Lelaki pun pandai masak ape.. Ta percaya.. Nah hamik ni buktinye...

karipap, lelaki, pandai, masak, cara, resipi, best, info, menarik

Jeng.. jeng..jeng.. Tapi yang penting jangan gelak...JANGAN GELAK tau... 

Alhamdulillah...walaupun rupa kuih ni tak macam rupa yang asal, tapi masih sedap di makan... Ni kira ok la kan hasil air tangan seorang lelaki... Macam ni la hidup perantauan... Kalau mengidam, kene buat sendiri la kan.. Mak tak ada nak tolong buatkan... Maka kita pun bukaklah resipi berusaha sedaya upaya buat bagi jadi... Dan inilah hasilnya...

Tau tak, yang lelaki pun penting untuk dirinya pandai memasak? Ye lah... takkan nak harapkan kat orang perempuan je memasak... Nak harapkan mak sentiasa, kalau mak jatuh sakit, siapa nak masak?!? Nak harapkan adik perempuan, rajin ke dia?!? 

"Alahhh... senang je der.. Pegi kedai je.. Apa susah".. Memang la pegi kedai lagi senang... Tunjuk apa nak, semua boleh.. Tapi tak best la kan... Duit cepat habis la kalau macam tu selalu... Makan dari hasil air tangan sendiri lagi puas tau.. Tak percaya?? Cubalah tanya kawan-kawan yang pandai memasak. Apa perasaan diorang makan masak sendiri... Bestttt....

roti, canai, lelaki, pandai, masak, resipi, cara, rahsia, islamik, menarik
Roti canai makin naik harga.. Baik buat sndiri, jimat dan sedap.. Hoho..
Kalau anak lelaki pandai memasak, mesti mak kita suka...Betul.. Tak tipuuu... Mak kita mesti bangga... Boleh dia merasa air tangan anak lelaki dia... Selama ni mak kita yang memasaka tiap-tiap hari, ape kaa sekali-sekala kita masak... Sejuk perut ibu mengandung dan beranak...Huhuhu... Lagipun, bila dah kahwin nati, bahagia hidup suami isteri... Time isteri sakit, boleh suami masakkan... Untung isteri yang laki pandai memasak...

Alah... tak payah pegi kelas memasak pun... Tu over sangat... Kita belajar sikit-sikit sudahlah...Bukak buku resipi ke, search resipi kat google ke.. Mudah je kan zaman sekarang... Tau tak, Rasulullah rajin membantu isterinya di dapur tau... Maksudnya, mesti la baginda pandai memasak jugak kan... Takkan lelaki sekalian tak nak mencontohi baginda nabi kesayangan kita... Lelaki yang pandai memasak ni, lagi la macho di mata perempuan... (Erk, betul ke wanita sekalian...?)

So, wahai lelaki sekalian..rajin-rajin kanlah diri ke dapur...Belajar sikit-sikit.. Jangan sampai tak tahu langsung barang yang ada kat dapur tu..Emak suruh beli kunyit hidup, nanti kau pergi bawak balik halia...Isteri suruh beli tepung pulut, kita bawak balik tepung gandum... haha... Okok... cukup  la tuh... Ceq nak gi memasak sat...Nak gi masak burger.. lapaq woi... 

wasalam...

hidupbiarbest

Posted on Saturday, January 26, 2013 by hidupbiarbest

2 comments

Siapa yang tidak mahu bermimpi bertemu Rasulullah. Mendengar kisah orang lain bermimpi Rasulullah, rasa hati ini pun mahu bertemu baginda juga. Tapi, dapatkah kita bermimpi Rasulullah?

doa, ingin,agar, bermimpi, mimpi, bertemu, berjumpa, rasulullah, baginda, islamik, amalan, best

Doa ini adalah cuma ikhtiara kita untuk bertemu baginda. Tapi, apalah gunanya jika doa ini dibaca sedangkan dalam waktu yang sama, kita melakukan apa yang Baginda larang, melakukan maksiat dan memperlekehkan sunnah Baginda. Muhasabah diri kita, adakah kita ini layak bertemu baginda?

.:selamat beramal dan istiqamah:.

hidupbiarbest

Posted on Friday, January 25, 2013 by hidupbiarbest

1 comment

Hmmm... Sekarang ni macam-macam smartphone canggih ada.. Samsung Galaxy note 2, Samsung Galaxy S3, iPhone 5, LG Nexus 4, HTC Phone Windows, HTC One, Nokia Lumia, Motorola Droid, Blackberry, Sony Experia s, macam-macam ade lah... Kalau nak sebut memang penuh satu entri ni pun tak tentu habis lagi...

iPhone, samsung, htc, butterfly, pening, pilih, mana, nak, kejar, teknologi, kemana, nasihat, best, renungan

Kalau aku lah kan, nak smartphone yang paling canggih sekali, nak kamera 13mp, pastu ada banyak apps, pastu memory tinggi, pastu nak bateri tahan lama, pastu nak yang bentuk dia cantik dan comel, pastu nak yang kamera depan dia 2mp keatas, pastu nak yang hmm pastu hmm... senang cerita aku nak paling gempak lah.. haha... Amik kau... mampu???

Itu lah manusia hari ini... Sentiasa mengejar teknologi.. Nak up to date je.. Baru je beli S3, tetibe keluar iPhone 5, beli pulak iPhone... Padahal bukan pakai dua-dua pun.. Nak glamour, nak menunjuk, nak nampak hebat bergaya, nak up to date.. Hakikatnya??
Hakikatnya nafsu melebihi keperluan... Tanpa sedar, mereka mungkin telah membazir, tanpa sedar mereka mungkin telah riak... Bahkan mungkin mereke membeli melebihi kemampuan diri sendiri.. Mungkin ada diluar sana yang nak bergaya je lebih, padahal tak reti pun nak guna...

