semua-salah-kau-its-all-your-fault

Pernahkah anda ada seorang kawan atau anda pernah mengenali sesiapa yang kerjanya nak menyalahkan orang lain je?? Semua orang salah, salah dia pun dikira sebagai salah orang lain jugak, dia aje yang betul.. Kalau anda ada kawan seperti ini, sabor je lah ye...

Ada satu situasi, si Ahmad dan Ali pergi ke kedai pada waktu malam, tetapi apabila sampai mereka lihat kedai sudah tutup. Maka  Ahmad pun menyalahkan Ali, "Salah kau la ni kita lambat datang sini, kalau kau ajak aku keluar awal mesti kedai ni tak tutup lagi" Dalam hati, Ali yang meluap-luap mendengar leteran Ahmad berkata, "Ek eleh, dia yang tidur susah nak bangun, kita pulak yang salah".

Sakit hati tak kalau macam tu? Kita tak salah apa-apa pun, tapi tetiba kita yang disalahkan.. Ish ish ish, sabor je lah kan..

Bila exam dapat result teruk salahkan cikgu tak pandai mengajar. Bila basuh pinggan kotoran tak hilang, pi salahkan pencuci pinggan. Bila main badminton tak dapat pukul bulu tangkis, disalahkannya raket. Bila makan ubat, tapi tak sembuh jugak, doktor jugak yang salah... ish ish ish, kesiaaannn..

Orang macam ni, ada 3 cara nak selesaikan. Pertama, sabor je lah. Kalau dia kata kita salah, iye kan je lah, layan je lah perangai kawan kita ni, lama-lama kita pun lali dengan perangi dia tu.

Kedua, tegur dia baik-baik tentang perangainya yang tak berapa nak elok tu.Mungkin kawan kita tak sedar yang perangainya itu tak menyenangkan orang lain. Ye lah, kalau orang tak pernah tegur dia, mana dia nak tahu salah dia kan?

Ketiga, kita gunakan sarcasm. Kalau result exam dia teruk, kita pergi kat dia, kita kata, "sorrylah Ahmad, salah aku result ko teruk, sepatutnya aku paksa kau study, tak pun, aku sepatutnya jawabkan untuk kau masa exam haritu". Kalau kawan kita terbangun lewat untuk sahur, kita kata kat dia, "sorrylah Ahmad tak kejut ko sampai bangun, aku kejut lembut sangat kot. Sepatutnya aku simbah sebaldi air kat kau kan.Ish ish, memang salah aku la kau tak bangun sahur".

semua-salah-orang-lain-kau-its-all-your-fault-meme

Haaa, ok tak macam tu? Sebenarnya bergantung pada diri kita sendiri la untuk muhasabah diri sendiri dan mengaku kesalahan. Kalau kita buat salah, mengaku je lah, tak ada apa nak dimalukan, bahkan mungkin orang akan respect dengan sikap mengaku kesilapan diri tu. Kalau kita selalu muhasabah diri, maka kita akan sedar yang mana salah kita yang mana salah orang lain. Dan kalau kita kurangkan ego dan sifat angkuh dalam diri, makan mudahlah untuk kita mengaku kesilapan diri sendiri.

Saidina Umar sendiri setiap malam akan muhasabah dirinya sama ada  beliau ada melakukan dosa atau tidak pada hari tersebut. Pernah juga satu ketika beliau ditegur oleh seorang peminum arak dan beliau menerima teguran tersebut.Maka orang yang melihat merasa pelik seraya bertanya,"Wahai amirul mukminin, kenap kau terima teguran dia sedangkan dia itu peminum arak? Maka jawab Umar. "Ya, dia berdosa kerana minum arak, tapi teguran dia kepadaku adalah benar.

Lihatlah sikap beliau. Beliau sebagai seorang khalifah sendiri menerima apabila ditergur dan mengaku kesalahannya, apatah lagi kita yang kerdil ni, takkan lah kerja nak salah orang lain je. Renung balik, muhasabah diri, adakah kita telah bersikap sebegini selama ini? Kalau ye, maka ubahlah.

hidupbiarbest

Posted on Saturday, July 13, 2013 by hidupbiarbest

1 comment

kurma-dates-buka-puasa-ramadhan

Kurma sinonim dengan bulan Ramadhan. Datang je bulan Ramadhan, adalah kurma.. Seperti kebiasaan kita, berbuka puasa mesti didahului dengan kurma. Semasa sahur pula, emak selalu pesan, "makanlah kurma tu sikit, bagi tenaga untuk berpuasa".

