pantai, mutiara, saidina, ali, kata,nasihat, renungan, pedoman, islamik, menarik
  1. Nilai setiap individu bergantung pada apa yang membuatnya jadi baik.
  2. Berbicaralah dengan seseorang sesuai dengan kadar akal fikiran mereka, jangan sampai mendustakan Allah dan RasulNya.
  3. Berhati-hatilah dengan kuasa seorang dermawan jika dia sedang lapar dan berhati-hatilah dengan kuasa seseorang yang tidak tahu mengenang budi ketika dia sedang kenyang.
  4. Hiburkanlah hati kamu dan carilah hal-hal yang menyenangkannya kerana ia juga merasa bosan sebagaimana bosannya tubuh.
  5. Nafsu itu membangkitkan hawa, ia dapat menyeret manusia ke tempat-tempat maksiat, ia hanya menuntut sesuatu yang menyenangkan, ia selalu enggan bekerja, jika engkau paksa ia bekerja ia akan memberontak, tapi jika kamu lalaikan maka ia mengheret kamu ke jurang kebinasaan.
  6. Kefakiran menjadikan orang pandai tidak berani berhujah, kemiskinan menjadikan seseorang itu tidak dikenali di negerinya sendiri.
  7. Ketidakmampuan adalah sesuatu kekurangan, kesabaran adalah keberanian, zuhud adalah kekayaan dan warak adalah perisai.
  8. Sopan santun adalah pakaian yang selalu baru, berfikir adalah cermin yang bersih.
  9. Jangan kamu jadikan diri kamu sebagai hamba kepada orang lain kerana Allah menjadikan kamu sebagai orang yang merdeka.
  10. Tidak seseorangpun yang dapat menyembunyikan sesuatu kecuali akan muncul daripada ketidak sengajaan lisannya dan daripada lembaran-lembaran wajahnya.
  11. Jangan selalu kamu mengendalikan diri dengan angan-angan kosong kerana hal itu adalah perniagaan orang pandai.
  12. Manusia itu sedang tidur. Setelah mati, barulah ia terjaga.
  13. Rahsia seseorang tersimpan di bawah lidahnya.
  14. Tidak akan binasa seseorang yang tahu nilai dirinya.
  15.  Ada kalanya dengan suatu ucapan dapat menutup kenikmatan.
Semoga kata-kata dan nasihat beliau menjadi perangsang untuk kita semua untuk terus memperbaiki diri kita dalam segenap sudut. InsyaAllah...

hidupbiarbest

Posted on Thursday, November 08, 2012 by hidupbiarbest

3 comments

perhatian, ubat, hati, kita, treat, heart, perkara, islamik, nasihat, renungan, best, islamik

Pernahkah kita ternampak orang jual ubat hati kat mana-mana farmasi atau kedai ubat. Tak ada kan. Sebab ubat hati manusia itu bergantung pada diri kita sendiri. Hati manusia pun ada ubatnya juga. Bahkan kita perlu mengambil ubat itu secara berterusan supaya kita terhindar dari penyakit hati. Penyakit hati memang bahaya. Kalau tak dirawat, boleh membawa kesan yang amat parah, malahan hati kita boleh mati tau.

Apa pula penyakit hati tu? Penyakit hati tu adalah sifat mazmumah yang bersarang di hati kita la. Contohnya hasad dengki, sombong, riak, tamak dan macam-macam lagi lah. Kita kenalah jadi doktor kepada hati kita sendiri. Mana boleh orang lain yang rawatkan hati kita. Hati kita, kita rawatlah sendiri. Macam mana nak ubat hati kita? Tengok video di bawah ni :




Ada lima ubat hati :


