AMARAN !!! Dilarang membaca entri ini. Kenapa tajuk dia 'dilarang membaca'? Sebab aku memang tak nak korang baca entri ni. Aku beri amaran, please jangan baca entri ini. Korang FAHAM? Aku yakin korang faham dengan arahan aku ni. So, jangan baca entri ini...

jangan, dilarang, membaca, entri, ini, don't, read, this, best, menarik, nasihat, islamik

Eh, apasal korang baca lagi. Kan aku dah cakap, JANGAN BACA. Wahai pembaca, hentikanlah pembacaan anda. Aku yakin korang ni pembaca yang bijak. Dengar la arahan aku ni. Senang je pun. Aku bukan suruh buat benda haram pun. Aku cuma nak korang berhenti membaca entri ini. Itu je...

Ya Allah. Baca lagi... Sedih betul aku. Sanggup korang langgar arahan aku ni. Benda simple pun tak boleh buat ke? Aku cakap jangan baca, jangan bacalah. Apasal korang degil sangat ni? Takkan korang nak aku tulis dalam Bahasa Urdu baru nak berhenti baca entri ni?

Arrgghhh... Degilnya korang semua ni. Mana pergi disiplin korang ni. Nak ikut arahan yang kacang macam ni pun susah ke? Aku ulang. JANGAN BACA. Lagi sekali... JANGAN BACA ENTRI INI, BERHENTI SEKARANG. CUKUPLAH SAMPAI SINI...

MasyaAllah. Masih baca lagi. Tak pe lah. Nampaknya korang dah endahkan amaran dan arahan aku. Benda terakhir yang aku boleh buat adalah nasihatkan korang. Tolonglah ! Wahai pembaca sekalian, tolonglah berhenti membaca. Kenapa anda degil sangat? Saya merayu, BERHENTILAH sekarang... Hanya nasihat inilah yang aku boleh bagi sebagai jalan terakhir untuk halang korang daripada baca entri ni. JANGANLAH BACA ENTRI NI. STOP !!!

Tengok tu. Baca lagi tu... Ish ish ish...

Kalau korang dah baca sampai sini, ketahuilah bahawa sesungguhnya korang ni memang pembaca yang degil. Sorry to say, tapi memang korang degil.

********
Nasib baik korang baca jugak sampai sini. Sebenarnya ada message disebalik entri tak guna ni. Gambaran tentang umat Islam zaman sekarang ni. Ramai Muslim di luar sana yang masih suka melanggar perintah Allah kan. Walaupun dah dilarang, mereka masih lagi melakukan perkara yang Allah larang. Contohnya, macam meninggalkan solat, minum arak, rasuah, riba.... Bukan hanya satu dalil yang melarang perbuatan tersebut, tapi banyak dalil dari Al-Quran, Hadis dan Ijmak Ulamak yang meyokong larang tersebut... Tapi, umat Islam memang degil...

Kalau anda perasan, ada lebih daripada sepuluh kali aku larang korang bca entri ni. Tapi, korang baca jugak kan. Macam tu lah manusia. Dah dilarang banyak kali, dah dinasihat beribu kali, masih nak buat jugak. Semakin dilarang, semakin dibuat. Sifat ingin tahu itu baik untuk kemajuan diri kita, tapi jangan sampai sifat ingin tahu tersebut menjahanamkan diri kita...

Kepada pembaca sekalian... TAHNIAH saya ucapkan. Korang memang orang yang suka membaca. Bagusla tu, membaca jambatan ilmu. Aku tahu korang tak bersalah. Lagipun, ada pengajaran yang hendak aku sampaikan kat korang... Cuma, kita perlu ingat, PATUHILAH perintah Allah dan RasulNya. Janganlah sesekali cuba mempertikaikan dan melanggar perintah Allah. Kelak buruk padanya. Nerakalah jawabnya.

Terima kasih bebanyak kerana sudi membaca walaupun dah dilarang. Teruskan membaca entri di blog ni. Aku cuma bergurau dengan gurauan yang ada pengajaran. Jangan merajuk... hidupbiarbest selalu

Hidupbiarbest