jaga, keselamatan, anak, tolong-menolong, lrt, ktm, hilang, terpisah, nasihat
tolong-menolong amalan mulia
Baru balik dari Setiawangsa. Perjalanan yang agak jauh untuk ke Shah Alam menaiki LRT dan KTM komuter. Bertolak dari Setiawangsa tadi lebih kurang pukul 9 pagi. Hujan renyai-renyai. Sejuuuk.Rahmat Allah. Tetapi, hanya sedikit manusia yang menghargainya dan mensyukurinya. Seronok menyaksikan perlbagai gelagat manusia yang juga pelbagai bangsa. Ramai yang on the way nak pergi kerja.

Hari ini terjadi suatu peristiwa yang mungkin aku ingin kongsikan. Mungkin boleh dijadikan pengajaran untuk kita semua. LRT sedang berhenti di stesen Masjid Jamek. Tak ramai orang yang naik. Kelihatan seorang ayah bersama dua tiga (tak pasti) anaknya yang kecil-kecil baru turun eskaletor, berjalan menuju ke arah train yang sedang aku naiki. Si ayah tadi tak sedar isyarat bunyi dua kali yang menandakan pintu akan tertutup.

Sampai dihadapan pintu train, ketika baru sahaja hendak melangkah masuk, pintu mula tertutup. Si ayah tadi tidak sempat masuk, malangnya seorang anaknya dah 'termasuk' terlebih dahulu. Pintu train tertutup. Maka terpisahlah si anak dan si ayah. (kalau tak silap, anak tu lebih kurang empat atau lima tahun). Si anak mengetuk-ngetuk pintu. Panik. Ayahnya masih diluar. Train mula bergerak.

Mujur ada seorang insan yang baik hati datang membantu. Sambil mendakap budak kecil itu dan di memberikan isyarat kepada si ayah tadi yang dia akan menunggun di stesen seterusnya sambil menjerit ' next station, next station'. Nasib baik budak tu tak nangis. Tabahlah la jugak budak tu. Sampai di stesen seterusnya, lelaki berjhati mulia tadi membawa anak kecil itu turun. Mahu mempertemukan si anak dengan si ayah yang telah terpisah hanya beberapa minit. Aku meneruskan perjalanan sampai ke rumah.

Allahua'lam apa yang terjadi lepas tu. Harapnya, si ayah tadi bertemu semula dengan anaknya. Nasib baik negara kita ni masih ada lagi orang yang baik yang sudi membantu orang lain. Ketika mula-mula budak itu terpisah dengan ayahnya sambil menjerit ayahnya dan mengetuk-ngetuk pintu, orang lain hanya memandang. Ada beberapa orang  yang berada di pintu tersebut hanya buat bodoh je. Sedangkan lelaki yang baik hati itu berada di pintu yang lagi satu.

Apa yang ingin diperkatakan adalah mengenai soal sifat tolong-menolong. Dalam ramai-ramai orang yang ada adalam train tu, terutamanya yang berada dekat dengan budak tu, hanya seorang je yang menunjukkan tanggungjawab mereka untuk membantu. Mana pergi sifat keprihatinan orang lain. Adakah mereka pentingkan diri sendiri, atau mereka sibuk nak pergi kerja, atau mereka sendiri tak tahu nak buat apa. Kita sebagai orang Islam, perlu ada sifat prihatin terhadap orang lain, walaupun berlainan agama. Jangan takut jangan segan untuk membantu orang yang di dalam kesusahan. Nanti, bila kita susah nanti, orang pulak tolong kita. 

Pengajaran untuk ibu bapa juga, mereka harus berhati-hati dan peka ketika membawa anak-anak mereka keluar. Pastikan anak-anak-anak sentiasa di sisi. Lagi-lagi kalau anak-anak tu masih kecil. Tak tau apa lagi. Jangan lupa, pastikan anak-anak hafal nombor telefon ibu bapa. Kalau ada apa-apa, senang nak contact. Kalau anak tak boleh hafal, pastikan setiap kali keluar, kita tulis nobor telefon kita, kemudian letak dalam poket anak-anak. Ajar anak-anak, bila berlaku kecemasan, tunjukkan nombor telefon tersebut. Dan juga, ajarkan anak-anak agar tidak mudah panik jika berlaku sesuatu. Bayangkanlah kalau budak tadi panik, nangis tak henti-henti, susah jugak.

Setakat itu saja yang ingin dikongsi kali ini. Tak reti nak tulia panjang-panjang. Hmmm. Ramadhan semakin hampir. Tak sabar rasanya. Kalau boleh, kita kenalah jadikan Ramadhan tahun ini lebih baik daripada tahun lepas. Baru mantap. InsyaAllah. Dah bersedia ke?

hidupbiarbest