Cuba teka. Manusia lawan setan, mana lagi kuat? Hari-hari ada pertandingan antara manusia dengan setan. Cuma kita yang tak sedar. Kadang-kadang manusia menang, kekadang tu, setan yang menang. Tapi kan, manusialah yang sepatutnya sentiasa menang. Mana boleh setan menang. Kalau setan menang, maknanya iman kita tak kuat lagi lah. Betul tak?
Jom kita tengok pertandingan-pertandingan yang selalu diadakan setiap hari ini. Manusia ke setan yang menang? Video-video kat bawah ni dalam bahasa Arab, tapi ada subtitle English. Jangan risau....
1. Pertandingan tidur lambat vs tidur awal. Selalunya remajalah yang suka tidur lambat ni kan.... Setan suka la kita tidur lambat sebab dia tak nak kita bangun Subuh apatah lagi qiamullail. Bila kita tidur lambat, memang liat sangat la nak bangun Subuh, azan Subuh pun kita tak dengar dah. So, tidur la awal sikit, nanti bangun Subuh pun dalam keadaan segar. Nak buat qiamullail pun tak susah. Kalau anda, anda menang ke setan yang menang ???
2. Pertandingan di meja makan. Kalau nak makan, kita kena baca Bismillah, barulah setan tak boleh duduk makan sekali dengan kita. Kita beli, masak makanan bukan untuk nak bagi setan. Betul tak? Kalau kita tengok video di atas ni, setan dekat rumah keluarga yang baca Bismillah tu kurus je, berbanding setan yang ade kat rumah keluarga lagi satu tu...haha... Lagi satu, adab makan kenalah jaga. Kita orang Islam, seeloknya makanlah dengan tangan, tangan kanan. Hmmm. Setan kat rumah anda kurus ke gemok ???
3. Pertandingan belajar vs solat. Walaupun kita kena fokus kepada pelajaran, exam dah dekat, solat jangan abaikan. Apalah gunanya belajar bagai nak rak tapi solat terabai. Allah boleh tarik ilmu tu bila-bila masa tau. Nak belajar, bila-bila masa pun boleh, tapi solat ada waktunya yang patut kita jaga. Janganlah jadikan alasan belajar untuk kita melewatkan solat. Boleh jadi, perbuatan belajar kita itu mendatangkan dosa tau sebab melewatkan solat... Kalau time axam, anda atau setan yang menang ???
Dah tengok semua video tu. Baguslah. Lepas ni, jangan biar setan menang. Buat malu je setan menang. Setan tu dah kompem masuk neraka, takkan kita nak ikut sekali kan? Apa yang penting, dalam setiap pertandingan manusia vs setan ni, kita kena ingat Allah. Itulah yang paling penting. Kalau kita lupa Allah, habislah kita...
Ada lagi 3 video yang menarik... Jom tengok kat sini : part 2
Hidupbiarbest
Nice entry. Jangan kawan dgn setan..
ReplyDeleteEntry terbaru
Lukisan Anamorphosis Yang Cantik Dan Mengagumkan... (",)
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteInsya-allah same2 la kite kalahkan setan ni
ReplyDeleteNICE ENTRY N NICE BLOG
ReplyDeleteLOVE TO READ