Rasulullah juga berbuka puasa dengan kurma, jika tiada kurma barulah baginda akan berbuka dengan seteguk air..

hadis-kelebihan-kurma-buka-puasa-nabi-ramadhan

Kelebihan kurma :

1. Kurma adalah bebas kolestrol dan rendah kadar lemaknya. Ia kaya dengan mineral dan vitamin.

2. Kurma kaya dengan protein, serat dan juga kandungan B1, B2, B3 dan B5 beserta vitamin A1 dan C.

3. Kurma meningkatkan sistem penghadaman kerana ia mengandungi serat boleh larut dan serat tidak boleh larut dan beberapa jenis asid amino.

4. Kurma adalah pemberi tenaga segera yang hebat kerana ia mengandungi glukosa, sukrosa dan fruktosa yang tinggi.

5. Kurma kaya dengan potassium dan rendah sodium. Ia membantu untuk mengawal sistem saraf. Kajian mendapati, pengambilan potassium cukup pada tahap tertentu boleh mengurangkan risiko strok.

6. Kurma kaya kandungan zat besi dan membantu mencegah anemia. Pesakit anemia digalakkan untuk makan kurma untuk pemulihan. Kurma juga mempunyai kandungan flourine yang melembapkan kerapuhan gigi.

7. Kurma juga membantu meningkatkan berat badan kepada mereka yang sangat kurus.

8. Kurma dapat mencegah penyakit kronik seperti jantung dan kencing manis.

9. Kurma mampu memanaskan badan dan merangsang kesihatan wanita hamil dan anak yang dikandung, memudahkan wanita bersalin dan memberi tenaga tambahan.

10. Kurma dapat membantu membantu mengatasi masalah sembelit.

11. Kurma juga mengurangkan masalah penglihatan dan membantu mengurangkan rabun malam.

12. Saidina Ali r.a. meriwayatkan “Barang siapa yang memakan 7 butir tamar (buah kurma) setiap hari, ia akan membunuh semua kuman di dalam badannya”

13. Maksud hadis Rasulullah s.a.w. : “Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu, menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya.

14. Antara hadis lain yang menyatakan kelebihan buah kurma:

Maksudnya : Daripadanya Adiy bin Hatim, ia berkata : “ Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “ Hindarilah api neraka walaupun (dengan memberi sedekah) sebelah buah kurma.

Hadis ini menerangkan kemuliaan buah kurma, iaitu walaupun dengan hanya kita bersedekah sebelah buah kurma kita terhindar daripada api neraka.

Jenis-jenis kurma :

jenis-kurma-types-dates-ramadhan-puasa-nabi

Masa kecik-kecil dulu, tak suka makan kurma sebab geli, tapi sekarang dah ok dah, favourite pulak tu.. :)
hidupbiarbest

Posted on Friday, July 12, 2013 by hidupbiarbest

No comments

Aku ada akuarium di rumah.. Setiap hari aku akan bagi ikan-ikan tu makan.. Ikan tu pandai, waktu lain berenang macam biasa je, tenang je.. tapi bila nampak batang hidungku, mulalah gelabah berenang ulang alik bila tahu ada orang nak bagi makan.. Begitulah ikan, hidup untuk makan..
ikan-dalam-akuarium-cantik-khalifah-hiasan
Aku selalu terfikir, tak bosan ke hidup ikan ni, setiap hari bahkan setiap masa hanya berenang dalam lingkungan ruang yang sama, berenang dan terus berenang, ulang alik ke sana kemari.. Bila orang bagi makan, diorang pun makan, kemudian terus berenang dan berenang lagi.. Tak bosan ke hidup macam tu??

Sebab kita manusia... 

Sebab itulah antara beza kita dan haiwan. Haiwan boleh hidup tanpa ada matlamat dalam hidup diorang, tapi kita manusia tak boleh hidup tanpa ada matlamat dan hala tuju dalam kehidupan kita.. Kita ada matlamat hidup iaitu kita mahu berjaya dalam apa yang kita lakukan di dunia dan kita juga mahu berjaya di akhirat. Kita ada hala tuju yang kita semua mahukan di akhirat iaitu syurga Allah, jadi dunia adalah tempat kita mencari bekal sebanyak-banyaknya.. Sepatutnya lah kan, kita sibuk untuk mengejar matlamat dan hala tuju kita, bukannya relax seperti ikan sampai dah tak tahu nak buat apa..

