Kisah Nobita dan Sizuka yang ingin aku kongsikan ini tak ada dalam komik atau tv tau...
Ni kisah special edition punya...
Harap-harap kisah mereka dapat menjadi pengajaran buat kita semua...
sizuka, nobita, cinta, couple, haram, kisah, cerita, best, menarik, islamik, muslim, malam, suatu
******
Di satu malam di depan panggung wayang..

Sizuka : Best tengok wayang dengan awak tadi..kelakar je cerita tu..tak bosan kan?

Nobita : A’ah xbosan. Best!

Sizuka : Kalau best, kenapa awak letakkan kepala awak kat bahu saya & bagi tau saya yan awak ngantuk?

Nobita : Errr~ hehe..

Sizuka : Nasib baik kita pakai sweater kan awak? Kalau tak, mesti sejuk dalam tu tadi.

Nobita : A’ah..betul3!  Tak de la sejuk sangat tadi bila dah pakai sweater ni.

Sizuka : Kalau tak sejuk, kenapa awak pegang tangan saya & bagi tau yang awak sejuk?

Nobita : Errr~ hehe..

Mereka pun menuju ke i-City..

Sizuka : Awak, saya cantik tak?

Nobita : Awak kan sayang saya..mestilah cantik..

Sizuka : Kalau saya ni betul cantik bagi awak, kenapa bila saya pakai baju tertntu baru awak akan puji saya cantik. Kalau saya pakai baju longgar, awak diam je...kadang-kadang awak akan tanya saya kenapa pakai baju besar..kalau saya pakai baju ketat, baru awak puji saya cantik..kenapa ye?

Nobita : Errr~ hehe..

Mereka pun tiba di i-City..

Sizuka : Jom snap gambar awak..saya nak tangkap gambar awak bawah lampu tu.

Nobita : Kita tangkap gambar berdua la sayang. Meh sini, duduk sebelah saya. Rapat sikit, nanti tak masuk pulak gambar awak.

Sizuka : Boleh ke rapat-rapat ni?huu

Nobita : Takpe la..awak kan awek saya...

Sizuka : Awek je..bukan isteri yang sah..

Nobita : Errr~ huhu..

Sizuka : Nanti saya simpan gambar kita ni dalam laptop saya ye awak.

Nobita : Alaa..upload la terus dalam fb.

Sizuka : Eh..boleh ke..tak elok la awak..gambar tu dah la awak & saya je..yang ke-3 syaitan..pastu nak pergi heboh 1 dunia tentang dosa yang kita buat... tak malu ke?huu

Nobita : Errr~ huhu..

Mereka pun pulang..

Sizuka : “Awak, awak sayang saya tak?

Nobita : Mestilah sayang..sayang sangat-sangat tau..haa

Sizuka : Buktinya??

Nobita : Eh..macam ajak bergurau je...nak saya kiss pipi awak tu ke sayang? hehe

Sizuka : Ish..apa ni? Teruknya pemikiran awak... huu

Nobita : Eh..errr~ huhu

Sizuka : Mak saya kata, kalau kita sayang sesuatu tu, kita akan jaga sebaik mungkin.

Nobita : Eh..mestilah! hehe

Sizuka : Tapi awak tipu saya!huu~

Nobita : Eh..kenapa pulak saya tipu awak??

Sizuka : Kalau awak sayang saya, mestilah awak jaga saya sebaik mungkin tapi awak tak jaga saya dengan baik pun.. awak sentuh-sentuh saya, pegang tangan saya, cuba nak kiss saya, ajar saya buat benda bukan-bukan yang saya tak pernah buat sebelum ni, selalu ajak saya keluar malam...

Nobita : Owh...sekarang awak nak salahkan saya la ajak awak keluar malam?? Mak ayah awak yang bagi izin tau!

