Assalamualaikum....

what, is, wrong, nothing, apa, masalah, ask, islamik, problem

Adakah kita rasa hidup kita pada hari ini sudah cukup sempurna...?
Adakah kita rasa, pada hari ini kita telah lakukakan semua apa yang patut kita lakukan sebagai seorang Muslim...?
Adakah kita pernah tanya diri kita, apa lagi yang tak kena pada diri aku ni??

Jom kita sama-sama saksikan video di bawah... Yang disampaikan oleh Ahmad Deedat...
Muhasabah diri kita.. Ayuhh !!


Sekadar cebisan idea dari sebuah video pendek untuk renungan bersama...

Wassalam...
hidupbiarbest

Posted on Saturday, March 30, 2013 by hidupbiarbest

No comments

demam, sakit, atas, katil, suhu, panas, bilik, sick, best, islamik


اَللَّهُمَّ اشْفِنِي وَأَنْتَ الشَّافِي وَعَافِنِى وَأَنْتَ الْمُعَافِى. اَللَّهُمَّ اِنْ كُنْتَ أَمْرَضْتَنِى لِقَبْضِ رُوحِي فِي مَرَضِى هَذَا فَاجْعَلْ رُوحِى فِيمَنْ سَبَقَتْ لَهُمْ مِنْكَ الْحُسْنِى وَأَعِذْنِى كَمَا أَعَذْتَ اُوْلَئِكَ الَّذِينَ سَبَقَتْ لَهُمْ مِنْكَ الْحُسْنِى.


Ya Allah, sembuhkanlah aku. Engkau adalah Zat Penyembuh, dan selamatkanlah aku, Engkau adalah Zat Penyelamat. Ya Allah, apabila Engkau rasakan sakit pada aku ketika roh hendak dicabut, maka jadikanlah rohku itu termasuk roh-roh orang yang mendapat kebaikan. Dan lindungilah aku sebagaimana Engkau melindungi orang-orang yang berbuat baik.

***********

Sesungguhnya sakit itu adalah ujian Allah kepada kita. Allah yang bagi kita sakit, maka mohonlah kembali kepada Allah agar Dia memberikan kesembuhan. 
.:Selamat beramal dan istiqamah:.

Hidupbiarbest

Posted on Thursday, March 28, 2013 by hidupbiarbest

No comments

Baru – baru ni, saya mendengar kuliah yang disampaikan oleh seorang ustaz di masjid . Salah satu perkara yang ingin saya kongsikan ialah berkaitan tanda – tanda kematian yang baik.

Tanda – tanda yang ingin saya kongsikan ini adalah dari segi fizikal sahaja.

tanda-tanda, kematian, mati, orang, pintar, bekal, akhirat, kubur, batu, nisan, husnul, khatimah

1. Keluar keringat (peluh) di dahi. Tanda ini dapat dilihat ketika jenazah baru sahaja meninggal dunia.

2. Keluar air mata. Tanda ini juga dapat dilihat ketika jenazah baru sahaja meninggal dunia kerana air mata tersebut akan kering lama kelamaan.

3. Terpejam matanya. Maksudnya, mata jenazah tersebut tertutup rapat dan tidak perlu ditutup oleh orang lain. Kadang – kadang kita tengok ada jenazah yang tak boleh nak ditutup rapat matanya.

4. Bibir tertutup rapat. Mulutnya tidak ternganga dan tidak ada lelehan air liur.

5. Terukir sedikit senyuman di wajah si mati. Bukanlah senyuman yang terlalu besar hingga sampai ke telinga tetapi nampak manisnya muka si mati.

6. Muka cerah dan berseri. Mukanya tidak berubah dari segi bentuk dan warna. Ada kalanya kita mendengar kisah mayat yang bertukar mukanya menjadi hitam atau kelihatan seperti binatang. Na’uzubillah.

7. Badannya tidak mengeras walaupun telah beberapa jam meninggal. Apabila kita sentuh si mati, kita akan dapati seolah – olah jenazah baru sahaja meninggal. Senidi – sendinya mudah dilentur dan senang untuk dimandikan.

Itulah dia 7 tanda kematian yang baik. InsyaAllah barang siapa yang mati dalam keadaan baik. Maka kehidupan di akhirat pun pasti baik. Semua tanda  - tanda ini terdapat pada Rasulullah semasa kewafatan Baginda. 

Manusia sering leka dengan perihal dunia sehingga melupakan perihal kematian.. Sedangkan mereka tahu yang mati itu adalah suatu kepastian.. Sudah bersediakah kita?? Pastinya kita mahu mati dalam keadaan husnul khatimah dan bukannya suul khatimah.. 

Ayuh ! Kita sama-sama berusaha mengumpul bekal untuk akhirat. Tidakkah anda mahu mati dalam keadaan baik seperti ini ?

hidupbiarbest  

Posted on Tuesday, March 26, 2013 by hidupbiarbest

9 comments

Assalamualaikum..

