Lihatlah bagaimana Saidina Othman dan Saidina Ali dibunuh...
Lihatlah bagaimana berakhirnya sistem khilafah pada tahun 1924...
Lihatlah keadaan saudara seIslam kita di Palestin sana...
Lihatlah keadaan kacau bilau yang berlaku di negara Islam hari ini...
Lihatlah kedudukan Islam dan Muslim pada masa kini, aaaamat rendah, sehingga dipermainkan oleh kafirun...
Bagaimana semua ini berlaku?
Semuanya angkara perpecahan yang berlaku...
Entahlah kan. Bila lah umat Islam nak bersatu. Saya teringin nak tengok Islam menguasai dunia. Saya teringin nak tengok negara Islam bersatu padu. Saya teringin nak tengok Islam kembali merampas Palestin. Saya teringin nak tengok semua Muslim hidup aman harmoni tanpa diganggu mana-mana pihak. Tapi......bile ye?
Saatnya pasti tiba... Umat Islam pasti akan bersatu. Tapi, sekarang ni...Aku hanya mampu berdoa, Ya Allah. Aku hanya mampu berharap Ya Allah... Moga umat Islam sedar dan kembali bangkit dari tidur untuk memperjuangkan agama yang suci dan murni. Amiin...
Jom kita luangkan masa sejenak baca cerita di bawah. Moga boleh menjadi pengajaran buat kita semua :
Sekumpulan besar arnab dan tikus telah berperang untuk merebut sebuah kebun ubi keledek berhampiran tempat tinggal mereka. Kebun tersebut menjadi sumber makanan mereka. Sudah banyak nyawa yang terkorban di kedua – dua belah pihka, namun mereka masih berperang. Akhirnya hanya seekor tikus dan arnab sahaja yang tinggal. Itupun tubuh mereka luka – luka dan cedera parah. Kini, mereka berdepan satu lawan satu.
“Ini pertarungan penentuan.”
“Ya, ini persoalan hidup atau mati.”
“Mengapa kamu perlukan sangat kebun keledek itu. Mengapa tidak cari sahaja makanan di dalam hutan dan serahkan kebun itu kepada kami?” Tanya arnab.
“Di hutan, makanan semakin berkurang. Kami terpaksa bersaing dengan haiwan lain. Kamu pula ?” kata tikus pula.
“Kami pun sama juga. Sekarang musim kemarau dan kami kehabisan makanan. Jika tidak dapat kebun keledek itu, kami akan mati.” Jawab arnab.
“Oh, serupalah kita. Kalau kita tidak kebun itu, kita akan mati. Tetapi, semua kawan kita telahpun mati, tinggal kita berdua sahaja.” Kata arnab sedih. Tikus berdiam diri turut sedih.
“Selama ni, kami tak tahu pun kamu makan ubi keledek.” Ujar tikus.
“Eh, tidak ! Kami tidak makan ubi keldek. Kami hanya makan daunnya..”
“Daun ? Kami pula makan ubinya ! jadi, selama ini kita berebut kebun keledek ini tetapi tapi hanya untuk makan bahagian yang berlainan.”
“Mengapa sekarang baru kita tahu…Sepatutnya peperangan ini tidak berlaku. Kita sepatutnya berunding bagi mendapatkan kesepakatan.”
Nampak simple, tapi itulah yang sedang berlaku terhadap umat Islam kini. Perkara yang kecil pun ingin diperbesarkan sampai bertelagah sesama sendiri...Pengajarannya, dalam apa jua konflik, rundingan yang harmoni amat perlu dalam mengelakkan krisis yang lebih besar. Akhirnya akan merudikan kedua-dua belah pihak.
Muslim pasti bersatu!!!
Islam pasti bangkit!!!
Allahu Akbar!!!
*Cerita diambil daripada majalah Solusi
hidupbiarbest
utk pembetulan: Sistem Khilafah runtuh pada tahun 1924, secara tepatnya pada 3 march 1924.. bukan pada tahun 1942 ea, ^_^
ReplyDeleteartikel ni membuat sy berfikir sejenak..
ReplyDeleteterima kasih.. ^^
maaf la ye...tersilap pulak...terima kasih kerana membetulkan...
ReplyDelete