Pernah tidak anda membuka komputer hati, dan menemukan sebuah virus yang menganggu program-program dan file-file di komputer hati kita? Virus yang bagaimana? Virus yang sentiasa membuatkan hati tidak tenang namun suka dan cemburu tapi cinta. Tahukah anda itulah virus yang bernama virus merah jambu. Kita semua harus berwaspada dengan virus ini. Jika tidak.....

virus, merah, jambu, awas, nasihat, renungan, islamik, komputer, hati, cuci

Virus merah jambu atau virus cinta adalah salah satu jenis virus ganas yang mengakibatkan penyakit hati pada diri kita, ia juga dapat merebak ke seluruh network tubuh dan sangat sukar dihilangkan. Virus ini merebak dengan cepat tanpa dapat kita kesan. Dari pelbagai kes yang pernah ditemukan, ternyata virus ini banyak menyerang pemilik komputer hati yang usianya  sekitar umur belasan tahun. Lebih tepatnya virus ini banyak menjangkiti para remaja yang tidak mempunyai sistem “firewall” berupa software Iman.

Tapi survey juga ada membuktikan juga, walaupun para remaja tersebut memiliki software Iman sekalipun, namun kerana jarang membuka file C:ImanCintaIlahi. Exe atau file C:ImanRajinibadah. doc yang berada di dalam paket software tersebut, maka akhirnya remaja-remaja tersebut terkena juga dengan virus merah jambu yang menjalar ke seluruh komputer hati mereka. Kebiasaannya ia akan bermula dengan penurunan iman secara berperingkat - peringkat. 

Maka, jika sedemikian jadinya, apa yang akan berlaku seterusnya? Maka mulalah virus ini bekerja menganggu sistem, program-program, dan file-file kita dengan selalu menampilkan gambar syaitan yang tertawa lebar, gembira melihat kegagalan kita meraih keredhaanNya. Namun banyak juga yang suka dengan kemunculan syaitan tersebut.

Pada akhirnya virus ini membuat pusat sistem otak syaraf dan akal mereka menjadi “hang” serta tidak dapat berfungsi secara normal. Jika hal seperti ini terjadi, maka virus ini akhirnya dapat mengalahkan sistem otak syaraf dan akal yang kita miliki. Pada waktu itu juga, kita akan sentiasa menjadikan cinta pada sesama manusia sebagai nombor satu, dan menjadikan cinta kepada Ilahi sebagai nombor dua.

Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya, dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmu-Nya dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya? Maka siapakah yang akan memberinya petunjuk sesudah Allah (membiarkannya sesat). Maka mengapa kamu tidak mengambil pelajaran?
(Surah Al-Jatsiah 45 : 23)

Dan di antara manusia ada orang-orang yang menyembah tandingan-tandingan selain Allah; mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Adapun orang-orang yang beriman sangat cinta kepada Allah. Dan jika seandainya orang-orang yang berbuat lalim itu mengetahui ketika mereka melihat siksa (pada hari kiamat), bahwa kekuatan itu kepunyaan Allah semuanya dan bahwa Allah amat berat siksaan-Nya (niscaya mereka menyesal).
(Surah Al-Baqarah 2 : 165)

Tapi apakah itu semua dapat dicegah??? Bagaimanakah pula caranya? Yang pasti, jawapannya ialah ya. Ianya perlu dilakukan secara berperingkat- peringkat. Pastikan pertamanya anda hilangkan dahulu file-file yang dapat menjadi pintu masuk virus ini, misalnya file “cintadunia. exe”. Lalu masukan disket anti virus yang berisi file “syakshiyah. exe” yang akan membersihkan sedikit demi sedikit virus merah jambu sampai ke akar-akarnya apabila file tersebut dijalankan. 

Jika anti virus tersebut tidak berhasil, maka anda perlu menginstall kembali software “iman”. Anda juga boleh pergi ke kajian-kajian yang menawarkan khidmat muat turun “installer iman” secara percuma. Atau anda juga boleh membeli “disket installer” berisi file “Aqidah.exe” atau “Imankuat.doc” . Jika sudah berhasil diinstall, pastikan komputer hati anda bekerja dengan normal kembali. Dan supaya tidak terulang kembali, maka seringlah membuka file dakwah.exe dan ukhwah.doc agar hati kita sentiasa jernih dan sentiasa bersih. InsyaAllah...