Allah beri bumi kepada manusia

Ikan hidup dalam akuarium yang kecil, bahkan yang dekorasikan akuarium tu pun tuan punya ikan, bukan ikan itu sendiri. Tapi kepada manusia, Allah bagi pinjam keseluruhan bumi ni kepada kita. Supaya kita berjalan bermusafir berehlah mencari dan mengagumi kekuasaan Allah, supaya kita dapat mencari rezeki Allah, supaya manusia hidup aman dan makmur dengan berpegang pada agamaNya..

Tapi manusia ni bongkak, mereka sendiri yang merosakkan bumi pinjaman Allah ni. Mereka jugalah menumpahkan darah sesama manusia ke aras tanah yang makmur ini, dan lebih malang lagi, mereka lupa bahawa bumi ini adalah milik Allah, mereka ingat mereka boleh mengatur bumi ni sesuka hati.. Sesungguhnya mereka telah salah, mereka salah...

khalifah-Allah-good-muslim-make-world-beautiful

Allah jadikan kita sebagai khalifah

Allah jadikan kita sebagai khalifah dimuka bumi untuk mentadbir dunia ni dengan sebaik-baiknya, bukan untuk menjahanamkannya.. Kita sebagai makhluk yang berakal sepatutnya hidup berkasih sayang, saling memahami sesama manusia, saling membantu yang memerlukan, menyebarkan syiar Islam juga menjadi tanggungjawab kita.. itu tugas kita.. Bukannya seperti ikan yang tiada tugas, hanya makan, berenang, tidur dan berenang dan makan dan tidur.. Kita nak jadi macam ikan ke??

Allah perintahkan kita beribadat kepadaNya

Allah telah perintahkan kita untuk melakukan ibadat kepadaNya, tapi kenapa masih ramai yang ingkar. Sepatutnya ibadat menjadi tanda pengabdian kepada kita kepada Rabb yang telah menciptakan kita dan juga sebagai tanda kita bersyukur atas kurniaan nikmat Allah yang tak terhingga ni, tetapi masih ramai diluar sana yang bongkak dan bodoh, merasakan diri mereka lebih dari tuhan.. Nauzubillahi min zalik..

Ikan dalam akuarium mengharapkan makanannya kepada manusia, kalau tuannya tidak bagi makanan, maka mati kebuluranlah ikan itu.. Kita?? Rezeki kita ditangan Allah, bukan ditangan manusia. Sebab tu kita manusia tidak boleh bergantung kepada manusia lain, sebab kita ada yang lebih berkuasa untuk bergantung padanya. Kita tak perlu takut kepada manusia lain sebab kita ada yang lebih layak untuk kita takutkan iaitu Allah.. Beruntunglah orang-orang yang beriman..

*****

Kita wajib bersyukur kerana kita dilahirkan sebagai manusia yang sempurna akal fikirannya. Gunakanlah akal ini sebaik-baiknya. Kita ada tugasan kita masing-masing. Jangan samakan diri kita seperti ikan di dalam akuarium. Sepatutnya kita sibuk, sibuk berbakti kepada orang tua, sibuk mengabdikan diri padaNya, sibuk menyebarkan agama Allah, sibuk mencari bekalan untuk akhirat, sibuk menjalankan tanggungjawab sebagai khalifah Allah di muka bumi..

Andainya aku ini ikan, tak tahulah nak cakap apa, mesti bosan kan?? huhu

*Untung ikan, tak ada istilah dosa pahala dalam hidup mereka..
*Untung ikan tak boleh bercakap, tak adalah mereka mengumpat, mencaci, memfitnah, menghasut sesama ikan..
*Untung ikan tak ada tangan, tak adalah mereka buat maksiat seperti apa yang dilakukan manusia..

hidupbiarbest

Posted on Thursday, July 11, 2013 by hidupbiarbest

2 comments

ramadhan, zone, puasa, fasting, signboard

Hari ni dah start puasa Ramadhan.. Pagi tadi bangun sahur saya ngantuk sangat.. Maklumlah first time nak puasa.. Umur saya pun baru 5 yahun.. hehe.. Pastu kan, ramai orang yang bagi nasihat dan pesanan kat saya.. Ummi, papa, pakcik, cikgu, ustaz, kakak, kawan, ibu, abah... mereka semua pesan macam-macam kat saya... 

