Nak bunuh diri?? Kenapa?? Pikir dulu...
Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesamamu dengan jalan yang batil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan suka sama-suka di antara kamu. Dan janganlah kamu membunuh dirimu; sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepadamu.
(Surah An-Nisaa’ : 29)
Bunuh diri. Kenapa ya?? Tak takut ke?? Eeeiii, kalo saya, takut saya nak bunuh diri, sakiiit, ngeriii, dosaaa!!! Haha… betul tak??
Statistik menunjukkan bahawa Korea Selatan dan Jepun menduduki tangga teratas yang melahirkan ramai pembunuh diri. Nasib baiklah dua negara tu yang duduk ranking teratas. Kalau negara Islam yang naik nama, malu je umat Islam…Kat Malaysia pun ade jugak, orang Islam pulak tu, tapi takde la sebanyak kat Jepun dan Korea Selatan.
Banyak sebab yang menjadi punca bunuh diri nih. Antaranya putus cinta, tekanan hidup dan masalah kewangan. Dan kebiasaannya yang kita dengar, cara nak bunuh diri ni antaranya terjun bangunan, kelar pergelangan tangan, makan pil berlebihan dos dan pegi duduk kat landasan kereta api. Haih… ntah apa-apa entah diorang nih… agaknya diorang ni pendek akal kot..
Tau tak?? Kalau kita ni seorang Muslim yang sejati, nescaya kita tak bunuh diri. Maksud saya, bukannya kita takut nak bunuh diri, bahkan takkan pernah terlintas difikiran dan di lubuk hati nak bunuh diri.. Betullll…
Cube pikir betul-betul, kalau kita mukmin sejati, putus cinta bukanlah masalah yang terlalu besar sampai nak bunuh diri. Sebabnya, cinta kepada Allah adalah yang terutama bukannya cinta kepada manusia. Jika putus cinta sekalipun, mukmin sejati pasti akan redha dengan ujian Allah tersebut dan menerima hakikat bahawa jodoh di tangan tuhan. Orang yang bunuh diri sebab putus cinta adalah kerana dia merasakan dia dah tak boleh hidup tanpa pasangannya lagi kerana pasangannya adalah segala-galanya. Sedangkan, mukmin sejati, ada Allah yang sentiasa dekat dengan kita. Kasih sayang Allah adalah lebih agung dari kasih sayang manusia. Betul tak??
Seterusnya, orang selalu bunuh diri sebab tekanan hidup. Kononnya dah tak mampu nak tanggung tekanan yang banyak. Ish, kat dunia ni semua orang ada ujian masing-masing yang Allah bagi. Tengok Nabi Muhammad, betapa banyak tekanan dan ujian yang baginda hadapi. Cuba bayangkan kita gantikan tempat baginda. Pasti tak mampu. Kita kena ingat, yang bagi tekanan dan ujian itu adalah Allah, maka kite kenalah kembali kepada pemiliknya juga iaitu Allah. Berdoalah semoga Allah ringankan ujian kita bukannya bunuh diri. Inilah kelebihan mukmin sejati, ada tempat nak bergantung dan mengadu. Yang bunuh diri kat luar sana tu sebab dia rase takde tempat nak bergantung harap la tu. Firman Allah :
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdo`a): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir"
(Surah Al-Baqarah : 286)
Begitu juga dengan masalah kewangan. Haih… Mukmin sejati hidupnya tidak bergantung pada duit semata-mata. So, kalau tak de duit, mereka takkan bunuh diri. Sebab apa?? Duit Allah yang bagi. Allah juga yang menghalang kita daripada dapat duit. Itulah namanya rezeki masing-masing. Duit bukan segala-galanya dalam hidup kita. Lihatlah contoh para sahabat dulu. Abdul Rahman bin Auf sanggup serahkan semua hartanya dijalan Allah. Beliau tak risau pun semua hartanya habis digunakan…. Siapa yang sanggup bunuh diri, itu maksudnya, dia bertuhankan duit. Kita ni bertuhankan Allah dan Allah itu kekal abadi.
Ingatlah wahai sahabat sekalian, bunuh diri tu dosa besar. Apalah gunanya mati dalam keadaan melakukan dosa besar. Bukankah kita mahu pengakhiran yang baik untuk hidup kita ni. Mati bunuh diri ni umpama kita ni ingin mendahului takdir kita sendiri. Kononnya bunuh diri ni mati cepat, tak payah dah nak terus hadapi hidup yang serba tak kena tu. Bukannya mati cepat dengan bunuh diri ni boleh cepat jumpa Allah. Cepat masuk neraka ade la. Tak takut ke dengan azab di akhirat nanti??
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: Sesiapa yang membunuh dirinya dengan benda tajam, maka benda tajam itu akan dipegangnya untuk menikam perutnya di neraka Jahanam. Hal itu akan berlangsung selama-lamanya. Sesiapa yang meminum racun sehingga mati, maka ia akan meminumnya di dalam neraka Jahanam selama-lamanya. Sesiapa yang menjatuhkan diri dari gunung semata-mata untuk membunuh diri, maka ia akan menjatuhkan dirinya ke dalam neraka Jahanam selama-lamanya.
(Riwayat Abu Hurairah)
So, amacam?? Jika kita berpegang teguh dengan agama kita, pasti kita terhindar dari perkara ni (bunuh diri). Senang je cara nak elak bunuh diri. Cuma kembali kepada Islam, berpegang teguh dengannya dan redha dengan ketentuan Ilahi. Mudah kan??
Hidupbiarbest di dunia dan akhirat…
hidupbiarbest
sy memg tgh down skrg..lps baca blog awk, sy ase ok cket..dlm hti ni de trpikir nk bunuh dri cbb ase xmampu dh nk hadapi sumer..tp kata2 awk membuka mata sy..thnks so much
ReplyDeleteAlhamdulillah.... anda terbaca post ni...
ReplyDeleteingat, Allah bagi ujian untuk menguji kita dan mengkat darjat kita... bukan saja2 Dia nak seksa kita dengan ujianNya itu... Berdoa pada Allah, mohon diberi kekuatan menghadapai ujian tersebut kerana ujian itu sendiri datangnya dari Allah juga...
SAYA TENGAH DALAM DILEMA UNTUK BUNUH DIRI..LIFE SAYA DAH MUSNAH..HIDUP SAYA MAKIN TERUK SEKARANG NI..aLLAHUAKBAR..TLG LA SYA..TOLONG SYA..SAYA X PERNAH LUKAKAN HATI IBU..SEKARANG NI SAYA LUKAKAN HATI DIA..SAYA TAKOT..PLEASE HUBUNGI SAYA ..0139907486
ReplyDeleteAduh sama la kita . Hidup ni payah . Dah penat minta tlong,tpi xsmpai2 . Aq cuma nk mati ja ni . X maw benda2 lain ��
ReplyDelete