by hidupbiarbest

5 comments

Dah dekat setahun dah aku berada di negara orang yakni Mesiiirrrr ataupun nama lainnya Egypttttt...
Macam-macam pengalaman yang aku dah dapat. Macam-macam perangai orang arab yang aku dah tengok... Ada yang lawak bagi aku, ada jugak yang menjelikkan... Mmemang lain la dengan Malaysia tanah airku tercinta.Kali ni nak share la beberapa kisah tentang perangai orang arab berdasarkan pengalaman aku sendiri. Pengalaman pergi shopping...

genena, mall, junainah, shopping, beli-belah, arab,perangai, kisah, cerita, kaya, menarik, best, info
di sinilah kami shoppping...huhu
Kisah 1

Hari tu gi shopping kat satu shopping compleks ni, nak beli baju. Kami pergi 3 orang... Masuk satu kedai ni, kami pun tengokla kot-kot ada baju yang berkenan. Tetiba si pekedai arab ni datang kat salah seorang kawan aku. Dia tanya nak apa. Kawan aku cakap saje nak tengok-tengok je. Tapi lepas tu........ Abisla kawan aku tu. Dia paksa suruh try baju tu masuk fitting room... Satu demi satu baju dia arab tu offer kat kawan aku, padahal kawan aku bukan nak sangat pun, tapi terpaksa... 

Lepas dah pilih baju, seluar pulak dia bagi...Adooiiii... Tak nak yang ni, dia bagi yang tu... Sampailah akhirnya kawan jumpa dengan seluar yang dia rasa ok... Akhirnya daripada saja nak tengok-tengok, TERbelilah sepasang terus....  Dia bagi diskaun.. Murah jugak la kami dapat... Lepas tu, dia  offer kat kami pulak, dia kata dia boleh bagi murah lagi...Tapi kami tolak... Malaslah.. Kita nak shopping dalam keadaan tenang, pilih-pilih baju, bukannya nak kena paksa dengan dia...

(Perangai arab, sesetengah peniaga akan berusaha sampai pengunjung membeli barang diorang. Kalau bagi yang tak biasa tu, mungkin akan fikir yang Arab ni memaksa diorang. Tapi,memang itu perangai arab, kalau tak nak kena cakap awal-awal....kalau tak.......dia marah la..) 

Kisah 2

Kisah ni berlaku sebelum kisah pertama. Sebelum tu kami masuk kedai lain... Sedang kami tengah pilih-pilih baju kat satu bahagian, Arab tu cakap, BAHAGIAN SINI SEMUA 200 POUND....Kami faham maksud dia, kami pun menyampah dan pergilah sambil buat muka... Apa maksud dia? Maksudnya, Arab tu ingat kami tak ada duit, sebab tu dia sebut macam tu supaya kami tak pilih baju kat bahagian yang KONONNYA MAHAL TU....

Dia ingat orang melayu tak ada duit ke. Kalau tak ada duit, tak de lah kami masuk kedai dia. Elok-elok kami nak beli baju dia telahpun menghalau pelanngan secara tak langsung. Adooiiii. Apa punya Arab...

(Sesetengah Pak Arab memang macam tu. Diorang tak kenal orang Melayu. Diorang Melayu ni datang dari hutan kot. Diorang ingat diorang je kaya. Tapi, ramai je arab lain yang ok) 

Itulah dua kisah yang berlaku kat kami time shopping baru-baru ni. Kisah pertama tu lawak. Memang kawan kami tu kena gelak malam tu. Kisah kedua tu pula, menyakitkan hati. Tapi kami dah lama kat sini, dah pernah kena dah sebelum ni. Tapi kalau anda baru datang sini dan first time kena macam tu, rasanya anda dah bergaduh dah dengan arab tu... 

Inilah Mesir........ Tak semua orang arab ni baik, tapi tak semua yang tak baik. Sama je macam negara kita pun.

Hidupbiarbest

Posted on Friday, July 13, 2012 by hidupbiarbest

6 comments

kenali, iblis, laknatullah, syaitan, devil, merah, makhluk, laknat, neraka, islami, renungan, info
nampak comel tapi dilaknat...
Inilah makhluk yang akan dirantai pada bulan Ramadhan yang akan menjelma. Kenapa kita kenal dia?  Supaya kita sentiasa berwaspada dengan taktik permainan iblis yang sangat licik menghasut manusia membuat kejahatan. Walaupun dirantai selama sebulan dibulan Ramadhan, kita kena ingat tak bermakna kita ni selamat. Mana tau yang Iblis laknatullah ni gunakan masa sebulan waktu rehat tu untuk mengatur strategi untuk menjahanamkan manusia dalam masa 11 bulan yang akan datang... Fikir-fikirkan...   