1. Abah cakap, kita kena bangun makan sahur setiap hari. Kalau ngantuk sangat pun kena bangun jugak. Kalau tak ada selera atau tak sempat nak makan, minum air sikit pun jadilah.. Sebab abah kita cakap, Rasulullah ada bersabda bahawa di dalam sahur tu terdapat keberkatan. Saya nak hidup saya diberkati Allah sepanjang masa..

sunnah, ramadhan, puasa, sahur, makan, kurma, keberkatan

2. Ibu pulak pesan, berbuka jangan dilambat-lambatkan.. Dengar azan maghrib, terus berbuka. Lepastu, kita mestilah mulakan dengan makan kurma (kalau adelah).. Sebab Nabi kita kan akan berbuka puasa dengan ruttab (kurma basah), kalau tak ade baginda akan makan kurma kering, jika tak ada jugak barulah baginda akan minum seteguk air..

berbuka, puasa, ramadhan, kurma, segera, ruttab

3. Kawan saya pesan, rajin-rajinlah belanja orang lain berbuka puasa kalau ada duit lebih.. Belanja kurma dua tiga biji pun jadilah.. Diorang kata diorang ada terbaca hadis Nabi yang maksudnya kalau kita memberi makan orang berpuasa, kita akan mendapat pahala sama macam orang yang berpuasa tu, tak kurang sikit pun..

4. Nenek saya bagi tahu, bulan puasa ni kita kena jaga mulut.. Jangan kita sebut benda yang tak elok atau buat perkara tak elok seperti mengumpat, mengutuk orang, mencaci maki, mencarut.. Sebab benda tu semua boleh mengurangkan pahala puasa kita, nanti puasa kita jadi sia-sia je..

5. Atuk saya pesan, solat terawih janganlah tinggal. Walaupun terawih tu sunat je, tapi kita kena usaha buat walaupun kat rumah, sebab bulan Ramadhan je ada terawih, bulan lain tak ada.. Ni la peluang kita nak banyakkan ibadat kita.. Nak buat 8 rakaat ke, 20 rakaat ke, itu terpulang lah pada kemampuan masing-masing.. Tak payah gaduh-gaduh pasal bilangan rakaat, buang masa je..

ramadhan, puasa, sunnah, terawih, solat, sunat, hidup

6. Ustaz cakap, di bulan Ramadhan ni, ambil lah kesempatan untuk tweet atau post benda-benda baik kat fb dan twitter.. Ustaz tak larang kita main fb atau twitter di bulan puasa ni, tapi ustaz kata, ambil lah kesempatan untuk buat pahala.. Tweet "Jom pi terawih" yang simple tu pun boleh dapat pahala.. Tapi yang penting, ustaz cakap, kalau nak sebarkan hadi tentang Ramadhan tak ape, dialu-alukan, tapi janganlah sebarkan hadis yang palsu.. Kalau nak sebar hadis, siasat dulu status hadis tu..

7. Kakak cakap, di bulan puasa ni kita kena banyakkan sedekah, bantu orang miskin, anak yatim.. Akak suruh simpan duit jangan bazir beli makanan banyak-banyak kat bazar Ramadhan, duit lebih yang ada boleh sedekah kat orang yang memerlukan. Rezeki Allah itu kan kita kena kongsi bersama..

ramadhan, sedekah, puasa, sunnah, rezeki

8. Abang pulak pesan, bulan puasa ni lah kita boleh melatih diri uantuk mengawal nafsu.. Kawal nafsu makan, nafsu nak buat perkara lagha, nafsu nak buat maksiat... Sebab Allah kan berfirman bahawa tujuan kita Dia suruh kita berpuasa agar kita menjadi hambaNya yang bertaqwa.. Saya nak jadi orang bertaqwa..

9. Ustazah kat sekolah pesan, kita kena banyakkan ibadah terutamanya baca Quran, berzikir dan berselawat memuji Nabi. Kalau baca Al-Quran tu, jangan nak kejar khatam dalam masa sebulan je, tapi kita tak faham apa yang kita dah khatam. Ustazah kata, lebih baik kita baca sikit-sikit, lepas tu kita tengok tafsir, barulah kita faham apa yang kita baca seterusnya kita boleh menghayati dan amalkan apa yang terkandung di dalam Kitab Alah ni..

