perubahan, bukan, mudah, time, for, change, life, insaf, jam, pasir, islamik, renungan, nasihat
Aku ni bukannya baik sangat. Solat selalu lambat... Ibadat lain lagi la kan... Aku ni selalu buang masa dengan benda tak berfaedah.... Online fb je memanjang, pastu dengar lagu, layan movie..... Hishhh, bolehke aku masuk syurga? Aku kena berubah, tapi mampukah aku?
Ayat di atas ni cuma contoh je... Tapi apa yang nak disampaikan kali ini ialah tentang 'perubahan'. Ya, kita perlu berubah. Kita perlu berubah daripada yang buruk kepada yang baik. Jika rasa diri tu dah  cukup baik, maka berubahlah agar menjadi lebih baik. Betul tak? Sapa yang tak nak jadi baik kan...

Berubah itu sebenarnya adalah sesuatu yang perlu bagi kita. Tapi untuk melakukan perubahan itu sendiri,bukan lah mudah sebenarnya... Memang tak mudah... Ye lah, cuba bayangkan... Andaikan selama ni kita jenis orang yang suka hiburan, layan movie memanjang, dengar lagu.... tetiba nak kena tinggalkan itu semua. Payahkan? Sebab benda tu dah sebati dalam diri kita sekian lama... mana boleh nak buang macam tu je....

Apa nak buat?

Cuba anda bayangkan sebuah kuali yang sudah lama digunakan... yang bontotnya sudah hitam legam...payah untuk dibasuh. Macamana nak basuh ? Pasti ada yang cakap kita kene rendam, pastu sental kuat-kuat, pastu rendam lagi dalam peluntur, tonyoh dengan berus, kikis kotoran tu dan sebagainya....

Begitulah juga dengan diri manusia. Diri kita ni umpama bontot kuali tadi tu. Untuk melakukan perubahan, kita perlukan usaha yang kuat dan semangat yang kental. Kita perlu melakukan apa sahaja cara untuk berubah asalkan perubahan berhasil. Kita tidak boleh melakukan dengan sambil lewa, pasti akan kecundang di kemudian hari.... dan yang penting, kita perlulah istiqamah dengan usaha yang sedang kita lakukan, jangan berputus asa... Kerana apa? Kerana perubahan itulah yang menentukan masa depan kita di akhirat nanti...

...Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri....
(Surah Ar-Ra'd : 11)

Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan Kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik.
(Surah Al-Ankabut : 69)

Hidupbiarbest

Posted on Saturday, January 28, 2012 by hidupbiarbest

No comments

pintu, perangkap, syaitan, syaiton, setan,devil, bebas, dari, islamik, muslim, nasihat, renungan, panduan

Mengikut para ulama, syaitan akan menguasai tubuh badan manusia melalui sepuluh pintu:

1. Melalui sifat bohong dan angkuh

Dua sifat inilah yang amat mudah tersemai dan menyubur dalam diri manusia. Ia berpunca daripada keegoan manusia itu sendiri yang lazimnya akan mudah hanyut ketika dilimpahi kemewahan dan kesenangan.

2. Melalui sifat bakhil dan kedekut

Setiap harta benda dan kemewahan yang diperoleh adalah kurniaan ALlah yang seharusnya dibelanjakan ke jalan yang hak. Ia boleh digunakan untuk membantu kesempitan hidup orang yang memerlukan sama ada melalui kewajipan berzakat atau bersedekah.

3. Melalui sifat takbur dan bongkak

Sifat ini selalunya bertapak dalam diri seseorang manusia yang merasakan dia sudah memiliki segala-galanya dalam hidup ini. Mereka terlupa bahawa kesenangan dan kenikmatan yang dikurniakan itu boleh ditarik oleh Allah pada bila-bila masa saja. ALlah Taala berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya Dia tidak menyukai orang-orang yang takbur.'' 
(An-Nahl:23)

4. Sifat khianat

Khianat yang dimaksudkan bukan sahaja melalui perbuatan merosakkan sesuatu yang menjadi milik orang lain, tetapi juga mengkhianati hidup orang lain dengan tidak mematuhi sebarang bentuk perjanjian, perkongsian dan sebagainya.

5. Sifat tidak suka menerima ilmu dan nasihat

Junjungan RasuluLlah s.a.w. selalu menasihati para sahabat baginda agar menjauhkan diri masing-masing daripada menjadi golongan manusia yang dibenci Allah, iaitu golongan yang tidak suka diri mereka dinasihati atau mendengar nasihat orang lain.