Nama : Iblis laknatullah

Tempat Lahir : Bermula dari keengganannya sujud kepada Nabi Adam a.s


Status : Fasik kelas pertama


Agama : Kufur


Tempat Tinggal DI Dunia : Di dalam hati mereka yang lalai


Tempat Tinggal Di Akhirat : Neraka jahanam


Kawasan legarnya : Setiap tempat yang di dalamnya tiada usaha untuk mengingati Allah


Arah Perjalanan : Tiada haluan dan bengkang bengkok


Isteri di dunia : Setiap wanita yang tidak menutup aurat dengan sempurna dan tidak mentaati Allah, Rasul dan suaminya


Kaum kerabat : Semua golongan yang menentang dan memusuhi Allah


Modal pusingan : Angan-angan kosong


Tempat pertemuan : Pasar dan pusat membeli belah


Musuh ketat : Orang Islam yang beriman dan bertaqwa


Kegemaran : Melalaikan orang dari mengingati Allah, menggoda dan menyesatkan


Matlamat hidup : Supaya semua makhluk di muka bumi ini menjadi kafir dan sama-sama masuk ke neraka jahanam


Kelemahan : Bila orang membaca istighfar dan mendengar bacaan Al-Quran


Lambang : Sebarang tatu


Pejabat operasi : Tempat yang kotor dan tempat maksiat


Rakan kongsi : Golongan munafik serta syaitan dari kalangan jin dan manusia


Sumber ekonomi : Segala harta yang diperolehi dengan jalan haram dan riba


Makanan Kegemaran : Segala najis dan kotoran


Yang Ditakuti : Orang mukmin yang beriman dan bertaqwa kepada Allah


Tempoh perkhidmatan : Sehingga hari kiamat


Ini adalah antara biodata asas Iblis yang perlu kita tahu...Kalu anda ada terjumpa makhluk yang ada ciri-ciri macam ini kat mana-mana, jauhilah segera...hehe.

hidupbiarbest

Posted on Sunday, July 08, 2012 by hidupbiarbest

No comments

Dakwah....Setiap kegiatan yang menyeru, mengajak dan memanggil orang untuk beriman dan taat kepada Allah sesuai dengan akidah, syariat dan akhlak islamiah...itulah maksud dakwah... simple kan ?
Tapi, orang zaman sekarang ni dah silap. Sebut je dakwah, teringat kat tabligh, ustaz, ustazah, ulama, imam...
Padahal, dakwah itu sendiri wajib kepada diri setiap orang Islam....

semua, orang, perlu, dakwah, way, of, life, true, best, muslim, islam, menarik, renungan, masjid, mosque
Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.
(Surah An-Nahl : 125)

Susah sangat ke nak berdakwah ?

Ajak kawan pergi solat kat masjid, dakwah...
Nasihat kawan supaya jangan mencarut, dakwah...
Ajar kawan baca Al-Quran, dakwah...
Join team nasyid sekolah pun dakwah...

Kalau dah itu yang kita mampu sesuai dengan ilmu yang kita ada, maka lakukan lah dengan apa sahaja usaha yang terdaya...Mudah kan ?

TAPI ...

Bukan semua orang sanggup nak berdakwah... Macam-macam alasan yang keluar. Antaranya dua alasan ni lah yang selalu didengar :

1. Sedara mara sendiri pun entah kemana, tak kan lah kita nak berdakwah kat orang...

Kenapa kita perlu berfikir macam tu. Nak tunggu saudara mara kita semua taat pada perintah Allah baru kita nak berdakwah ke ? Kalau macam tu, bagaimana pula dengan Nabi Ibrahim, ayah baginda sendiri pembuat pahala berhala. Nabi Nuh, isteri dan anak baginda sendiri tidak beriman. Nabi Muhammad, pak cik kesayangan baginda sendiri mati dalam keadaan kafir. Saudara mara mereka semua tidak sempurna (dari segi akidah), tapi mereka masih boleh berdakwahkan ? Kenapa tidak kita ...