*sumber : diolah daripada sumber asal

hidupbiarbest

Posted on Wednesday, July 31, 2013 by hidupbiarbest

5 comments

Imam Hanbali adalah seorang ilmuwan yang sangat hebat. Beliau telah digelar Al-Hakam kerana menghafal lebih 700,000 hadis dan berpengetahuan mendalam berkenaan ilmu hadis. Belia juga sangat kuat beribadat dan sangat menghormati gurunya. Beliau telah menghafaz keseluruhan Al-Quran ketika umurnya 14 tahun. Imam Hanbali juga pernah menjadi anak murid Imam Syafie. Hidup beliau juga penuh dengan ujian kerana beliau pernah ditangkap, dipenjara dan disebat dengan rotan kerana beliau menentang fahaman Muktazilah yang sedang tersebar luas pada waktu itu...

nasihat, imam, hanbali, hambali, pantai, cantik, matahari, terbenam, turun, renungan, islamik

Marilah kita sama-sama menghayati nasihat beliau ini. Mungkin boleh dijadikan panduan hidup kite bersama :

  • Dunia ini adalah tempat beramal sementara akhirat tempat menerima balasan. Sesiapa yang tidak beramal di sini akan menyesal di sana.

  • Kemuliaan diertikan sebagai meninggalkan perkara-perkara yang diingini kepada perkara yang ditakuti.

  • Diam orang berilmu kerana takut dan taqwa. Diam orang jahil kerana tidak berilmu.

  • Manusia yang berkehendakkan ilmu seumpama orang yang berkehendak kepada makanan dan air.

  • Berbahagialah mereka yang banyak menyebut nama Allah.

  • Jangan kamu mengambil ilmu dari orang yang mempelajarinya dengan tujuan keduniaan.

  • Sesiapa yang menolak hadis akan tertolak hingga ke jurang kebinasaan. Sesiapa yang mati dalam Islam dan mengikut sunnah Rasulullah maka matinya dalam kebaikan.

  • Bertanyalah kepada ahli hadis dan jangan bertanya kepada ahli fikir kerana ahli hadis tidak bercakap menurut pendapat sendiri.

  • Sesiapa yang menghormati ahli hadis maka tinggilah kedudukannya di sisi Rasulullah. Sesiapa yang menghina ulama hadis maka hinalah kedudukannya di sisi Rasulullah.



hidupbiarbest

Posted on Friday, July 26, 2013 by hidupbiarbest

4 comments

Imam Malik... Beliau adalah pengasas Mazhab Maliki yang ada pada hari ini. Nama sebenar beliau adalah Abu Abdullah Malik bin Anas bin Malik bin Abi Amir bin Amr bin Haris. Beliau dilahirkan di Madinah Munawwarah pada 93 H/713 M dan meninggal dunia pada usia 89 tahun.

nasihat, imam, malik, pesa, pantai, pemandangan, beautiful, view, beach, pantai, view

Kehidupan keluarganya yang susah tidak memadamkan cita-citanya untuk menjadi orang yang berilmu. Berkat usahanya yang gigih dan bersungguh-sungguh, akhirnya beliau muncul sebagai seorang ulama, hartawan, dermawan, dan berjaya memegang jawatan Mufti Besar di Madinah. Beliau pernah menjadi guru sedari usia 17 tahun dan dapat mengajar dengan baik walaupun masih muda. Majlis pengajian beliau dilakukan di Masjid Nabawi. Salah satu kitab beliau yang terkenal adalah kitab al-muwattak.


Mari kita sama-sama hayati dan renungi nasihat beliau ini :

  • Ilmu itu adalah agama. Oleh itu, hendaklah kamu perhatikan daripada siapa kamu pelajari ilmu itu.

  • Ilmu itu cahaya. Ia tidak akan jinak kecuali hanya kepada hati yang bertaqwa dan khusyuk.

  • Apabila seseorang itu zuhud, Allah akan beri nikmat padanya.

  • Sebaik-baik perkara adalah yang jelas dan nyata. Sekiranya kamu syak  antara dua perkara, ambillah yang mana lebih meyakinkan.

  • Siapa mahu menjawab sesuatu masalah, dia perlu bentangkan dirinya dahulu ke dalam syurga dan neraka dan berusaha bagaimana dia akan selamat darinya.

  • Perumpamaan orang munafik yang berada dalam masjid itu seperti burung yang berada di dalam sangkar. Apabila sangkar terbuka, maka mereka berebut-rebut keluar.

  • Menurut apa yang diketahui bahawa ulama akan ditanya di akhirat kelak seperti apa yang ditanya pada nabi.

  • Apabila seseorang itu memuji dirinya, maka hilanglah kebijaksanaannya.

  • Orang yang menuntut ilmu agama pastilah warak, bersikap tenang dan bertaqwa.

imam, malik, kitab, muwattak, muwatta, mazhab, maliki

  • Seorang yang alim tidak patut bercakap berkenaan ilmu kepada mereka yang tidak layak mendengarnya dan mereka yang membencinya kerana dia hanya menjadikan ilmu itu hina.

  • Apabila kamu ditanya sesuatu perkara, kamu perlu perhalusi dan teliti pendapat kamu dengan pelbagai pendapat orang lain kerana penelitian itu menghapuskan fikiran sempit seperti api menghilangkan kotoran emas.

