Allah nak ampunkan ke dosa aku ni… Aku tahu Allah Maha Pengampun, tapi layakkah dosa aku ini diampunkan…


Dosa aku terlalu banyak Ya Allah…
Aku yang lepaskan tangan dari tali Mu Ya Allah…
Aku yang menyimpang dari jalan Mu Ya Allah…
Aku yang memekakkan telinga dari seruan Mu Ya Allah…
Aku yang membutakan mata dari melihat kebesaran Mu Ya Allah…
Aku yang keluar dari naungan Mu Yz Allah…
Aku yang lari dari syurga Mu Ya Allah…


Atas semua dosa yang aku buat ni, mahukah Engkau ampunkan dosaku Ya Allah…?
Dulu, aku yang jual mahal dengan syurgaMu, dan sekarang, mahukah Engkau benarkan aku memasukinya…?
Aku yang tidak mahu mendengar seruan Mu, sekarang mahukah Engkau berikan aku hidayah Ya Allah…?
Sepatutnya aku menjaga dan memelihara agama Engkau, tapi aku yang rosakknnya… bolehkah Engkau ampunkan aku...?


                  ************************
Aku tahu Allah itu memang Maha Pengampun…
Aku tahu Allah boleh ampunkan aku…. Allah kan baik…
Sebab itulah aku mesti terus meminta ampun kepada Allah walaupun aku telah banyak berbuat dosa…
Mana boleh putus asa untuk mendapatkan syurga Allah yang Maha Best itu…


Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. 
(Az-Zumar : 53) 


hidupbiarbest