Jangan
terkejut dengan tajuk ini. Baca dulu, baru tahu. Entri ini saya ambil daripada
facebook. Bukannya apa. Saja nak berkongsi. Kat facebook, bukan semua orang
dapat baca kan...
1.
Perempuan yang bergelar muslimah itu tidak guna kain yang nipis untuk membuat
bajunya, sehingga terbayang kulitnya. Kerana dia tahu, bahawa pakaian seperti
itu adalah pakaian yang layak dipakai oleh perempuan jalang.
2.
Perempuan yang mengakui dirinya beragama islam memang tidak guna rantai kaki
yang berloceng untuk dililitkan pada kakinya. Rantai ini apabila dipakai
walaupun tersembunyi tetap bergemerincing dan menarik perhatian orang lain,
lebih-lebih lagi lelaki JAHAT. Dia tahu sekiranya dia memakainya juga dia telah
melanggar larangan Allah dalam ayat 31 surah An- Nur.
3.
Perempuan yang mengakui dirinya ana muslimah memang tidak guna minyak wangi
yang baunya semerbak. Wangian sebegini mempunyai kuasa penyerakan bau yang amat
tinggi kerana kadar kemeruwapannya tinggi. Biasanya kekuatan bau ini
menunjukkan kadar kekompleksan rantai alcohol (secara kimia) yg digunakan untuk
membuat pewangi itu. Perempuan yang tidak memakai wangian yang kuat ini tahu
bahawa inilah yang dipesan oleh nabi. Sabda junjungan bahawa wanita yang keluar
rumah dengan memakai wangian, adalah seperti pelacur. Bukan tidak boleh
berwangi-wangi tetapi bersederhanalah dalam pemakaian wangian tersebut.
4.
Perempuan yang kuat pegangan agamanya memang tidak guna kata - kata yang keji, kerana
dia tahu sesiapa sahaja yang bercakap perkara yang keji adalah mereka yang
rendah akhlaknya. Lelaki atau perempuan yang bercakap menggunakan perkataan
yang buruk atau jahat, adalah seperti sepohon pokok yang rosak akar tunjangnya.
Dia tahu bahawa perumpamaan perkataan yang baik dan buruk dinyatakan dengan
jelas dalam ayat 24-26 surah Ibrahim.
5.
Perempuan muslimah tidak guna masa berborak untuk mengatakan hal-hal orang yang
disekitarnya atau dengan kata lain mengumpat, memperkatakan keabaian saudaranya.
Dia tahu bahawa sekiranya orang yang suka mengumpat baik lelaki atau perempuan
dia seolah-olah memakan daging saudaranya sendiri.
Apakah
sanggup kita memakan daging saudara sendiri? Persoalan ini ditanyakan
kepada kita dalam firman-Nya ayat 12 surah al-Hujurat.
6.
Perempuan yang berpakaian berdasarkan syariat islam memang tidak guna tudung
tiga segi, apabila memakainya diselempangkannya sehingga nyata bentuk
perbukitan pada badannya (tudung siput babi). Sememangnya ia menjadi tatapan
mata lelaki yang jahat yang terkena panahan syaitan. Dia tahu apabila
bertudung, dia mesti melabuhkan tudungnya sehingga menutup alur lehernya dan
tidak menampakkan bentuk di bahagian dadanya. Pesan Rasulullah seperti yang
disuruh oleh Allah tersebut dalam ayat 59 al-Ahzab. Begitu juga seorang lelaki
yang bergelar suami mesti memberi peringatan untuk isteri dan anak- anaknya.
7.
Perempuan yang memahami etika dalam islam memang tidak guna lenggok bahasa yang
boleh menggoda seorang lelaki. Jika bercakap dengan lelaki yang bukan
mahramnya, bercakaplah dengan tegas. Jangan biarkan suara lentukku untuk
menarik perhatian lelaki yang sakit dalam hatinya. Sememangnya suara perempuan
bukanlah aurat, jika aurat maka Allah tidak akan menjadikan perempuan boleh
berkata-kata. Bertegaslah dalam percakapan, jangan gunakan suaramu untuk
menarik perhatian lelaki sehingga menjadi fitnah buatmu. Bahaya suara wanita
yang bercakap dengan gaya membujuk yang boleh mencairkan keegoan lelaki (yang
bukan mahramnya) dicatat dalam ayat 32 surah al-Ahzab. Makna ayatnya lebih
kurang begini "Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara sehingga
berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya dan ucapkanlah perkataan
yang baik". 'Tunduk' di sini ditafsirkan sebagai berbicara dengan sikap yang
boleh menimbulkan keberanian orang untuk bertindak jahat kepada mereka.
"Penyakit dalam hati" adalah keinginan seorang lelaki untuk melakukan
perbuatan sumbang dengannya seperti berzina. Mengapa? Lelaki sangat mudah
tertarik kepada seorang wanita melalui suaranya.
8.
Perempuan yang menjaga maruah Islam memang tidak guna alat make-up untuk
menonjolkan kejelitaannya melainkan di hadapan suaminya sahaja. Adab bersolek
(tabarruj) ini amat ditekankan kepada wanita muslim (muslimah) kerana
semestinya kecantikannya adalah hak ekslusif yang mesti persembahkan kepada
suaminya. Jika ingin keluar bekerja, dia memakai make-up secara bersederhana
sahaja sehingga tidak jelas kelihatan pada wajahnya dia bersolek. Jangan
bersolek sehingga cantiknya anda sehingga kadang-kadang wajah anda menjadi
seperti hantu. Hendak bergincu? Jika bergincu, pakailah yang tidak menyerlah
warnanya atau mengapa tidak pakai lipstick-non-glossy atau lipbalm sahaja?
9.
Perempuan islam tidak guna kain tudung yang jarang-jarang seperti jarangnya
jala yang digunakan untuk memukat haiwan akuatik. Kerana apabila memakai tudung
seperti ini, akan nampak juga bahagian yang sepatutnya ditutup rapi dari
pandangan orang lain. Rambut adalah mahkota, tetapi jangan biarkan mahkota itu
tidak 'berharga' dengan menayangkannya tanpa sebarang perlindungan. Jika
mahkota berharga disimpan dengan rapi di dalam sangkar, dan ditambah pula
pengwal untuk menjaga keselamatannya, maka demikian juga dengan rambut wanita.
Sangkar itu adalah kain litup yang sempurna dan pengawalnya pula adalah ilmu
yang diamalkan oleh anda untuk memakainya dengan cara yang terbaik.
Betul
tak yang muslimah tu memang tak guna. Betul. Diorang memang tak gunakan
perkara-perkara benda-benda yang dilarang dalam Islam. Itulah Muslimah yang
sejati. Jadilah Muslimah yang GUNAkan aturan syariat yang telah ditetapkan
Allah.
*kredit to Afiq Danial
hidupbiarbest
nice sharing. semoga pihak muslimah yang membaca sedar :)
ReplyDeleteAssalamualaikum. Wah! Nice entry tapi kurang padan dengan nama muslimah. Muslimah bermaksud perempuan islam yang beriman dengan rukun iman dan mengamalkan rukun islam. Mungkin lebih baik tukarkan perkataan Muslimah itu kepada Mukminah ataupun perempuan. Btw, sharing is caring dan ingat mengingati :)
ReplyDeletesalam..jgn la guna gelaran muslimah encik/cik..selami dulu maksud tu...sensitif tau...btw, bagus entry ni...teruskan:)
ReplyDeleteAssalamualaikum..entry yg bgus..smge seluruh muslimah sedar akan tanggungjawab masing2 terutama di akhir zaman ni..
ReplyDelete