  • Allah tidak kasih kepada hambaNya yang diberi nikmat melainkan hamba itu melahirkan kesan nikmat Allah itu. Lebih-lebih lagi orang berilmu.

  • Sesiapa yang tahu bahawa percakapannya hanya menunjuk-nunjuk kadar amalannya, maka kurangkanlah bercakap.

  • Apabila seseorang manusia itu tidak berbuat baik pada dirinya sendiri, maka dia pun tidak baik di sisi manusia.

  • Tidak ada kebaikan bagi sesiapa yang melihat dirinya arif dalam sesuatu perkara sedangkan orang lain tidak melihatnya sebagai ahli dalam perkara itu.

Semoga nasihat beliau ini dapat dijadikan pengajaran kepada kita semua. InsyaAllah.

hidupbiarbest

Posted on Wednesday, July 24, 2013 by hidupbiarbest

1 comment


Allah nak ampunkan ke dosa aku ni… Aku tahu Allah Maha Pengampun, tapi layakkah dosa aku ini diampunkan…


Dosa aku terlalu banyak Ya Allah…
Aku yang lepaskan tangan dari tali Mu Ya Allah…
Aku yang menyimpang dari jalan Mu Ya Allah…
Aku yang memekakkan telinga dari seruan Mu Ya Allah…
Aku yang membutakan mata dari melihat kebesaran Mu Ya Allah…
Aku yang keluar dari naungan Mu Yz Allah…
Aku yang lari dari syurga Mu Ya Allah…


Atas semua dosa yang aku buat ni, mahukah Engkau ampunkan dosaku Ya Allah…?
Dulu, aku yang jual mahal dengan syurgaMu, dan sekarang, mahukah Engkau benarkan aku memasukinya…?
Aku yang tidak mahu mendengar seruan Mu, sekarang mahukah Engkau berikan aku hidayah Ya Allah…?
Sepatutnya aku menjaga dan memelihara agama Engkau, tapi aku yang rosakknnya… bolehkah Engkau ampunkan aku...?


                  ************************
Aku tahu Allah itu memang Maha Pengampun…
Aku tahu Allah boleh ampunkan aku…. Allah kan baik…
Sebab itulah aku mesti terus meminta ampun kepada Allah walaupun aku telah banyak berbuat dosa…
Mana boleh putus asa untuk mendapatkan syurga Allah yang Maha Best itu…


Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. 
(Az-Zumar : 53) 


hidupbiarbest

Posted on Friday, July 19, 2013 by hidupbiarbest

1 comment

Memandangkan hari ni hari Jumaat, saya nak post perkara yang berkaitan dengan hari Jumaat...jom kita hayati bersama...InsyaAllah.

Rasulullah melakukan solat Jumaat pertama kalinya di Wadi Ranuna, kira-kira 1 kilometer dari Masjid Quba. Di sana kini berdirinya sebuah masjid bernama Masjid Jumaat.

khutbah, jumaat, pertama, mimbar, rasulullah, masjid, nabawi, cerita, renungan
mimbar Rasulullah di Masjid Nabawi
*****
Segala puji bagi Allah, kepada-Nya saya memohon pertolongan, ampunan dan petunjuk. Sata beriman kepada Allah dan tidak kufur kepada-Nya. Saya bersaksi tiada tuhan selain Allah dan tidak ada sekutu bagi-Nya. Saya juga bersaksi Muhammad adalah hamba dan utusan Allah. Dia telah mengutusnya dengan petunjuk dan agama yang benar, dengan cahaya dan pelajaran, setelah lama  tidak ada rasul yang diutus, ketika sedikitnya ilmu dan banyaknya kesesatan pada manusia di kala zaman menjelang akhir dan ajal kian dekat. 

Siapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, dia mendapat petunjuk. Siapa yang menderhakai Allah dan Rasul-Nya, dia melampaui batas dan tersesat dengan kesesatana yang sangat jauh.

Saya berwasiat kepada kalian agar bertaqwa kepada Allah. Ia adalah wasiat terbaik bagi seorang Muslim. Seorang Muslim perlu selalu mengingati akhirat dan menyeru kepada ketaqwaan kepada Allah. Berhati-hati terhadap yang diperingatkan Allah. Kerana itu adalah peringatan yang tiada tandingannya. Ketaqwaan kepada Allah yang dilaksanakan kerana takut kepada-Nya, ia memperoleh pertolongan Allah atas segala urusan akhirat.

Siapa yang selalu memperbaiki hubungan dirinya dengan Allah, sama ada ketika sendirian mahupun di tengah orang ramai, dan dia melakukan semata-mata hanya mengharapkan redha Allah, baginya kejayaan di dunia dan ganjaran pahala setelah mati, iaitu ketika setiap orang mengharapkan balasan atas apa yang dilakukannya. 

