syaitan, syaiton, setan, manusia, vs, people, muslim, devil, video, best, menarik, islamik

Kalau sebelum ni, kita dah tengok 3 video mengenai pertandingan manusia vs setan. Kalau belum, klik sini. Anda dah menang ke belum dalam 3 buah pertandingan yang lepas? Harap-harap, menang la ye. Kali ini, kita nak tengok lagi 3 video pertandingan antara manusia menentang setan. Siapa pulak yang menang agaknya?



1. Pertandingan tidur vs solat. Biasanya waktu subuh la ni. Biasa la, liat nak bangun. Kebanyakan kita lagi sayang kat mimpi tu daripada nak bangun Solat Subuh. Betul ke? Kalau rase-rase dah dengan azan tu, bangun je lah terus, Tak payah nak tunggu-tunggu dah. Terlepas Subuh, menyesal tak sudah. Sebelum tiduur, bacalah doa dulu, lepastu, niatkan dalam hati yang kita nak bangun Subuh awal esok. InsyaAllah, kita boleh bangun awal. Kalau anda, biasanya siapa menang? Anda ke setan?



2. Pertandingan tutup aurat vs buka aurat. Ini biasanya melibatkan wanita la. Lelaki pun ade juga tapi lebih kepada wanita la. Aurat itu satu kewajipan. Tak kiralah ke mana dan di mana kita pergi, aurat perkara utama yang perlu diambil berat. Memang ramai wanita Islam Malaysia di luar sana yang kalah teruk dalam pertandingan ni. Tak tidur malam setan berparti meraikan kemenangan diorang dalam pertandingan ni. Aku harap, yang sedang membaca ni adalah orang yang menang dalam pertandingan ni. Betul tak?




3. Pertandingan merokok vs katakan tak nak pada merokok. (panjang la pulak nama pertandingan ni)... Pertandingan ni pula kebiasannya untuk lelaki. Yang perempuan ada juga, tapi tak sebanyak lelaki la. Lelaki di luar sana, jangan sesekali cuba untuk merokok. Setan tu tunggu je kita merokok, dia nak makan asap rokok tu. Asap tu kan salah satu makanan setan. Fatwa dah kata merokok tu haram, janganlah nak melanggar hukum pulak. Sesiapa yang  merokok, cubalah untuk berhenti. Berdoa pada Allah. Nasihatlah sekali kawan-kawan dan ahli keluarga kita yang merokok tu. Anda pula bagaimana? Setan atau anda yang menang?

Dah tengok semua video tu? Video kali ini melibatkan benda yang lebih berat iaitu perkara haram yang sering manusia lakukan iaitu buka aurat, merokok dan tinggal solat. Setan ni memang licik. Tapi kita kena ingat, manusia lebih bijak. Kita hamba Allah, bukan hamba syaitan. Jadi, janganlah dengar hasutan dan bisikan syaitan tu. Kenerakalah jawabnya... Pastikan kita yang menang dalam semua pertandingan tu, barulah gentleman. Kalau kita kalah, tarbahak-bahak lah setan gelakkan kita... Apa yang penting, ingat dan takutlah Allah sentiasa... Jadikan Al-Quran panduan hidup kita.

Say No To Setan !!!
Hidupbiarbest

Posted on Friday, September 23, 2011 by hidupbiarbest

No comments

Hari ni tak perlulah aku menulis banyak....
Hari ini, apa kata kita mentafsir gambar...
Melalui gambar pun kita boleh ambil iktibar juga kan?

pencuri, yang, baik, hati, wanita, solehah, pelihara, islamik

Susah nak dapat lelaki atau perempuan yang macam ni zaman sekarang ni. Banyak antara manusia yang ingin mencari pasangan semata-mata kerana nafsu dan ingin bergembira sahaja.

IMAN. Jaga iman kita. Jangan biarkan nafsu menguasai diri kita. Biarlah iman yang melindungi diri kita dari api neraka.

Semoga aku dapat jadi macam lelaki kat atas ni. Anda pun. InsyaAllah ...