10. Sepupu saya ada cakap, pastikan kita cuba untuk bangun qiamullail.. Kalau nak mudah bangun awal masa sahur, sebelum makan, kita boleh buat solat sunat tahajjud, paling kurang solat 2 rakaat pun jadilah sebab saya kan budak kecik lagi.. Terutamanya sepuluh malam terakhir, kena perbanyakkan lagi ibadah malam, mana tahu Allah bagi peluang bertemu dengan Lailatul Qadr, malam yang lebih baik dari seribu bulan.. Fuyoooo, bestnye kan kalau saya bertemu dengan Lailatul Qadr..

11. Akhir sekali, mak cik Azizah jirang sebelah rumah pesan, yang paling penting sekali, semua ibadat yang kita lakukan di bulan puasa ni biarlah berterusan ke bulan-bulan yang lain juga. Biar kita istiqamah dengan apa yang kita lakukan sebab Allah suka hamba yang istiqamah. Ibadat kita bukannya bermusim, kita kena beribadat sepanjang masa, baru Allah sayang.. Bulan puasa ni sebagai bulan untuk kita training dan bulan lain adalah masa untuk praktikkan apa yang kita dah training tu.. Kita kan nak jadi hambaNya yang hebat..

Inilah sedikit sebanyak pesan yang saya dapat dari mereka semua. Walaupun pesanan ni semua untuk saya, sekarang saya nak forwardkan pulak semua pesanan kat kawan-kawan semua.. Biar kita dapat pahala sama-sama, tak nak lah dapat pahal sorang-sorang je, tak best la kalau macam tu..

Saya harap, Ramadhan tahun menjadi Ramadhan yang terbaik dan terindah bagi saya. Dan saya juga berharap, Allah akan terima semua ibadat saya di bulan mulia ini. Dan saya juga berharap agar Allah panjangkan umur saya untuk bertemu lagi dengan Ramadhan yang akan datang.. Amiinnn...

hidupbiarbest 

Posted on Wednesday, July 10, 2013 by hidupbiarbest

1 comment


Dunia pada hari ini macam-macam.. Ada sahaja perkara buruk yang berlaku.. Pembunuhan, rompakan, rogol, sihir, fitnah-memfitnah, orang aniaya, kena tipu dan sebagainya.. Kalau kita tidak berhati-hati, tak mustahil kita juga akan menjadi mangsa pada suatu hari nanti..

Selain berwaspada dengan keadaan sekeliling, marilah kita bertawakal dan berserah pada Allah dan mengamalkan doa ini :




اَللَّهُمَّ رَبَّ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَرَبَّ كُلِّ شَيْءٍ فَالِقَ الْحَبِّ وَالنَّوَى مُنْزِلَ التَّوْرَاةِ وَالْإِنْجِيلِ وَالْقُرْآنَ أَعُوذُ بِكَ مِنْ كُلِّ ذِي شَرِّ أَنْتَ آخِذٌ بِنَاصِيَتِهِ أَنْتَ الْأَوَّلُ فَلَيْسَ قَبْلَكَ شَيْءٌ وَأَنْتَ الْآخِرُ فَلَيْسَ بَعْدَكَ شَيْءٌ وَأَنْتَ الظَّاهِرُ فَلَيْسَ فَوْقَكَ شَيْءٌ وَأَنْتَ الْبَاطِنُ فَلَيْسَ دُونَكَ شَيْءٌ اِقْضِ عَنِّي الدَّيْنَ وَأَغْنِنِي مِنَ الْفَقْرِ.


Ya Allah, Tuhan langit dan bumi dan Tuhan segala sesuatu, Pembelah biji dan benih, Yang menurunkan Taurat, Injil dan Al-Quran. Aku berlindung kepadaMu daripada segala kejahatan sesuatu yang Engkau pegang ubun-ubunnya. Ya Allah, Engkaulah yang pertama, tidak ada sesuatu pun sebelumMu. Engkau adalah yang terakhir, tidak ada sesuatu pun selepasMu. Engkaulah yang zahir, tidak ada sesuatu pun yang yang mengungguliMu dan Engkaulah batin, tidak ada sesuatu pun yang tersembunyi daripadaMu. Lunaskanlah hutangku dan cukupkanlah aku daripada kefakiran.



*semoga hidup kita dijauhkan dari sebarang kejahatan dan kekacauan. Siapa yang tak nak hidup aman damai?

.:selamat beramal dan istiqamah:.


Hidupbiarbest

Posted on Monday, July 08, 2013 by hidupbiarbest

No comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
UA-38342808-1