langkah, menuju, kesempurnaan, iman, halawatul, kemanisan, nasihat, panduan, kekalkan, tingkatkan, checklist, harian, amalan, jaga



Assalamualaikum semua. Apa khabar ? 

98 langkah mendapatkan kesempurnaan iman. Nampak macam bayak sangat je. Tak lah. Mana ada banyak. Nak kata susah pun, tak la susah sangat. Tapi, inilah hakikatnya keperluan diri kita setiap hari. Bila kita amalkan semua perkara dibawah ni, InsyaAllah kita semakin dekat untuk menjadi Muslim yang mantop imannya. 


Lagipun, senarai di bawah ni boleh dijadikan checklist kita setiap hari. Hari ini atau esok, mungkin hanya sebahagian sahaja daripada perkara dibawah ni yang kita lakukan. Jangan risau. Kita boleh buat improvement setiap hari. Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit kan. Try buat sikit-sikit dulu, barulah boleh istiqamah. Istiqamah itu lebih utama walaupun ibadah kita sikit, berbanding ibadah banyak tapi tak menentu..

  1. Bersyukurlah apabila mendapat nikmat.
  2. Sabar apabila mendapat kesulitan
  3. Tawakal apabila mempunyai program atau menghadapi sesuatu
  4. Ikhlas dalam segala amal perbuatan.
  5. Jangan membiarkan hati larut dalam kesedihan
  6. Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan
  7. Jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan
  8. Jangan dengki dengan kekayaan orang.
  9. Jangan berhasad dengki dan iri hati atas kejayaan orang.
  10. Jangan sombong kalau memperoleh kejayaan.
  11. Jangan tamak kepada harta.
  12. Jangan terlalu menginginkan sesuatu kedudukan atau jawatan
  13. Jangan hancur karana kezaliman
  14. Jangan goyah karana fitnah.
  15. Jangan menginginkan sesuatu yang terlalu tinggi hingga melebihi kemampuan diri sendiri.
  16. Jangan campuri harta dengan harta yang haram.
  17. Jangan sakiti ayah dan ibu.
  18. Jangan diusir orang yang meminta-minta.
  19. Jangan sakiti anak yatim.
  20. Jauhkan diri dari dosa-dosa yang besar.
  21. Jangan membiasakan diri melakukan dosa-dosa kecil.
  22. Banyak berkunjung ke rumah Allah (masjid).
  23. Lakukan solat dengan ikhlas dan khusyu.
  24. Lakukan solat fardhu di awal waktu, berjamaah di masjid.
  25. Biasakanlah solat malam.
  26. Perbanyakkan zikir dan doa kepada Allah.
  27. Lakukan puasa wajib dan puasa sunat.
  28. Sayangi dan santuni fakir miskin.
  29. Jangan ada rasa takut kecuali hanya kepada Allah.
  30. Jangan marah berlebih-lebihan.
  31. Cintailah seseorang dengan tidak berlebih-lebihan. (Cinta Allah yang utama)
  32. Bersatulah karana Allah dan berpisahlah karana Allah.
  33. Berlatihlah konsentrasi fikiran.
  34. Penuhi janji apabila telah diikrarkan dan mintalah maaf apabila sesuatu janji tidak dapat dipenuhi.
  35. Jangan mempunyai musuh, kecuali dengan iblis/syaitan.
  36. Jangan percaya ramalan manusia.
  37. Jangan terlampau takut kepada kemiskinan.
  38. Hormatilah setiap orang.
  39. Jangan terlampau takut kepada manusia.
  40. Jangan sombong, takabur dan besar kepala.
  41. Berlakulah adil dalam segala urusan.
  42. Biasakan istighfar dan taubat kepada Allah.
  43. Hiasi rumah dengan bacaan Al-Quran.
  44. Perbanyakkan ikatan silaturrahim (rajin bergaul).
  45. Tutup aurat sesuai dengan petunjuk Islam.
  46. Berbicaralah dengan sebaik-baiknya.
  47. Beristeri/bersuami kalau sudah sedia segala-galanya.
  48. Hargai waktu, disiplin waktu dan manfaatkan waktu.
  49. Biasakan hidup bersih, tertib dan teratur.
  50. Jauhkan diri dari penyakit-penyakit batin. (contoh : riak, takabbur, sombong).
  51. Sediakan waktu untuk santai dengan keluarga.
  52. Makanlah secukupnya, janganlah berlebihan dan tidak terlalu kurang.
