semua-salah-kau-its-all-your-fault

Pernahkah anda ada seorang kawan atau anda pernah mengenali sesiapa yang kerjanya nak menyalahkan orang lain je?? Semua orang salah, salah dia pun dikira sebagai salah orang lain jugak, dia aje yang betul.. Kalau anda ada kawan seperti ini, sabor je lah ye...

Ada satu situasi, si Ahmad dan Ali pergi ke kedai pada waktu malam, tetapi apabila sampai mereka lihat kedai sudah tutup. Maka  Ahmad pun menyalahkan Ali, "Salah kau la ni kita lambat datang sini, kalau kau ajak aku keluar awal mesti kedai ni tak tutup lagi" Dalam hati, Ali yang meluap-luap mendengar leteran Ahmad berkata, "Ek eleh, dia yang tidur susah nak bangun, kita pulak yang salah".

Sakit hati tak kalau macam tu? Kita tak salah apa-apa pun, tapi tetiba kita yang disalahkan.. Ish ish ish, sabor je lah kan..

Bila exam dapat result teruk salahkan cikgu tak pandai mengajar. Bila basuh pinggan kotoran tak hilang, pi salahkan pencuci pinggan. Bila main badminton tak dapat pukul bulu tangkis, disalahkannya raket. Bila makan ubat, tapi tak sembuh jugak, doktor jugak yang salah... ish ish ish, kesiaaannn..

Orang macam ni, ada 3 cara nak selesaikan. Pertama, sabor je lah. Kalau dia kata kita salah, iye kan je lah, layan je lah perangai kawan kita ni, lama-lama kita pun lali dengan perangi dia tu.

Kedua, tegur dia baik-baik tentang perangainya yang tak berapa nak elok tu.Mungkin kawan kita tak sedar yang perangainya itu tak menyenangkan orang lain. Ye lah, kalau orang tak pernah tegur dia, mana dia nak tahu salah dia kan?

Ketiga, kita gunakan sarcasm. Kalau result exam dia teruk, kita pergi kat dia, kita kata, "sorrylah Ahmad, salah aku result ko teruk, sepatutnya aku paksa kau study, tak pun, aku sepatutnya jawabkan untuk kau masa exam haritu". Kalau kawan kita terbangun lewat untuk sahur, kita kata kat dia, "sorrylah Ahmad tak kejut ko sampai bangun, aku kejut lembut sangat kot. Sepatutnya aku simbah sebaldi air kat kau kan.Ish ish, memang salah aku la kau tak bangun sahur".

semua-salah-orang-lain-kau-its-all-your-fault-meme

Haaa, ok tak macam tu? Sebenarnya bergantung pada diri kita sendiri la untuk muhasabah diri sendiri dan mengaku kesalahan. Kalau kita buat salah, mengaku je lah, tak ada apa nak dimalukan, bahkan mungkin orang akan respect dengan sikap mengaku kesilapan diri tu. Kalau kita selalu muhasabah diri, maka kita akan sedar yang mana salah kita yang mana salah orang lain. Dan kalau kita kurangkan ego dan sifat angkuh dalam diri, makan mudahlah untuk kita mengaku kesilapan diri sendiri.

Saidina Umar sendiri setiap malam akan muhasabah dirinya sama ada  beliau ada melakukan dosa atau tidak pada hari tersebut. Pernah juga satu ketika beliau ditegur oleh seorang peminum arak dan beliau menerima teguran tersebut.Maka orang yang melihat merasa pelik seraya bertanya,"Wahai amirul mukminin, kenap kau terima teguran dia sedangkan dia itu peminum arak? Maka jawab Umar. "Ya, dia berdosa kerana minum arak, tapi teguran dia kepadaku adalah benar.

Lihatlah sikap beliau. Beliau sebagai seorang khalifah sendiri menerima apabila ditergur dan mengaku kesalahannya, apatah lagi kita yang kerdil ni, takkan lah kerja nak salah orang lain je. Renung balik, muhasabah diri, adakah kita telah bersikap sebegini selama ini? Kalau ye, maka ubahlah.

hidupbiarbest