Apa maknanya tajuk post kali ini? Baru-baru ini, saya terdengar ceramah di radio IKIM.FM. Dan satu perkara yang membuatkan saya tertarik adalah kata-kata Syeikh Muhammad Abduh yang telah disampaikan oleh seorang ustaz melalui corong radio tersebut.
Saya pergi ke Paris, lantas saya bertemu dengan Islam tanpa Muslim. Saya kembali ke Kaherah dan saya bertemu dengan Muslim tanpa Islam!
islam, tanpa, muslim, without, beautiful, cantik, islamik


Apa maksudnya? Apabila beliau pergi ke Paris, beliau nampak amalan yang diajarkan oleh Islam, diamalkan di sana. Manusia di sana menepati waktu, bersopan, kemas, jaga kebersihan dan produktif. Sedangkan orang-orang di situ bukanlah beragama Islam. Situasi itulah yang beliau katakan sebagai Islam tanpa Muslim.


Tetapi di Kaherah, beliau melihat keadaan di mana orang Islam sendiri tidak mengamalkan gaya hidup yang diajarkan Islam. Di sana berlakunya penipuan, kebersihan tidak dititikberatkan, agama dilupakan, penindasan dll. Itulah pula yang beliau katakan sebagai Muslim tanpa Islam.


Tapi, bagaimana pula dengan kita? Bagaimana dengan negara kita? Kita di kategori yang mana? Kalau tanya saya, saya akan jawab negara kita ni Muslim tanpa Islam.....sebab.....negara kita ni ramai umat ISLAM, negara ni pun dikenali sebagai sebuah negara Islam, tapi.....nilai keIslaman tu kurang menonjol, malahan ada sesetengah keadaan, orang Islam sendiri menolak Islam. Anda setuju?


Disebalik kata-kata Syeikh Muhammad Abduh tu, ada mesejnya untuk kita... Beliau bukan sekadar mahu bercakap mengenai pemerhatian beliau, tetapi kita kena sedar bahawa apa yang beliau cakapkan itu adalah berkaitan dengan diri kita. Mahukah kita menjadi Muslim tanpa Islam... Malu tau dengan Islam tanpa Muslim....Kita kena ubah pemerhatian beliau itu. Jadikan diri kita dan negara ini sebagai MUSLIM DENGAN ISLAM dan ISLAM DENGAN MUSLIM....Barulah gempak Islam di mata dunia. Sampai bila Muslim hari ini mahu terus mundur? Betul tak?


Sekaranglah masanya kita mula ubah diri kita. Kita boleh. Kita boleh berubah. Ingat, perubahan yang sedikit akan membawa kepada hasil yang besar. Allah tak akan ubah sesuatu kaum melainkan kaum itu mengubah diri mereka sendiri. Kenapa kita harus ketepikan Islam sedangkan kita ini mulia kerana Islam itu sendiri... Allah telah berpesan :


Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah setan. Sesungguhnya setan itu musuh yang nyata bagimu.
(Surah Al-Baqarah : 208)

Wawasan kita adalah untuk memperjuangkan Islam. Mari kita teruskan perjuangan Rasulullah dan para sahabat. Mari kita sambung perjuangan para syuhada' dan alim ulama'. Kita boleh. Islam boleh. Umat Islam sentiasa boleh !!! Jom dengar lagu ni. Bertajuk Menuju Wawasan daripada UNIC.


Wawasan diri penuhi dada dengan ilmu
Wawasan agama bekalan masa depan dan akhirat
Kuat usaha, jujur dan amanah
Sentiasa mengahrap keredhaan Allah
Kuat usaha, jujur dan amanah
Sentiasa mengharap keredhaan Allah

Umat Islam harus cemerlang
Hari ini mesti lebih baik dari semalam
Jangan buang masa
Siapa kata kita tidak boleh
Kita ada Allah Maha Kuasa
Kita punya kuasa tenaga
Doa sebagai senjata
Umat Islam sentiasa boleh
Umat Islam sentiasa boleh

Umat Islam zaman lampau
Taat perintah Rasulullah
Bersama berusaha
Bersatu tuju wawasan
Wawasan dunia dan akhirat

Umat Islam harus cemerlang
Hari ini mesti lebih baik dari semalam
Jangan buang masa
Siapa kata kita tidak boleh
Kita ada Allah Maha Kuasa
Kita punya kuasa tenaga
Doa sebagai senjata
Umat Islam sentiasa boleh
Umat Islam sentiasa boleh

Akidah ibadah harus sempurna
Ibadah tanpa akidah wawasan syaitan
Ulama’ warisan anbia’
Pegangan mereka harus diikut
Ajaran sesat wajib hindari
Pegangan mereka harus diikut
Ajaran sesat wajib hindari

Umat Islam harus cemerlang
Hari ini mesti lebih baik dari semalam
Jangan buang masa
Siapa kata kita tidak boleh
Kita ada Allah Maha Kuasa
Kita punya kuasa tenaga
Doa sebagai senjata
Umat Islam sentiasa boleh
Umat Islam sentiasa boleh

Akhirya Islam cemerlang seluruh dunia


hidupbiarbest