Kali ni aku postkan tentang ketinggian darjat wanita dalam Islam. Jika sorot kembali sejarah zaman jahiliah dulu, wanitanya dilayan dengan teruk sekali. sehingga boleh diperlakukan apa sahaja. Tetapi apabila sinar Islam mula memancar, mertabat wanita diangkat tinggi, wanita dilayan dengan baik. Betul lah bahawa Islam itu agama yang syumul.


muslimah, tinggi, darjat, tutup, aurat, kuning, jubah, muslim, woman


KISAH 1... 

A non-Muslim guy asked a Muslim guy:
"Why do ur girls cover up their body & hair?"
Muslim guy smiled & take 2 sweets & thn he open one of d sweet.
D othr one he keep it close
He thrwn both of tht sweets on sand & ask:
..."If I ask u to take one of the sweets which one u will choose then?"
The non-Muslim guy said:
"The covered one"
Thn the Muslim guy said:
"That's why our women cover their aurah"

KISAH 2...

A British man came to a Sheikh and asked, "Why is not permissible in Islam for women to shake hands with a man?" The Sheikh said, "Can you shake hands with Queen Elizabeth?" British man replied, "Of course not, there are only certain people who can shake hands with Queen Elizabeth". Sheikh replied with a smile on his face, "Our Women are Queens and Queens do not shake hands with strange men"

2 kisah diatas sudah cukup untuk menggambarkan para muslimah kita... Mereka ini diibaratkan seperti Ratu dan juga gula-gula yang tertutup rapi dan tidak dicemari dengan kekotoran...

KUASA MUSLIMAH

KUASA LAYANAN PEREMPUAN

Kaum lelaki mudah goyah dan alah dengan layanan yang baik, apa lagi dari perempuan yang sangat dikasihi seperti isteri dan ibu. Layanan baik yang disalurkan kepada orang yang berhak menerimanya, bukan sahaja mendatangkan keredhaan Allah tetapi memungkinkan apa yang diminta akan dipenuhi dengan mudah.

KUASA DOA PEREMPUAN

Doa perempuan lebih makbul dari lelaki kerana sifat penyayangnya lebih kuat dari lelaki. Sebagaimana hadis Rasulullah saw: "Doa ibu itu lebih cepat makbul." Orang bertanya:"Kenapa ya Rasulllah?" Jawab baginda : "Ibu lebih penyayang dari bapa dan doa dari orang yang penyayang tidak akan sia-sia."


muslimah, kuasa, perempuan, taqwa, muslim, woman

KUASA TAQWA PEREMPUAN

Ketaqwaan adalah kuasa paling sempurna dan terbaik dalam menangani apa jua masalah. Orang yang paling bertaqwa adalah orang yang paling dikasihi Allah. Allah tidak akan membiarkan orang yang dikasihiNya melainkan dipelihara serta sentiasa dirahmatiNya.

Kuasa taqwa lebih mudah diperolehi oleh perempuan berbanding lelaki kerana kehalusan budi yang ada pada perempuan adalah merupakan penjara daripada melakukan hal-hal yang mendatangkan dosa. Berbanding lelaki yang sebahagian hidupnya berada di luar rumah serta terdedah kepada pelbagai godaan, cubaan dan ujian.

Kekuasaan taqwa ini pula adalah kemuliaan yang diberikan oleh Allah swt sehingga setiap lelaki pasti memerlukan perempuan untuk menghirupkan udara ini atau dalam perkataan lain setiap lelaki pasti dilahirkan oleh perempuan kecuali Nabi Adam a.s. Sekuat-kuat lelaki, kuat lagi perempuan kerana lelaki itu sendirinya datang dari perut perempuan yang menghamilkannya dan melahirkannya ke dunia, kemudian melatih, mendidik, memelihara dari kecil hingga dewasa.

Kemuliaan perempuan akan lebih nyata, jika ditambah dengan ketaatan kepada kaum lelaki yang berhak atasnya sebagaimana maksud hadis Rasulullah saw: "Perempuan yang taat kepada suaminya, semua burung di udara, ikan di air, malaikat di langit, matahari dan bulan : semuanya beristighfar baginya (isteri) selagi mana ia masih taat kepada suaminya dan diredhainya (serta menjaga solat dan puasanya.)

*Tinggikan kedudukan wanita/muslimah dalam Islam???  Jadi, wahai para muslimah sekalian, berbanggalah anda menjadi muslimah sejati... Jangan dirosakkan iman anda... Mulianya anda kerana iman anda bukan kerana paras rupa rupa anda...

Wahai Muslimah Solehah, Tabahkan dirimu bak Srikandi KHADIJAH, Haluskan Akhlakmu bak FATIMAH AZ-ZAHRA, sampaikan Ilmumu sebijak si Merah AISYAH, Teguhkan Imanmu seteguh SUMAIYAH, Sucikan Hatimu seperti RABIATUL ADAWIYAH, InsyaAllah...
  
*sumber : diolah daripada post di facebook

hidupbiarbest