  53. Hormatilah kepada guru dan ulama.
  54. Selalulah berselawat kepada nabi.
  55. Cintai keluarga Nabi saw.
  56. Jangan terlalu banyak hutang.
  57. Jangan terlampau mudah berjanji.
  58. Selalu ingat akan saat kematian dan sedar bahawa kehidupan dunia adalah kehidupan sementara.
  59. Jauhkan diri dari perbuatan-perbuatan yang tidak bermanfaat seperti bercakap perkara yang tidak berguna.
  60. Bergaullah dengan orang-orang soleh.
  61. Sering bangun di penghujung malam, berdoa dan beristighfar.
  62. Lakukan ibadah haji dan umrah apabila sudah mampu.
  63. Maafkan orang lain yang berbuat salah kepada kita.
  64. Jangan dendam dan jangan ada keinginan membalas kejahatan dengan kejahatan.
  65. Jangan membenci seseorang kerana fahaman dan pendiriannya yang berbeza dengan kita.
  66. Jangan benci kepada orang yang membenci kita.
  67. Berlatih untuk berterus terang dalam menentukan sesuatu pilihan.
  68. Ringankan beban orang lain dan tolonglah mereka yang menghadapi kesulitan.
  69. Jangan melukai hati orang lain.
  70. Jangan membiasakan diri berkata dusta.
  71. Berlakulah adil, walaupun kita sendiri akan mendapat kerugian.
  72. Jagalah amanah dengan penuh tanggungjawab.
  73. Laksanakan segala tugas dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan.
  74. Hormati orang lain yang lebih tua dari kita.
  75. Jangan sesekali membuka aib orang lain.
  76. Lihatlah orang yang lebih miskin daripada kita, lihat pula orang yang lebih berjaya dari kita.
  77. Ambilah pelajaran dari pengalaman orang-orang arif dan bijaksana.
  78. Sediakan waktu untuk merenung apa-apa yang sudah dilakukan. (muhasabah)
  79. Jangan sedih karana miskin dan jangan sombong kerana kaya.
  80. Jadilah manusia yang selalu bermanfaat untuk agamabangsa dan negara.
  81. Sedar kekurangan diri dan tahu pula kelebihan orang lain.
  82. Jangan membuat orang lain menderita dan sengsara.
  83. Berkatalah yang baik-baik atau tidak berkata apa-apa.
  84. Hargai jasa dan pemberian orang.
  85. Jangan habiskan waktu untuk berhibur dan berseronok sahaja.
  86. Akrablah dengan setiap orang, walaupun yang seseorang itu tidak  menyenangkan.
  87. Sediakan waktu untuk berolahraga yang sesuai dengan norma-norma agama dan keadaan diri kita.
  88. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan fizikal atau mental kita menjadi terganggu.
  89. Ikutilah nasihat orang-orang yang arif dan bijaksana.
  90. Pandai-pandailah untuk melupakan kesalahan orang dan pandai-pandailah untuk melupakan jasa kita.
  91. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan orang lain terganggu dan jangan berkata sesuatu yang dapat menyebabkan orang lain terhina.
  92. Jangan cepat percaya kepada berita buruk yang berkaitan  teman kita sebelum dipastikan kebenarannya.
  93. Jangan menunda-nunda pelaksanaan tugas dan kewajiban.
  94. Sambutlah huluran tangan setiap orang dengan penuh keakraban dan keramahan dan tidak berlebihan.
  95. Jangan memaksa diri untuk melakukan sesuatu yang diluar kemampuan diri.
  96. Waspadalah setiapsetiap ujian, cubaan, godaan dan rintangan. Jangan lari dari kenyataan kehidupan.
  97. Yakinlah bahawa setiap kebajikan akan melahirkan kebaikan dan setiap kejahatan akan melahirkan kerosakan.
  98. Jangan gembira di atas penderitaan orang dan jangan menjadi kaya dengan memiskinkan orang.
Dah baca dah?? Nampak macam rumit, nampak macam susah. Kita cuba dulu satu-satu. Memanglah kan, nak masuk syurga, nak Allah sayang, kenalah ada usaha yang lebih sikit kan. Iman mantop, Allah sayang, Nabi cinta, semua orang suka..

hidupbiarbest