• Keberanian yang sebenar ibarat layang-layang. Sentakan angin yang menentangnya bukan melemparkannya ke bawah, sebaliknya menaikkannya.
  • Manusia tak akan tahu semua perkara, justeru tahu banyak perkara lebih baik dari tidak suka mengambil tahu walaupun satu perkara.
  • Permulaan sabar adalah pahit, tetapi manis di akhirnya.
  • Sebuah pedang diketahui keampuhannya sesudah memotong.
  • Memohon doa kepada Tuhan adalah laksana samudera yang dapat mencapai setiap sudut pantai keperluan hidup manusia.
  • Apabila kepercayaan telah hilang lenyap, kehormatan telah musnah, maka matilah orang itu.
  • Kebanyakan orang membuang banyak masa dan tenaga untuk memikirkan masalah dan bukan cuba untuk menyelesaikannya.
  • Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yang menentukan, Harta itu satu tamu yang akan berangkat, Kesenangan itu satu masa yang ditinggalkan.
  • Setiap jiwa yang dilahirkan telah tertanam dengan benih untuk mencapai keunggulan hidup. Tetapi benih itu tidak akan tumbuh seandainya tidak dibajai dengan keberanian.
  • Lombong emas dalam diri kamu adalah fikiran kamu. Kamu dapat menggalinya sedalam-dalamnya dan sepuas-puas yang kamu inginkan.
  • Pengecut mati banyak kali sebelum kematiannya. Yang berani mati hanya sekali.
  • Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan.Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup.
  • Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang.
  • Reaksi emosi jangan dituruti kerana implikasinya tidak seperti yang diimaginasi.
  • Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang.
  • Sabar adalah jalan keluar bagi orang yang tidak menemukan jalan keluar.
  • Mengetahui sesuatu dan memahami segala sesuatu adalah lebih baik daripada mengetahui segala sesuatu, tetapi tidak memahami sesuatu.
  • Kita lahir dengan dua mata di depan wajah kita, kerana kita tidak boleh selalu melihat ke belakang. Tapi pandanglah semua itu ke depan, pandanglah masa depan kita.
  • Semulia-mulia manusia ialah orang yang mempunyai adab yang merendah diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan orang lain ketika berdaya untuk membalasnya dan bersikap adil ketika kuat.
  • Dunia ini umpama lautan yang luas. Kita adalah kapal yg belayar dilautan telah ramai kapal karam didalamnya..andai muatan kita adalah iman,dan layarnya takwa,nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.
  • Janganlah berputus asa. Tetapi kalau anda sampai berada dalam keadaan putus asa, berjuanglah terus meskipun dalam keadaan putus asa.
  • Bukti akal fikiran seseorang ialah perbuatannya, dan bukti ilmunya ialah ucapannya.
  • Orang bijaksana tidak sesekali duduk meratapi kegagalannya, tapi dengan lapang hati mencari jalan bagaimana memulihkan kembali kerugian yang dideritainya.
  • Sesiapa yang tidak berfikir panjang, kesusahan telah bersedia di depan mukanya.
  • Kesempatan yang kecil seringkali merupakan permulaan daripada usaha yang besar.
  • Keutamaan akal ialah hikmah kebijaksanaan, dan keutamaan hati ialah keberanian.
  • Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah.
  • Doa memberikan kekuatan pada orang yang lemah, membuat orang tidak percaya menjadi percaya dan memberikan keberanian pada orang yang ketakutan.
  • Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh. Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya layak dibuat kayu api.
  • Seseorang manusia harus cukup rendah hati untuk mengakui kesilapannya, cukup bijak untuk mengambil manfaat daripada kegagalannya dan cukup berani untuk membetulkan kesilapannya.
  • Mereka yang berjaya bukanlah mereka yang gagal dalam mencuba, bukan juga mereka yang sering gagal tetapi mereka yang tidak pernah gagal mencuba dan terus mencuba sehingga kejayaan yang dikecapi.
  • Jangan sesali apa yang sudah pergi. Jangan tangisi apa yang sudah tiada. Tetapi bangkitlah dan bina kembali apa yang telah hilang dan pergi.
  • Jika kita melakukan sesuatu dengan keikhlasan, nescaya ganjaran yang kita terima juga setanding dengan apa yang kita usahakan.
  • Jangan lakukan semua yang kamu ketahui, jangan berbelanja semua yang kamu miliki, jangan percaya semua yang kamu dengar dan jangan memberitahu semua yang kamu dengar.
