syaitan, syaiton, setan, manusia, vs, people, muslim, devil, video, best, menarik, islamik

Kalau sebelum ni, kita dah tengok 3 video mengenai pertandingan manusia vs setan. Kalau belum, klik sini. Anda dah menang ke belum dalam 3 buah pertandingan yang lepas? Harap-harap, menang la ye. Kali ini, kita nak tengok lagi 3 video pertandingan antara manusia menentang setan. Siapa pulak yang menang agaknya?



1. Pertandingan tidur vs solat. Biasanya waktu subuh la ni. Biasa la, liat nak bangun. Kebanyakan kita lagi sayang kat mimpi tu daripada nak bangun Solat Subuh. Betul ke? Kalau rase-rase dah dengan azan tu, bangun je lah terus, Tak payah nak tunggu-tunggu dah. Terlepas Subuh, menyesal tak sudah. Sebelum tiduur, bacalah doa dulu, lepastu, niatkan dalam hati yang kita nak bangun Subuh awal esok. InsyaAllah, kita boleh bangun awal. Kalau anda, biasanya siapa menang? Anda ke setan?



2. Pertandingan tutup aurat vs buka aurat. Ini biasanya melibatkan wanita la. Lelaki pun ade juga tapi lebih kepada wanita la. Aurat itu satu kewajipan. Tak kiralah ke mana dan di mana kita pergi, aurat perkara utama yang perlu diambil berat. Memang ramai wanita Islam Malaysia di luar sana yang kalah teruk dalam pertandingan ni. Tak tidur malam setan berparti meraikan kemenangan diorang dalam pertandingan ni. Aku harap, yang sedang membaca ni adalah orang yang menang dalam pertandingan ni. Betul tak?




3. Pertandingan merokok vs katakan tak nak pada merokok. (panjang la pulak nama pertandingan ni)... Pertandingan ni pula kebiasannya untuk lelaki. Yang perempuan ada juga, tapi tak sebanyak lelaki la. Lelaki di luar sana, jangan sesekali cuba untuk merokok. Setan tu tunggu je kita merokok, dia nak makan asap rokok tu. Asap tu kan salah satu makanan setan. Fatwa dah kata merokok tu haram, janganlah nak melanggar hukum pulak. Sesiapa yang  merokok, cubalah untuk berhenti. Berdoa pada Allah. Nasihatlah sekali kawan-kawan dan ahli keluarga kita yang merokok tu. Anda pula bagaimana? Setan atau anda yang menang?

Dah tengok semua video tu? Video kali ini melibatkan benda yang lebih berat iaitu perkara haram yang sering manusia lakukan iaitu buka aurat, merokok dan tinggal solat. Setan ni memang licik. Tapi kita kena ingat, manusia lebih bijak. Kita hamba Allah, bukan hamba syaitan. Jadi, janganlah dengar hasutan dan bisikan syaitan tu. Kenerakalah jawabnya... Pastikan kita yang menang dalam semua pertandingan tu, barulah gentleman. Kalau kita kalah, tarbahak-bahak lah setan gelakkan kita... Apa yang penting, ingat dan takutlah Allah sentiasa... Jadikan Al-Quran panduan hidup kita.

Say No To Setan !!!
Hidupbiarbest