Hidupbiarbest

Posted on Wednesday, September 21, 2011 by hidupbiarbest

1 comment

remember, Allah, always, orang, kata, lain, aku, nasihat, iluvislam, best, islamik

Orang kata…enjoy sementara muda,hidup panjang lagi , dah tua nanti taubatlah…
Aku rasa…orang muda hidup memang baru bermula, tapi belum tentu panjang lagi, entah esok lusa Izrail datang menjemput… siapa tahu

Orang kata…exam tu susah, kena banyak berkorban, kena study itu,ini…
Aku rasa…exam tu senang, dah tau tarikh untuk diuji , dah ada rujukan , tapi kalau ajal , entah bila tak ada siapa pun tau , banyak pulak tu peringkatnya : Munkar Nankir, neraca Mizan, titian Sirat , syurga neraka…

Orang kata…have fun on your birthday, buat party, enjoy sepanjang hari…
Aku rasa…bila kita sambut harijadi, maknanya kita makin hampir dengan kematian tapi Allah masih beri masa untuk kita beribadah, bertaubat, tambah amal …

Orang kata…belajar mesti sungguh-sungguh , dah graduate nanti enjoy, pergi disko, puaskan nafsu, baru puas…
Aku rasa…betul ke hati dah puas? Dah cukup ke ibadah nak tempah kubur luas-luas? Dah siap ke kenderaan nak lalu Siratul Mustaqim? Dah cukup ke zikir untuk santapan rohani? Dah cukup ke amalan nak booking Syurga???

Orang kata…kita ada 24 jam sehari, tapi tak cukup masa nak bahagi : nak lepak kat CyberCafe , nak tengok wayang, nak pergi disko, nak pergi dating, nak enjoy…
Aku rasa…setiap manusia ada 24 jam sehari, tapi ada ke masa nak solat tak sampai 5 minit? Ada ke masa nak buat qiamullail? Ada ke masa nak baca al-Quran walaupun sehelai dalam sehari? Ada ke masa nak beribadah , nak bertaubat lepas banyak buat dosa pada Allah ???

Orang kata hidup ni cuma sekali, kena manfaatkan betul-betul. Enjoy puas-puas, buat apa sahaja yang kita mahu asalkan hati puas..
Aku rasa diorang ni silap kot... Hidup kita ni dua kali dan hidup kali yang kedua itulah yang kekal abadi selamanya... So, aku kena cari bekalan banyak-banyak, nanti boleh hidup senang kat sana..

Orang kata Allah itu Maha Adil, Maha Pengampun, Maha Pemurah, Maha Penyayang ...
Dan aku memang percaya semua tu ...
Dan aku juga tahu yang Allah sayang akan hamba-hambanya ... Betul tak?

Orang kata blog ni best... Ye ke? Entahlah nak percaya ke tak nak ...

Lain kali, jangan sesuka hati ikut je ape orang kata... Tak tentu betul lagi apa yang diorang kata...
Yang penting, ikut cakap Nabi dan Al-Quran...

Hidupbiarbest

Posted on Sunday, September 18, 2011 by hidupbiarbest

2 comments

AMARAN !!! Dilarang membaca entri ini. Kenapa tajuk dia 'dilarang membaca'? Sebab aku memang tak nak korang baca entri ni. Aku beri amaran, please jangan baca entri ini. Korang FAHAM? Aku yakin korang faham dengan arahan aku ni. So, jangan baca entri ini...

jangan, dilarang, membaca, entri, ini, don't, read, this, best, menarik, nasihat, islamik

Eh, apasal korang baca lagi. Kan aku dah cakap, JANGAN BACA. Wahai pembaca, hentikanlah pembacaan anda. Aku yakin korang ni pembaca yang bijak. Dengar la arahan aku ni. Senang je pun. Aku bukan suruh buat benda haram pun. Aku cuma nak korang berhenti membaca entri ini. Itu je...

Ya Allah. Baca lagi... Sedih betul aku. Sanggup korang langgar arahan aku ni. Benda simple pun tak boleh buat ke? Aku cakap jangan baca, jangan bacalah. Apasal korang degil sangat ni? Takkan korang nak aku tulis dalam Bahasa Urdu baru nak berhenti baca entri ni?

Arrgghhh... Degilnya korang semua ni. Mana pergi disiplin korang ni. Nak ikut arahan yang kacang macam ni pun susah ke? Aku ulang. JANGAN BACA. Lagi sekali... JANGAN BACA ENTRI INI, BERHENTI SEKARANG. CUKUPLAH SAMPAI SINI...

