Pernah tengok orang marah-marah? Tipulah kalau tak pernah...
Pernah marah orang? Tepuk dada tanya diri sendiri la ye... huhu...

Aku selalu tengok orang marah.. Dan aku ada je kawan yang pernah marah aku... Kenapa manusia marah ek? Tak boleh tahan ke perasaan marah tu? Hmm,entahla...

jangan, marah, rilex, lontarkan, mudah, bertenang, tahan, sabar, islamik, nasihat, renungan

Manusia kadang-kadang benda kecil pun boleh marah lebih-lebih... Tak puas hati sikit, mulalah berhamburan  kata-kata tak elok macam "F*** you"... Kalau orang tersilap sikit pun nak marah, gaya macam diri dia je yang sempurna... Ada jugak yang salah dia sendiri pun, orang lain yang dimarahnya... Kalau tengah jalan tetiba tersepak batu, batu pun kena marah... Ish ish ish... kesian, batu makhluk keras tak bernyawa kena marah dengan makhluk yang berakal dan bijaksana ni...

Kenapa manusia suka marah-marah? Sebab nak tunjuk yang dia garang ke? Atau nak bagi tahu orang yang dia tu hebat, orang lain semua takut kat dia.. Atau dia tak boleh tengok orang buat salah, semua kena perfect... Hek eleh macam la kau tu perfect sangat... Bila dia buat silap, orang marah dia tak boleh pulak... Atau pun ada yang kata," aku ni memang jenis panas baran la, nak buat macam mana"... Ok... teruskan membaca...

Tahu tak yang 'marah' tu bukanlah sesuatu yang disukai baginda Rasulullah...

Diriwayat daripada Abu Hurairah r.a. bahawa seorang lelaki meminta nasihat daripada Nabi s.a.w. katanya, "Berilah wasiat kepadaku." Sabda s.a.w ,'Janganlah engkau marah.' Lelaki itu mengulangi (permintaannya) beberapa kali. Rasulullah s.a.w. tetap bersabda, "Janganlah engkau marah." 
(Hadis Riwayat al-Bukhari)

Dan nabi ada juga beritahu yang orang yang suka marah-marah ni bukan orang yang kuat pun... Sabda nabi :

"Bukannya kuat (kerana dapat mengalahkan orang) dengan bergusti, tetapi kekuatan sebenarnya ialah orang yang dapat mengawal dirinya ketika marah." 
(Al-Tirmizi)

Perasaan marah ni sebenarnya boleh dikawal tau... Semua orang ada perasaan marah, tapi tak semua orang yang suka marah-marah kan...? Kita kena latih la diri kita untuk menahan marah..Janganlah marah tak tentu hala sebab orang lain pun adahati dan perasaan juga... Apa perasaan kita kalau kena marah? Suka ke? Mestilah kita tak suka kan... Macam tu lah jugak orang lain... Jom kita tengok macam mana nabi ajar kita cara untuk menahan marah :

"Sesungguhnya marah itu dari syaitan. Syaitan itu dijadikan daripada api, apabila kamu marah, maka hendaklah dia mengambil wuduk." 
(Abu Daud)

"Apabila seseorang kamu marah, sedang dia berdiri, maka duduklah, jika marahnya berhenti (maka baiklah) jika belum, maka hendaklah dia berbaring." 
(Abu Daud)

marah, tahan,, sabar, bertenang, nafsu, api, kemarahan, islamik, nasihat, best, menarik

Jadi kawan-kawan, amacam? Alangkah indahnya dunia ni kalau orang ramai boleh tahan marah... Aman damai je kan.. Tak de caci maki, tengking menengking, mencarut sana sini... Menahan marah bahkan ada pahala tau, jangan tak tahu tu... Tak nak pahala ke? Dan orang yang menahan marah ada kelebihannya yang tersendiri di sisi Allah... Hmmm... menarik kan?

"Dan orang yang menahan kemarahan-nya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah) Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik." 
(Ali Imran3-134)

Nabi s.a.w bersabda:

Carilah kedudukan yang tinggi di sisi Allah Ta'ala. Para sahabat bertanya: Apakah kedudukan yang tinggi di sisi Allah itu, wahai Rasulullah? Baginda s.a.w bersabda: Engkau menyambung hubungan dengan orang memutuskan hubungan denganmu, engkau memberi orang yang mengharamkan pemberian kepadamu dan engkau bersikap halim terhadap jahil yang menyakitimu iaitu engkau tidak marah orang yang menyakitimu.


Nabi saw bersabda:

Apabila Allah Ta'ala telah menghimpunkan seluruh manusia pada hari kiamat, seorang penyeru menyeru: Mana dia ahli Fadhl iaitu orang-orang yang mempunyai kelebihan. Maka berdirilah orang-orang yang sedikit jumlahnya dan dengan segera menuju ke syurga. Para malaikat menemui mereka dan berkata: Kami lihat kamu ke syurga dengan segera. Mereka berkata: Kami adalah ahli Fadhl. Para malaikat bertanya: Apakah kelebihan kamu? Mereka menjawab: Dahulu apabila kami dianiayai kami bersabar. Apabila disakiti kami memaafkan orang yang menyakiti kami. Apabila kami diperbodohkan oleh orang jahil, kami bersikap hilm iaitu tidak marah kepadanya. Para malaikat pun berkata: Masuklah kamu ke dalam syurga dan ianya sebaik-baik balasan bagi orang yang beramal kebajikan.


Ok.. Sekarang jom kita muhasabah diri kita balik... Adakah kita ni seorang yang pemarah? Kalau nabi ada sekarang, adakah baginda suka tengok kita marah-marah? Adakah kita pernah cuba menahan marah? Apa yang telah kita lakukan untuk menahan marah? Mari kita rapatkan ukhwah sesama manusia dengan menahan marah..Ingat.. Allah bersama dengan orang-orang yang sabar..... Fikir-fikirkan.... 

Wassalam...

hidupbiarbest