6. Melalui sifat hasad

Perasaan hasad dengki selalunya akan diikuti dengan rasa benci dan dendam yang berpanjangan. RasuluLlah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud: "Hindarilah kamu daripada sifat hasad kerana ia akan memakan amalan kamu sebagaimana api memakan kayu yang kering " 
(Riwayat Bukhari dan Muslim).

7. Melalui sifat suka meremehkan orang lain

Sifat ego manusia ini selalunya akan lahir apabila seseorang individu itu merasakan dirinya sudah sempurna jika dibandingkan dengan orang lain. Orang lain dilihat terlalu kecil dan kerdil jika dibandingkan dengan apa yang dia miliki. Abu Umamah pernah meriwayatkan bahawa RasuluLlah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud: "Tiga kelompok manusia yang tidak boleh dihina kecuali orang munafik iaitu orang tua Muslim, orang yang berilmu dan imam yang adil.'' 
(Riwayat Muslim).

8. Melalui sifat ujub atau bangga diri
Menurut Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud: "Jangan kamu bersenang lenang dalam kemewahan kerana sesungguhnya hamba Allah itu bukan orang yang bersenang-senang sahaja.'' 
(Riwayat Abu Naim daripada Muaz bin Jabal) 

9. Melalui sifat suka berangan-angan

Islam adalah anti kemalasan. Orang yang berat tulang untuk berusaha bagi mencapai kecemerlangan dalam hidup akan dipandang hina oleh Allah dan manusia. Mereka lebih gemar berpeluk tubuh dan menyimpan impian yang tinggi tetapi amat malas berusaha untuk memperolehnya.

10. Melalui sifat buruk sangka

Seseorang yang suka menuduh orang lain melakukan sesuatu kejahatan tanpa diselidiki terlebih dulu amat dicela oleh Islam. RasuluLlah s.a.w. bersabda yang bermaksud:`Nanti akan ada seseorang berkata kepada orang ramai bahawa mereka sudah rosak. Sesungguhnya orang yang berkata itulah sebenarnya yang telah rosak dirinya.'' 
(Riwayat Muslim)

* Tak sangka rupa-rupanya banyak pintu yang sedang terbuka menantikan kehadiran kita. Memang bahaya... So, kena hati-hatilah... Jangan disebabkan pintu-pintu diatas, pintu neraka pulak menunggu kita. Biarlah pintu syurga yang terbuka untuk kita... Sentiasalah berdoa kepada Allah agar kita sentiasa dijauhkan dari hasutan syaitan. Amin...

Hidupbiarbest 

Posted on Friday, January 20, 2012 by hidupbiarbest

No comments

bersambung dari entri sebelum ini...Aku Terkenang Dosa Lalu Ya Allah... (4)

air, mata, taubat, keinsafan, insaf, ampun, Allah,terima, pandanglah, penat, letih, kecewa, menarik, islamik

Aku benar-benar insaf Ya Allah...
Bercucuran air mata ini kerana terkenangkan dosa lalu...
Bercucuran air mata ini kerana taktukan Engkau Ya Allah...
Bercucuran air mata ini kerana taubat nasuha...
Bercucuran air mata ini kerana rasa keinsafan yang lahir hati...
Adakah air mata hambaMu yang bercucuran kerana taubat nasuhanya itu sia-sia ?

Aku yakin Ya Allah....
Setiap air mata yang mengalir kerana insaf pasti akan mendapat ganjaran dari Mu Ya Allah...
Bukankah Engkau maha Penyayang...
Bukankah Engkau Maha Pengampun...
Bukankah Engkau Maha Pemurah...


Aku teringat satu kisah mengenai serang hamba Allah yang masuk syurga kerana bulu matanya...

Diceritakan di Hari Pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang diadili. Ia dituduh bersalah, menyia-nyiakan umurnya di dunia untuk berbuat maksiat. Tetapi ia berkeras membantah. 
“Tidak! Demi langit dan bumi sungguh tidak benar. Saya tidak melakukan semua itu.” “Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul-betul telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa,” jawab malaikat. 
Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu ke segenap penjuru. Tetapi anehnya, ia tidak menjumpai seorang saksi pun yang sedang berdiri. Di situ hanya ada dia sendirian. Maka ia pun menyanggah, “Manakah saksi-saksi yang kau maksudkan? Di sini tidak ada siapa kecuali aku dan suaramu.” 
“Inilah saksi-saksi itu,” ujar malaikat. Tiba-tiba mata hamba Allah tersebut bicara, “Saya yang memandangi.” Disusul oleh telinga, “Saya yang mendengarkan.” Hidung pun tidak ketinggalan, “Saya yang mencium.” Bibir mengaku, “Saya yang merayu.” Lidah menambah, “Saya yang menghisap.” Tangan meneruskan, “Saya yang meraba dan meramas.” Kaki menyusul, “Saya yang dipakai lari ketika diketahui orang akan maksiat tersebut.”
"Nah! Kalau aku biarkan, seluruh anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu itu”, ucap malaikat. 

