doa,ketika, gelisah,sedih, dukacita, resah, sandar, pray, makbul, islamik, renungan, best, menarik

اَللَّهُمَّ إِنِّي عَبْدُكَ وَابْنُ عَبْدِكَ وَابْنُ أَمَتِكَ نَاصِيَتِي بِيَدِكَ مَاضٍ فِيَّ حُكْمُكَ عَدْلٌ فِيَّ قَضَاؤُكَ أَسْأَلُكَ بِكُلِّ اسْمٍ هُوَ لَكَ سَمَّيْتَ بِهِ نَفْسَكَ أَوْ أَنْزَلْتَهُ فِي كِتَابِكَ أَوْ عَلَّمْتَهُ أَحَدًا مِنْ خَلْقِكَ أَوْ اسْتَأْثَرْتَ بِهِ فِي عِلْمِ الْغَيْبِ عِنْدَكَ أَنْ تَجْعَلَ القُرْءَانَ رَبِيعَ قَلْبِي وَنُورَ صَدْرِي وَجِلَاءَ حُزْنِي وَذَهَابَ هَمِّي.
Ya Allah ya Tuhanku, sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak kepada hambaMu dan anak kepada amahMu, jiwaku dalam tanganMu, berlaku atas diriku semua keputusanMu, adil segala ketentuanMu ke atas diriku, aku memohon dengan semua nama yang Engkau namakan diriMu atau pun yang Engkau turunkan dalam kitabMu, atau yang Engkau ajarkannya sesiapa pun daripada para makhlukMu, atau Engkau tetapkannya dalam ilmu ghaib hanya untuk Engkau sahaja yang mengetahuinya, supaya Engkau menjadikan Al-Quran itu kesegaran hatiku, cahaya dadaku, menghapuskan kesusahanku dan menghilangkan kerunsinganku.

*****
*Dari Abu Musa Al-Asy’ari r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud : “Sesiapa ditimpa kerunsingan atau dukacita, maka hendaklah ia berdoa dengan doa tersebut.”
Ketika Nabi s.a.w menyampaikan hadis ini, seorang sahabat menyampuk: “ Ya Allah ya Tuhanku, sesungguhnya orang yang rudi ialah orang yang meninggalkan semua kalimah (doa) ini, wahai Nabi!” Jawab baginda : “ Memang benar. Oleh itu, kamu hendaklah membacanya kerana mengharapkan segala permintaan akan dikabulkan, nescaya Allah akan menghapuskan kesusahannya dan mengekalkan kesenangannya”.
(Riwayat Ahmad, At-Tabrani, Al-Hakim)

.:selamat beramal dan istiqamah:.

hidupbiarbest