Teka-teki.....
Nak tau tak
selimut apa paling berat di dunia…
Jawapannya
adalah : selimut time nak solat subuh la…
Huhu…selimut
time tu memang berat… time lain ringan je…tapi bila tiba time subuh, selimut tu
automatik akan jadi berat… tak tau la kenapa? Time tu gravity kuat sangat kot…hehe....Selimut tu
sangat berat sampai kita nak angkat selimut tu ketepi untuk solat subuh pun
payah…payah giler… tu yang selalu terlajak subuh tu…
Tapi, macam
mana pula kalau kita tak pakai selimut….?
Boleh timbul pula soalan lain, mata apa paling berat….
Jawapannya
ialah mata kita time nak solat subuh la….
Memang time
tu, tak ada bende yang lagi berat daripada mata kita… setiap bulu mata kita tu
umpama 1 kilogram setiap satu…bayangkanlah berapa banyak bulu mata kita tu….
Betul ke
selimut dengan mata kita yang berat? Mana ada…
Yang berat
sebenarnya hati kita…..kalau kita ada kemahuan, semua perkara akan jadi ringan…
Kalau kita
betul-betul nak solat subuh tu, selimut kita tu umpama sehelai tisu je…. Tiup je,
terus terbang (over pulak)
Mata kita
tu pula akan jadi umpama kapas je, senang je terbuka…
Apa yang
penting….. KEMAHUAN…
Berat mata memandang, berat lagi selimut dibadan ...
hidupbiarbest
0 orang dah komen:
Post a Comment