Sizuka : Memang diorang yang bagi izin tapi awak tau tak yang diorang jugak yang akan tanggung dosa saya dengan awak malam-malam macam ni sebab diorang bagi izin pada saya anak perempuan diorang untuk keluar dengan lelaki bukan mahram tanpa adik atau abang saya sebagai peneman pastu buat benda-benda tak senonoh! Pegang sana pegang sini..awak tau tak panggung wayang tu mungkin sejuk bagi awak sampai terpegang tangan saya dengan sengaja, tapi neraka tu teramat panas & tangan awak yang memegang tangan saya tu akan dibakar dalam api neraka berulang kali..awak sedar tak semua tu?? Tangkap gambar nak kepit-kepit, padahal boleh je tangkap gambar sorang-sorang kan..then, nak heboh kat 1 dunia. Pastu nanti org ‘like’ awak pun suka sebab orang tau siapa awek awak & hubungan awak dan saya kononnya bahagia tapi awak sedar tak yang malaikat sentiasa mencatat segala apa yang kita buat..awak ada ilmu agama..kalau tak de ilmu agama pun, awak tau benda tu salah..tapi kenapa masih buat? Awak sedar tak  semua tu??? Ingat Allah tak waktu awak buat semua tu?? Awak tu belum tentu jodoh saya, nak sentuh-sentuh saya. Kalau dah awak nak sentuh-sentuh saya, apa je yang suami saya boleh dapat special dari saya sebagai isterinya yang sah? Awak nak ke isteri awak dah macam sisa orang? Awak mesti akan cakap awak akan pastikan yang awak akan nikah dengan saya sebab tu awak boleh sentuh-sentuh saya ...tapi awak sedar tak yang awak tu siapa?? hanya hamba Allah...awak bukan tuhan untuk tahu siapa jodoh saya & jodoh awak... awak sedar tak semua tu??? Kalau betul awak sayang saya, awak jaga lah saya baik-baik, beri sokongan saya jadi muslimah solehah... dekatkan diri pada Allah, mohon pada Allah supaya izinkan kita dijodohkan bersama kerana saya ni milik Allah..ibu bapa hanya penjaga saya, mereka menjaga saya dengan penuh kasih sayang & didikan yang baik sehingga sanggup memberi kepercayaan pada awak untuk menjaga saya, tapi awak jaga saya tak?? Awak jaga saya tak?? Tak kan..awak bawa saya ke arah keburukan... awak sedar tak semua tu??? Banyak lagi yang awak buat kat saya, saya pun terlalu kurang pandai ikutkan je kemahuan awa3k..nanti kat neraka bila Allah soal saya dengan dosa-dosa maksiat yang kita buat, bukannya awak dapat backup saya depan Allah..kan?? Tolonglah tahan diri tu sehingga kita dah sah dinikahkan..huuu~

Suasana bertukar menjadi suram...sehinggalah nobita mula meluah perasaan...

Nobita : Kenapa tak dari dulu awak cakap semua benda ni?? Kenapa bila kita dah lalui macam-macam baru awak nak luahkan semua ni???

Sizuka : Sebab sebelum awak nak couple dengan saya, awak janji yang awak akan jaga saya baik-baik. Awak suka dengan saya pun sebab bagi awak saya baik tapi semakin lama awak makin berubah. Perubahan awak turut merubah diri saya. Baru sekarang saya luah semua benda ni sebab selama ni saya sentiasa menanti agar Nobita yang dulu kembali. Nobita yang menjaga saya dengan baik. Saya tunggu Nobita tu..tunggu & terus menunggu kerana saya sayangkan dia. Tapi semakin lama saya tunggu, semakin menjadi-jadi...awak fikirlah baik-baik apa yang saya sampaikan...kalau awak masih tak berubah, lepaskan lah saya kerana Allah..

Nobita : ......

*kepada anda diluar sana yang sedang dilamun cinta, ingatlah batasan kita sebagai umat Islam. Perasaan cinta itu memanglah lumrah manusia, tapi kita perlulah pandai mengawalnya. Janganlah kita rosakkan diri kita dan pasangan kita sehingga kita boleh terjerumus ke neraka Allah...

Moga-moga kisah ini menjadi pengajaran buat kita...


Hidupbiarbest