Aku ada akuarium di rumah.. Setiap hari aku akan bagi ikan-ikan tu makan.. Ikan tu pandai, waktu lain berenang macam biasa je, tenang je.. tapi bila nampak batang hidungku, mulalah gelabah berenang ulang alik bila tahu ada orang nak bagi makan.. Begitulah ikan, hidup untuk makan..
ikan-dalam-akuarium-cantik-khalifah-hiasan
Aku selalu terfikir, tak bosan ke hidup ikan ni, setiap hari bahkan setiap masa hanya berenang dalam lingkungan ruang yang sama, berenang dan terus berenang, ulang alik ke sana kemari.. Bila orang bagi makan, diorang pun makan, kemudian terus berenang dan berenang lagi.. Tak bosan ke hidup macam tu??

Sebab kita manusia... 

Sebab itulah antara beza kita dan haiwan. Haiwan boleh hidup tanpa ada matlamat dalam hidup diorang, tapi kita manusia tak boleh hidup tanpa ada matlamat dan hala tuju dalam kehidupan kita.. Kita ada matlamat hidup iaitu kita mahu berjaya dalam apa yang kita lakukan di dunia dan kita juga mahu berjaya di akhirat. Kita ada hala tuju yang kita semua mahukan di akhirat iaitu syurga Allah, jadi dunia adalah tempat kita mencari bekal sebanyak-banyaknya.. Sepatutnya lah kan, kita sibuk untuk mengejar matlamat dan hala tuju kita, bukannya relax seperti ikan sampai dah tak tahu nak buat apa..

Allah beri bumi kepada manusia

Ikan hidup dalam akuarium yang kecil, bahkan yang dekorasikan akuarium tu pun tuan punya ikan, bukan ikan itu sendiri. Tapi kepada manusia, Allah bagi pinjam keseluruhan bumi ni kepada kita. Supaya kita berjalan bermusafir berehlah mencari dan mengagumi kekuasaan Allah, supaya kita dapat mencari rezeki Allah, supaya manusia hidup aman dan makmur dengan berpegang pada agamaNya..

Tapi manusia ni bongkak, mereka sendiri yang merosakkan bumi pinjaman Allah ni. Mereka jugalah menumpahkan darah sesama manusia ke aras tanah yang makmur ini, dan lebih malang lagi, mereka lupa bahawa bumi ini adalah milik Allah, mereka ingat mereka boleh mengatur bumi ni sesuka hati.. Sesungguhnya mereka telah salah, mereka salah...

khalifah-Allah-good-muslim-make-world-beautiful

Allah jadikan kita sebagai khalifah

Allah jadikan kita sebagai khalifah dimuka bumi untuk mentadbir dunia ni dengan sebaik-baiknya, bukan untuk menjahanamkannya.. Kita sebagai makhluk yang berakal sepatutnya hidup berkasih sayang, saling memahami sesama manusia, saling membantu yang memerlukan, menyebarkan syiar Islam juga menjadi tanggungjawab kita.. itu tugas kita.. Bukannya seperti ikan yang tiada tugas, hanya makan, berenang, tidur dan berenang dan makan dan tidur.. Kita nak jadi macam ikan ke??

Allah perintahkan kita beribadat kepadaNya

Allah telah perintahkan kita untuk melakukan ibadat kepadaNya, tapi kenapa masih ramai yang ingkar. Sepatutnya ibadat menjadi tanda pengabdian kepada kita kepada Rabb yang telah menciptakan kita dan juga sebagai tanda kita bersyukur atas kurniaan nikmat Allah yang tak terhingga ni, tetapi masih ramai diluar sana yang bongkak dan bodoh, merasakan diri mereka lebih dari tuhan.. Nauzubillahi min zalik..

Ikan dalam akuarium mengharapkan makanannya kepada manusia, kalau tuannya tidak bagi makanan, maka mati kebuluranlah ikan itu.. Kita?? Rezeki kita ditangan Allah, bukan ditangan manusia. Sebab tu kita manusia tidak boleh bergantung kepada manusia lain, sebab kita ada yang lebih berkuasa untuk bergantung padanya. Kita tak perlu takut kepada manusia lain sebab kita ada yang lebih layak untuk kita takutkan iaitu Allah.. Beruntunglah orang-orang yang beriman..

*****

Kita wajib bersyukur kerana kita dilahirkan sebagai manusia yang sempurna akal fikirannya. Gunakanlah akal ini sebaik-baiknya. Kita ada tugasan kita masing-masing. Jangan samakan diri kita seperti ikan di dalam akuarium. Sepatutnya kita sibuk, sibuk berbakti kepada orang tua, sibuk mengabdikan diri padaNya, sibuk menyebarkan agama Allah, sibuk mencari bekalan untuk akhirat, sibuk menjalankan tanggungjawab sebagai khalifah Allah di muka bumi..

Andainya aku ini ikan, tak tahulah nak cakap apa, mesti bosan kan?? huhu

*Untung ikan, tak ada istilah dosa pahala dalam hidup mereka..
*Untung ikan tak boleh bercakap, tak adalah mereka mengumpat, mencaci, memfitnah, menghasut sesama ikan..
*Untung ikan tak ada tangan, tak adalah mereka buat maksiat seperti apa yang dilakukan manusia..

hidupbiarbest