  1. Baca Al-Quran dan maknanya. Bukan setakat baca, tapi fahamkanlah sekali. Lepas dah faham kita boleh hayati dan amalkannya. Di dalam Al-Quran terdapat segala macam panduan dan pedoman untuk hidup kita. Jika kita berpegang dengan Al-Quran, InsyaAllah, kita akan jadi hamba Allah yang baik.
  2. Berqiamullail. Qiamullail merupakan amalan utama para ulama dan tokoh-tokoh Islam. Bahkan, qiamullail wajib ke atas Rasulullah. Qiamullail banyak kelebihannya kepada manusia. Antaranya dapat mendekatkan diri kepada Allah dan menjadikan kita manusia yang cemerlang di dunia dan akhirat.
  3. Berkumpul dengan orang soleh. Kita kena banyak bergaul dengan orang soleh, ustaz ustazah. Barulah kita dapat benyak ilmu untuk bekalan dunia dan akhirat. Bukan itu sahaja, mereka juga boleh memandu hidup kita ke jalan yang lurus. Kalau kita bergaul dengan orang yang salah, maka akan terpesonglah hidup kita.
  4. Banyak berpuasa. Perbanyakkanlah puasa sunat. InsyaAllah dengan berpuasa, hati kita akan menjadi lebih bersih dah kita menjadi hamba Allah yang lebih bertaqwa. Bukankah salah satu fungsi puasa itu untuk menjadikan kita manusia yang bertaqwa. Dengan berpuasa juga, kita sebanarnya akan menjadi lebih kuat dari fizikal dan mental.
  5. Berzikir selalu. Perbanyakkanlah zikir. Ingat Allah walau di mana sahaja kita berada. Sesunggunya Allah sentiasa bersama kita. Basahkanlah lidah dengan berzikir dari berkata perkara yang sia-sia. Berzikir juga boleh menenangkan hati kita tau. Tak percaya, cubalah.

Inilah dia 5 ubat hati yang boleh kita amalkan setiap hari. Rasulullah juga pernah berpesan supaya kita menjaga hati kita baik-baik. Kalau elok hati kita, maka baiklah kita secara keseluruhannya. Jika buruk hati kita, maka buruklah kita secara keseluruhannya. Allahua'lam...

Hidupbiarbest

Posted on Sunday, November 04, 2012 by hidupbiarbest

No comments


pening, was-was, doa, hilangkan, syaitan, hasutan, godaan, islamik, menarik, best, info

يَااَللهُ يَا قَرِيبٌ يَا مُجِيبٌ يَا حَفِيظٌ يَا رَؤُفٌ يَا عَلَى يَا عَظِيمٌ يَا شَكُورُ يَا حَلِيمُ يَا حَيُّ يَا قَيُّومُ يَا مَنْ هُوَقَائِمُ عَلَى كُلِّ نَفْسٍ بِمَا كَسَبَتْ حُلْ بَيْنِى وَبَيْنَ عَدُوِّكَ وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَدَدَمَا اَحْصَاهُ كِتَابُكَ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ.


Ya Allah ya Tuhan yang dekat, mengabulkan, memelihara, belas kasihan, benar, memberi nikmat, yang sabar, yang hidup dan yang menjaga alam semesta. Ya Zat yang berdiri di tiap-tiap jiwa sebab apa yang telah dilakukan, hilangkanlah antara kami rasa was-was dari musuhMu. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad, ahli keluarga baginda serta para sahabat baginda.

*********
Was-was adalah berpunca daripada syaitan. Syaitan ingin mengganggu manusia terutamanya ketika dalam ibadah. Contohnya dalam solat, kadang-kadang ada antara kita yang was-was mengangkat takbir, was-was ketika berwudhuk dan lain-lain lagi. Sifat was-was ini dapat mengganggu kekhusyukan kita. Semoga kita dijauhkan dari sifat was-was ini. InsyaAllah...

SPM pun dah dekat, eloklah amalkan doa ni... insyaAllah perasaan was was ketika memilih jawapan yang betul tidak mengganggu anda... Jawab lah dengan sebaik mungkin dan tawakal lah kepada Allah agar kita diberikan result yang cemerlang...

.:Selamat beramal dan istiqamah:.

Hidupbiarbest

Posted on Saturday, November 03, 2012 by hidupbiarbest

7 comments

Assalamualaikum....

