Apa maksud
nikmat? Nikmat tu ialah sesuatu yang korang gembira bila korang dapat… kan kan
kan…
Apa nikmat
paling besar yang korang rasa korang penah dapat sepanjang hidup korang?
Iphone ke?
Kereta sport ke? Bini ke? Keluarga yang baik ke? Badan yang sihat ke? Jawatan
yang besar ke?
Semua tu
memang nikmat yang besar… tak ada jawapan yang salah pun… terpulang kepada diri
masing2 la kan…
Tapi, kalo
korang perasan, semua nikmat yang disebut kat atas tu ada gantinya andai kata nikmat
itu hilang dari hidup korang… Contohnya :
Kalau iphone korang rosak, boleh beli blackberry baru kan…
Kalau kereta
sport korang kene rompak, berlambak lagi kat kedai yang cantik-cantik…
Kalau bini
meninggal, ramai lagi perempuan kat luar sana yang baik-baik belaka…
Kalau korang
sakit, boleh pergi hospital…kalo ada masalah organ, boleh buat pembedahan tukar
organ…
Betul
tak….?
Tapi,
secara hakikatnya ada satu nikmat kat dunia ni yang kalau kita hilangkannya,
memang tidak ada penggantinya… memang tak ada…
IAITU….NIKMAT
YANG SERING KITA SEMUA LUPAKAN…NIKMAT YANG SERING KITA ABAIKAN… NIKMAT YANG
KITA SEMUA SELALU TAK PERASAN… ITULAH
NIKMAT ISLAM DAN IMAN…. Dengannya kita mengenal bahawa Allah itu tuhan kita,
Muhammad itu Nabi ikutan kita….
Aku sendiri
leka, lalai dengan nikmat ni… Nikmat yang patut aku jaga dan pelihara ni telah
aku abaikan macam tu aje… betapa bebal dan jahilnya aku… membiarkan nikmat
terbesar ini tanpa penjagaan yang baik…. Bukan semua manusia di dunia mendapat
nikmat ni…
Sesuatu nikmat yang kita dapat, pasti kita akan
jaga dengan baik kan…
Kita
belikan iphone kita casing agar tak calar…
Basuh
kereta sport hari-hari agar nampak kilat…
Jaga bini
bagai menatang minyak yang penuh…
Makan ubat
yang doktor bagi sampai habis agar badan kita sihat…
BAGAIMANA
PULA DENGAN NIKMAT ISLAM DAN IMAN…???
Kita biarkan maruah islam dicalarkan, iman kita berhabuk tak dicuci…macam tu ke kita jaga
nikmat besar ini? Orang kata,
kalau kita sayang sesuatu nikmat tu, kita kena gunakannya dengan sebaik mungkin…
MACAM TU
LAH JUGA DENGAN NIKMAT ISLAM DAN IMAN …
Gunakanlah
ia dengan sebaik mungkin…
Jadikanlah
iman sebagai perisai terkuat yang mampu menahan kejahatan…
Jadikanlah
Islam sebagai pegangan hidup kita…
Jadikanlah
Islam sebagai agama yang boleh kita banggakan, agama yang dihormati dan
digeruni oleh orang lain…
Kerana apa?
Kerana dengan 2 nikmat inilah, kita sudah mendapat tiket untuk ke SYURGA…
Diulang
sekali lagi…TIKET UNTUK KE SYURGA…
Jagalah
tiket ini baik-baik, jangan bagi hilang…kalau tiket ni hilang, menyesal tak
sudah… memang tidak ada gantinya lagi…
Sesungguhnya Allah
memasukkan orang-orang beriman dan mengerjakan amal baik ke dalam syurga-syurga
yang di bawahnya mengalir sungai-sungai. Di Syurga itu mereka diberikan
perhiasan gelang-gelang daripada emas dan mutiara, dan pakaian mereka adalah
sutera
(Al-Hajj 22 :23)
hidupbiarbest
0 orang dah komen:
Post a Comment