....bersambung dari part 1

Tadi, saya dah bagi tau apa itu taqwa, siapa orang bertaqwa dan apa kelebihan orang bertaqwa... Anda dah baca semua tu??? Sekarang ni kita bersambung ke bahagian yang seterusnya...


Saya ingin memetik kata-kata Khalifah Umar Abdul Aziz yang berbunyi:


TAQWA ADALAH ASAS SESUATU PERKARA. TIADA SESUATU PUN YANG DAPAT MENGGANTIKAN TAQWA

taqwa, bertaqwakah, kita, doa, solat, solat, keluarga, muslim

Saya amat bersetuju dengan kata-kata khalifah Umar Abdul Aziz ini. Memang taqwa itu asas kepada segala sesuatu. Dengan taqwa, manusia akan menghindari perkara kejahatan dan akan sentiasa melakukan kebaikan. Buktinya ??? Saya akan paparkan kisah berikut sebagai pengajaran buat kita semua. Membuktikan bahawa taqwa itu dapat menghindarkan kejahatan dan kita akan selalu dekat dengan kebaikan...


Kisahnya...


Ada seorang pemuda yang bertakwa, tetapi dia sangat lurus. Suatu hari dia belajar dengan seorang syeikh. Setelah lama menuntut ilmu, syeikh menasihati dia dan rakan-rakannya : "Kamu semua tidak boleh menjadi beban orang lain. Sesungguhnya, seorang alim yang menadahkan tangannya kepada orang-orang berharta, tak ada kebaikan dalam dirinya. Pergilah kamu semua dan bekerjalah dengan pekerjaan ayah kamu masing-masing. Sertakanlah selalu ketakwaan kepada Allah dalam menjalankan pekerjaan tersebut."


Maka pergilah pemuda tadi menemui ibunya seraya bertanya: "Ibu, apakah pekerjaan yang dulu dilakukan oleh ayah?" Sambil bergetar ibunya menjawab: "Ayahmu sudah meninggal. Apa urusan kamu dengan pekerjaan ayahmu?" Si pemuda ini terus memaksa agar diberitahu, tetapi si ibu selalu mengelak. Namun akhirnya si ibu terpaksa memberitahunya juga, dengan nada keras dia berkata: "Ayahmu itu dulu seorang pencuri?"!


Pemuda itu berkata: "Guruku memerintahkan kami murid - muridnya untuk bekerja seperti pekerjaan ayahnya dan dengan ketakwaan kepada Allah dalam menjalankan pekerjaan tersebut."


Ibunya membalas: "Hai, adakah dalam pekerjaan mencuri itu ada ketakwaan?" Kemudian anaknya yang begitu lurus itu menjawab: "Ya, begitu kata guruku." Lalu dia pergi bertanya kepada orang-orang dan belajar bagaimana para pencuri itu melakukan aksinya. Sekarang dia mengetahui teknik mencuri. Inilah saatnya beraksi. Dia menyiapkan alat-alat mencuri, kemudian solat Isya' dan menunggu sampai semua orang tidur. Sekarang dia keluar rumah untuk menjalankan pekerjaan ayahnya, seperti perintah sang guru . Dimulakanlah dengan rumah tetangganya. Saat hendak masuk ke dalam rumah dia ingat pesan syeikhnya agar selalu bertakwa. Padahal mengganggu jiran tidaklah termasuk takwa. Akhirnya, rumah jiran itu ditingalkannya.

Dia kemudiannya pergi rumah lain, dia berbisik pada dirinya: "Ini rumah anak yatim, dan Allah memperingatkan agar kita tidak memakan harta anak yatim". Dia terus berjalan dan akhirnya tiba di rumah seorang pedagang kaya yang tidak ada penjaganya. Orang-orang sudah tahu bahawa pedagang ini memiliki harta yang melebihi keperluannya. "Ha, di sini", katanyanya. Pemuda tadi memulakan aksinya. Dia berusaha membuka pintu dengan kunci-kunci yang disiapkannya. Setelah berjaya masuk, rumah itu ternyata besar dan banyak biliknya. Dia berjalan - jalan di dalam rumah, sehingga menjumpai tempat harta disimpan. Dia membuka sebuah kotak, didapatinya emas, perak dan duit tunai dalam jumlah yang banyak. Dia tergoda untuk mengambilnya. Lalu dia berkata: "Eh, jangan, syeikhku berpesan agar aku selalu bertakwa. Mungkin pedagang ini belum mengeluarkan zakat hartanya. Kalau begitu, sebaiknya aku keluarkan zakatnya terlebih dahulu."