Orang tersebut tidak dapat membantah lagi. Ia putus asa dan amat berduka, sebab sebentar lagi bakal dihumbankan ke dalam Neraka Jahanam. Padahal, dia merasa bahawa dia telah terbebas dari tuduhan dosa itu. Tatkala ia sedang dilanda kesedihan itu, tiba-tiba terdengar suara yang amat lembut dari selembar bulu matanya: “Saya pun ingin juga mengangkat sumpah sebagai saksi.”
“Silakan”, kata malaikat. “Terus terang saja, menjelang ajalnya, pada suatu tengah malam yang lengang, aku pernah dibasahinya dengan air mata ketika ia sedang menangis menyesali perbuatan buruknya. Bukankah nabinya pernah berjanji, bahawa apabila ada seorang hamba bertaubat, walaupun selembar bulu matanya saja yang terbasahi air matanya, namun sudah diharamkan dirinya dari ancaman api neraka? Maka saya, selembar bulu matanya, berani tampil sebagai saksi bahawa ia telah melakukan taubat sampai membasahi saya dengan air mata penyesalan.”
Maka dengan kesaksian selembar bulu mata itu, orang tersebut dibebaskan dari neraka dan dihantarkan ke syurga. Sampai terdengar suara bergaung kepada para penghuni syurga: “Lihatlah, Hamba Allah ini masuk surga kerana pertolongan sehelai bulu mata.”

Ya Allah, hanya kerana sehelai bulu matanya yang dibasahi air mata keinsafan, hamba itu boleh masuk ke syurgaMu.
Maka aku yakin, Engkau juga pasti memandang air mata ku yang mengalir ini...
Aku tidak ragu dan sangsi dengan Mu Ya Allah...
Aku yakin Engkau pasti menerima taubat ku Ya Allah...

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:

Sesungguhnya Allah membuka tanganNya pada malam hari supaya orang yang melakukan kejahatan pada siang hari bertaubat dan Dia membuka tanganNya di siang hari supaya yang melakukan kejahatan pada malam hari bertaubat hingga matahari terbit dari barat. 
(Riwayat Muslim).


Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Sesungguhnya Allah sangat gembira dengan taubat hambaNya daripada gembiranya seorang yang kehilangan bekal bersama untanya di sebuah padang yang tandus kemudian dia mendapatkannya kembali unta itu. 
(Riwayat Bukhari dan Muslim)


Hidupbiarbest

Posted on Monday, January 16, 2012 by hidupbiarbest

No comments

bersambung dari artikel sebelum ini...Dosaku Terlalu Banyak Ya Allah... (3)

Allah, terima, taubat, insaf, ampun, terkenang, dosa, lalu, islamik, nasihat, best, menarik, renungan, pedoman

Terkenang dosa-dosa lalu...
Dosa-dosa yang menimbun, menggunung tinggi...
Timbunan dosa yang cukup untuk membuatkan aku terhumban ke neraka...
Aku takut Ya Allah...
Ampunkan aku Ya Allah...
Ampunkan aku Ya Allah...

Ya Allah, aku mohon pada Mu Ya Allah....
Janganlah Engkau buka aib ku di akhirat nanti...
Janganlah Engkau tayangkan semua dosa-dosa ku di akhirat nanti...
Aku malu Ya Allah...
Aku benar-benar mahu bersihkan diri dari segala dosa silamku Ya Allah...

Teringat dosa-dosaku yang lalu...
Solat aku entah kemana, selalu terlajak...
SeruanMu aku buat tak endah saja...

Mulut pemberianMu ini,tidak aku gunakan dengan betul Ya Allah...
Aku mengumpat, mencaci, mengejek, mengutuk...
Aku tidak menyebarkan syiarMu dengan mulut ini Ya Allah...