Jika tidak melakukan semua itu, pasti dia berharap agar masanya menjadi lebih panjang. Allah memperingatkan kamu akan seksa-Nya dan Allah mengasihi hamba-hamba-Nya
(Surah Ali-Imran : 30)

Dia adalah Zat yang benar firman-Nya, melaksanakan janji-Nya dan semua itu tidak pernah diingkari. Allah berfirman :

Keputusan di sisi-Ku tidak dapat diubah dan Aku sekali-kali tidak menganiaya hamba-hamba-Ku.
(Surah Qaf : 29)

Kerana itu bertaqwalah kalian kepada Allah dalam urusan sekarang mahupun yang akan datang, sama ada secara rahsia atau terang-terangan.

Sesungguhnya barang siapa yang bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan menghapus kesalahan-kesalahannya dan akan melipat gandakan pahala baginya.
(Surah At-Thalaq : 5)

Dan barang siapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.
(Surah Al-Ahzab : 71)

Sesungguhnya ketaqwaan kepada Allah menghindarkan dari kemarahan, hukuman dan kemurkaan-Nya. Taqwa kepada Allah menjadikan wajah bersinar terang, membuatkan Allah redha dan meninggikan darjat. Lakukan dengan sepenuh kemampuan kalian dan jangan sampai kurang di sisi Allah.

Dia telah mengajarkan kepada kalian dalam kitab-Nya dan membentangkan jalan-Nya untuk mengetahui siapa yang benar dan untuk mengetahui siapa yang dusta.
(Surah Al-Anjabut : 3)

Justeru itu, kamu perlu berbuat baik, sebagaimana Dia berbuat pada kalian dan musuhi musuh0-musuh-Nya. Berjihad di jalan Allah dengan sebenar-benar jihad. Dia telah memilih dan menamakan kalian sebagai Muslim
(Surah Al-Hajj : 78)

Agar orang yang binasa itu binasanya dengan keterangan yang nyata dan agar orang yang hidup itu hidupnya dengan keterangan yang nyata.
(Surah Al-Anfal : 42)

Tiada daya upaya, kecuali hanya dengan kekuatan Allah. Kerana itu, banyakkan mengingati Allah dan beramal demi kehidupan setelah mati. Orang yang membangun hubungan baik dengan Allah, Dia juga mengeratkan hubungan orang itu dengan manusia lainnya.

Kerana Allah yang memberi ketetapan kepada manusia, sedang manusia tidak mampu memberi ketapan kepada-Nya. Dia menguasai manusia, sedang manusia tidak dapat menguasai-Nya. Allah itu Maha Agung. Tiada daya dan kekuatan selain dengan kekuatan Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Agung.


*****
*isi khutbah Rasulullah ini sebagaimana juga disebutkan dalam Tarikh Thabari, Tafsir Al-Qurthubi, Subul Al-Huda wa ar-Rasyad dan Al-Bayan Al-Muhammadi karya Dr Mustafa Asy-Sya’kah. Penjelasan ini juaga diperkuat dengan keterangan Ibnu Abbas yang diriwayatkan oleh Ibnu Katsir

APA YANG KITA DAPAT DARI KHUTBAH NI
  • Allah mengutus seorang Nabi setelah sekian lama tidak ada Rasul dan ketika kejahilan dan kesesatan berleluasa.
  • Asas iman adalah mentaati Allah dan Rasul.
  • Orang Islam perlu sentiasa mengingati hari akhirat dan bertaqwa kepada Allah.
  • Kita perlu berikan perhatian serius terhadap semua peringatan Allah.
  • Ketaqwaan kepada Allah boleh memberikan pertolongan kepada seseorang yang beriman di hari akhirat.
  • Orang yang memelihara hubungan dengan Allah sama ada secara sembunyi atau terang-terangan, dia akan mendapat kejayaan di dunia dan ganjaran pahala selepas mati.
  • Ketaqwaan kepada Allah akan menghapuskan dosa-dosa dan melipat gandakan pahala.
  • Orang yang mengeratkan hubungannya dengan Allah, Allah juga akan mengeratkan hubungannya dengan manusia lain.
  • Berbaiklah kepada Allah seperti mana Allah berbaik dengan kita.
  • Ketaqwaan kepada Allah menjadikan wajah bersinar dan mendapat keredhaan Allah.

Semoga kita sama-sama menghayati khutbah Rasulullah ini dan menjadikannya sebagai pesanan penting untuk diri kita.
hidupbiarbest dunia dan akhirat...

*sumber : Khutbah Rasulullah, susunan Rohidzir Rais, terbitan PTS Islamika Sdn. Bhd.

hidupbiarbest

Posted on Thursday, July 18, 2013 by hidupbiarbest

1 comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
UA-38342808-1