Teringat kata-kata kawan aku, "manusia ni, kalau nak kejar teknologi, sampaimati pun takkan dapat"... Betul jugak tu kata kawan aku tu... Setiap bulan ada je produk baru yang keluar di pasaran... Kalau yang jenis banyak duit tu, selalu je lah tukar baru walhal yang lama dah lebih dari cukup dah...

Apa kata yang banyak koleksi smartphone kat rumah tu, sedekah la kat sesiapa yang lebih memerlukan...macam aku ke kan? (hehe.. gurau je)... Tak de la bukan apa, smartphone beribu mampu beli, sedekah 10 ringgit tak mampu... Rasa-rasanya Allah marah tak??
Kita tak dilarang untuk membeli apa yang kita nak selagi kita berkemampuan, tapi jangan dilupa orang yang memerlukan... Hulurkan sedekah, berilah zakat dan janganlah sampai membazir...

Rezeki Allah itu pasti... Allah berikan rezeki pada kita, maka gunalah sebaiknya... Ingat, dengan duit banyak yang kita ada, jadikan ia sebagai kunci untuk kita membuat amal dan seterusnya membuka jalan untuk kita ke syurga...Kan indah macam tu... :)

Dengar citer, Samsung S4 nak keluar dah, nak 1 pleaseee...

hidupbiarbest

Posted on Thursday, January 24, 2013 by hidupbiarbest

No comments

malu,dengan, rasulullah, baginda, mengalir, darah, renungan, nasihat, islamik, best, muslim

Jom tengok video ni...
Sebagai renungan kita bersama terhadap baginda Rasulullah...
Adakah kita telah membanggakan Rasulullah...
Atau kita telah mengecewakan baginda..??

Ya Rasulullah, engkaulah pesuruh Allah...
Engkau sepatutnya menjadi ikutan kami...
Perjuangan engkau sepatutnya kami teruskan...
Akhlakmu sepatutnya kami contohi...

TAPI...


Malunya aku dengan Rasulullah, umat Islam kini dah tak sekuat dulu...
Malunya aku dengan Rasulullah, dosa-dosa besar kini menjadi biasa...
Malunya aku dengan Rasulullah, perjuanganmu telah kami tinggalkan...
Malunya aku dengan Rasulullah, agama yang engkau bawa, telah dihina secara terbuka...
Malunya aku dengan Rasulullah, kami lebih mengejar dunia berbanding akhirat...
Malunya aku dengan Rasulullah, kami telah melupakan sunnahmu...
Malunya aku dengan Rasulullah, malunya aku dengan Rasulullah...
Layakkah aku menjadi ummatmu?

Kita akan menyambut Maulidul Rasul nanti... Marilah kita sama2 kembali pada sunnah baginda.. Bukan hanya berarak dan berselawat
tanpa tanpa menghayati apa sebenarnya maksud 'sayang nabi'...
Saya sayang baginda Rasulullah.. anda bagaimana?

Hidupbiarbest

Posted on Wednesday, January 23, 2013 by hidupbiarbest

No comments

pantai, mutiara, saidina, ali, kata,nasihat, renungan, pedoman, islamik, menarik
  1. Nilai setiap individu bergantung pada apa yang membuatnya jadi baik.
  2. Berbicaralah dengan seseorang sesuai dengan kadar akal fikiran mereka, jangan sampai mendustakan Allah dan RasulNya.
  3. Berhati-hatilah dengan kuasa seorang dermawan jika dia sedang lapar dan berhati-hatilah dengan kuasa seseorang yang tidak tahu mengenang budi ketika dia sedang kenyang.
  4. Hiburkanlah hati kamu dan carilah hal-hal yang menyenangkannya kerana ia juga merasa bosan sebagaimana bosannya tubuh.
  5. Nafsu itu membangkitkan hawa, ia dapat menyeret manusia ke tempat-tempat maksiat, ia hanya menuntut sesuatu yang menyenangkan, ia selalu enggan bekerja, jika engkau paksa ia bekerja ia akan memberontak, tapi jika kamu lalaikan maka ia mengheret kamu ke jurang kebinasaan.
  6. Kefakiran menjadikan orang pandai tidak berani berhujah, kemiskinan menjadikan seseorang itu tidak dikenali di negerinya sendiri.
  7. Ketidakmampuan adalah sesuatu kekurangan, kesabaran adalah keberanian, zuhud adalah kekayaan dan warak adalah perisai.
  8. Sopan santun adalah pakaian yang selalu baru, berfikir adalah cermin yang bersih.
  9. Jangan kamu jadikan diri kamu sebagai hamba kepada orang lain kerana Allah menjadikan kamu sebagai orang yang merdeka.
  10. Tidak seseorangpun yang dapat menyembunyikan sesuatu kecuali akan muncul daripada ketidak sengajaan lisannya dan daripada lembaran-lembaran wajahnya.
  11. Jangan selalu kamu mengendalikan diri dengan angan-angan kosong kerana hal itu adalah perniagaan orang pandai.
  12. Manusia itu sedang tidur. Setelah mati, barulah ia terjaga.
  13. Rahsia seseorang tersimpan di bawah lidahnya.
  14. Tidak akan binasa seseorang yang tahu nilai dirinya.
  15.  Ada kalanya dengan suatu ucapan dapat menutup kenikmatan.
Semoga kata-kata dan nasihat beliau menjadi perangsang untuk kita semua untuk terus memperbaiki diri kita dalam segenap sudut. InsyaAllah...

hidupbiarbest

Posted on Thursday, November 08, 2012 by hidupbiarbest

3 comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
UA-38342808-1