Ilmu aku telah dipersiakan Ya Allah...
Aku sekadar belajar belajar, tapi tidak beramal...
Aku hanya bercakap, tapi tak buat Ya Allah...
Aku tidak berdakwah dengan ilmu yang ada Ya Allah...
Besarnya dosaku ini...

Nafsu aku kubiarkan menguasai diri ini...
Aku telah melampaui batas Ya Allah...
Aku tidak berusaha untuk melawannya dengan bersungguh-sungguh Ya Allah...
Aku terlalu mengikut nafsu Ya Allah...aku lemah Ya Allah...lemah...

Al-Quran, kalam Mu yang agung...
Aku tidak beramal dengannya....
Aku tidak memahami dan menghayati maksudnya...
Aku telah mengabaikan suruhan dan laranganMu yang ada di dalamnya...
Berdosanya aku Ya Allah...

Banyak lagi dosa-dosaku Ya Allah...
Aku mengaku aku bersalah...
Aku mengaku aku salah memilih jalan Ya Allah...
Ampunkanlah aku Ya Allah...


Bersambung....Pandanglah Air Mata Keinsafan Ini Ya Allah... (5)

Hidupbiarbest

Posted on Sunday, January 15, 2012 by hidupbiarbest

No comments

sambungan dari entri sebelum ini...Engkau Bimbinglah Aku Ya Allah !

Allah,pengampun, dosa, terlalu, banyak, taubat, insaf, doa, tasbih, best, menarik, islamik,nasihat, renungan

Aku dapat rasakan betapa banyaknya dosaku ini Ya Allah...
Tak sanggup lagi ingin terus melakukan dosa...
Aku tidak mahu memikul dosa-dosaku di akhirat nanti Ya Allah...
Aku tidak mahu dosa-dosa ku memberatkan timbangan mizan Mu Ya Allah...
Aku tidak mahu dosa-dosa ku yang lalu menghantui hidupku Ya Allah...
Aku takut Ya Allah, sangat takut...

Malunya aku dengan Engkau Ya Allah...
Engkau yang menciptakan aku, tapi..... aku lupakan Engkau...
Aku sepatutnya sedar Ya Allah....
Aku ini diciptakan untuk beribadat pada Mu...
Aku ini diciptakan untuk menjadi khalifah di muka bumi Mu ini...
Aku ini sepatutnya hidup semata-mata untuk mencari keredhaan Mu Ya Allah...
Aku insaf Ya Allah, aku menyesal Ya Allah...

Banyaknya dosa-dosaku....
Bagaimana dengan dosa-dosa ku yang menggunung ini mampu untuk aku menjejakkan kaki ke syurgaMu...
Bagaimana dengan dosa-dosa ku yang menggunung ini mampu untuk aku melapasi titian Sirat Mu dengan selamat...
Bagaimana dengan dosa-dosa ku yang menggunung ini mampu untuk aku bertemu dengan Engkau di syurga kelak...
Bagaimana dengan dosa-dosa ku yang menggunung ini mampu untuk aku mendapat syafaat Rasulullah...
Bagaimana dengan dosa-dosa ku yang menggunung ini mampu untuk selamatkan diri dari azab Mu Ya Allah...
Bagaimana dengan dosa-dosa ku yang menggunung ini mampu untuk selamatkan ahli keluargaku dari api neraka Mu Ya Rabb...
Bagaimana dengan dosa-dosa ku yang menggunung ini mampu untuk aku terushidup di muka bumi Engkau tanpa rasa bersalah Ya Allah....

Ya Allah,
Aku malu Ya Allah, malu dengan Engkau,
Betapa lemahnya iman ku ini...
Betapa mudahnya aku melupakan Engkau...

Aku malu Ya Allah,
Malu dengan malaikat di kiri dan kananku...
Aku tahu mereka mencatit segala amalku, tapi aku tersu berbuat dosa...
Seolah-oleh mereka itu tidak wujud Ya Allah...

Aku malu Ya Allah,
Malu dengan Rasulullah,
Baginda yang maksum itu pun sentiasa bertaubat pada Mu...
Apetah lagi aku ini Ya Allah...
Adakah baginda akan mengaku aku sebagai ummatnya di akhirat nanti...
Sudikah baginda memberik syafaat padaku nanti...
Sudikah baginda selamatkan aku dari neraka nanti...