MasyaAllah. Masih baca lagi. Tak pe lah. Nampaknya korang dah endahkan amaran dan arahan aku. Benda terakhir yang aku boleh buat adalah nasihatkan korang. Tolonglah ! Wahai pembaca sekalian, tolonglah berhenti membaca. Kenapa anda degil sangat? Saya merayu, BERHENTILAH sekarang... Hanya nasihat inilah yang aku boleh bagi sebagai jalan terakhir untuk halang korang daripada baca entri ni. JANGANLAH BACA ENTRI NI. STOP !!!

Tengok tu. Baca lagi tu... Ish ish ish...

Kalau korang dah baca sampai sini, ketahuilah bahawa sesungguhnya korang ni memang pembaca yang degil. Sorry to say, tapi memang korang degil.

********
Nasib baik korang baca jugak sampai sini. Sebenarnya ada message disebalik entri tak guna ni. Gambaran tentang umat Islam zaman sekarang ni. Ramai Muslim di luar sana yang masih suka melanggar perintah Allah kan. Walaupun dah dilarang, mereka masih lagi melakukan perkara yang Allah larang. Contohnya, macam meninggalkan solat, minum arak, rasuah, riba.... Bukan hanya satu dalil yang melarang perbuatan tersebut, tapi banyak dalil dari Al-Quran, Hadis dan Ijmak Ulamak yang meyokong larang tersebut... Tapi, umat Islam memang degil...

Kalau anda perasan, ada lebih daripada sepuluh kali aku larang korang bca entri ni. Tapi, korang baca jugak kan. Macam tu lah manusia. Dah dilarang banyak kali, dah dinasihat beribu kali, masih nak buat jugak. Semakin dilarang, semakin dibuat. Sifat ingin tahu itu baik untuk kemajuan diri kita, tapi jangan sampai sifat ingin tahu tersebut menjahanamkan diri kita...

Kepada pembaca sekalian... TAHNIAH saya ucapkan. Korang memang orang yang suka membaca. Bagusla tu, membaca jambatan ilmu. Aku tahu korang tak bersalah. Lagipun, ada pengajaran yang hendak aku sampaikan kat korang... Cuma, kita perlu ingat, PATUHILAH perintah Allah dan RasulNya. Janganlah sesekali cuba mempertikaikan dan melanggar perintah Allah. Kelak buruk padanya. Nerakalah jawabnya.

Terima kasih bebanyak kerana sudi membaca walaupun dah dilarang. Teruskan membaca entri di blog ni. Aku cuma bergurau dengan gurauan yang ada pengajaran. Jangan merajuk... hidupbiarbest selalu

Hidupbiarbest

Posted on Friday, September 16, 2011 by hidupbiarbest

3 comments

Assalamualaikum...

Sedih, kesian dan simpati apabila menyelak keratan akhbar, menonton berita di televisyen mengenai nasib saudara seagama kita di Somalia. Mereka menghadapi krisis kebuluran yang amat teruk sekali.

Kita di sini sakit perut kekenyangan, mereka mati kerana lapar...
Bantuan yang dihulurkan oleh dunia masih tidak mencukupi...
Nyawa mereka berada di hujung tanduk...
Ratusan manusia mati setiap hari...
Apalah nasib mereka...
Ujian Allah tiada siapa mampu halang...

somalia, bantu, saudara, muslim, starving

saudara, somalia, bantu, muslim, starving

somalia, bantu, muslim, saudara, islam, starving

somalia, bantu, saudara, muslim, starving

Jangan sekadar melihat...
Ambil tindakan segera...
Bantulah mereka...
Atau paling tidak pun, doakanlah mereka... 
Agar krisis kebuluran ini segera berakhir...

Mari kita bantu mereka melalui Islamic Relief Malaysia (IRM)... Klik sini.
Hulurkan tangan ringankan beban...
Bersyukurlah kepada Allah kerana kita cukup makan...
Jangan sesekali kita kufur nikmat sehingga membazirkan makanan kita...


hidupbiarbest

Posted on Wednesday, September 14, 2011 by hidupbiarbest

No comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
UA-38342808-1