2. Aku tak layak la nak berdakwah, ilmu tak cukup lagi...

Nak tunggu ilmu cukup, sampai bila. Sampai ajal kita pun, belum tentu lagi ilmu kita dah cukup. Ilmu Allah itu sangat luas. Nak kaut semua, memang kita tak mampu. Maka kita berdakwahlah dengan segala kemampuan yang kita ada. Berdakwahlah dengan ilmu yang ada. Apa yang penting adalah usaha dan kesungguhna kita untuk menyebarkan agama Allah di muka bumi ni.

sinchan, jubah, serban, ustaz, imam, dakwah, muslim, islamik, kartun, best, menarik, nasihat, renungan

Kita kena ingat, dalam dakwah, bukan hasil yang dicari tetapi usaha kita untuk menyampaikan dakwah itu sendiri yang kita pentingkan...
Nabi Nuh sendiri selama 950 tahun berdakwah, tidak mampu untuk mengajak semua kaumnya beriman... apatah lagi kita...

Berdakwahlah selagi mana kita mampu...
Sesungguhnya kita ini mencari redah Allah...
Semoga Allah redha dengan setiap usaha kita untuk menyebarkan dan menegakkan agamaNya di muka bumi ini....

Hidupbiarbest

Posted on Sunday, April 15, 2012 by hidupbiarbest

No comments

voodoo,sihir, doa, hindari, jampi,bomoh, gangguan, syaitan, devil, pray, islamik, makbul, best, menarik

أَعُوذُبِكَ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّةِ مِنْ شَرِّمَا خَلَقَ وَذَرَأَ وَبَرَأَ وَمِنْ شَرِّ مَا يَنْزِلُ مِنَ السَّمَآءِ وَمِنْ شَرِّمَا يَعْرُجُ فِيهَا وَمِنْ شَرِّ فِتَنِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ وَمِنْ شَرِّ كُلِّ طَارِقٍ إِلَّا طَارِقًا يَطْرُقُ بِخَيْرٍ يَا رَحْمَنُ.

Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna yang tidak dapat ditembusi oleh orang baik ataupun jahat, daripada segala kejahatan yang Dia ciptakan, Dia tanamkan dan Dia adakan, serta kejahatan yang turun daripada langit dan yang naik kepadanya dan dari kejahatan yang ditanamkan  dalam bumi dan yang keluar darinya daripada kejahatan malam dan siang, kejahatan setiap yang datang melainkan yang datang dengan kebaikan, wahai Yang Maha Pemurah.


*amalan sihir adalah perbuatan yang dilaknat Allah. Sihir juga boleh memberikan keburukan yang teramat sangat kepada mangsanya termasuklah kematian. Zaman sekarang, manusia nak senang, suka guna sihir. Tak fikir dosa pahala. Semoga kita dihindarkan Allah dari gangguan sihir dan syaitan ini. InsyaAllah.

.:selamat beramal dan istiqamah:.
hidupbiarbest

Posted on Wednesday, March 28, 2012 by hidupbiarbest

No comments

Assalamualaikum w.b.t

choose, islam, peace, budak, kecil, boleh, buat, kita, apatah, lagi, renungan,best, muslim, nasihat, renungan

Nak kongsi satu video yang menarik (mungkin)...
Bagaimana seorang budak berusia 12 tahun boleh meyakinkan seorang hamba Allah untuk memeluk Islam...
betapa besarnya pahala yang diperolehnya kerana menambah bilangan ummat Islam di dunia ni...

Kita pula....berapa ramai manusia yang telah kita Islamkan...
Adakah kita berusaha..?

Apa kata kita jadikan 'mengislamkan paling kurang seorang hamba Allah seumur hidup kita' sebagai salah satu cita-cita kita...kan molek tu...


Budak kecilpun boleh buat,apatah lagi kita...
Berbaktilah pada agama...
hidupbiarbest

Posted on Friday, March 23, 2012 by hidupbiarbest

1 comment

nikmat, tiada, tandingan, islam, iman, tangan, hati, love, cinta, Allah, islamik, nasihat, renungan, best

Apa maksud nikmat? Nikmat tu ialah sesuatu yang korang gembira bila korang dapat… kan kan kan…

Apa nikmat paling besar yang korang rasa korang penah dapat sepanjang hidup korang?
Iphone ke? Kereta sport ke? Bini ke? Keluarga yang baik ke? Badan yang sihat ke? Jawatan yang besar ke?