Aku takut.... AMAT TAKUT YA ALLAH


Bersambung....aku terkenang dosa lalu.. 
Hidupbiarbest

Posted on Saturday, January 14, 2012 by hidupbiarbest

6 comments

sambungan dari entri sebelum ini... Terimalah Taubatku Ini Ya Allah 

Allah, lord, bimbing, taubat, insaf, qiamullail, ibadat,islamik, renungan,nasihat, best

Ya Allah, aku amat yakin dengan Mu Ya Allah...
Aku yakin Engkau pasti menerima taubatku ini...
Apalah sangat taubat ku ini jika dibandingkan dengan keburukan yang pernah aku lakukan Ya Allah...

Ya Allah, disaat aku menulis entri ini, aku menangis Ya Allah...
Aku benar-benar menyesal.... benar-benar ingin bertaubat...
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui Ya Allah...
Engkau Maha Mengetahui apa yang tersirat disebalik hati ini...

Ya Allah, aku takut Ya Allah...
Amat takut..... takut dengan dosa-dosaku sendiri...
Aku dihantui dosa-dosaku yang lampau Ya Allah...
Aku takut Engkau tidak terima taubatku ini Ya Allah...
Aku takut Engkau akan murka pada ku Ya Allah...
Aku benar-benar takut... AMAT TAKUT...
Aku takut dengan nerakamu Ya Allah...
Aku takut aku akan menjadi bahan bakar api azab MuYa Allah...
Aku takut terjatuh dari titian Sirat Mu Ya Allah...
Aku takut dosa-dosaku akan mengejar ku di akhirat nanti Ya Allah...
Aku gementar, gementar tak terkira....

Ya Allah, Engkau Tuhanku,
Engkau Maha Penyayang, Maha Pengampun, Maha Agung...
BIMBINGLAH AKU YA ALLAH...
TUNJUKKANLAH AKU JALAN YANG HARUS AKU IKUTI...
TUNJUKKAN AKU JALAN YANG ENGKAU REDHAI...
AKU INGIN KEMBALI KE PANGKAL JALAN JALAN YA ALLAH...
AKU INGIN BERTEMU DENGANMU DI AKHIRAT KELAK YA ALLAH...
BERILAH AKU HIDAYAH, BERILAH AKU PEDOMAN YA ALLAH...

BANTULAH AKU YA ALLAH, HANYA ENGKAU TEMPAT AKU MENGADU...
HANYA ENGKAU TEMPAT AKU BERHARAP...
HANYA ENGKAU TEMPAT AKU BERSERAH...
AKU BERDOSA DENGAN ENGKAU YA ALLAH...
AMPUNKAN AKU, AMPUNKAN AKU, AMPUNKAN AKU....


bersambung....Dosaku Terlalu Banyak Ya Allah... (3)
Hidupbiarbest

Posted on Saturday, January 14, 2012 by hidupbiarbest

2 comments

menangis, air, mata, keinsafan, taubat, terima, Allah, islami, renungan, insaf

Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah wahai orang-orang yang beriman agar kamu beruntung. (Surah an-Nur: ayat 31)

 Mohonlah keampunan dari tuhanmu lalu bertaubatlah kepadaNya. 
(Surah Hud: ayat 52)

Wahai orang-orang beriman bertaubatlah kepada Allah dengan taubat nasuha (yang semurni-murninya). (Surah at-Tahrim: ayat 8)

Aku tersentak... Aku menangis... Aku terduduk melutut...
Sesal dengan diri ku sendiri... Sangat menyesal...
Sudah 18 tahun aku hidup di bumi Allah ini, namun... 
Ya Allah, betapa banyaknya kemungkaran dan dosa-dosa yang telah aku lakukan...
Banyaknya maksiat yang telah aku lakukan dengan senang hatinya...
Ya Allah,aku telah banyak lalai dan leka dengan Mu...
Aku telah jauh dari tali Mu...
Aku telah jauh Ya Allah, aku telah terpesong Ya Allah...

Jauh di sudut hati ku ini, aku ingin berubah...
Aku ingin bertaubat, kembali kepada Mu Ya Rabb...
Tapi, aku tidak tahu Ya Allah, AKU TAK TAHU YA ALLAH...........

Aku ingin bertaubat....
Ya, aku ingin bertaubat Ya Allah...
Tolonglah aku Ya Tuhan... Tolonglah...
Aku amat memohon kepada Mu, dengan serendah hati ku ini, terimalah taubat ku Ya Allah...
Aku berlutut, aku bersujud dengan penuh rasa kehambaan... 
TERIMALAH TAUBAT HAMBAMU YANG LALAI DAN SOMBONG INI YA ALLAH...
TERIMALAH TAUBAT KU INI YA ALLAH.... TERIMALAH YA ALLAH...