  • Setiap manusia adalah arkitek kehidupannya sendiri. Dia membinanya seperti mana yang dikehendakinya namun selepas dia membina apa yang dikehendakinya, kadang kala dia mendapati bahawa dia tidak menyukai apa yang telah dibinanya dan mencari seseorang atau sesuatu untuk dipersalahkan daripada mencuba untuk menukar dirinya sendiri.
  • Orang yang paling berkuasa adalah orang yang dapat menguasai dirinya sendiri.
  • Lidahmu adalah bentengmu, jika engkau menjaganya maka ia akan menjagamu, dan jika engkau membiarkannya maka ia tidak akan mempedulikanmu.
  • Saya percaya, esok sudah tidak boleh mengubah apa yang berlaku hari ini, tetapi hari ini masih boleh mengubah apa yang akan terjadi pada hari esok.
  • Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.
  • Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah.
  • Seseorang yang melakukan kesalahan dan tidak membetulkannya telah melakukan satu kesalahan lagi.
  • Kegagalan ialah satu-satunya yang dapat diraih tanpa pengerahan tenaga sedikit pun.
  • Hari yang mendatang tidak akan memberikan sebarang makna jika kegagalan semalam tidak dijadikan teladan.
  • Kita mesti pastikan hari ini adalah milik kita kerana kita belum pasti adakah hari esok kita masih diberi peluang.
  • Manusia yang tidak berharap untuk menang telah sedia kalah.
  • Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji.
  • Semiskin-miskin orang ialah orang yang kekurangan adab dan budi pekerti
  • Jangan memandang ke bawah (untuk mengetahui kekuatan tanah yang dipijak) sebelum memulakan langkah. Hanya mereka yang menetapkan pandangan mereka ke arah horizon yang jauh dihadapan sahaja yang akan menemui jalan sebenar.
  • Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi merupakan satu cara menyelesaikan masalah yang paling berkesan.
  • Hidup memerlukan pengorbanan, pengorbanan memerlukan perjuangan, perjuangan memerlukan ketabahan, ketabahan memerlukan keyakinan, keyakinan pula menentukan kejayaan, kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.
  • Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik.
  • Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul.
  • Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.
  • Jangan mengeluh hanya kerana anda tidak mempunyai kasut sebelum melihat orang yang tidak mempunyai kaki.
  • Manusia yang berakal adalah manusia yang suka menerima nasihat dan meminta nasihat.
  • Kehidupan ini seperti mainan catur, siapa yang dapat memandang jauh ke depan dialah yang menang.

  • Kegagalan bukan beerti kehancuran tetapi jadikanlah kegagalan itu sebagai batu loncatan mencapai kejayaan.
  • Orang yang berjaya ialah orang yang berilmu manakala orang yang disegani ialah orang yang berbudi.
  • Semakin banyak anda mengatahui, semakin pandai. Semakin banyak pengatahuan anda semakin banyak yang anda akan hasilkan.
  • Kelebihan burung adalah sayapnya. Kelebihan gajah adalah kekuatannya tetapi kelebihan manusia adalah akalnya.
  • Kemenangan diperolehi kerana kekuatan, kekuatan diperolehi kerana persatuan, persatuan diperolehi kerana kesepakatan.
  • Belajar tanpa berfikif tidak ada gunanya tetapi berfikir tanpa belajar amat merbahaya.
  • Orang bijaksana berfikir dua kali sebelum berbicara sekali.
  • Contoh di sekeliling adalah buku terpenting yang dapat dibaca oleh anak-anak.
  • Langkah pertama untuk mendapatkan pengatahuan adalah mengatahui bahawa kita tidak berpengatahuan.
  • Anda akan berasa betapa menyesal tidak mempunyai wang tetapi anda akan lebih menyesal jika tidak mempunyai pengatahuan.
  • Jangan takut kepada matlamat yang gagal dicapai kerana yang paling ditakuti ialah tiada matlamat untuk dicapai.
  • Kegagalan itu hanyalah kekalahan sementara tetapi kekecewaan adalah kegagalan yang berkekalan.
  • Sebagai seorang insan, kita tidak boleh gagal dalam hidup ini kerana kita dicipta bukan untuk gagal.
  • Setelah kita mengenali diri kita sendiri, kita akan menyedari bahawa kejayaan adalah hak mutlak kita.