Semua tu memang nikmat yang besar… tak ada jawapan yang salah pun… terpulang kepada diri masing2 la kan…


Tapi, kalo korang perasan, semua nikmat yang disebut kat atas tu ada gantinya andai kata nikmat itu hilang dari hidup korang… Contohnya :
Kalau iphone korang rosak, boleh beli blackberry baru kan…

Kalau kereta sport korang kene rompak, berlambak lagi kat kedai yang cantik-cantik…
Kalau bini meninggal, ramai lagi perempuan kat luar sana yang baik-baik belaka…
Kalau korang sakit, boleh pergi hospital…kalo ada masalah organ, boleh buat pembedahan tukar organ…
Betul tak….?


Tapi, secara hakikatnya ada satu nikmat kat dunia ni yang kalau kita hilangkannya, memang tidak ada penggantinya… memang tak ada…


IAITU….NIKMAT YANG SERING KITA SEMUA LUPAKAN…NIKMAT YANG SERING KITA ABAIKAN… NIKMAT YANG KITA SEMUA SELALU TAK PERASAN… ITULAH NIKMAT ISLAM DAN IMAN…. Dengannya kita mengenal bahawa Allah itu tuhan kita, Muhammad itu Nabi ikutan kita….

Aku sendiri leka, lalai dengan nikmat ni… Nikmat yang patut aku jaga dan pelihara ni telah aku abaikan macam tu aje… betapa bebal dan jahilnya aku… membiarkan nikmat terbesar ini tanpa penjagaan yang baik…. Bukan semua manusia di dunia mendapat nikmat ni… 


Sesuatu nikmat yang kita dapat, pasti kita akan jaga dengan baik kan…
Kita belikan iphone kita casing agar tak calar…
Basuh kereta sport hari-hari agar nampak kilat…
Jaga bini bagai menatang minyak yang penuh…
Makan ubat yang doktor bagi sampai habis agar badan kita sihat…


BAGAIMANA PULA DENGAN NIKMAT ISLAM DAN IMAN…???


Kita biarkan maruah islam dicalarkan, iman kita berhabuk tak dicuci…macam tu ke kita jaga nikmat besar ini? Orang kata, kalau kita sayang sesuatu nikmat tu, kita kena gunakannya dengan sebaik mungkin…


MACAM TU LAH JUGA DENGAN NIKMAT ISLAM DAN IMAN …


Gunakanlah ia dengan sebaik mungkin…
Jadikanlah iman sebagai perisai terkuat yang mampu menahan kejahatan…
Jadikanlah Islam sebagai pegangan hidup kita…
Jadikanlah Islam sebagai agama yang boleh kita banggakan, agama yang dihormati dan digeruni oleh orang lain…


Kerana apa? Kerana dengan 2 nikmat inilah, kita sudah mendapat tiket untuk ke SYURGA…
Diulang sekali lagi…TIKET UNTUK KE SYURGA…
Jagalah tiket ini baik-baik, jangan bagi hilang…kalau tiket ni hilang, menyesal tak sudah… memang tidak ada gantinya lagi…

Sesungguhnya Allah memasukkan orang-orang beriman dan mengerjakan amal baik ke dalam syurga-syurga yang di bawahnya mengalir sungai-sungai. Di Syurga itu mereka diberikan perhiasan gelang-gelang daripada emas dan mutiara, dan pakaian mereka adalah sutera 
(Al-Hajj 22 :23)

hidupbiarbest

Posted on Friday, March 09, 2012 by hidupbiarbest

No comments

Assalamualaikum w.b.t...

friends, kawan, sahabat, sejati, baik, rakan, karib, akrab, forever, islamik, best, renungan

Alhamdulillah,masih diberi kesempatan untuk menulis di sini... Cuba anda tarik nafas dalam-dalam...kemudian hembus... Kalau anda boleh lakukannya, berSYUKURlah kerana disaat anda menghembuskan nafas anda tadi,hakikatnya ramai manusia diluar sana yang menghembuskan nafas mereka buat kali terakhir...

Dalam hidup ni,kita kena pandai pilih sahabat...bukan 'kawan' tapi 'SAHABAT'... Kawan ada dimana-mana tetapi sahabat sangat sukar dicari.... Sebab apa? Bagi aku, kawan adalah orang yang kita kenal, yang ada bersama kita ketika kita senang dan gembira... Tetapi SAHABAT, sentiasa ada disamping kita dikala kita susah, senang, kaya, miskin, sedih, gembira, dan dalam semua keadaan...Setuju?

