Allah nak
ampunkan ke dosa aku ni… Aku tahu Allah Maha Pengampun, tapi layakkah dosa aku
ini diampunkan…
Dosa aku
terlalu banyak Ya Allah…
Aku yang
lepaskan tangan dari tali Mu Ya Allah…
Aku yang
menyimpang dari jalan Mu Ya Allah…
Aku yang
memekakkan telinga dari seruan Mu Ya Allah…
Aku yang
membutakan mata dari melihat kebesaran Mu Ya Allah…
Aku yang
keluar dari naungan Mu Yz Allah…
Aku yang
lari dari syurga Mu Ya Allah…
Atas semua
dosa yang aku buat ni, mahukah Engkau ampunkan dosaku Ya Allah…?
Dulu, aku yang
jual mahal dengan syurgaMu, dan sekarang, mahukah Engkau benarkan aku
memasukinya…?
Aku yang
tidak mahu mendengar seruan Mu, sekarang mahukah Engkau berikan aku hidayah Ya
Allah…?
Sepatutnya
aku menjaga dan memelihara agama Engkau, tapi aku yang rosakknnya… bolehkah
Engkau ampunkan aku...?
************************
Aku tahu
Allah itu memang Maha Pengampun…
Aku tahu
Allah boleh ampunkan aku…. Allah kan baik…
Sebab
itulah aku mesti terus meminta ampun kepada Allah walaupun aku telah banyak
berbuat dosa…
Mana boleh
putus asa untuk mendapatkan syurga Allah yang Maha Best itu…
Katakanlah
(wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap
diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu
berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala
dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(Az-Zumar : 53)
hidupbiarbest
Assalamu'alaikum.. blog kamu ni bagus sbenar nye.. stiap post adalah dakwah & tazkirah.. stiap yg mmbaca maka pahala buat kamu.. yg penting mesti ikhlas & x brputus asa.. maka pahala itu mnjadi kebajikan srta pengampunan buat kamu.. Insya Allah kamu juga akan mndapat pengampunan drpd Nya..
ReplyDelete