Apa khabar semua? Moga sentiasa berada bawah rahmat Allah...

Jom kita baca 7 sunnah utama yang perlu kita amalkan dalam kehidupan seharian...

sunnah, rasulullah, nabi, diamalkan, perlu, harian, best

sunnah, rasulullah, nabi, diamalkan, perlu, harian, best

Sunnah-sunnah ni semua, secara jujurnya pada pendapat saya sendiri bukanlah sesuatu yang sangat mudah...
Kita perlu ada kesungguhan dan istiqamah dalam mengamalkannya...
Sunnah-sunnah ringan pasti mudah bagi kita untuk mengamalkannya tetapi bagaimana pula dengan sunnah yang lebih besar ??
Jadi, kita sebagai ummat baginda yang hebat haruslah upgrade diri kita sedikit demi sedikit dengan mengikuti sunnah baginda yang lain...
Itu barulah tanda kita sayang Rasulullah...
InsyaAllah kita cuba satu-satu kalau tak mampu buat semua terus...
Kita kan Muslim yang power !!!

Dan apa-apa yg dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w) (sunnahnya) hendaklah kamu ambil, dan apa-apa yg ditegahnya dari sesuatu (yangg ditegah) maka tinggalkanlah.
[Ayat 7, Surah al-Haysr]

Wassalam..
hidupbiarbest

Posted on Sunday, March 24, 2013 by hidupbiarbest

No comments

Allah, png, cinta, doa, god, almighty, islam, hidup, biat, best, image


اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ حُبَّكَ وَحُبَّ مَنْ يُحِبُّكَ وَالْعَمَلَ الَّذِي يُبَلِّغُنِي حُبَّكَ اللَّهُمَّ اجْعَلْ حُبَّكَ أَحَبَّ إِلَي مِنْ نَفْسِي وَمَالِي وَأَهْلِي وَمِنَ الْمَاءِ الْبَارِدِ.


Ya Allah ya Tuhanku, sesungguhnya aku memohon kepadaMu akan kecintaanMu dan kecintaan orang yang mencintaiMu dan kecintaan amalan yang membawaku sampai kepada kecintaanMu. Ya Allah ya Tuhanku, jadikanlah cinta kepadaMu sesuatu yang sangat aku cintai lebih daripada diriku, hartaku, keluargaku dan air yang dingin.



*doa ini adalah salah satu daripada doa Nabi Daud .a.s.
*Cintalah Allah lebih dari segala-galanya...

Selamat beramal dan istiqamah

hidupbiarbest

Posted on Saturday, March 23, 2013 by hidupbiarbest

No comments

Assalamualaikum...

Nak share satu video yang amat bermakna dan mendalam maksudnya...


Messagenya mudah jer, sesuatu kebaikan tu, kita tak perlu tunggu orang lain buat dulu, baru kita nak buat...
Kenapa perlu kita tangguhkan sesuatu yang baik...
Apa kata kita mulakan aje dulu sesuatu perkara baik tu kalau tak ade orang lain nak mulakan dulu...
Yaaa... mungkin kita rasa segan, atau tak biasa, atau rasa awkward... Tapi, tak apalah, benda baik dapat pahala... Apa orang nak kata, biarlah, mulut manusia siapa boleh kawal kan...

tangan. langit, awan, biru, mulakan, diri, sendiri, ibadah, doa, solat, nasihat

Sebagai contoh :

Kita berada di sebuah pusat beli belah pusat... Sedang kita jalan-jalan, terdengar azan di handphone kita menandakan masuknya waktu solat. Kita pun pergi ke surau yang ada untuk solat. Sudah ada beberapa orang yang datang kesurau tu untuk menunaikan solat. Tapi..... Semuanya solat secara bersendirian... Tak ada pun orang yang berjemaah. Jadi, apa kata kita ngan kawan kita mulakan untuk solat berjemaah. Kita imam, kawan kita makmum atau sebaliknya... Mungkin mula-mula kita 2 orang je yang berjemaah, tapi lama-kelamaan, pasti akan ada orang lain yang join sekali...

Bukankah indah kalau macam tu... Pahala pun banyak dapat sebab solat berjemaah. Mungkin orang lain tak jemaah sebab dia sorang, segan nak ajak orang lain berjemaah. Atau diorang tak reti nak jadi imam, atau diorang tak kisah soalat jemaah ke tak sama je, atau diorang tak biasa solat berjemaah... So, bila kita yang mulakan, kita dah sediakan medium untuk orang solat berjemaah.... :)

Ayuh, mulakan dengan diri kita. Perkara yang baik tak perlu kita malu atau tangguhkan... Kalu bukan kita, siapa lagi yang nak mulakan. Takkan nak harapkan orang lain sentiasa... Kita kan muslim yang hebat...

Wassalam..
hidupbiarbest

Posted on Saturday, March 02, 2013 by hidupbiarbest

1 comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
UA-38342808-1