Cute @ comel. Hmmm... Siapa paling cute kat dunia ni? Aku ke? Atau ade orang lain yang lagi cute?

siapa, comel, cute, kopiah, incredible, paling, hikmah, islamik, menarik, renungan, best

Cara nak tahu, senang je...
> Mula-mula, buka google
> Kemudian, taipkan who's the cutest
> Akhir sekali, tekan butang I,m feeling lucky

Jawapannyaaaaaa...........Aku lah 

Sebenarnya jawapan yang diberikan oleh google sangat bijak sekali. Tak berat sebelah. Memang benar, kita semua cute a.k.a comel. Allah telah menjadikan kita dengan sempurna dan manusia adalah sebaik-baik kejadian. Kalau ada yang kita nampak macam hodoh tu, itu hanyalah pada pandangan manusia. Lumrah manusia, suka membezakan antara benda yang cantik dan buruk. 

Firman Allah :
Sesungguhnya Kami telah menjadikan manusia dengan sebaik-baik kejadian.
(Surah At-Tin : 4)

Tapi, manusia mudah lupa diri. Masih ada manusia yang membuat suka cucuk sana cucuk sini, buat pembedahan palstik, cukur kening. Kononnya nak nampak cantik atau cute. Ish, ish, ish.... Setakat cantik pada pandangan manusia, apalah sangat. Lama-kelamaan, kita akan tua jugak, kulit akan berkedut jugak, rambut akan beruban jugak. 

Kita kena ingat. Allah tak pandang kepada kecomelan kita, tapi Allah pandang hati kita. Muka cute, tapi hati busuk, tak berbaloi jugak hidup ni.

Seperti sabda Rasulullah :
Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada tubuh dan bentuk kamu, tetapi  Dia melihat kepada hati-hati kamu.
(Riwayat Muslim)

Jagalah hati kita sentiasa. Utamakanlah pandangan Allah daripada pandangan manusia...
Bersyukur kepada Allah kerana telah menjadikan kita semua dalam bentuk yang cantik dan sempurna.
Thank you kepada google kerana pandai mengambil hati aku... Hehehe

Hidupbiarbest