Assalamualaikum semua....

Saban hari, kita lihat di kaca tv, banyak rancangan berbentuk hiburan yang muncul... AF, Mentor, Idola Kecil, Maharaja Lawak dll...banyak sangat... Kanak-kanak pada hari ni, lebih kenal artis daripada tokoh  Islam... Mereka diajar dengan hiburan secara tidak langsung melalui tv. Macam manalah nasib mereka pada masa akan datang kan??? Amat sayang sekali kalau mereka tidak dididik dengan agama sejak kecil. Bila dah besar nanti, mulalah liat nak belajar agama, lepastu, jahil agama...

Baru-baru ni, rancangan kanak-kanak Adik-adikku musim kedua baru je melabuhkan tirai...saya yakin ramai yang tau, tapi mungkin juga ramai yang tak tahu... Rancangan yang amat bagus skali... melahirkan para daie cilik yang mantap, bahkan lagi mantap daripada kita semua. Sejuk hati bile tengok diorang ni...

adik-adikku, tv1, juara, rancangan, islamik, pidato, menang, best

Di sini, saya nak sertakan video adik-adik kita ni yang memenangi tempat pertama, kedua dan ketiga... Best tengok diorang ni... 



Adik Zaid Najmuddin, tempat ketiga...


Adik Syafiqah Fasiha, tempat kedua...



Adik Munir, Juara Adik-adikku 2

Amacam?? best tak?? Best!!!!!! Sepatutnya kanak-kanak macam inilah yang patut dilahirkan pada masa kini kerana mereka lah nanti yang akan menjadi pejuang agama pada masa hadapan... Beruntung mereka ni, dah jadi daie sejak kecik. Jeles betul lah... Sejuk hati tengok diorang ni. Semoga diorang ni menjadi pejuang agama yang hebat suatu hari nanti... Macam mane pulak dengan kita???

Sedutan kata-kata daripada pidato adik Fasiha :

kita dilahirkan mulia,
maka hidup mulia,
mati juga sebagai mulia.

biar mati sebagai pejuang,
jangan hidup bernafas sebagai petualang.


p/s : saya suke adik Zaid...best...mantop!!!

hidupbiarbest