Assalamualaikum semua...


buku, pena, jaga, ilmu, kita, pen, smkakl, al-quran

Alhamdulillah, baru-baru ini saya berkesempatan menghadiri majlis ilmu yang disampaikan oleh Habib Ali Zainal Abidin dengan us. Azhar bin Hashim Al-Hadhrami di SMKAKL.....pada mulanya saya tak dapat nak datang, tapi akhirnya setelah mencuba sedaya upaya, dapat jugak sertai majlis ilmu ni. Habib Ali dan Ustaz Azhar telah memberikan tausiyyah berkenaan dengan ilmu. Jadi saya ingin kongsikan dengan anda semua apa yang saya dapat daripada majlis ilmu semalam...

Kata Ustaz Azhar, nak menuntut ilmu ni, ada syaratnya. Kalau tak cukup syarat, tak payahla nak menuntut ilmu.

Syarat menuntut ilmu :
  1. Mestilah cerdik, iaitu orang yang berakal... Semua orang yang berakal adalah cerdik sebab dengan akal, manusia dapat berfikir. Anda berakal? Saya yakin anda semua berakal. Justeru, orang yang tidak cerdik (yang gila) tidak wajib menutut ilmu.
  2. Mestilah tamak haloba (bersungguh-sungguh) dalam menuntut ilmu. Rajin membaca, mengulangkaji, suka mencari ilmu dsb. Kalau kita takde kesungguhan, macam mana nak menuntut ilmu. Ingat ilmu tu senang-senang je ke nak masuk dalam kepala. So, kalau takde kesungguhan, seseorang itu tidak layak untuk menuntut ilmu.
  3. Sabar. Sabar merupakan salah satu elemen terpenting bagi orang yang ingin menuntut ilmu. Banyak cabarannya untuk menuntut ilmu. Tak boleh berputus asa dalam mengahdapai cabaran. Kalau cepat give up, susahla nak menuntut ilmu. Contohnya seperti Imam Syafie yang sanggup berjalan jauh untuk berguru dan terpaksa menahan perut. Kalau beliau give up, sudah tentu tak adalah mazhab Syafie yang menjadi ikutan kita pada hari ini.
  4. Mestilah ada belanja. Menuntut ilmu bukan sesuatu yang free. Pasti perlukan belanja walaupun sedikit. Nak beli buku, alat tulis, pakaian untuk pergi belajar. Kalau kita tak keluarkan belanja, macam mana nak menuntut ilmu. Takkan nak pinjam buku dengan alat tulis orang je. Betul tak? Syeikh Abdul Qadir Jailani pun diberikan belanja oleh ibunya ketika beliau ingin bermusafir menuntut ilmu di Mekah.
  5. Panjang masa. Apa maksudnya? Maksudnya, kita kenalah ada masa untuk menuntut ilmu agar kita dapat fokus terhadap pelajaran kita. Kata ustaz, sebaik-baiknya, masa belajar, jangan buat benda lain. Janganlah berkerja sambil belajar. Fokus pada pelajaran. Dan kita pula, janganlah suka buang masa. Pandai-pandaila bahagi masa dengan baik.

Ilmu lain yang saya dapat dalam majlis ilmu tersebut adalah berkenaan dengan adab menuntut ilmu. Saya pasti anda semua semua sudah lali mendengar adab-adab mendengar menuntut ilmu. Tapi tak pe, saya hanya ingin berkongsi ilmu yang saya dapat, InsyaAllah...

Adab menuntut ilmu ni terbahagi kepada dua iaitu adab kita sebagai seorang penuntut ilmu (pelajar) dan juga adab kita dengan guru. Saya akan listkan adab-adab tersebut...

Adab menuntut ilmu (sebagai penuntut ilmu) :

  1. Tuntut ilmu hanya kerana Allah. Ingat, kita bukan belajar kerana ingin menghadapai peperiksaan atau mendapat pekerjaan tetapi matlamat utama kita adalah kerana Allah. Kita menuntut ilmu tinggi-tinggi bukan nak riak tapi nak hilangkan kejahilan yang ada dalam diri kita je..
  2. Jangan bersifat mazmumah. Apalah gunanya ilmu penuh didada tapi perangai tak elok...
  3. Jangan sibukkan diri dengan perkara lain selain menuntut ilmu. Hanya fokuskan pada pelajaran. Kalau boleh, elakkan berkerja sambil belajar.
  4. Hendaklah rendah diri dengan ilmu yang ada. Biarlah semakin tinggi ilmu kita, semakin kita merendah diri. Barulah dipandang mulia.
  5. Jangan berbuat maksiat. Samalah macam point nombor 2 tadi.

Adab menuntut ilmu (adab dengan guru) :

  1. Anak murid perlulah beri salam terlebih dahulu pada guru.
  2. Jangan banyak bercakap dihadapan guru. Takut nanti terlepas cakap yang bukan-bukan dan juga sebagai tanda kita menghormati guru.
  3. Minta izin jika ingin bertanyakan soalan. Jangan terus tanya soalan semasa sedang belajar, takut-takut guru merasa dirinya tidak dihormati.
  4. Jangan menyangkal kata-kata guru walaupun hanya di dalam hati. Perbuatan ini boleh menyebabkan ilmu tidak berkat.
  5. Jangan tunjukkan yang kita ini lebih pandai daripada guru kita. Walaupun guru itu mengajar kita perkara yang sama berulang kali, teruskanlah mendengar dengan penuh rasa hormat.
  6. Jangan berbisik-bisik di hadapan guru. Nanti guru terasa pulak.
  7. Berdiri (sebagai tanda hormat) semasa guru datang atau guru lalu dihadapan kita.
  8. Kalau kita terlihat guru membuat salah secara zahirnya, tidak perlulah tegur selagi perbuatan itu tidak mendatangkan dosa kerana guru itu lebih mengetahui apa yang dilakukannya.

Demikianlah syarat-syarat dan adab-adab menuntut yang dapat kongsikan bersama anda. Sebelum mengakhiri post saya kali ini, saya suka untuk menulis pesan Habib Ali sampaikan yang mana pesan tersebut adalah dari seorang ulama besar (saya tak kenal) :
Sebagai seorang penuntut ilmu, jika kita tidak bangun malam untuk tunaikan solat sunat tahajjud 2 rakaat, kita tidak dikira sebagai penuntut ilmu.
Kata-kata yang sangat dalam maksudnya dan penuh bermakna. Betapa besarnya peranan solat tahajjud kepada orang yang sedang menuntut ilmu macam saya ni. InsyaAllah saya akan cuba sedaya upaya untuk bangun menunaikan solat tahajjud pada setiap malam.

Kita kena jaga semua benda ni. Jaga ilmu kita. Biar berkat. Biarlah dengan ilmu yang ada ni, kita jadi orang yang berguna. Jangan disebabkan ilmu yang ada, kita jadi perosak. Baru ilmu kita ni berkat. Dan juga jangan lupa amalkan dan kongsikan ilmu yang kita ada tau. Insya Allah...


hidupbiarbest