ahlan, wasahlan, ramadhan, semoga, ibadata, diterima, Allah, nasihat, islamik

Alhamdulillah. Ramadhan datang lagi dan yang lebih penting lagi, kita diberi kesempatan oleh Allah untuk berjumpa lagi dengan bulan yang penuh berkat ini.

Rata-rata pusat beli belah telahpun mula membuat promosi raya. Awal betul kan. Belum Ramadhan dah nak raya. Itulah kesilapan umat Islam di Malaysia pada hari ini. Sebagai Muslim yang baik, kita sepatutnya bergembira dan excited untuk menyambut Ramadhan kali ini. Ye lah, setahun sekali. Jom kita dengar lagu menyambut kedatangan Ramadhan. Semoga bila dengar lagu ni, kita lebih berkobar-kobar untuk menyambut kedatangan Ramadhan.


Harapan kita untuk Ramadhan kali ini menjadi lebih baik daripada Ramadhan yang lepas. Tanamkan azam, kita akan mengisi Ramadhan kali ini dengan pesta ibadah kepada Allah. Harapan kita agar selesai sahaja Ramadhan, kita akan menjadi hambaNya yang bertaqwa. InsyaAllah. Sia-sia sahajalah sekiranya Ramadhan kali ini sama sahaja dengan yang lepas tanpa ada peningkatan. Bukannya kita tahu yang kita akan bertemu lagi Ramadhan pada tahun hadapan.


Kawan-kawan dan sahabat-sahabat sekalian. Raya lambat lagi. Mari kita tumpukan dulu bulan Ramadhan ni. Kita contohi sahabat Rasulullah yang amat merindui Ramadhan. Mereka gembira dengan kedatangan Ramadhan dan sedih ketika ingin meninggalkan Ramadhan. Tapi kita pada hari ini, belum puasa dah tak sabar nak tunggu raya. Salah tu.


Saya ucapkan Selamat Menyambut Ramadhan dan Selamat Berpesta Ibadah. Semoga puasa kita diterima Allah. Semoga kita semua juga, menjadi hambaNya yang bertaqwa. Anggaplah Ramadhan kali ini umpama Ramadhan yang terakhir untuk kita. Mari kita berlumba-lumba untuk melakukan ibadah kepada Allah. Sesungguhnya pahala ibadah di bulan ini akan digandakan oleh Allah berbanding pada bulan-bulan lain.

Salam Ramadhan untuk semua !!!
Hidupbiarbest di bulan Ramadhan !!!
Hidupbiarbest berpesta ibadah !!!


nantikan khutbah Rasulullah menjelang Ramadhan pada entri akan datang !

hidupbiarbest