Dia mengambil buku - buku catatan di situ dan menghidupkan lampu kecil yang dibawanya. Sambil membuka lembaran buku - buku itu, dia mengira. Dia memang pandai mengira dan berpengalaman dalam pembukuan. Dia mengira semua harta yang ada dan menghitung berapa zakatnya. Kemudian dia pisahkan harta yang akan dizakatkan. Dia masih terus mengira dan menghabiskan waktu berjam-jam. Saat menoleh, dia lihat fajar telah menyingsing. Dia bercakap sendirian: "Ingat takwa kepada Allah! Kau harus melaksanakan solat dulu!" 

Kemudian dia keluar menuju ruang tengah rumah, lalu berwudhu di bilik air untuk melakukan solat sunat. Tiba-tiba tuan rumah itu terbangun. Dilihatnya dengan penuh kehairanan, ada lampu kecil yang menyala. Dia lihat pula kotak hartanya dalam keadaan terbuka dan ada orang sedang melakukan solat. Isterinya bertanya: "Apa ini?" Dijawab suaminya: "Demi Allah, aku juga tidak tahu." Lalu dia menghampiri pencuri itu: "Kurang ajar, siapa kau dan ada apa ini?" Si pemuda yang ingin mencuri itu berkata: "Solat dulu, baru berbual. Pergilah berwudhuk lalu solat bersama. Tuan rumahlah yang berhak jadi imam".

Kerana khuwatir pencuri itu membawa senjata, si tuan rumah menuruti kehendaknya. Tetapi -wallahu a'lam- bagaimana dia boleh solat. Selesai solat dia bertanya: "Sekarang, cuba ceritakan, siapa kau dan apa urusan kamu?" Dia menjawab: "Saya ini pencuri". "Lalu apa yang kau buat dengan buku - buku catatanku itu?", tanya tuan rumah lagi. Si pencuri menjawab: "Aku mengira zakat yang belum kau keluarkan selama enam tahun. Sekarang aku sudah mengiranya dan juga sudah aku pisahkan agar kau dapat memberikannya pada orang yang berhak", Hampir saja tuan rumah itu gila kerana terlalu kehairanan. Lalu dia berkata: "Hai, ada apa denganmu sebenarnya. Apa kau ini gila?" 

Mulalah si pencuri itu bercerita dari awal. Dan setelah tuan rumah itu mendengar ceritanya dan mengetahui ketepatan serta kepandaiannya dalam mengira, juga kejujuran kata - katanya, juga mengetahui manfaat zakat, dia pergi menemui isterinya. Mereka berdua dikurniakan seorang puteri. Setelah keduanya berbincang, tuan rumah itu kembali menemui si pencuri, kemudian berkata: "Bagaimana sekiranya kalau kau aku nikahkan dengan puteriku. Aku akan angkat engkau menjadi setiausaha dan juru kira ku. Kau boleh tinggal bersama ibumu di rumah ini. Kau kujadikan sahabat perniagaanku." Ia menjawab: "Aku setuju." Di pagi hari itu pula sang tuan rumah memanggil para saksi untuk acara  akad nikah puterinya.

muslimah, bertaqwa, jadilah, hamba, yang, bertaqwa, qoman, aurat

Hahaha.. begitulah ceritanya. Menarik kan??? Terbukti bahawa taqwa itu mendatangkan kebaikan yang melimpah ruah. Seperti pemuda itu, bukan sahaja mendapat pekerjaan baru sebagai juru kira, tetapi juga mendapat isteri, harta yang banyak dan juga menyedarkan si hartawan tersebut untuk mengeluarkan zakat. Sesungguhnya, banyak hikmahnya kita disuruh bertaqwa. Jadi, tunggu apa lagi. Periksa diri kita. Adakah kita ini bertaqwa... Jom Taqwa !!!


hidupbiarbest