Selamat hari guru, cikgu!!! Itulah ungkapan mudah yang sering diucapkan oleh anak murid kepada guru mereka masing-masing apabila tibanya 16 Mei setiap tahun. Tapi, bukan semua murid mengucapkannya. Hanya mereka yang ikhlas menghargai guru mereka sahaja yang sudi mengungkapkan kata-kata itu. Pada tanggal ini, para guru mendapat pelbagai hadiah daripada anak murid mereka, tetapi hakikatnya bukanlah hadiah yang mereka mahukan. Ucapan hari guru itu pun sudah memadai. Asalkan pelajar mereka ingat akan mereka, sudah cukup untuk membahagiakan mereka. Mereka cuma mahukan kita menjadi insan yang berguna dan berjaya berjaya di dunia dan akhirat.....Itulah GURU kita....
Saya masih ingat lagi cikgu pertama saya. Masa tu saya berusia 5 tahun. Bersekolah di Tadika Perpaduan di Gombak. Ada dua cikgu, namanya Cikgu Asmah dan Cikgu Laila. Cikgu Asmah baik dengan saya. Sebab apa? Sebab aku ni, masa mula-mula masuk tadika, hari-hari aku nangis. Aku ni memang teruk pun. So, cikgu tu lah yang selalu pujuk saya. Lama-lama saya ok lah. Pada suatu hari, lepas balik sekolah, saya keluar dengan mak, pegi mane entah (tak ingat la, lame sangat). Mase balik rumah, saya terlihat rehal dan senaskhah muqaddam di atas sofa. Sapa pulak yang bagi kan...Rupa-rupanya, itu hadiah dari Cikgu Asmah sempena hari jadi saya...Die masukkan ikut tingkap rumah saya...Baikkan dia??? Itulah kisah aku dengan guru pertama aku. Anda macam mana??
Sungguh besar jasa guru. Walaupun ade yang menganggap ilmu yang diberikan guru tu tak seberapa, tapi pada hakikatnya, nilai ilmu yang dicurahkan kepada kita amat besar nilainya. Saaangat besar...Selagi mana kita mengamalkan ilmu yang diberikan guru, selagi itulah, mereka akan mendapat pahala walaupun mereka telah meninggal dunia...Malangnya, ramai manusia pada hari ini yang tidak mahu menghargai guru mereka. Buat tak tahu je bila berselisih. Bahkan, ade murid zaman sekarang ni yang pukul cikgu, tengking cikgu, cekik cikgu. Ape nak jadi??
Kata Imam Ghazali : " Hak guru lebih agung daripada hak ibu bapa kerana ibu bapa penyebab adanya kita sekarang dan kehidupan yang fana, sementara guru penyebab hidup yang kekal. Kalaulah tidak ada guru, nescaya apa yang dihasilkan dan diarahkan oleh orang tua akan celaka selamanya."
Kata Saidina Ali : "Aku adalah hamba kepada sesiapa yang pernah mengajarku walaupun satu huruf."
Waktu pelajar sakit,
guru menjadi doktor
waktu pelajar buat kes,
guru menjadi polis
waktu pelajar bayar yuran,
guru menjadi akauntan
waktu pelajar berkhemah,
guru menjadi rambo
waktu pelajar keliru,
guru menjadi penunjuk arah
Teruskan perjuangan yang mulia
ikhlaskanlah hati
selamat hari guru
guru menjadi doktor
waktu pelajar buat kes,
guru menjadi polis
waktu pelajar bayar yuran,
guru menjadi akauntan
waktu pelajar berkhemah,
guru menjadi rambo
waktu pelajar keliru,
guru menjadi penunjuk arah
Teruskan perjuangan yang mulia
ikhlaskanlah hati
selamat hari guru
Dengarkanlah lagu ini bersempena dengan hari guru. Lagu bertajuk Terima Kasih Guru daripada Mirwana. Dan hidupbiarbest juga mengucapkan selamat hari guru kepada semua guru diMalaysia terutamanya kepada yang pernah mengajar diri ini...
Masih jelas diminda
bisikan suaramu..memanggil
Di situ langkahku bermula
mengejari cita..kau disisi
Lantas ku utuskan
lagu untuk menyatakan
terima kasih guru
kerna hulur tanganmu
ku menghargai setulus jiwaku
bicaramu guru
kan ku ingat selalu
menjadi azimat
hingga ke akhirnya
Guru..ibarat pelita
sentiasa menyinar
kamar hidupku..
Guru..kau pewaris ilmu
mendidik diriku
hinggaku berjaya
Andai diberi peluang
inginku terbang tinggi
di awangan kanku petik
bintang-bintang
ku jadikan hadiah untukmu
moga tuhan merahmatimu
Terima Kasih..
hidupiarbest
wish : selamat hari guru...jugak kat ckgu saya :))
ReplyDelete