Fuuhhh...fuuhhh... *tiup habuk*
Berhabuk dah blog ni.... lama tuan punya blog ni tak update....

Sebenarnya, dalam hati ni tersangatlah dilema dengan nasib blog ni....
Entahla.... sama ada nak deactivate ke atau nak teruskan...
Kalau diikutkan, tulisan aku ni bukan la bagus mana sangat pon...
Blog ni pon pernah terbiar lame tak berupdate...
TAPI... aku ambil keputusan nak teruskan je la... sayang la nak deactivate... :)

blog, blogger, tips, blogging, aku, blogku, photo, gambat, info, hidup, biar, best, menarik

Kenapa aku berblogging ???

Aku berblogging bukan untuk popular atau mencari publisiti... Aku berblogging juga bukan untuk menceritakan kisah hidup aku kat orang lain... Aku berblogging bukan sebab jelous tengok orang lain ada blog... bukan bukan bukan...no no no

Aku berblogging sebab aku nak buat perkara baik... Nak kumpul pahala... Nak cari redha Allah... Dalam blog yang tak seberapa best ni, aku hanya kongsikan perkara-perkara kebaikan, kisah teladan untuk renungan bersama, peringatan untuk kita semua dan cetusan pemikiran yang lahir dari minda ini... Apa-apa perkara menarik akan ku kongsikan bersama kerana ilmu Allah itu milik kita semua, bukan untuk disimpan.. Betul kan?

Aku bukanlah baik sangat untuk mengajak manusia melakukan kebaikan... dan aku juga bukanlahbaiksangat untuk menasihati manusia lain agar tidak melakukan munkar.... Tetapi, bukan amar makruf nahi munkar itu tugas kita semua sebagai seorang Muslim... InsyaAllah, Allah memberikan aku pahala sambil berblogging... Aku tidak reti untuk memberikan ceramah di khalayak ramai, tidak juga pandai untuk menulis buku islamik, bahkan tidak juga berbakat untuk bernasyid untuk menyeru kebaikan... Tapi, aku ada blog... itu yang aku mampu...

Kata Syeikh Yusuf Qardawi dalam kitabnya Fiqh Jihad :
Menggunakan internet untuk menyampaikan maklumat Islam, menyampaikansuara Islamdan memperlihatkan Islam merupakan suatu jihad utama, sedang jihad itu adalah fardhu...
Sape nak baca blog buruk ni?

Ketika mula-mula buat blog ni,memang ada terfikir macam tu... Mestilah terfikir kan, sape lah yang nak baca blog baru ni? sapelah yang nak baca tulisan yang tak seberapa ni? ramai ke viewer blog ni nanti?

Teringat kata-kata kawan aku seorang ni :
Kalau menulis untuk dibaca orang semata-mata memang macam tu je lah, tak kemana. Tapi kalau menulis untukAllah, untuk Islam, tak terbit soalan tu InsyaAllah..
Tak kisah... ada orang nak baca blog ni, Alhamdulillah.. Tapi kalau lagi ramai baca, lagi bagus, lagi ramai la yang akan manfaat hasil tulisan dalam blog ini...insyaAllah...

i, love, blogging, blog, blogger, aku, islamik, best, menarik

Malas nak tulis panjang... kesimpulannya.... :
  • Kalau ada masa dan idea, berupdatelah blog ni.... kalau tak... hehe :p
  • Nabi kita juga pernah berpesan : sampaikanlah daripada walaupun satu ayat... InsyaAllah, dengan menulis blog ni, aku dapat mempraktikan hadis ini dalam hidup aku...
  • Dalam Al-Quran juga,Allah telah berfirman dalam Surah Ali-Imran ayat104 : Dan hendaklah ada diantara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebaikan, menuruh kepada yang makruf dan mencegahari yang munkar : merekalah orang-orang yang beruntung.
hidupbiarbest

Posted on Saturday, November 03, 2012 by hidupbiarbest

5 comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
UA-38342808-1