Baru – baru ni, saya mendengar kuliah yang
disampaikan oleh seorang ustaz di masjid . Salah satu perkara yang ingin saya
kongsikan ialah berkaitan tanda – tanda
kematian yang baik.
Tanda – tanda yang ingin saya kongsikan ini
adalah dari segi fizikal sahaja.
1. Keluar keringat (peluh) di dahi. Tanda
ini dapat dilihat ketika jenazah baru sahaja meninggal dunia.
2. Keluar air mata. Tanda ini juga dapat
dilihat ketika jenazah baru sahaja meninggal dunia kerana air mata tersebut akan
kering lama kelamaan.
3. Terpejam matanya. Maksudnya, mata
jenazah tersebut tertutup rapat dan tidak perlu ditutup oleh orang lain. Kadang
– kadang kita tengok ada jenazah yang tak boleh nak ditutup rapat matanya.
4. Bibir tertutup rapat. Mulutnya tidak
ternganga dan tidak ada lelehan air liur.
5. Terukir sedikit senyuman di wajah si
mati. Bukanlah senyuman yang terlalu besar hingga sampai ke telinga tetapi
nampak manisnya muka si mati.
6. Muka cerah dan berseri. Mukanya tidak
berubah dari segi bentuk dan warna. Ada kalanya kita mendengar kisah mayat yang
bertukar mukanya menjadi hitam atau kelihatan seperti binatang. Na’uzubillah.
7. Badannya tidak mengeras walaupun telah
beberapa jam meninggal. Apabila kita sentuh si mati, kita akan dapati seolah –
olah jenazah baru sahaja meninggal. Senidi – sendinya mudah dilentur dan senang
untuk dimandikan.
Itulah dia 7 tanda kematian yang baik.
InsyaAllah barang siapa yang mati dalam keadaan baik. Maka kehidupan di akhirat
pun pasti baik. Semua tanda - tanda ini
terdapat pada Rasulullah semasa kewafatan Baginda.
Manusia sering leka dengan perihal dunia sehingga melupakan perihal kematian.. Sedangkan mereka tahu yang mati itu adalah suatu kepastian.. Sudah bersediakah kita?? Pastinya kita mahu mati dalam keadaan husnul khatimah dan bukannya suul khatimah..
Ayuh ! Kita sama-sama berusaha mengumpul bekal untuk akhirat. Tidakkah anda mahu mati
dalam keadaan baik seperti ini ?
hidupbiarbest
nice,,tringt akn arwah nenek :')
ReplyDelete15 Julai 2014 @ 3.16 pm,Anaknda SYAHNEIL KHALIFF pergi buat selama nya.Setelah disahkan meninggal,kami buka penutup muka nya,kerana nak cium dahi nya.Kelihatan dahi nya berpeluh & kedua matanya mengeluar airmata.Arwah seakan tersenyum...
ReplyDeleteAllah hu akbar
ReplyDeleteMata tak tutup xda kaitan..x tutup x bermakna banyak dosa
ReplyDeleteMulut ternganga tu pon tak boleh dipercayai. Boleh jadi arwah koma dan kena pakai tiub kat mulot yg bila dicabut akan membuatkan mulutnya tak boleh tertutup rapat
ReplyDeleteBaru baru ni Abah saya meninggal dunia akibat covid. Arwah Abah saya ditidurkan oleh pihak hospital dgn bantuan oksigen selama 21 hari. Selama ditidurkan, doktor telah 2 kali tukar tiup yg masuk ke dalam mulut hingga ke paru paru.
DeleteWallahualam. Tp fenomena mulut tertutup rapat tanpa perlu diikat berlaku pada arwah Abah saya.
Mayat warna kuning dan mulut nampak macam senyum
ReplyDeleteHanya Allah mengetahui segalanya
ReplyDeleteAda jenazah mninggal mlot xtrtutp.rapat sbb pakai tiub d mulot . Tp lps mndi jebazah alhamdulillah mlot trtutup rapat dan wajah putih kuning bseri sdgkn klit asapnya agk gelap . Mcm man plk . Mninggal di bulan ramadhan
ReplyDelete