Syaitan Vs Al-quran

  • Ketika anda membawa Al-Quran, reaksi syaitan ialah biasa-biasa saja…tengok je kita baca..
  • Ketika anda membukanya, syaitan mulai curiga...
  • Ketika anda membacanya, dia resah dan gelisah...
  • Ketika anda memahaminya, dia mula terkejang-kejang...
  • Ketika anda mengamalkan Al-Quran dalam kehidupan setiap hari. Dia terus stroke....
  • Teruskan membaca Al-Quran, hayatinya & mengamalkannya agar syaitan terus stroke dan kemudian mampus.
  • Ketika saya ingin menepost benda ini, syaitan pun mencegahnya. Syaitan kata “jangan sebarkan, kerana ia tidak penting langsung !”
penting, al-quran, kitab, sunnah, syaitan, lawan, manusia, pelihara, wahyu, quote

Begitulah para pembaca sekalian, pentingnya Al-Quran dalam kehidupan seharian kita. Menjaga kita dari bisikan dan hasutan syaitanirrajim. Jadikanlah Al-Quran sebagai kita. Jangan biarkan saja Al-Quran di rak. InsyaAllah...



Mari kita sama-sama cek kat rumah kita. Adakah Al-Quran di rumah kita? Kalau ada, Al-Quran tu ada kat mana? Adakah Al-Quran itu dijadikan hiasan semata-mata, atau pun telah berhabuk. Harapnya tidaklah begitu. Apalah gunanya naskhah Al-Quran itu andai kita tidak membacanya....

Andai Al-quran bisa berbicara, ia akan berkata: 

Waktu kau masih kanak-kanak, kau bagai teman sejatiku, dengan wuduk kau sentuh aku, dalam keadaan suci kau pegang aku, kau baca dengan lirih dan keras, sekarang kau telah dewasa, nampaknya kau sudah tidak berminat lagi padaku, apakah aku bacaan usang? Yang tinggal sejarah? Sekarang kau simpan aku dengan rapi, kau biarkan aku sendiri. Aku menjadi kusam dalam almari. Berlapis debu, dimakan kutu, ku mohon peganglah aku lagi, bacalah aku setiap hari, kerana aku akan jadi penerang dalam kuburmu!

Di sini, saya sertakan beberapa hadis mengenai kelebihan Al-Quran. Semoga kita sama-sama sedar akan kelebihan Al-Quran yang mungkin selama ini dipandang ringan oleh kita semua.

Daripada Abu Umamah r.a berkata : Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda: Bacalah Al Quran sesungguhnya ia akan datang di hari kiamat sebagai syafa'at kepada pembacanya.
(Riwayat Muslim)


Daripada Aisyah r.a. telah berkata: Bersabda Rasulullah S.A.W. : Orang yang membaca Al Quran dan susah untuk menyebut ayatnya ia mendapat dua pahala.
(Riwayat Bukhari dan Muslim)


Daripada Abu Musa Al Asy'ari r.a. telah berkata : Rasulullah S.A.W. bersabda : Perumpamaan orang mukmin yang membaca Al Quran adalah seperti buah Utrujjah ( seperti limau besar ) baunya wangi dan rasanya sedap. Perumpamaan orang mukmin yang tidak membaca Al Quran adalah seperti buah tamar tidak ada bau dan rasanya manis, dan perumpamaan orang munafik yang membaca Al Quran adalah seperti Raihanah (sejenis pokok) baunya wangi dan rasanya pahit dan perumpamaan orang munafik yang tidak membaca Al Quran adalah seperti buah labu yang tiada bau dan rasanya pahit.
( Riwayat Bukhari dan Muslim )


Daripada Umar Bin Al Khattab r.a. Bahawa Nabi Muhammad S.A.W. bersabda : Sesungguhnya Allah mengangkat martabat beberapa golongan dan merendahkan martabat yang lain dengan sebab Al Quran.
( Riwayat Muslim )


Daripada Ibnu 'Abbas r.a. beliau berkata : Rasulullah S.A.W. bersabda : Sesungguhnya orang yang tidak ada di dalam ingatannya sesuatu pun daripada ayat Al Quran seperti rumah yang roboh.
( Riwayat Tarmizi dan beliau berkata: Hadis ini hasan sahih )


Daripada Jabir Bin Abdullah r.a. bahawa Nabi Muhammad S.A.W. menghimpun antara dua lelaki yang terbunuh di peperangan Uhud kemudian beliau bersabda : Yang mana satukah antara keduanya yang paling kuat berpegang teguh dengan Al Quran? Maka apabila aku tunjukkan kepada salah seorang daripada keduanya maka dialah orang yang pertama masuk ke liang lahad.
( Riwayat Bukhari, Tarmizi, Nasa'ie dan Ibnu Majah )

Merujuk kembali pada persoalan yang terdapat dalam tajuk post kali, apa jawapannya? Semestinya Al-Quran saaaangat penting. Bahkan Al-Quran itu sendiri menjadi sumber hukum pertama dalam perundangan Islam. Jadi, janganlah sesekali kita tinggalkan Al-Quran...InsyaAllah post saya kali ini memberi manfaat kepada saya dan juga pembaca sekalian. 

*sebahagian ayat yang diatas diambil daripada facebook
hidupbiarbest