Kalaulah kita diberi peluang untuk mencipta seorang SAHABAT, mesti kita nak yang baik-baik aje pada sahabat kita tu kan? Kita mesti nak sahabat yang :

- memahami hati kita
- tolong kita diwaktu susah
- menjadi tempat kita luah dan kongsi perasaan
- boleh pimpin kita ke syurga
- boleh tegur kita jika kita buat salah
- tidak pernah mengguris hati dan perasaan kita
- dan macam-macam lagilah... Betul?

Kalau aku pun, aku nak juga sahabat ayng macam tu... Tapi, cuba kita fikir balik, layakkah kita mendapat sahabat yang macam tu?
Kita nak sahabat yang memahamai kita, tapi kita fahamkah perasaan kawan kita?
Kita nak sahabat yang sentiasa boleh tolong kita, tapi kita selalukah membantu kawan kita?
Kita nak sahabat yang tidak mengguris hati kita, tapi kita jagakah hati dan perasaan kawan kita?

Renung-renungkanlah.... Kalau kita nak dapat sahabat yang baik,kita kenalah jadi seorang sahabat yang baik juga...dan... adakah kita ini sudah menjadi sahabat yang baik???

Cuba tanya diri kita, nak tak kita berkahwin dengan diri kita sendiri...Aik,macam pelik je bunyi nye...hehe

Ok, cuba bayangkan kita berada disuatu tempat... Suatu ketika, kita terjumpa seorang manusia yang rupanya sama macam kita dan perangainya juga sebiji macam perangai kita. Katakanlah orang yang kita jumpa tu berlainan jantina dengan kita,mahukah kita berkahwin dengan orang itu... Kalau kita tengok perangai orang tu, gerak-gerinya dan sifatnya itu yang sebiji dengan kita, sanggupkah kita berkahwin dengannya? Muhasabah lah diri sendiri ye...Hanya kita yang tahu macam mana baik buruk perangai kita...

Ingat, sahabat yang baik adalah apabila kita melihat wajahnya, muncul perasaan tenang dan ingatkan Allah. Apabila mendengar kata-katanya,bertambah ilmu agama kita. Apabila melihat gerak-gerinya, kita teringat akan kematian...
Jom, jom kita jadi sahabat yang baik untuk kawan kita.... boleh masuk syurga....

Salah satu golongan yang masuk syurga ialah dua orang sahabat yang bertemu dan berpisah kerana Allah... tak nak ke jadi golongan yang tu?

Hidupbiarbest

Posted on Sunday, February 26, 2012 by hidupbiarbest

No comments

selimut, paling, berat, teka-teki, gebar, dunia, soalan, islamik, nasihat, renunga, menarik, best
Teka-teki.....
Nak tau tak selimut apa paling berat di dunia…
Jawapannya adalah : selimut time nak solat subuh la…

Huhu…selimut time tu memang berat… time lain ringan je…tapi bila tiba time subuh, selimut tu automatik akan jadi berat… tak tau la kenapa? Time tu gravity kuat sangat kot…hehe....Selimut tu sangat berat sampai kita nak angkat selimut tu ketepi untuk solat subuh pun payah…payah giler… tu yang selalu terlajak subuh tu…
 
Tapi, macam mana pula kalau kita tak pakai selimut….?

Boleh timbul pula soalan lain, mata apa paling berat….
Jawapannya ialah mata kita time nak solat subuh la….

Memang time tu, tak ada bende yang lagi berat daripada mata kita… setiap bulu mata kita tu umpama 1 kilogram setiap satu…bayangkanlah berapa banyak bulu mata kita tu….

Betul ke selimut dengan mata kita yang berat? Mana ada…
Yang berat sebenarnya hati kita…..kalau kita ada kemahuan, semua perkara akan jadi ringan…
Kalau kita betul-betul nak solat subuh tu, selimut kita tu umpama sehelai tisu je…. Tiup je, terus terbang (over pulak)
Mata kita tu pula akan jadi umpama kapas je, senang je terbuka…
Apa yang penting….. KEMAHUAN… 

Berat mata memandang, berat lagi selimut dibadan ...


hidupbiarbest

Posted on Friday, February 24, 2012 by hidupbiarbest

No comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
UA-38342808-1