Dah dekat setahun dah aku berada di negara orang yakni Mesiiirrrr ataupun nama lainnya Egypttttt...
Macam-macam pengalaman yang aku dah dapat. Macam-macam perangai orang arab yang aku dah tengok... Ada yang lawak bagi aku, ada jugak yang menjelikkan... Mmemang lain la dengan Malaysia tanah airku tercinta.Kali ni nak share la beberapa kisah tentang perangai orang arab berdasarkan pengalaman aku sendiri. Pengalaman pergi shopping...
Kisah 1
Hari tu gi shopping kat satu shopping compleks ni, nak beli baju. Kami pergi 3 orang... Masuk satu kedai ni, kami pun tengokla kot-kot ada baju yang berkenan. Tetiba si pekedai arab ni datang kat salah seorang kawan aku. Dia tanya nak apa. Kawan aku cakap saje nak tengok-tengok je. Tapi lepas tu........ Abisla kawan aku tu. Dia paksa suruh try baju tu masuk fitting room... Satu demi satu baju dia arab tu offer kat kawan aku, padahal kawan aku bukan nak sangat pun, tapi terpaksa...
Lepas dah pilih baju, seluar pulak dia bagi...Adooiiii... Tak nak yang ni, dia bagi yang tu... Sampailah akhirnya kawan jumpa dengan seluar yang dia rasa ok... Akhirnya daripada saja nak tengok-tengok, TERbelilah sepasang terus.... Dia bagi diskaun.. Murah jugak la kami dapat... Lepas tu, dia offer kat kami pulak, dia kata dia boleh bagi murah lagi...Tapi kami tolak... Malaslah.. Kita nak shopping dalam keadaan tenang, pilih-pilih baju, bukannya nak kena paksa dengan dia...
(Perangai arab, sesetengah peniaga akan berusaha sampai pengunjung membeli barang diorang. Kalau bagi yang tak biasa tu, mungkin akan fikir yang Arab ni memaksa diorang. Tapi,memang itu perangai arab, kalau tak nak kena cakap awal-awal....kalau tak.......dia marah la..)
Kisah 2
Kisah ni berlaku sebelum kisah pertama. Sebelum tu kami masuk kedai lain... Sedang kami tengah pilih-pilih baju kat satu bahagian, Arab tu cakap, BAHAGIAN SINI SEMUA 200 POUND....Kami faham maksud dia, kami pun menyampah dan pergilah sambil buat muka... Apa maksud dia? Maksudnya, Arab tu ingat kami tak ada duit, sebab tu dia sebut macam tu supaya kami tak pilih baju kat bahagian yang KONONNYA MAHAL TU....
Dia ingat orang melayu tak ada duit ke. Kalau tak ada duit, tak de lah kami masuk kedai dia. Elok-elok kami nak beli baju dia telahpun menghalau pelanngan secara tak langsung. Adooiiii. Apa punya Arab...
(Sesetengah Pak Arab memang macam tu. Diorang tak kenal orang Melayu. Diorang Melayu ni datang dari hutan kot. Diorang ingat diorang je kaya. Tapi, ramai je arab lain yang ok)
Itulah dua kisah yang berlaku kat kami time shopping baru-baru ni. Kisah pertama tu lawak. Memang kawan kami tu kena gelak malam tu. Kisah kedua tu pula, menyakitkan hati. Tapi kami dah lama kat sini, dah pernah kena dah sebelum ni. Tapi kalau anda baru datang sini dan first time kena macam tu, rasanya anda dah bergaduh dah dengan arab tu...
Inilah Mesir........ Tak semua orang arab ni baik, tapi tak semua yang tak baik. Sama je macam negara kita pun.
Hidupbiarbest
Assalamualaikum,
ReplyDeleteKisah saudara sama dgn abg saya. time tu pergi umrah lah. Kami org sarawak. Flight ke brunei satu malam, singgah di singapura satu mlm n tiba di jeddah trus. Abg pergi mesir direct ke???
Kisah 1
Abg saya n makcik pergi tengok2 baju kat sbuah kedai. Tiba2 dtg si empunya kedai. Dia ckp nak beli apa? Abg aku ckp nak tengok2 ja. (abg aku tak pandai ckp arab, guna ustaz translator) tiba2 dia marah, n abg aku n mkcik skali dgn translator keluarlah, n dia lagi bising myumpah kot? Mcm2 makian.
Kisah 2
Abg aku peminat jam tgn. Pergi satu kedai, dia tengok ada satu jam apa entah. Kalo ikut pasaran mahallah, yelah jenama mahalkan. Dtg si bos tu kata asli, brpa kali entah. Tiba2 abg aku notis jrum anak saat dlm bulatan kecil didlm jam tu tak bergerak. skali tengok betul2 rupa2nya pelekat ja. Mmg marah abg aku, dia buat mata menyala n then dia ckp lak asli lak asli, don cheat me!!!! . haha2 lawak abg aku. Ustaz translator tu ketawa ja...
kisah 3
Time sembahyang, waduh2 mentang kita kecik. badan tak tinggi mcm diorg. Time2 abg aku sujud dilangkahnya badan abg aku. Sabar je abg aku. Kali kedua orab lain terlanggar abg aku time duduk antara dua sujud, abg aku ape lagi. pemanas biasalah. Dia angkat n tolak simamat arab. Mamat arab marah lah. Tinggi pulak tu. Abg aku angkat jari telunjuk tunjuk kaabah lepas tu tunjuk kat langit n tunjuk kat semua org. Maksudnya kaabah nie milik allah and semua org islam empunya bkn arab sahaja. Lalu dia macam minta maaf.
Kdg2 byk kenangan best. Byk org arab nak ambil gambar dgn abang aku.
Yg paling best abg aku citer, ade satu kes paling best, sorg lelaki bergelut dgn security arab tuh, sbb diharamkan guna kamera kat kwsn tu. dia tarik lelaki tu terheret lelaki tu. isteri dia hilang akal terpinga2 nak bagitau apa.. last2 bini dia bgtau malizi malizi malizi!!!. Tiba2 security behenti n minta maaf, di betul baju lelaki tadi. pastu dia dibenarkan ambik gambar n chau. Kenape ekk???
Hahaha....menarik kisah Hasif ni.... Tu lah, sape pernah pergi negara arab je tau macam mana perangai diorang. Kalau bab berjual beli ni, memang susah sikit. Diorang ni jenis tak sabar layan pelanggan. Kalau boleh pelanggan masuk, mesti trus beli barang diorang...
DeleteSoalan last tu, orang arab ni sebenarnya respect orang melaysia. Kalau kat mesir ni, diorang akan sebut,melayu ahsannas. maksudnya orang malaysia ni sebaik-baik manusia. sebab,perangai orang melayu jauh beza ngan diorang... SANGAT sopan, baik, tak gaduh-gaduh macam diorang, tak menipu kat negara diorang, tak buang sampah merata.... Sebab tu bila sebut malizi, (malizi tu maksudnya orang malaysia) diorang terus buat baik...
malizi tu malaysia kot...?
ReplyDeletediorg respect sikit org malaysia berbanding indon..yg penah sata dgr dr org2 arab time g umrah dulu..
ReplyDeleteKita kalau dok di negara orang otomatik je jadi baik.... tapi lain citer kalau di negara sendiri.
ReplyDeleteSuami saya orang Gaza
ReplyDelete