Ya Allah, aku ini hanyalah hambaMu yang kerdil...
Yang tak berdaya dan tak berkuasa...
Yang sedang mencari jalan pulang... 
Aku ingin pulang kembali kepangkal jalan Ya Allah...
Engkau terangkanlah jalan ini agar aku dapat kembali pada Mu....Ya Allah...
Berilah aku kesempatan waktu walau sedikit Ya Allah....
Aku ini benar-benar menyesal Ya Allah.... Benar- benar menyesal...


Bersambung...Engkau Bimbinglah Aku Ya Allah ! (2)
Hidupbiarbest

Posted on Thursday, January 12, 2012 by hidupbiarbest

1 comment

doa, hidup, orang, sebagai, soleh, iman, anak, solat, renungan, amalan, best, islamik

بِاسْمِكَ رَبِّ وَضَعْتُ جَنْبِي وَبِكَ أَرْفَعُهُ إِنْ أَمْسَكْتَ نَفْسِي فَارْحَمْهَا وَإِنْ أَرْسَلْتَهَا فَاحْفَظْهَا بِمَا تَحْفَظُ بِهِ عِبَادِكَ الصَّالِحِينَ.


Dengan nama-Mu, wahai Tuhanku, aku letakkan lambungku dan dengan izin Engkau aku mampu mengangkatnya. Apabila Engkau mematikan aku, maka berilah rahmat padanya, tapi jika Engkau melepaskannya (memberinya hidup), maka peliharalah dia sebagaimana Engkau memelihara hamba-Mu yang soleh.

*semoga kita menjadi hambaNya yang soleh. Yang sentiasa menjauhkan diri dari perkara maksiat , yang selalu bersyukur padaNya, yang selalu menginsafi kesalahan dirinya. InsyaAllah. Kita nak jadi naka soleh. Kita nak jadi hamba yang soleh. InsyaAllah. Amin.

.:selamat beramal dan istiqamah:.


Hidupbiarbest

Posted on Tuesday, January 10, 2012 by hidupbiarbest

1 comment

Terjumpa benda ni kat facebook..
Jadi aku pun teringin nak berkongsi dengan semua...
Jom kita belajar matematik hari ni

Allah, love, matematik, cinta, sudut, mathematics, islamik, best

******
101% dari sudut pandangan matematik :

Apakah ia sama dengan 100%?
Adakah ia bermaksud LEBIH dari 100%?
Kita selalu mendengar orang berkata dia beri lebih dari 100%?
Kita selalu dalam situasi di mana seseorang mahukan kita BERIKAN SEPENUHNYA 100%
Bagaimana nak MENCAPAI 101%?
Apakah nilai 100% dalam hidup?
Mungkin sedikit formula matematik di bawah boleh membantu mendapatkan jawapannya.

Jika:
ABCDEFGHIJKLMNOPQRSTUVWXYZ

Digambarkan sebagai:
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26.

KERJA KERAS =
11 + 5 + 18 + 10 + 1 + 11 + 5 + 18 + 19 + 1= 99%

H-A-R-D-W-O-R- K =
8+1+18+4+23+15+18+11 = 98%

KNOWLEDGE =
11 +14 +15 +23 + 12 5 +4 +7 + 5 = 96%

SIKAP =
19 + 9 + 11 + 1 + 16 + 4 + 9 + 18 + 9= 96%

Dalam Bahasa Inggeris;

A-T-T-I-T-U-D-E
1+20+20+9+20+21+4+5 = 100%

Sikap diri atau attitude adalah yang perkara utama untuk mencapai 100% dalam hidup kita. Jika kita bekerja keras sekalipun tetapi jika tiada attitude yang positif dalam diri kita, kita masih belum dapat mencapai 100% lagi.

Tapi

LOVE OF GOD
12 +15 +22 +5 +15 + 6 +7 +15 +4 = 101%

atau

SAYANG ALLAH
19 + 1 + 25 + 1 + 14 + 7 + 1 + 12 + 12 + 1 + 8 = 101%

* Cintalah Allah lebih dari segala-galanya, barulah hidup kita akan sempurna...
   Matematik telah membuktikannya...hehe..

Hidupbiarbest

Posted on Monday, January 02, 2012 by hidupbiarbest

3 comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
UA-38342808-1