Masa berganti masa...Hari berganti hari...Jam demi jam berlalu...kini tibalah masanya saya menyambung kembali sesi pembelajaran secara formal setelah lama menternak lemak di rumah...Esok nak masuk U dah...Setelah berehat lama di rumah, akhirnya saya akan belajar kembali seperti biasa...menuntut ilmu. Alhamdulillah aku dapat tawaran ke UITM untuk buat asasi sains...
Baru-baru ni, mase keputusan UPU diumumkan, macam-macam reaksi yang ade daripada kawan-kawan saya. Ada yang suka dan ada yang tak suka dengan U dan bidang yang diorang dapat... Sesungguhnya, itu semua adalah ketetapan Allah, kita harus menerimanya seadanya. Sekurang-kurangnya Allah bagi peluang kepada kita untuk terus melanjutkan pelajaran... Allah sebenarnya dah bagi yang terbaik untuk kita...
Bersyukurlah kerana ramai lagi kawan-kawan kita yang tak dapat apa-apa tawaran pun. Matrikulasi tak dapat. UPU pun tak dapat. Tak ke susah macam tu??? Tapi, itulah hakikat yang mereka perlu terima...Ingat, ape yang Allah bagi, itulah yang terbaik...Mustahil Allah tak nak bagi kite menuntut ilmu sedangkan itu suruhanNya. Mustahil kita tak ada peluang menuntut ilmu kerana ilmu Allah itu sangatlah luas dan kita berhak mengambilnya...Cuma kita perlulah pandai mencari peluang...
Mungkin Allah nak bagi sesuatu yang kite tidak tahu...Orang yang tak dapat mana-mana tawaran, bersusah payah mencari peluang untuk belajar, merayu sana-sini...pastinya mereka akan lebih bersyukur kepada Allah setelah mendapatnya. Pasti mereka akan lebih menghargai ilmu dan berusaha bersungguh-sungguh kerana mereka tahu betapa susahnya mereka berusaha untuk sambung belajar...Betul tak??? Itulah caranya Allah memberi pelajaran kepada kita...
Mungkin ramai lagi diluar sana yang bernasib kurang baik, tidak mendapat sebarang tawaran...Tidak mengapa...Jangan sesekali berputus asa. Teruskan usaha. Pasrah lah dengan keputusanNya. Ramai manusia yang apabila tidak memperoleh apa yang mereka inginkan, pasti mereka berputus asa dan mereka tidak pasrah... Sesungguhnya PUTUS ASA dan PASRAH adalah sesuatu yang berbeza...amat berbeza...Pasrah itu lebih baik daripada berputus asa...Apa bezanya pasarah dan berputus asa???
Apabila seseorang berputus asa, sedarlah bahawa dia sebenarnya telah berputus asa terhadap Allah. Dia seolah-olah telah lupa bahawa Allah sentiasa ada disampingnya...Kenapa harus putus asa sedangkan qadak dan qadar kite telahpun ditetapkan...Allah tahu segala-galanya yang ter'best' untuk kita. Manusia yang berputus asa adalah manusia yang lemah. Imannya belum cukup kuat. Lihatlah junjungan besar Nabi kita. Adakah baginda pernah berputus asa walaupun terpaksa menghadapai pelbagai ujian dan rintangan??? Kalaulah baginda berputus asa, nescaya tidak adalah Islam di muka bumi ini.
Sebaliknya, pasrah itu adalah yang terbaik kerana dengan pasrah, menunjukkan bahawa kita ini redha dengan ketentuan Ilahi. Dan kita yakin bahawa setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya di sebaliknya. Orang yang pasrah adalah seorang yang kuat dan kental hatinya. Dia akan menerima sesuatu ketetapan Allah sebagai ujian malahan ibadatnya akan bertambah dan hubungannya dengan Sang Pencipta semakin erat. Contohilah Nabi kita, disaat getir ketika pertempuran akan berlaku di dalam perang Badar di mana ketika itu bilangan tentera Islam jauh lebih sikit daripada bilangan tentera Musyrikin Mekah, baginda menadah tangan setinggi-tingginya berdoa kepada Allah memohon kemengan bagi pihak Islam. Ada riwayat yang mengatakan bahawa baginda mengangkat tangan berdoa sehingga ternampak tepi badan baginda (nak menunjukkan betapa tingginya harapan baginda agar doa baginda dimakbulkan)...baginda tidak mengalah dan berputus asa kan???
Kerana itu, ingatlah kamu kepada-Ku niscaya Aku ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu mengingkari (nikmat)-Ku.
(2 : 152)
Jika mereka sungguh-sungguh redha dengan apa yang diberikan Allah dan Rasul-Nya kepada mereka, dan berkata: "Cukuplah Allah bagi kami, Allah akan memberikan kepada kami sebahagian dari karunia-Nya dan demikian (pula) Rasul-Nya, sesungguhnya kami adalah orang-orang yang berharap kepada Allah", (tentulah yang demikian itu lebih baik bagi mereka).
(9:59)
Renungkanlah kata-kata hikmat di bawah ini :
Belajarlah bersyukur ketika mendapat keuntungan dan belajarlah tersenyum ketika menghadapi kerugian
Bersyukur dan berpuas hatilah dengan apa yang anda miliki sekarang.Jangan sekali-kali berfikir bahawa anda akan bergembira setelah memiliki perkara-perkara yang tidak anda miliki sekarang
Syukurlah dengan yang tiada kerana yang tiada itulah sebenar-benarnya ada
Marilah kite menjadi hambaNya yang bersyukur. Nabi Muhammad sendiri pun solat malam sehingga bengkak kakinya sebagai tanda syukur kepada Allah. Apatah lagi kita, manusia biasa yang sering leka dan lalai daripada mengingati Allah. Semoga kita tak tergolong dalam golongan orang yang sombong dengan Allah.
hidupbiarbest
Assalam, mohon save entri2 dr sini.. syukran
ReplyDeleteMuch appreciate you sharing this.
ReplyDelete