Pernahkah kita ternampak orang jual ubat hati kat mana-mana farmasi atau kedai ubat. Tak ada kan. Sebab ubat hati manusia itu bergantung pada diri kita sendiri. Hati manusia pun ada ubatnya juga. Bahkan kita perlu mengambil ubat itu secara berterusan supaya kita terhindar dari penyakit hati. Penyakit hati memang bahaya. Kalau tak dirawat, boleh membawa kesan yang amat parah, malahan hati kita boleh mati tau.
Apa pula penyakit hati tu? Penyakit hati tu adalah sifat mazmumah yang bersarang di hati kita la. Contohnya hasad dengki, sombong, riak, tamak dan macam-macam lagi lah. Kita kenalah jadi doktor kepada hati kita sendiri. Mana boleh orang lain yang rawatkan hati kita. Hati kita, kita rawatlah sendiri. Macam mana nak ubat hati kita? Tengok video di bawah ni :
Ada lima ubat hati :
- Baca Al-Quran dan maknanya. Bukan setakat baca, tapi fahamkanlah sekali. Lepas dah faham kita boleh hayati dan amalkannya. Di dalam Al-Quran terdapat segala macam panduan dan pedoman untuk hidup kita. Jika kita berpegang dengan Al-Quran, InsyaAllah, kita akan jadi hamba Allah yang baik.
- Berqiamullail. Qiamullail merupakan amalan utama para ulama dan tokoh-tokoh Islam. Bahkan, qiamullail wajib ke atas Rasulullah. Qiamullail banyak kelebihannya kepada manusia. Antaranya dapat mendekatkan diri kepada Allah dan menjadikan kita manusia yang cemerlang di dunia dan akhirat.
- Berkumpul dengan orang soleh. Kita kena banyak bergaul dengan orang soleh, ustaz ustazah. Barulah kita dapat benyak ilmu untuk bekalan dunia dan akhirat. Bukan itu sahaja, mereka juga boleh memandu hidup kita ke jalan yang lurus. Kalau kita bergaul dengan orang yang salah, maka akan terpesonglah hidup kita.
- Banyak berpuasa. Perbanyakkanlah puasa sunat. InsyaAllah dengan berpuasa, hati kita akan menjadi lebih bersih dah kita menjadi hamba Allah yang lebih bertaqwa. Bukankah salah satu fungsi puasa itu untuk menjadikan kita manusia yang bertaqwa. Dengan berpuasa juga, kita sebanarnya akan menjadi lebih kuat dari fizikal dan mental.
- Berzikir selalu. Perbanyakkanlah zikir. Ingat Allah walau di mana sahaja kita berada. Sesunggunya Allah sentiasa bersama kita. Basahkanlah lidah dengan berzikir dari berkata perkara yang sia-sia. Berzikir juga boleh menenangkan hati kita tau. Tak percaya, cubalah.
Inilah dia 5 ubat hati yang boleh kita amalkan setiap hari. Rasulullah juga pernah berpesan supaya kita menjaga hati kita baik-baik. Kalau elok hati kita, maka baiklah kita secara keseluruhannya. Jika buruk hati kita, maka buruklah kita secara keseluruhannya. Allahua'lam...
Hidupbiarbest
0 orang dah komen:
Post a Comment