Aku ni bukannya baik sangat. Solat selalu lambat... Ibadat lain lagi la kan... Aku ni selalu buang masa dengan benda tak berfaedah.... Online fb je memanjang, pastu dengar lagu, layan movie..... Hishhh, bolehke aku masuk syurga? Aku kena berubah, tapi mampukah aku?Ayat di atas ni cuma contoh je... Tapi apa yang nak disampaikan kali ini ialah tentang 'perubahan'. Ya, kita perlu berubah. Kita perlu berubah daripada yang buruk kepada yang baik. Jika rasa diri tu dah cukup baik, maka berubahlah agar menjadi lebih baik. Betul tak? Sapa yang tak nak jadi baik kan...
Berubah itu sebenarnya adalah sesuatu yang perlu bagi kita. Tapi untuk melakukan perubahan itu sendiri,bukan lah mudah sebenarnya... Memang tak mudah... Ye lah, cuba bayangkan... Andaikan selama ni kita jenis orang yang suka hiburan, layan movie memanjang, dengar lagu.... tetiba nak kena tinggalkan itu semua. Payahkan? Sebab benda tu dah sebati dalam diri kita sekian lama... mana boleh nak buang macam tu je....
Apa nak buat?
Cuba anda bayangkan sebuah kuali yang sudah lama digunakan... yang bontotnya sudah hitam legam...payah untuk dibasuh. Macamana nak basuh ? Pasti ada yang cakap kita kene rendam, pastu sental kuat-kuat, pastu rendam lagi dalam peluntur, tonyoh dengan berus, kikis kotoran tu dan sebagainya....
Begitulah juga dengan diri manusia. Diri kita ni umpama bontot kuali tadi tu. Untuk melakukan perubahan, kita perlukan usaha yang kuat dan semangat yang kental. Kita perlu melakukan apa sahaja cara untuk berubah asalkan perubahan berhasil. Kita tidak boleh melakukan dengan sambil lewa, pasti akan kecundang di kemudian hari.... dan yang penting, kita perlulah istiqamah dengan usaha yang sedang kita lakukan, jangan berputus asa... Kerana apa? Kerana perubahan itulah yang menentukan masa depan kita di akhirat nanti...
...Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri....
(Surah Ar-Ra'd : 11)
Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan Kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik.
(Surah Al-Ankabut : 69)
Hidupbiarbest
0 orang dah komen:
Post a Comment